heartbeat

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Tip melancong: Senarai barang mahu dibeli


Assalamualaikum,
 
Lagi tip melancong; Senarai barang mahu dibeli. Ketika melancong ni kan memang tak bole lepas lah aktiviti membeli belah kan.. Tapi dalam pada nak membeli tu kena lah berpada-pada kan... Jangan la naik syok sampai lupe diri kan... hehehe
 
So, jom kita baca artikel bawah ni untuk mengetahui apa yang perlu kita tahu ketika membeli belah dan melancong.. Jomssss.....
 
 
Tip melancong: Senarai barang mahu dibeli
Oleh Suliati Asri
 
Membeli-belah adalah aktiviti yang amat disukai kebanyakan orang ketika melancong. Dengan permintaan yang semakin meningkat maka terhasillah istilah percutian membeli-belah iaitu bercuti sambil membeli-belah.
 
Saat berkunjung ke destinasi yang menawarkan aktiviti membeli-belah juga sering menjadi pilihan pelancong masa kini.
Jika mahu bercuti sambil membeli-belah dan wang bukan masalah, anda ha­nya perlu membuat senarai barang yang mahu dibeli di lokasi yang akan dikunjungi.

Tetapi jika poket tidak berapa memberi keizinan untuk berbelanja besar dan perlu membeli cenderamata khas dari tempat yang dituju untuk kenang-kenangan atau sekadar ole-ole, anda perlu berhemah saat berbelanja supaya perjalanan anda tetap berjalan lancar dan menyenangkan.


Justeru, apa tipnya? Langkah pertama, anda tetap perlu membuat senarai atau paling tidak tahu barang yang ingin dibeli. Kemudian, tentukan jumlah wang yang diang­garkan untuk membeli apa yang disenaraikan.

Seterusnya, cari maklumat mengenai tempat penjualan barangan yang ingin dibeli itu. Ia boleh didapati daripada pelbagai sumber Internet. Salah satu sumber yang cukup meyakinkan adalah penduduk setempat di lokasi terbabit.

Di tempat berbelanja, jangan terpedaya dengan potongan diskaun atau promosi yang berlangsung. Perkara itu akan menyebabkan anda terdorong membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Namun, jika akhirnya tergoda saat berada di mana-mana lokasi membeli-belah, teliti dengan cermat barang yang akan dibeli itu. Adakah ia berbaloi untuk dibeli?

Carilah harga termurah untuk barang dengan kualiti yang lebih kurang sama. Dengan itu, jangan lupa melakukan penawaran.

Lakukan penawaran dengan tenang, jangan menunjukkan yang anda sangat tertarik pada sesuatu barang. Ajukan harga penawaran setengah daripada harga yang diajukan penjual.

Jika diberikan harga yang sangat murah, jangan pula mengambil lebih daripada jumlah yang perlu dibeli. Silap-silap nanti anda hanya akan simpan barangan yang banyak itu di dalam laci saat pulang ke rumah nanti.

Berbelanjalah dengan tenang, jangan terburu-buru. Hindari juga berbelanja ketika waktu sibuk atau jika anda tidak mempunyai masa yang cukup. Ini kerana ia secara tidak sedar membuat­kan anda kerugian terutama dari segi harga dan kualiti. Selamat membeli-belah!




Saturday, June 29, 2013

Tip melancong: Rancang jadual perjalanan

Assalamualaikum..

Artikel yang menarik mengenai merancang jadual perjalanan ketika melancong. Sesuatu yang menarik kan.. Tak de lah semberono aje, mesti ade perancangan yang baik sebelum bercuti. Bila dah ade jadual, senang lah nak bajet segala perjalanan kan..

Jom kita baca artikel yang di petik dari Harian Metro Online ni... Jemput...

