heartbeat

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, February 19, 2016

SAHABAT


Assalamualaikum.


Hari ini nak share bait bait nukilan mengenai sahabat. Tak dapat dipastikan dari siapa, kalau tahu gerangannya, bole di berikan credit kan. Cantik sangat susunan ayat mengenai sabahat ini. 

Kepada tuan punya tulisan, saya pinjam dan letakkan dalam blog saya ye. Saya sangat tertarik dengan kata kata beliau. 

Jom kita baca nukilan SAHABAT ini.


SAHABAT.

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... .. 

TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :        
          1. Waktu          
          2. Kata-kata       
          3. Kesempatan         

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
          1. Kemarahan        
          2. Keangkuhan        
          3. Dendam    

 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
          1. Harapan          
          2. Keikhlasan          
          3. Kejujuran          

 Ada 3 Hal yg plg berharga:  
          1. Kasih Sayang ..          
          2. Cinta          
          3. Kebaikan          

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :          
          1. Kekayaan        
          2. Kejayaan          
          3. Mimpi          

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg:          
          1. Komitmen          
          2. Ketulusan          
          3. Kerja keras         

 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad          
          2. Kemahuan          
          3. Fokus

 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu : 
          1. Rezeki ..          
          2. Umur         
          3. Jodoh          

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :      
          1. Tua          
          2. Sakit          
          3. Kematian.   

Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..  Aamiin YRA



Yang meminjam nukilan diatas;
~ hUShSYA ~

Saturday, January 30, 2016

Congratulations my dear daughter. She did it again.


Assamualaikum..

Sebagai mana berjanji dalam entry yang lepas, dah janji nak update kerap entry kan.

Memulakan semangat update entry dengan throwback memori meraikan anak daraku cemerlang dalam peperiksaan akhirntahun 2015. Syukur Alhamdulillah, ku panjat kesyukuran padaMu Ya Allah atas doaku dimakbulkan, dia berjaya mengekalkan nombor dalam darjah iaitu tempat pertama di dalam kelas. Sesuatu yang indah buat dia dan mak dia of course.. Hehehe.. Di sebalik kejayaan dia mengekalkan kedudukan dalam kelas, terselit 1001 ujian.. Ye lah kan, tahun 2015, kita di banjiri dengan kepulan kepulan asap jerebu yang sangat menggangu kita di bumi Malaysia. Sehingga sekolah ditutup akibat jerebu yang amat teruk. Kena pulak dengan minggu peperiksaan akhir tahun. Kacau betol.. Sape tak susah hati kan nak lepaskan anak ke sekolah andainya sekolah dibuka tapi keadaan jerebu masih teruk, dengan nak exam lagi. Makin susah hati mak bapak semua.

Tapi Alhamdulillah sangat sangat. Syukur tak terhingga bila jerebu berkurangan, minggu exam yang ditangguhkan kembali berjalan lancar, anakku tidak terkecuali mengambil exam dengan penuh debaran. Sudah la baca buku on and off dek terganggu dengan sekejap sekolah sekejap cuti. Penat mentelaah buku, alih alih esoknya cuti akibat herebu teruk. Memang mencabar tahun 2015 dan peperiksaan. Huhuhu.

Tapi anak dara ku berjaya membuat dan menjawap peperiksaan dengan baik.  Menurut dia lah kan. Budak budak semua jawap boleh aje.. Macam kita dulu exam, bila orang tanya mesti jawap semua boleh.. Hahaha.. 
Yang menjadi kerisauan adalah Bahasa Malaysia (BM), dia mmg agak kurang cekap dengan BM, jadi kerisauan tu lebih tinggi dari biasa. Ku cuba juga mengajar walaupon tidak mahir seperti cikgu BM dia kan.. Ade juga la kuncirahkan ilmu tak seberapa tu, dengan harapan dia serap ke dalam kepala dia. Alhamdulillah, dia boleh menjawab soalan. Ada juga tips dari ku yang boleh di guna pakai. Syukur sangat.



Dan akhirnya penantian tu berakhir bila mendapat keputusan exam dia. Mula mula memang tak meletakkan harapan, yelah kan dengan jerebunya, dengan cuaca panas sangat sangat, dengan sekolah dicutikan, pelbagai dugaan bumi Malaysia.. Mak dia mengharapkan dia dapat top 3 pon dah mencukupi agar tak jatuh sangat dar tahun sebelumnya. 

