heartbeat

Monday, June 11, 2012

Petua Mengelakkan Dari Keguguran Rambut


Hari ini saya nak share beberapa petua untuk elakkan dari keguguran rambut.. Ramai yang mengalami keguguran rambut ni, mesti stress tahap gaban kan.. Memang menyakitkan hati kalau tengok rambut ni gugur dengan meriah kan??

Kalau lah rambut yg gugur ni bertukar jadi jongkong emas tak ape jugak kan.. ni menambahkan kerja jer, nak kene sapu bagai... Ish!! Memang mendatangkan marah la jawapnya...


Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita.

Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Haaa... ni ada beberapa petua untuk mengelakkan dari keguguran rambut. Daaaaan setelah dimentelaah dan di halusi dgn halusnya, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia.

Mari kita melihat petua-petuanya:

Petua pertama
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.

Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala.

InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat. Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

Petua Kedua
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua Ketiga
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua Keempat
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan elok. Jangan pandang remeh kerana rambut kan mahkota bg wanita.. tak gitu? :)

1 comment: