heartbeat

Showing posts with label learning. Show all posts
Showing posts with label learning. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Bahaya kemurungan

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Asslamualaikum...

Bahaya murung ni tau.. Kalau tak kawal bebetul, boleh menyebabkan macam macam masalah.. Hari ini nak share artikel dari Utusan Online yang sangat bagus untuk kita semua...

Jom kita baca...

LAPORAN Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyebut kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara sembilan hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala tahun 2012 pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang.

Antara faktor yang menjadi penyumbangnya adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudah, ia berkaitan aspek kemurungan berpanjangan yang berpunca daripada tekanan atau bebanan kerja.

Kemurungan sedemikian bukan hanya menyebabkan seseorang itu mempunyai idea untuk bunuh diri tetapi turut merancang dan juga melakukan cubaan bunuh diri.

Menurut Pensyarah dan Pakar Psikiatri Pusat Perubahan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Marhani Midin, dalam satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang berumur antara 16 hingga 24 tahun lebih cenderung untuk bunuh diri atas pelbagai sebab.

Malah, beliau berkata, pegangan agama yang semakin longgar dalam kalangan remaja atau golongan muda Islam akibat pengaruh internet, turut menyebabkan mereka hilang pedoman sehingga sanggup mengambil tindakan bunuh diri.

Antara tanda atau ciri-ciri kemurungan daripada segi klinikal adalah cara berpakaian, air muka yang tidak ceria, cepat putus asas dan bercakap dalam satu nada sahaja.

Selalunya, individu terbabit berpandangan negatif pada diri sendiri, orang sekeliling dan juga masa depannya sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di PPUKM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Marhani turut menyenaraikan faktor biologi, sosial dan psikologi sebagai antara punca utama yang membawa kepada kemurungan seseorang individu tanpa mengira jantina, umur atau agama.

Bahan kimia

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada segi biologi, ia disebabkan oleh kandungan bahan kimia dalam otak individu terbabit iaitu Serotonin dan Noradrenalin berada di tahap rendah.

Kenapa bahan kimia itu rendah? Ia kerana masalah kewangan, rumah tangga, personaliti, pengalaman semasa kanak-kanak seperti penderaan seksual dan lain-lain yang boleh mencetus kemurungan," katanya.

Katanya lagi, faktor sosial pula disebabkan oleh kesempitan duit, penderaan domestik, memiliki penyakit yang menyebabkannya tidak boleh bekerja dan sebagainya.

Faktor psikologi pula dilihat pada personaliti seseorang yang dibentuk semasa dia masih kecil. Mungkin wujud penderaan, buli, obses kepada kesempurnaan dan lain-lain lagi," katanya.

Tanda-tanda kemurungan bermula dengan wujudnya perasaan sedih yang berpanjangan atau dengan kata lain, individu terbabit tidak boleh menikmati rasa kegembiraan dalam kehidupan sehariannya.

Selain itu, individu terbabit turut mengalami masalah untuk tidur, sama ada susah hendak lena, mudah terjaga atau bangun tidur terlalu awal.

Mereka juga akan hilang tumpuan, selera makan, minat kepada sesuatu aktiviti dan paling bahaya sekali adalah hilang harapan kerana ia akan lebih cenderung kepada idea untuk membunuh diri," kata Dr. Marhani.

Potensi pulih

Seperti mana penyakit lain, Dr. Marhani menjelaskan, kemurungan turut mempunyai potensi untuk pulih tetapi ia banyak bergantung kepada sejauhmanakah komitment pesakit itu mematuhi arahan rawatan yang dikeluarkan oleh doktor atau pakar psikiatri.

Kalau dirawat dengan betul, peratusan untuk dikawal atau sembuh agak tinggi walaupun ia sejenis penyakit yang boleh berulang," katanya.

Beliau berkata, daripada segi rawatan klinikal, penyakit itu boleh dirawat dengan ubat anti kemurungan tetapi bergantung kepada sejauh mana tahap keseriusan penyakit kemurungan yang dialaminya.

