heartbeat

Thursday, April 25, 2013

Bahaya kekurangan tidur


Assalamualaikum.

Artikel yang sangat berguna untuk dikongsi bersama. Artikel yang dipetik dari Utusan zonline, pasal bahayanya kekurangan tidur. Jangan memain uolls.

Mari baca artikel ni eh...

Bahaya kekurangan tidur

E-mel: lotfianuar@yahoo.com
Pakar Perunding Klinikal Psikiatri, Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.:>


DEPRIVASI tidur atau kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit.
Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik.

Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang.

Seorang pelajar kolej yang bekerja sambilan pada waktu malam misalnya akan mengalami masalah menumpukan perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas.

Semasa peperiksaan, mereka mengalami kesukaran pula untuk mengingat kembali ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing. Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama enam ke lapan jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak.

Tempoh waktu tidur nyenyak pula perlulah serasi dengan jam biologi badan iaitu mesti merangkumi sekurang-kurangnya dari pukul 11 malam ke 2 pagi.

Keadaan ini berbeza bagi mereka yang terpaksa berjaga siang malam dan tidak mempunyai pilihan menentukan waktu tidur.

Contohnya, kepada anggota tentera yang berperang di perbatasan. Mereka terpaksa berjaga siang dan malam menyelesaikan tugasan operasi untuk tempoh waktu yang tidak menentu dan panjang. Deprivasi tidur boleh menghilangkan kewaspadaan dan mengundang bahana.

Begitu juga kepada ibu yang baru melahirkan anak. Kegembiraan menyambut kehadiran orang baru akan bertukar kepada kepenatan melampau selepas beberapa minggu.

Bayi perlu diberi susu setiap dua jam, ditukar lampin bila basah dan dipujuk bila menangis.
Dalam tempoh panjang, deprivasi tidur menjejaskan kewarasan dan mencetus pelbagai jenis penyakit mental terutamanya kepada mereka yang fragil atau lemah.

Bagi anggota tentera, mereka memang dilatih mengatasi situasi sebegini. Pelajar kolej, mahu tidak mahu sila dapatkan juga waktu tidur yang cukup supaya mereka dapat belajar dengan baik.
Bagi ibu-ibu pula, bagaimana sepatutnya mereka menghadapi masalah ini?

Mereka perlu mengekalkan kewarasan supaya dapat terus mengurus rumahtangga dan menjaga bayi dengan baik.

Tidur semasa bayi tidur

Mungkin ramai orang pernah mendengar nasihat ini. Walaupun agak janggal tetapi berbaloi mencubanya.

Yang penting tidurkan bayi di tempat tidurnya sendiri. Ini mengelakkan bayi lemas akibat ditindih oleh anda semasa tidur.

Walaupun untuk tempoh 20 minit, ia cukup untuk menyegarkan diri dan anda boleh menyambung semula tanggungjawab tersebut selepas itu.

Matikan telefon bimbit

Ibu yang baru melahirkan anak biasanya menerima banyak panggilan telefon daripada kawan dan keluarga bertanyakan soalan sama tentang diri atau bayi.

Ini mengganggu masa yang ada untuk tidur. Elakkan menjawab panggilan tersebut kecuali kecemasan.

Jika anda menggunakan perkhidmatan blackberry messenger (BBM), tinggalkan pesanan di profil peribadi yang mengatakan anda perlu tidur dan tidak mahu diganggu.

Elakkan gangguan

Gangguan seperti bunyi bising boleh mengganggu kualiti tidur. Jika anda tinggal di dalam hiruk-pikuk kebisingan kota, tidurlah dengan tingkap rumah ditutup.

Senyapkan bunyi televisyen sekiranya anda perlu menonton televisyen bagi mendapatkan mood mengantuk.

Ingatkan suami menutup televisyen tersebut selepas anda tidur supaya cahaya daripadanya tidak terus mengganggu.

Sindrom goncang bayi

Setiap orang mempunyai tahap kesabaran berbeza. Shaken baby syndrome" atau sindrom goncang bayi boleh berlaku jika ibu bapa hilang kewarasan apabila terlalu penat akibat kekurangan tidur.

Ibu bapa menjadi terlalu marah dan melepaskan kemarahan tersebut kepada bayi tanpa sengaja.

Mereka tidak memukul tetapi akan menghempas bayi ke atas tilam atau menggoncangnya kuat sehingga menyebabkan kematian atau kecacatan otak.

Jika perasaan ini berlaku, jauhkan diri daripada bayi anda. Jangan rasa bersalah jika bayi tersebut menangis seorang diri selama beberapa minit.

Jangan malu meminta pertolongan ibu bapa, mertua atau rakan untuk tolong menjaga seketika.

Anda dan suami juga boleh mengambil giliran tidur secara bergilir-gilir pada waktu malam. Yang penting, jangan sia-siakan waktu rehat jika berkesempatan.
 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130331/kn_02/Bahaya-kekurangan-tidur#ixzz2QRSeFstV
© Utusan Melayu (M) Bhd


Gerak Geri Si Dia Curang

 
 
Assalamualaikum..
 
Hi semua.. Hari ini ada terbaca artikel yang best dari Utusan Online. Jeng jeng jeng.. Artikel apekah itu?? Ni ha, pasal kes curang dalam perhubungan.. Sangat menarik untuk di kongsi bersama.. Yelah kan, ada diberi tips-tips untuk mengetahui gerak geri si dia curang... Ha tak ke best tu.. Walaupon tak dapat nak tangkap semua, tapi sekurang-kurangnya 1 atau 2 tips tu berguna jugak kan.....
 
Mari kita baca artikel tu kat bawah ni eh.. Jomssssss.....
 

Gerak geri si dia curang?

carilah jalan penyelesaian antara anda berdua apabila ternyata pembohongan pasangan anda sudah terbongkar. - Gambar hiasan
 
Tiba-tiba hati terasa cuak dengan sikap pasangan anda yang secara sedar atau tidak keadaannya berbeza daripada biasa.
 
Biarpun secara khususnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, gerak- gerinya menampakkan seolah-olah dia cuba berahsia dan menjarakkan hubungan dengan anda.
 
Sekiranya anda cuba bertanya kepadanya, pasti dia cuba menafikan sikapnya yang berbeza itu. Sedangkan setelah hidup berdua dengannya sekian lama, sudah pasti anda dapat menghidu perilakunya yang berbeza.
 
Jika ini berlaku, eloklah anda mengenal pasti keadaan dan situasi yang berlaku itu sekiranya benar pasangan anda cuba berlaku curang terhadap anda.

1 Berhati-hati sekiranya anda bertanya kepadanya sama ada dia masih mencintai anda kerana dia berkata: "Saya menyayangi anda, namun tidak mencintai anda." Satu amaran telah dikeluarkan dari mulut pasangan anda.

Mungkin pasangan anda masih mempunyai perasaan menyayangi anda, namun akibat hubungan baru yang terbina menyebabkan dia hilang pertimbangan dan menyebabkan hubungan anda dengannya terjejas.

Perubahan sikap pasangan anda ini dikatakan berpunca daripada cetusan hormon amnesia iaitu rasa keghairahan pasangan anda terhadap hubungan baru itu menyebabkan dia mengalami kecelaruan fikiran.

2 "Kami cuma kawan" juga satu frasa yang kerap sangat dikeluarkan oleh pasangan apabila dia diminta menjawab persoalan siapakah 'si dia'.

Dalam keadaan ini, pasangan anda mungkin merasakan dia lebih memahami keadaan dirinya dengan lebih mendalam daripada anda.

Namun dia sebenarnya tidak menyangka, sangkaan 'hanya kawan' itu bakal memberikan satu keadaan yang berlainan terhadap perlakuannya terhadap anda.

3Jangan terkejut sekiranya secara tiba-tiba pasangan anda mahu lebih masa untuk dirinya bersendirian sedangkan sebelum ini dia tidak pernah meminta untuk berbuat demikian.

Pasangan anda juga akan cuba mengubah kata laluan komputernya, telefon bimbitnya, malah bilnya juga akan disembunyikan daripada pengetahuan anda.

Jika anda bertanya kepada pasangan anda mengapa anda mahu merahsiakan keadaan ini, dia tiba-tiba melenting dan menyatakan anda cuba mengawal dirinya.

4"Saya memerlukan masa yang lebih untuk diri saya." Ini juga merupakan bibit-bibit masalah yang akan mewarnai kehidupan rumah tangga.

Dalam keadaan ini dia meminta untuk bersendirian atas alasan rasa tertekan di tempat kerja dan mahukan ruang dan waktu sedangkan kebebasan ini digunakan untuk menghubungi insan lain.

5Anda juga menyedari jadual kerjanya juga berubah daripada biasa dengan dia lebih banyak memperuntukkan masa tambahan di luar rumah, balik lewat atas alasan mahu menyiapkan kerja atau melakukan kerja tambahan dan sebagainya.

6Menghabiskan masa di depan komputer dengan berinteraksi di Internet dan enggan keluar bersosial dengan anda di luar rumah apabila diminta berbuat demikian.

7Dia ada akaun e-mel rahsia dan banyak chatting di bilik sebelah.

8Selalu berahsia apabila menerima panggilan telefon dan menghabiskan banyak masa di talian.

9Jika pasangan anda tiba-tiba mematikan panggilan telefonnya sebaik anda memasuki bilik atau memadamkan sejarah si pemanggil atau mesej tertentu di dalam telefon, dan enggan menjawab pertanyaan anda siapakah yang menelefonnya, itu merupakan petanda yang kuat pasangan anda cuba berlaku curang terhadap anda.

10 Pasangan anda asyik hilang di saat anda perlukannya ataupun tiada penjelasan mengenainya apabila anda bertanyakan kepadanya mahupun anda terjumpa sesuatu seperti baju, atau barangan yang bukan kepunyaan anda di dalam kereta ataupun di tempat yang tersorok.

Jika anda merasakan yang pasangan anda sebenarnya sedang melakukan sesuatu di belakang anda (cuba berlaku curang), buatlah siasatan untuk mendapatkan bukti kebenarannya.

Setelah semua bukti telah didapati, berbincang dengan pasangan anda tentang apa yang tidak kena terhadap hubungan anda berdua dengan cara yang paling tenang dan berhati-hati.

Bertanya kepadanya dengan jujur dan nyatakan kepada dia apa yang anda dapati hasil daripada siasatan anda.

Di samping itu anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan semua kemungkinan yang bakal berlaku.

Apa yang penting pasangan anda akan tetap melakukan 'penipuan' demi 'penipuan' untuk mengelak daripada berterus terang.

Sedihnya, individu yang terjebak dengan hubungan di luar ini pastinya pandai berbohong biarpun sebelum ini dia tidak pernah menipu.

Namun percayalah dengan semangat dan keberanian, bertenang dan bulatkan fikiran, carilah jalan penyelesaian antara anda berdua apabila ternyata pembohongan pasangan anda itu sudah terbongkar.


Source:-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130423/ke_03/Gerak-geri-si-dia-curang#ixzz2RSYWZMVW
© Utusan Melayu (M) Bhd

 
 

Monday, April 22, 2013

It's my birthday.. it's earth day too..

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, hari ini 22 April, it's my birthday uolls ;)) daaaaan ianya juga Earth day uolls.. Happy international mother earth day.