Ternyata, anak ku memberikan lagi sekali kejutan. Dia mendapat nombor 1 dalam kelas, dan keseluruhan darjah pulak nombor 14, memberangsangkan juga bagiku... Mak dia memang tak menduga.. Mak dia lagi sekali mendapat kejutan besar. Dia berjaya mengekalkan kedudukan dengan markah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab tertinggi kelas. Fuuuuh.. Mak dia memang terkejut.. Bahasa Malaysia yang dirisaukan tu pon dapat ditawan dengan baik walaupon tidak tertinggi markahnya tapi cukuplah dia mengekalkan markah A kan. 




Teringat lagi dia tersenyum lebar bila pulang dari sekolah membawa result exam. Yang sebetulnya ku sudah tau keputusan dia sebabnya boleh semak dilaman web SAPS aje kan. Tapi ma dia sengaja merahsiakan biar dia resah sikit lah. Acah seronok pulak dia tidak keruan. Hehehe nakal mak dia kan.. Berbalik pada kisah dia senyum lebar tu, sampai di pintu rumah, dia belom masuk lagi dia dengan girangnya bagitahu dia nombor 1 lagi. Mak dia pon berlakon la sikit, menjerit seronok.. Padahal mak dia dah tahu 2-3 hari sebelum tu. Hehehe.. Bila dah petang sikit baru ku beritahu yang result dia mak dia dah tahu sebelum dia ambil result kat sekolah. Dia punyalah geram sebab sengaja bagi dia tak keruan katanya.. Mak dia memang sengajalah kan, biarlah dia tahu dari cikgunya baru lah seronok lebih sikit.. 


Dan acara penghujung tahun adalah Hari  Anugerah. Dia memang teruja untuk mengambil anugerah tahun 2015, dia kata seronok naik pentas bila nama disebut dan cikgu meraikan dia.. Yelah kan sape tak gembira bila diraikan.. Ku nasihatkan dia, supaya lebih fokus di tahun 5 nanti. Sebabnya dia dah masuk pra UPSR, jadi tak bole leka dan tak fokus. Dengan format UPSR ditukar, menggunakan format KSSR dan Bahasa Inggeris dipecahkan menjadi 2 kertas seperti Bahasa Malaysia. Jadi kena lebih berusaha untuk memahami konsep baru KSSR dalam UPSR kan.. Dia memberikan janji, cuba lebih giat dan fokus lebih lagi. Tapi biasalahkan namanya budak, akal untuk bermain senantiasa ada, jadi mak dan ayah dia harus sama sama memberikan sokongan dan dorongan untuk dia lebih fokus dan kekal fokus.. Insya Allah semoga dimudahkan urusan anakku. 

Terima kasih Ya Allah atas pemberianMu yang sangatku hargai ini. Terima kasih Ya Allah.

Monday, February 9, 2015

Recipe for Kindness


Assalamualaikum..

Lamanya tak update apa apa dalam blog. Sekarang ni masa sangat suntuk, berkejar ke sana ke sini, hanya untuk menyiapkan segala tugasan harian.

Bukan mengeluh tapi hakikatnya begitulah. Sejak jadi ibu kepada 3 cahaya mata, masa berlalu sangat pantas.. Tak sempat apa apa, dah separuh hari. Belom siap apa apa, dah satu hari berlalu. Pheww... Beginilah kehidupan, tiada pernah mencukupi masa kan..

Hari ini nak share satu resepi yang sangat awesome. Resepi yang perlu ada dalam setiap manusia. Cewah.. Bunyi macam best kan.. Ini lah dia, resepi untuk di kongsi bersama. 

Jemputlah baca resepi dibawah ni yek.......


Wednesday, November 26, 2014

Berdoa Pada Allah SWT


Assalamualaikum..

Kalau kita bersedih kita sure ingat Allah kan... Kalau kita gembira, kita kene ingat Allah jugak.. Sebab Allah yang berikan segalanya pada kita. 

To me, kalau bersedih, kita berdoa pada Allah, rasanya lagi cepat mendapat pertolongan dari Allah tau.. Sebab masa kita berdoa tu, kita meletakkan sepenuh jiwa raga pada Allah. Kita berserah pada Allah bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Berkuasa. Jadi tak hairanlah kalau kita berdoa ketika bersedih, rasa macam dekat sangat kita dengan Allah walaupon kita ni sape lah sangat di sisi Allah melainkan para maksumin kan.. 

Berbalik kepada berdoa pada Allah. Ketika kita gembira kita juga wajib berdoa pada Allah agar Allah kekalkan kegembiraan itu menjadi milik kita. Jangan la lupa pada Allah pulak sebab tak kerana Allah kita tak dapat gembira itu... 

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.. Janganlah kita sesekali berpaling dari Allah sebab kita semua tahu yang Allah itu boleh lakukan apa sahaja. Kun fa ya kun. Ingat tu. 




Saturday, November 22, 2014

Blessed. Bersyukur.