Tambahnya lagi, selain diberikan penerangan tentang penyakit kemurungan yang dialaminya, pesakit akan turut diberi sokongan moral bahawa penyakitnya itu berpotensi untuk pulih atau di kawal.

Kami juga akan menyiasat latar belakang punca yang mencetuskan kemurungan itu dan seterusnys menyalurkan bantuan yang sesuai bagi menyelesaikan punca tercetusnya penyakit itu," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Marhani turut menggariskan dua cara untuk menangani tekanan iaitu individu terbabit perlu sedar bahawa dia sedang mengalami masalah yang berpotensi mencetus kemurungan.

Kesedaran sedemikian penting bagi membolehkan dia fokus kepada pemasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata lagi, kalau sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut, dia perlu melakukan sesuatu aktiviti yang boleh dia lupakannya untuk seketika, seperti menonton wayang, bersukan atau keluar beriadah bersama kawan-kawan.

Saya percaya tindakan tersebut akan memberikan peluang kepada seseorang itu untuk berfikiran lebih waras dalam mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140206/kn_01/Bahaya-kemurungan#ixzz2tYGmItfy
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, February 17, 2014

Sindrom sakit sendi facet tengkuk

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


PENYAKIT seperti ini telah dikenal pasti menjadi trend dewasa ini yang menimpa ramai masyarakat yang umur mereka masih muda iaitu sekitar 30-an ke atas terutama yang bekerja menghadap komputer seharian.
Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkuk atau cervical facet syndrome.
Penyakit ini katanya, sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku sepanjang tulang belakang.
Bahagian paling biasa berlaku ialah di pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian ini pada tulang belakang yang paling banyak melakukan pergerakan (wear and tear).
Sakit pada tengkuk jelasnya, akan lebih ketara waktu pagi selain rasa kejang, pening atau rasa terhoyong-hayang juga boleh menyusul. Selain daripada itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi menebal dan sangat sakit bila dipicit.
Pesakit juga jelasnya akan berasa lemah pada otot bahu sehingga tidak dapat bertahan lama jika mengangkat tangan seperti membaca akhbar atau menyidai baju di ampaian. Rasa seperti kebas pada tangan atau jari-jari juga menyusul sehingga adakalanya pen atau cawan yang dipegang terlepas.
Dr. Nizar memaklumkan, penyakit ini sepatutnya dialami oleh mereka yang berumur terutama 60 ke 70 tahun dan ke atas kerana penyakit ini berkaitan dengan proses penuaan melibatkan sakit sendi artritis seperti juga sakit lutut.
Namun trend sekarang ini memperlihatkan ramai orang muda mengalaminya dan paling banyak menghidap penyakit ini adalah golongan wanita dengan nisbah 10 orang yang mengalami kesakitan ini tujuh daripadanya adalah golongan Hawa.
Ini agak merisaukan kerana trend penyakit orang tua kini dialami oleh orang-orang muda yang sedang produktif menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja mereka dengan sempurna. Ini kerana ada yang tiba-tiba pening, terhoyong-hayang (dizzy) dan pitam apabila sedang bekerja dan ada yang sampai ke tahap kritikal tidak boleh berjalan atau memandu. Selain daripada itu, ramai juga yang menerima simptom mudah lupa, hilang konsentrasi dan mengantuk," katanya.