I feel so lucky when my birthday falls on April 22nd, Earth Day. I love the fact that my birthday falls on such an important day. It's feel like everybody in the world is celebrating my birthday too ;))

Tahun 2013, usiaku dah menjangkau 32 tahun. Ianya merupakan 32 tahun yang penuh pengalaman indah, suka duka, pahit manis kelat kelat sikit. Dah bermacam yang aku lalui. Semuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Yang paling indah bila dianugerahi dengan 2 cahaya mata yang sangat cantil yang handsome daaaaaan seorang lagi cahaya mata yang handsome bakal dilahirkan tak lama lagi uolls. Kiranya cahaya mata ke3 ini adalah hadiah dari diri sendiri untuk dii sendiri pada tahun ini ye ;) ahaks.. Bersyukur dengan kurniaan-Mu Ya Allah.

Terima kasih buat bondaku, yang telah mengandung selama 9 bulan dengan sabarnya dan melahirkan aku dengan selamatnya 32 tahun yang lepas. Besar perngorbananmu ketika melahirkan daku melalui pembedahan. Ianya merupakan operasi kelahiran secara pembedahan yang pertama di lakukan di negeri Pahang pada tahun 1981. Bangga jugak aku ni hehehe.. Terima kasih bonda..

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me...






Sunday, April 14, 2013

Kaki berbau jejas imej


Assalamualaikum.

Hari ini pulak ada artikel menarik yang bole di kongsi bersama. Mengenai kaki berbau.. Hurm... Memang tak boleh blah kan kalau kaki berbau ni, serba tak kena jadinya.. Yang menghidunya pon akan kurang selesa, konfirm..

Marilah kita menimb ilmu dengan artikel yang di petik dari Utusan Online.. Chekidaut....