Tip melancong: Rancang jadual perjalanan

Oleh Suliati Asri

Berkunjung ke tempat baru dan menikmati pelbagai resipi ketika bercuti sememangnya menyenangkan. Pergilah ke mana pun dan rasailah keenakan apa juga hidangan yang memberikan keseronokan buat anda saat bercuti.
Namun, dalam melakukan semua hal, ia menuntut tenaga yang lebih bagi tubuh anda. Sedang asyik menikmati percutian menyeronokkan, harus berhati-hati kerana keseronokan itu mungkin boleh membuatkan anda jatuh sakit.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa perut anda tidak selalunya sesuai dengan semua jenis makanan. Pasti anda tidak ingin percutian anda terganggu kerana sakit, bukan?

Justeru, untuk tetap sihat sepanjang bercuti, tip melancong minggu ini harus diberi perhatian kerana ia mungkin dapat membantu.

FotoPERCUTIAN bersama keluarga sememangnya cukup menyeronokkan.
FotoMENGGUNAKAN krim pelindung suria membantu mencegah dari alahan kulit.
FotoBERSENAM ketika melancong dapat meningkatkan stamina dan anda tetap cergas.
TERSALAH makan boleh merosakkan percutian idaman anda.


Foto
BERSENAM

Walaupun bercuti, bersenam juga perlu dilakukan. Jika anda perlu menempuh penerbangan jauh, cuba berjalan di sepanjang laluan tengah di dalam pesawat untuk merenggangkan tubuh setiap satu jam.

Manfaatkan juga kemudahan gimnasium jika ia disediakan di hotel penginapan anda.


BEREHAT

Sebelum memulakan percutian, rancang jadual perjalanan anda sebaiknya. Jika hari pertama anda seharian di luar dan banyak berjalan atau aktiviti lasak, biarlah hari berikutnya dimanfaatkan untuk beristirehat atau melakukan aktiviti yang membolehkan tubuh anda berehat.

Pilih juga aktiviti yang lebih santai seperti memanjakan diri di spa atau menonton pertunjukan teater, wayang dan jangan berjaga malam kerana anda memerlukan tidur yang cukup untuk aktiviti pada keesokan harinya.


MAKANAN BERSIH

Cari tempat makan bersih. Walaupun percutian anda itu percutian ‘cari makan’, anda tetap perlu memastikan tempat makan yang dikunjungi terjamin kebersihannya.

Jangan sampai sepanjang perjalanan anda menahan sakit perut. Jangan lupa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Bawalah sabun antiseptik yang berbentuk jel dan tidak perlu dibilas ke mana saja anda pergi.


ALAHAN

Jika anda mempunyai alahan tertentu, pastikan rakan anda tahu mengenainya. Hal ini penting supaya rakan anda dapat membantu jika anda memakan sesuatu yang membuatkan anda alahan.

Beritahu juga cara pertolongan bagaimana yang harus dilakukannya jika reaksi alahan muncul.

Lakukan hal serupa jika anda memiliki penyakit tertentu.


UBAT

Selalu bawa ubat-ubatan yang biasa anda pakai. Walaupun anda tidak menghidap penyakit tertentu yang memerlukan ubat khusus, tetap bawa ubatan biasa seperti ubat sakit kepala, selsema, cirit-birit, mabuk dan banyak lagi.

Justeru, jika anda sakit, anda sudah bersedia dengan ubatan, sekali gus dapat mengelak daripada sakit itu berpanjangan.

Anda juga tidak perlu bergegas mencari farmasi atau kedai untuk mencari ubatan saat diserang sakit.

Ubat yang anda cari juga adakalanya sukar diperoleh di farmasi terutama ketika anda bercuti di luar negara. Jadi, ubatan yang dibawa dapat membantu anda.


KRIM PELINDUNG MATAHARI

Sinaran matahari yang terik dapat memberi kesan buruk untuk kulit terutama bercuti di pantai atau berjalan-jalan di daerah panas terik.

Oleh itu, rajin-rajinlah memakai pelindung tabir suria (sun block) dengan SPF 25 atau lebih. Sapukan juga pada tubuh anda setiap 30 hingga 60 minit sekali.

Dengan pemakaian krim pelindung matahari, kulit anda tidak gelap ataupun alahan kerana terdedah dengan sinaran matahari terik.



Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Nuffnang Ads