Penyebab sakit sendi facet tengkuk
Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sakit sendi facet tengkuk pada usia muda.
Antaranya, mungkin disebabkan oleh si penghidapnya pernah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tengkuk lalu mencetuskan proses penuaan pada sendi facet tersebut.
Kesakitan sendi facet ini akan timbul setelah beberapa tahun kemudian. Penyebab lain yang banyak dikenal pasti ialah kesilapan postur kepala, tangan dan tengkuk semasa bekerja di pejabat.
Perlu diingatkan bahawa posisi leher menegak yang statik ketika bekerja depan komputer merupakan satu bentuk kerja keras melampau yang oleh mencetuskan penuaan pada sendi facet tengkuk ini.
Terlalu aktif bersukan semasa umur muda di peringkat sekolah juga telah dikenal pasti salah satu penyebabnya," jelas Dr. Nizar.
Ujar Dr. Nizar, jika si penghidapnya berhadapan dengan kemalangan sebelum ini, penyakit ini adalah adalah susulan akibat hayunan kuat pada tulang tengkuk menyebabkan kerosakan pada sendi facet.
Kemalangan bagaimanapun secara umumnya tragedi yang tidak boleh dielakkan.
Bagi kerjaya pula kemungkinan individu ini berhadapan dengan komputer untuk seharian waktu, cara dia duduk, postur badan, egonomik, mungkin kedudukannya ketika di hadapan komputer tidak seimbang dengan kerusi dan sebagainya memungkinkan individu berkenaan menghidap sakit ini.
Oleh itu pekerja pejabat perlu prihatin tentang penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mengelakkan daripada sakit ini berlaku.
Jadi salahlah apabila orang berkata bekerja duduk sahaja di pejabat adalah kerja yang ringan kerana tengkuk golongan ini terpaksa bekerja keras menampung kepala sehingga menimbulkan kesakitan," jelasnya.
Simptom klasik sakit sendi facet tengkuk
Dalam pada itu Dr. Nizar memberitahu antara simptom klasik sakit sendi facet tengkuk ini adalah sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga menangkap ke mata dan penglihatan akan menjadi rabun.
Dalam keadaan lain menurut beliau, ramai penghidap penyakit ini akan terasa seolah-olah pening (hanyut) seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, manakala perut akan banyak angin menjadikan gastrik.
Selain daripada itu penyakit ini juga boleh mimic (mirip) seperti penyakit ENT (sakit mata, hidung dan tekak) dan juga seperti sakit jantung dan asma menyebabkan pesakit rasa sesak nafas dan sakit dada.
Ini disebabkan otot pada dada menjadi kejang dan mencengkam menyebabkan susah untuk bernafas.
Biasanya pesakit akan panik dan cepat-cepat pergi berjumpa doktor pakar jantung untuk pemeriksaan.
Pandai meniru
Penyakit ini juga pandai meniru sakit gastrik. Pesakit akan mengeluh memberitahu perutnya banyak angin dan selalu sendawa terutamanya jika dipicit di otot bahu dan leher.
Banyak pesakit akan tersasar dan berjumpa doktor gastro dan pemeriksaan gastroendoscopy dilakukan. Seperti dijangka, hasilnya negatif atau cuma ada sedikit gastrik," ujarnya lagi.
Apa yang membimbangkan, kesakitan ini tidak akan berkurangan malah akan berterusan seumur hidup seiring dengan usia selagi faktor-faktor egonomik dan cara hidup tidak berubah.
- Rosmah Dain