Kaki berbau jejas imej

BAU kaki atau bau pada kasut merupakan satu masalah bau pada tubuh yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mempengaruhi pergaulan dan kebersihan seseorang.
Seseorang yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya berasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian.
Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekeliling mereka juga kurang selesa, tambahan pula jika baunya terlalu kuat.
Bagaimanapun, penghidap masalah ini seringkali memandang remeh, apa lagi cuba mendapatkan rawatan yang betul.
Hal itu terjadi mungkin kerana kurang pengetahuan untuk menangani masalah itu, tidak memahami kesan buruk dan malu bertemu doktor.
Minggu ini .com akan memberikan tip dan petua bagaimana untuk mengatasi masalah kaki berbau. - NORLIDA
15 TIP ELAK KAKI BERBAU:
1. Jaga kebersihan kaki
Ketika mandi, biasakan menggosok kaki sehingga bersih. Berusaha untuk menggunakan sabun antibakteria bagi membersihkan kaki. Sabun yang mengandungi sulfur sangat baik untuk menghilangkan bau. Paling penting, perlu mencuci kaki secara tetap dan teratur, kemudian mengeringkannya. Gosok dan sela jari untuk mengeluarkan sisa-sisa sel kulit mati.
2. Potong kuku
Potong dan bersihkan kuku kaki secara tetap dan teratur untuk menghindari penompokan kotoran. Kuman yang menempel di kuku menjadi salah satu faktor utama penyebab bau. Rajin-rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran menompok.
3. Jangan guna losen pelembap sebelum memakai kasut
Kaki yang lembap punca bakteria membiak. Jangan mengoleskan krim pelembap sebelum memakai kasut terutamanya di antara jari-jari kaki. Sebaliknya, gunakan bedak antijamur. Losen pelembap boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur.
4. Gunakan alas kaki ketika berjalan di luar rumah
Walaupun hanya di halaman rumah, pastikan pakai selipar/sandal. Hindari kebiasaan berkaki ayam kerana ia memudahkan kaki menjadi sarang bakteria. Sarang bakteria menimbulkan bau dan boleh mendatangkan penyakit.
5. Rajin ganti stokin
Jangan gunakan stokin sama selama berhari-hari. Jagalah kebersihan stokin kaki. Stokin kaki harus diganti sekurang-kurangnya dua hari sekali, bergantung kepada pemakaiannya.
6. Belilah stokin yang berkualiti
Pilih stokin yang betul dan jangan membeli stokin semata-mata kerana rupanya. Elakkan memakai stokin yang tidak menyerap peluh, kerana ia adalah punca kaki anda berbau.
7. Jangan pakai kasut dalam jangkamasa lama
Perbuatan memakai kasut tertutup dalam jangkamasa lama boleh menggalakkan perkembangan bakteria.
8. Tukar kasut
Kasut yang sudah dipakai selama 24 jam atau lebih perlu digantikan dengan kasut lain. Jangan lupa untuk membiarkan kasut berehat sehari semalam sehingga bau hilang.
9. Kasut yang berbeza
Sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan kamu. Seelok-eloknya, kasut kerja tidak digunakan untuk berjalan-jalan atau aktiviti luar yang mengeluarkan banyak peluh.
10. Cuci bahagian dalam kasut
Rajinlah mencuci bahagian dalam kasut untuk mengurangkan bakteria pada kasut. Bersihkan kasut kamu sekurang-kurangnya satu bulan dua kali.
11. Pilihan kasut
Kasut yang dibuat daripada plastik/pvc akan membuatkan kaki menjadi cepat panas dan berpeluh. Jadi, hindari kasut jenis itu. Bahagian dalam kasut yang baik adalah yang berasaskan kain. Kain dapat menyerap peluh dengan baik dan juga nyaman.
12. Saiz kasut
Memakai kasut terlalu ketat akan membuatkan kulit kaki sukar bernafas. Kuman dan kotoran yang wujud menimbulkan bau yang tidak enak.
13. Gunakan pelapik dalam kasut
Pelapik dalam kasut sangat bagus untuk dipakai kerana senang dikeluarkan daripada kasut untuk dibersihkan.
14. Rumah kasut
Simpanlah kasut di tempat yang teduh dan aliran udaranya lancar. Dengan meletak gel silika di dalam kasut dapat menghindarkan bau-bau tidak enak. Gel silika menyerap bau dan kelembapan secara konsisten dan dapat ditempatkan di dalam kasut untuk jangka waktu cukup lama.
15. Jangan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum kering
Jangan memaksa menggunakan kasut dan stokin kaki lembab kerana ia juga menggalakkan kehadiran bakteria yang pastinya menyebabkan bau kaki tidak enak. Jika kasut basah, letakkan di tempat terbuka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130413/kn_02/Kaki-berbau-jejas-imej#ixzz2QRS4xp8C
© Utusan Melayu (M) Bhd

Elak jangkitan tb

Assalamualaikum...

Hari ini nak share satu artikel menarik yang dipetik dari Utusan Online. Artikel menarik mengenai tb a.k.a batuk kering. Informasi yang sangat berguna..