Assalamualaikum.

Bersyukur lah kita masih di beri kesempatan dalam kehidupan ini untuk melakukan sesuatu. 

Bersyukurlah kita dapat menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah SWT di muka bumi ini. 

Bersyukurlah kita dapat bersama dengan orang yang sayangi di dunia ini.

Sesungguhnya tiada yang mustahil bila kita bersyukur. Betul.. Bila kita bersyukur, semua akan jadi seperti mudah dan senang di harungi. Percayalah. Tiada apa yang dapat menandingi nikmat syukur itu. 

Bila kita bersyukur, Allah SWT memudahkan segala yang kita lakukan. Percayalah Allah itu Maha Adil. Allah tak akan menzalami umatnya melainkan umat itu sendiri alpa dengan apa yang mereka hadapi. 

Oleh itu, kita harus bersyukur pada Allah SWT. Jangan sesekali kita berhenti bersyukur. Kerana nikmat syukur itu sangat tinggi nilainya... 

Thursday, November 20, 2014

Congratulations My Dear Daughter



Assalamualaikum.

Lamanya tak update apa-apa dalam blog ni. Sejak kehilangan ayahanda tersayang, mood terus hilang. Lama mencari kekuatan diri. Lama mencari kerajinan diri.. Mungkin lepas ni, akan rajin kembali update blog.. Insya Allah..

Tapi hari ini, rasa nak update blog ni sebab ada sesuatu yang ingin ku dedikasikan. Ku ingin dedikasikan untuk anakku yang sulung, a.k.a Baby a.k.a Kakak. 


Dedikasi ini khas untuk anakku yang mendapat result cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun bagi penggal 2014. Dia mendapat nombor 1 dalam kelas dia. Keseluruhan dalam darjah pulak dapat nombor 14. Insya Allah tahun 2015, tahun 4 nanti dia tukar kelas dari kelas kedua ke kelas pertama. 


Bercerita tentang subjek dia pulak semua memberangsangkan.. Subjek teras dia semua A, yakni 5A. Alhamdulillah.... Hanya subjek dunia seni visual(lukisan) dapat C. Ini salah diriku lah sebab mak dia pandai sangat suruh buat lukisan chop-chop guna kentang, karot, bendi, timun bagai. Ingatkan senang, chop aje atas kertas. Entah mcmner la lukisan dia sampai dpt C. Tapi tak pelah, subjek itu tak termasuk dalam subjek teras, jadi tak risau sangat. Lain kali ada periksa lagi, jangan buat lukis melukis dah, silalah pilih yang buat kraftangan ke, topeng ke, gelang ke.. Pengajaran untuk diri mak dia ni...

Berbalik kepada keputusan peperiksaan akhir tahun anakku itu. Sebenar-benarnya keputusan dia sangat memeranjatkan diriku ini. Mak dia tak sangka dengan keputusan tu, mak dia mengharapkan dia dapat top 5 aje. Sebaliknya dia memberikan mak dia ala-ala heart attack uolls! Hahahaha.. Melompat dia bila ku semak keputusan dia dalam Laman web SAPS tu. Dia pon tak sangka. Tersenyum lebar dia dibuatnya. Mak dia pon lagi lah tersenyum lebar kan.. Sungguh ku tak sangka dia akan cemerlang macam tu, haaa pengajaran lagi, jangan pandang rendah ye.. Mak mintak maaf ye nak... 


Untuk anak mama yang comel, sekalung tahniah atas pencapaian yang sangat baik. Dapat naik pentas lagi semasa hari Penanugerahan Kecemerlangan merupakan detik yang indah kan. 
Mama doakan kakak dapat kekalkan prestasi belajar tu. Tahun depan akan sekelas dengan pelajar yang semua hebat-hebat. Mama tak harapkan dapat nombor satu, jikalau dapat syukur alhamdulillah.... Tapi tak dapat nombor satu tak bermakna tak pandai, yang penting dapat faham dan dapat tangkap semua ilmu yang cikgu ajar tu yang lagi penting. Time UPSR nanti takde nombor-nombor dah, semua markah A yang jadi taruhan. Cukuplah kalau kakak dapatkan kekalkan markah A tu utuk semua subjek. Itu yang lebih memberi maknanya sebenarnya. 



Mama akan terus dan terus memberikan nasihat, support, marah(ni tak boleh elaklah..hihihi) untuk kakak ye. Mama akan terus bantu mana yang mama tahu sebab mama ni pon bukan pandai sangat. Mama pon tak penah dapat nombor 1! Paling best top 10 aje sayangku.. Jadi, anak mama lagi pandai dari mama ni tau... 