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140211/kn_01/Sindrom-sakit-sendi-facet-tengkuk#ixzz2tYHC2TL8
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Thursday, January 30, 2014

Nafas Berbau Tanda Penyakit?

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum...

Nafas berbau?? Aiyo satu masalah besar kalau nafas berbau ni kan.. Nak bercakap pon jadi segan. apatah lagi kalau orang sekeliling dapat membaunya.. Alamak!! memang boleh rasa down lah kan.....

Mari kita kaji ape yang sebenarnya yang nafas berbau ni.. Artikel ni di pinjam dari Utusan Online.. Satu info yang sangat bagus dan berguna untuk kita semua...

"SEBENARNYA banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.
MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.
Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.
"Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

Memberus gigi merupakan salah satu penjagaan mulut yang dapat mengelakan nafas berbau.
"Bau tersebut terhasil daripada proses pereputan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi.
"Oleh yang demikian, penjagaan oral dengan betul adalah penting dalam usaha memastikan nafas sentiasa segar dan tidak berbau," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Dr. Naseem Banu lagi, tidak perlu bersusah payah memberus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut setiap kali habis makan bagi memastikan sisa-sisa makanan tidak melekat pada celah gigi, sebaliknya cukup sekadar berkumur dengan air bersih dengan cara yang betul.
Bagaimanapun, sekiranya ingin juga memberus gigi juga selepas makan, disyorkan dilakukan 30 minit selepas itu.
Memberus gigi dua kali sehari sudah memadai untuk mengelakkan sebarang masalah lain timbul seperti gigi menjadi nipis.
Pada masa yang sama, Dr. Naseem Banu turut memberitahu pembersihan lidah juga adalah penting kerana kebanyakkan bakteria busuk suka berada pada penghujung lidah.
Seboleh-bolehnya bersihkan lidah dengan menggunakan berus gigi tetapi dengan cara yang lembut.
"Sekiranya tidak dapat berkumur atau memberus gigi pada masa-masa tertentu, cuba kunyah gula-gula getah kerana boleh membantu melonggarkan makanan yang terselit di antara gigi serta menutup bau busuk nafas anda.
"Tetapi awas, anda dinasihatkan agar mengunyah gula-gula getah tanpa gula kerana gula getah bergula akan memburukkan lagi bau nafas," katanya.

Tip segarkan nafas
Dalam hal ini, Dr. Naseem Banu memberikan beberapa tip untuk menyegarkan kembali nafas, antaranya seperti pengambilan yogurt (yang masam) kerana makanan ini mengandungi vitamin D yang boleh melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.
Walaupun nampak kuno, beliau turut menjelaskan daun sirih juga sebenarnya mengandungi klorofil yang menyegarkan nafas jika dimakan secara konsisten, tidak ketinggalan mengunyah beberapa helai daun kari dan juga daun pudina.
Selain itu, beliau turut menyarankan agar berkumur dengan air suam yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik (tulen yang tidak dicampur dengan bahan kimia) selama 30 saat dalam usaha menjaga masalah nafas berbau ini.
Ini kerana kandungan serbuk penaik mampu menyeimbangkan asid yang terkandung dalam badan dan seterusnya menyegarkan semula pernafasan.
Apa yang pasti, Dr. Nassem Banu berkata, punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau bagi mana-mana individu yang tidak mengalami sebarang penyakit ialah makanan.
"Dalam hal ini (masalah nafas berbau), makanan merupakan punca utama kepada permasalahan ini kerana makanan harian hari ini terdapat lebih karbohidrat selain makanan yang berprotein lebih kepada jenis yang bergoreng.
"Jika kita lihat masyarakat kampung yang hidup dalam suasana yang tidak tercemar dan makan makanan yang segar dan asli, mereka jarang mengalami masalah nafas berbau ini.
"Jadi selain penjagaan oral dengan betul, pilihlah makanan yang betul untuk mengelakkan nafas anda berbau," katanya menutup bicara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140128/kn_01/Nafas-berbau-tanda-penyakit#ixzz2rtARv1D7
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tuesday, December 3, 2013

Atasi Masalah Perut Buncit

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum

Perut Buncit.. satu masalah yang sangat ditakuti oleh kaum wanita kan..... Ha, ni ada artikel menarik untuk di kongsi bersama.. Bolehlah kita amalkan bersama-sama ye...


KENAIKAN berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. 

Pakar pemakanan berpendapat individu yang memiliki usus besar akan menghadapi masalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih daripada sepatutnya.

Makan lebih banyak serat. Anda mungkin pernah mendengar sebelum ini. Tetapi adakah anda tahu mengapa serat begitu penting untuk kesihatan anda?

Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Makanan yang mengandungi serat boleh mengatasi sembelit, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis serta penyakit jantung.

Memilih makanan lazat yang menyediakan serat sebenarnya tidak sukar. Anda hanya perlu mengetahui berapa banyak serat yang anda perlukan, makanan apa yang mengandungi serat dan bagaimana untuk menambah serat dalam makanan seharian dan makanan ringan.

Apakah itu serat?Serat juga dikenali sebagai pelawas atau pukal termasuk semua bahagian makanan pada tumbuhan yang badan anda tidak boleh mencerna atau menyerap. Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat, badan anda mampu memecahkan dan menyerap serat yang tidak dicerna oleh badan anda. Ia juga melepasi melalui perut, usus kecil, kolon dan keluar dari tubuh anda.