elak jangkitan tb

Gambaran X-Ray pesakit tibi.
DAPATKAN rawatan segera jika batuk berpanjangan lebih sebulan ditambah pula dengan kahak berdarah. Anda mungkin dijangkiti penyakit kronik berpanjangan iaitu batuk kering atau tuberkulosis yang sering dipanggil tibi.
Pakar Perubatan Pusat Perubatan Kelana Jaya Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, penyakit ini disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru.
Bagaimanapun bakteria ini juga mampu menyerang sistem saraf tunjang, sistem kelenjar, sistem peredaran darah dan tulang.
Penyakit tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini antara tahun 1945 hingga 1957.
Dr. Malik berkata, tibi biasanya berjangkit melalui titisan cecair daripada orang yang telah dijangkiti seperti bersin, batuk atau bercakap.
"Titisan cecair yang terapung lebih kurang empat jam boleh menjangkiti mereka yang terhidu," katanya semasa ditemui di pejabatnya.
Dianggarkan satu pertiga populasi dunia mempunyai bakteria tibi di dalam badan mereka tetapi tidak merbahaya dan menonjol.
Bakteria tibi boleh hidup diam di dalam badan dan kemungkinan besar tidak menyebabkan masalah kesihatan kecuali dalam keadaan yang sesuai.
Dr. Malik berkata, biasanya dalam keadaan imunisasi badan yang rendah seperti demam disebabkan virus, bakteria tibi akan muncul.
Pesakit diabetes yang tidak mengawal kandungan gula dalam darah menyebabkan imunisasi badan rendah boleh menyebabkan bakteria tibi menonjolkan diri.
Selain itu pesakit HIV dengan imunisasi badan rendah, mudah dijangkiti dengan bakteria tibi.
"Dianggarkan satu perempat pesakit HIV meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tibi," katanya.
Biasanya penyakit tibi mudah tersebar di kawasan penempatan yang sesak dan sempit, kurang bersih, kurang nutrisi terutama di kawasan dengan sosio ekonomi yang rendah.
Pesakit tibi boleh didiagnos menggunakan sinar-X, ujian kahak berdarah dan ujian mantoux.
Dr. Malik berkata, dianggarkan terdapat sembilan juta pesakit tibi di seluruh dunia setiap tahun.
"Kita boleh mengawal penyakit tibi dengan mengamalkan gaya hidup sihat, makanan bergizi dan memakai topeng muka apabila berhadapan dengan pesakit tibi," katanya.
Ditanya sama ada tibi boleh sembuh, Dr. Malik berkata, kebanyakan pesakit tibi boleh sembuh dengan mengambil ubat selama enam bulan tanpa henti.
Bagaimanapun terdapat bakteria tibi yang resistan atau kebal terhadap ubatan biasa seperti multidrug resistance TB (MDRTB) yang memerlukan pesakit mengambil ubat selama dua tahun.
Terdapat juga MDRTB berubah kepada extreme drug resistance TB (XDRTB) di mana semua ubatan tidak lagi berkesan.
"Biasanya tibi biasa boleh berubah kepada MDRTB dan XDRTB apabila bakteria menjadi lebih kebal sebab tidak mengambil ubat secara berterusan atau secara semulajadi," katanya.
Kaedah terbaik untuk menghalang jangkitan tibi adalah dengan suntikan imunisasi BCG bagaimanapun ia tidak melindungi sepenuhnya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering.
Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk.
Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130414/kn_02/elak-jangkitan-tb#ixzz2QRPeJoDD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, April 8, 2013

Cara SHARE iklan Churp Churp dalam blog

 
Assalamualaikum..
 
Haaaa... hari ini nak update entry pasal chur churp tu... Bagaimanakah caranya nak upload gambar serta link dari churp churp ke dalam blog kita.
 
 
Caranya mudah aje.. Tak susah mana pon, tapi still memerlukan skil cut/copy/paste dari beberapa application....
 
Jom kita belajar eh.. Sama sama jadikan entry ini bahan rujukan di masa hadapan.. :))
 
Step by Step:-
 
1. Memula log in ke http://my.churpchurp.com dan log in ID korang lah ye..
 
2. Bila dah success log in, korang akan di bawa terus ke main page. Kat belah kiri atas sekali ade perkataan REWARDS, korang klik situ. Macam contoh gambar bawah ni eh..
 
 
3. Lepas klik REWARDS tu kan, dia akan terus bawak korang ke page lain, yang mana ada segala macam kempen yang boleh kita share dalam social media kita tu.. macam ini :-
 
4. Kemudian, korang pilih la kempen mana korang nak up dalam blog.. My suggestion, up aje semua kempen yang ada dalam blog sebab kempen diorang bukan jangka masa panjang, jangka masa pendek aje.. ader time period la omputih kata.

korang klik Save & Copy yang box kaler hijau tu untuk dapatkan URL Link korang untuk di tepek dalam blog korang tu eh. Step ni boleh di buat selepas korang dapatkan url gambar kempen pon tak pe. Yang mana korang rasa senang la eh.