Tahniah dari mama. semoga Kakak terus berusaha dan berusaha ya sayang. 

Mama loves you so much!! 

Tuesday, May 6, 2014

Warisan - Bersabarlah

Lirik Lagu Warisan - Bersabarlah

Bersabarlah dan bertawakal lah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu

Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata 


Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni…

Wednesday, April 30, 2014

Stronger


Assalamualaikum...

Bangkit semula dari kesedihan dan jadilah lebih kuat. 


Tuesday, December 3, 2013

Tolong Tahu Kehendak Suami

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Assalamualaikum..

Artikel menarik untuk dikongsikan bersama.. Semoga menjadi panduan kita bersama...



Tolong tahu kehendak suami

SEBAGAI pasangan yang sudah berkahwin, ramai daripada kita sangat kurang bermuhasabah diri melihat kembali tanggungjawab dan apa yang telah dilakukan sepanjang perkahwinan.

Sebenarnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan, hasilnya pasti berbaloi. Memang tidak dinafikan dalam perhubungan, suami kadang kala memahami lain dengan apa yang difahami isteri berhubung sesuatu perkara.

Isteri pula suka menganggap suami dapat membaca pemikiran mereka. Apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diingini maka pertelingkahan menerpa.

Berikut beberapa perkara yang boleh diberi perhatian oleh isteri untuk mendapatkan kecintaan suami.

Pertama: Hormat. Mungkin ada isteri yang rasa terkejut kerana kajian membuktikan suami mahu lebih dihormati daripada disayangi.

Para isteri sila berfikir sejenak, anda mungkin mahukan suami mencintai anda tetapi suami sebenarnya mahu anda menghormatinya lebih daripada cinta anda kepadanya.

Anda rasa teruk bila suami tidak mencintai? Begitu juga suami akan rasa teruk jika anda tidak menghormatinya.

Apa anda perlu buat? Dalam keadaan ini, jika anda sedang berkomunikasi sebolehnya tunjuk pada suami anda 
percaya apa yang dilakukan.

Berikan dia keyakinan dan dorong dia atas apa yang sedang dia lakukan. Beza antara cinta dan hormat mungkin sedikit tetapi apabila suami mendengar kata-kata isteri seperti âsaya bangga dengan abangâ, ini sudah membuktikan kasih dan cinta anda padanya.

Kedua: Suami mahu rasa selamat dan rasa cukup. Sebenarnya jauh di sudut hati setiap pasangan suami dan isteri ada rasa tidak selamat dan rasa tidak cukup dengan apa yang ada dalam rumah tangga mereka tidak kira dari sudut kewangan atau kebahagian.

Suami sebenarnya mahu anda yang menjadi isterinya yakin bahawa dia adalah penyelamat keluarga. Tidak kira penyelamat fizikal mahupun mental suami memang mahu menjadi âhero' anda.

Sebagai isteri anda seharusnya meletakkan suami sebagai âheroâ dan penyelamat walau anda tidak merasakan begitu.

Jika anda tidak tahu caranya, pejam mata dan akui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Adakalanya suami juga mahukan penghargaan atas usaha kecil mereka, tidak kiralah sama ada kerja di pejabat, bersukan bersama rakan atau sekali sekala membantu di dapur, anda sebagai isteri jangan senyap sahaja.

Ketiga: Seks dan emosi. Mungkin sesetengah isteri gusar dengan perkataan tersebut tapi hakikatnya itulah yang suami mahukan pada seorang isteri.

Seks dan emosi memang berkait rapat. Bagi suami, seks adalah salah satu cara merapatkan lagi keintiman suami dan isteri. Ketika seks, suami mahu memberitahu isteri bahawa dialah yang isteri mahukan. Walau isteri sukar menerima kenyataan ini, tapi âkeberkesanan komunikasiâ suami isteri adalah menerusi seks.

Wanita, tolonglah melihat seks sebagai yang amat penting dalam rumah tangga, jika anda menganggapnya sebagai âtugasâ semata-mata, maka cuba terjemahkanlah kemahuan seks suami sebagai komunikasi intim seperti yang anda mahukan daripadanya.

Keempat: Suami mahukan isteri yang ada penampilan baik. Jika anda fikir suami terima kegemukan anda seadanya, sila fikir sekali lagi.

Pemikiran mereka sama sekali tidak sama dengan apa yang anda bayangkan. Walaupun saiz memang bukan ukuran tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan diri.

Suami pasti seronok mempunyai isteri yang sentiasa bau wangi, kemas yang kelihatan selesa pada pakaian mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131126/ke_01/Tolong-tahu-kehendak-suami#ixzz2mOgCaCjh
© Utusan Melayu (M) Bhd