Kelebihan Diet tinggi serat mempunyai banyak manfaat, termasuk:

Menormalkan pergerakan usus

Serat meningkatkan berat dan saiz najis anda selain melembutkannya. Najis besar adalah lebih mudah untuk lulus lalu mengurangkan peluang untuk sembelit. Jika anda mempunyai najis longgar, berair, serat juga boleh membantu mengukuhkan najis kerana ia menyerap air dan menambah pukal kepada najis.

Membantu mengekalkan kesihatan usus

Diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko untuk mendapat buasir dan kantung kecil di usus anda (penyakit diverticular ).

Merendahkan tahap kolesterol

Serat larut terdapat dalam kacang, oat, flaxseed dan oat bran boleh membantu jumlah paras kolesterol darah yang lebih rendah dengan mengurangkan lipo protein berketumpatan rendah atau " buruk," paras kolesterol. 

Kajian juga menunjukkan bahawa serat membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan.

Membantu mengawal tahap gula dalam darah

Bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, serat larut boleh melambatkan penyerapan gula dan membantu meningkatkan tahap gula dalam darah. Diet sihat yang merangkumi serat larut juga boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.

Membantu dalam mencapai berat badan yang sihat

Makanan tinggi serat biasanya memerlukan lebih banyak masa untuk dikunyah, yang memberi masa badan anda untuk mendaftar apabila anda tidak lagi lapar, jadi anda kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. 

Selain itu, makanan yang tinggi serat cenderung membuat makanan berasa lebih padat dan kenyang yang berpanjangan, jadi perut anda akan rasa penuh bagi masa lebih lama.

Diet tinggi serat juga cenderung untuk menjadi kurang "tenaga padat" bermakna mereka yang mengamalkannya mempunyai kurang kalori walaupun jumlah makanan diambil sama dengan orang lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131124/kn_01/Atasi-masalah-perut-buncit#ixzz2mOhTgWt0
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, April 8, 2013

Cara SHARE iklan Churp Churp dalam blog

 
Assalamualaikum..
 
Haaaa... hari ini nak update entry pasal chur churp tu... Bagaimanakah caranya nak upload gambar serta link dari churp churp ke dalam blog kita.
 
 
Caranya mudah aje.. Tak susah mana pon, tapi still memerlukan skil cut/copy/paste dari beberapa application....
 
Jom kita belajar eh.. Sama sama jadikan entry ini bahan rujukan di masa hadapan.. :))
 
Step by Step:-
 
1. Memula log in ke http://my.churpchurp.com dan log in ID korang lah ye..
 
2. Bila dah success log in, korang akan di bawa terus ke main page. Kat belah kiri atas sekali ade perkataan REWARDS, korang klik situ. Macam contoh gambar bawah ni eh..
 
 
3. Lepas klik REWARDS tu kan, dia akan terus bawak korang ke page lain, yang mana ada segala macam kempen yang boleh kita share dalam social media kita tu.. macam ini :-
 
4. Kemudian, korang pilih la kempen mana korang nak up dalam blog.. My suggestion, up aje semua kempen yang ada dalam blog sebab kempen diorang bukan jangka masa panjang, jangka masa pendek aje.. ader time period la omputih kata.

korang klik Save & Copy yang box kaler hijau tu untuk dapatkan URL Link korang untuk di tepek dalam blog korang tu eh. Step ni boleh di buat selepas korang dapatkan url gambar kempen pon tak pe. Yang mana korang rasa senang la eh.