5. Now, best part, lepas pilih kempen yang menjadi pujaan hati tu, dia akan jump ke kempen yang di pilih tu la kan.. Now right click gambar tu dan save to computer korang. Untuk ape? untuk proses seterusnya. Contoh macam kat bawah ni ha:-
 
 
6. Seterusnya, bukak tab baru kat korang punya IE ke, Google Chrome ke untuk cari website IMGUR (www.imgur.com) yang boleh kita dapatkan URL gambar yang kita save dalam computer kat step no.5 tu kan, untuk ape ni? Ini untuk memudahkan kita memuatkan URL tu dalam page element dalam blog tu. Mesti kene ada URL kalo tak, macamner nak viewer nak tengok rupa kempen yang kita share tu kan.. :)
Don't worry, website ni free unless korang nak upgrade jadi pro, kene lah beli apps tu eh.. As for me, tak beli pon, guna yang free tu aje.. Ni rupanya IMGUR tu:-

7. Best part, klik box Computer kat bahagian atas kanan tu, yang ada tulis Upload Images tu untuk korang masukkan gambar yang korang save tadi. korang kene ingatlah save gambar chur churp tadi kat mana eh.

8. Lepas upload gambar yang korang nak tu, akan appear box macam ni:-
Then, korang klik start upload tu tau untuk website tu menjanakan URL yang di ingini korang :)

9. Dah klik start upload tu, dia akan uploading gambar tu sekejap. Bile dah siap uploading, akan appear macam ini:-
Lepas tu, pilih DIRECT LINK, ini memudahkan korang masukan ke dalam blog korang tu. short and simple je. tak de nak pening pening kan.. Right click URL tu dan copy.

10. Now berbalik kepada blog korang, pegi ke bahagian design yang ada kat atas belah kanan tu dan choose layout. Kendian, add gadget kat mana mana bahagian yang korang suka nak tepek iklan churp churp tu. Nama gadget tu adalah HTML/JAVASCRIPT

11. Sekarang, kat gadget HTML/JAVASCRIPT tu kan. korang paste url yang korang copy kat website imgur tu. Then korang copy aje I punya html ni, tapi jangan lupa tukarkan link churp churp korang ye yang I dah kalerkan kuning tu. Jangan ambil bulat bulat my link churp churp tu, nanti I punya link yang appear kat blog korang tu ha..

" alt="" title="Hosted by imgur.com" alt="" title="Hosted by imgur.com" style="”height:80px;width:80px;“/" />
 
P/S :-
Yang berwarna kuning tu make sure korang punya link tau yang korang save & copy dari step no.4 tau..
 
P/S:-
Yang img src="http://i.imgur.com/S3q1F.jpg(ini dari imgur direct link yang korang buat earlier tadi tau.
 
12. TAAAARAAAAAAAAA....... korang klik save and preview la kat blog korang tu.. Now, siaplah kempen korang yang nak di share kat blog :)
 
Harap dapat membantu korang yang baru nak memulakan sharing sharing iklan churp churp dalam blog korang eh.. :))
 
Sekian..



Hari Update Blog setelah bersawang.. sawang la sangaaat... hahaha...


Assalamualaikum....


Ha ko... bersawang belog ni jadinya.. Ginilah gayanya busy sokmo.. sape kata dok kat umah boleh bersuka suki untuk update belog sesuka hati ayam gajah je.. tak de maknanya weh...

Duduk kat rumah lagi lah busy berbanding duduk kat pejabat tu tau dok.. percayolah cakap den.. memang busy tahap gaban... tak de masa nak baring melingkau macam ular tu 24/7 tu ye... Nak nak menjadi ibu kepada anak anak yang sedang membesar, ha ko, lagi lah banyak kejenya yang perlu di selesaikan.....


wah, tetibe mengomel pulak kan... bukan mengeluh ye cik bedah... cuma memberi maklumat.. chewah...

oklah uolls, hari ini kalau sempat akan update pasal entry nak up iklan churp churp kat blog tu eh atas permintaan Namy Mira.. :))