5. Now, best part, lepas pilih kempen yang menjadi pujaan hati tu, dia akan jump ke kempen yang di pilih tu la kan.. Now right click gambar tu dan save to computer korang. Untuk ape? untuk proses seterusnya. Contoh macam kat bawah ni ha:-
 
 
6. Seterusnya, bukak tab baru kat korang punya IE ke, Google Chrome ke untuk cari website IMGUR (www.imgur.com) yang boleh kita dapatkan URL gambar yang kita save dalam computer kat step no.5 tu kan, untuk ape ni? Ini untuk memudahkan kita memuatkan URL tu dalam page element dalam blog tu. Mesti kene ada URL kalo tak, macamner nak viewer nak tengok rupa kempen yang kita share tu kan.. :)
Don't worry, website ni free unless korang nak upgrade jadi pro, kene lah beli apps tu eh.. As for me, tak beli pon, guna yang free tu aje.. Ni rupanya IMGUR tu:-

7. Best part, klik box Computer kat bahagian atas kanan tu, yang ada tulis Upload Images tu untuk korang masukkan gambar yang korang save tadi. korang kene ingatlah save gambar chur churp tadi kat mana eh.

8. Lepas upload gambar yang korang nak tu, akan appear box macam ni:-
Then, korang klik start upload tu tau untuk website tu menjanakan URL yang di ingini korang :)

9. Dah klik start upload tu, dia akan uploading gambar tu sekejap. Bile dah siap uploading, akan appear macam ini:-
Lepas tu, pilih DIRECT LINK, ini memudahkan korang masukan ke dalam blog korang tu. short and simple je. tak de nak pening pening kan.. Right click URL tu dan copy.

10. Now berbalik kepada blog korang, pegi ke bahagian design yang ada kat atas belah kanan tu dan choose layout. Kendian, add gadget kat mana mana bahagian yang korang suka nak tepek iklan churp churp tu. Nama gadget tu adalah HTML/JAVASCRIPT

11. Sekarang, kat gadget HTML/JAVASCRIPT tu kan. korang paste url yang korang copy kat website imgur tu. Then korang copy aje I punya html ni, tapi jangan lupa tukarkan link churp churp korang ye yang I dah kalerkan kuning tu. Jangan ambil bulat bulat my link churp churp tu, nanti I punya link yang appear kat blog korang tu ha..

" alt="" title="Hosted by imgur.com" alt="" title="Hosted by imgur.com" style="”height:80px;width:80px;“/" />
 
P/S :-
Yang berwarna kuning tu make sure korang punya link tau yang korang save & copy dari step no.4 tau..
 
P/S:-
Yang img src="http://i.imgur.com/S3q1F.jpg(ini dari imgur direct link yang korang buat earlier tadi tau.
 
12. TAAAARAAAAAAAAA....... korang klik save and preview la kat blog korang tu.. Now, siaplah kempen korang yang nak di share kat blog :)
 
Harap dapat membantu korang yang baru nak memulakan sharing sharing iklan churp churp dalam blog korang eh.. :))
 
Sekian..



Friday, March 1, 2013

Hilangkan bau hamis kambing



Assalamualaikum..

Berita gembira untuk peminat daging kambing.. wah gitu! Macam ada tawaran hebat aje ye.. Ini I ade terbaca satu artikel kisah daging kambing.. Menarik sangat untuk di kongsikan bersama.. Yelah kan, dah suka makan daging kambing mesti nak tau cara memasaknye jugak, ye dop... 

Tapi baunya memang tak boleh blah, tak tahan weh... So, adenya artikel menarik dari Utusan Online ni, sangat membantulah bak kata orang kan.. So, mari kita baca untuk menambahkan ilmu yang ada ni... 


TIDAK dinafikan ramai yang gemar menikmati daging kambing, namun ramai juga beranggapan daging tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing.

Tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing? Dalam artikel ini juga saya akan berkongsi bagaimana ingin mengurangkan bau hamis kambing kerana daging kambing mempunyai rasa dan bau yang agak kuat.
Bau hamis kambing yang kuat pasti akan mematikan selera untuk menikmatinya.

Daging kambing amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.

Kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita ada dalam daging kambing. Walaupun daging kambing merupakan daging terbaik, namun kepada pesakit darah tinggi dinasihatkan untuk tidak mengambilnya kerana kolesterol kambing boleh menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi.

Kolesterol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolesterol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isi padu darah seperti pening.

Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Bagi mereka yang sering menjaga kecantikan kulit, daging kambing mungkin boleh 
dijadikan satu terapi kecantikan untuk anda. Amalan memakan daging kambing adalah salah satu cara mudah untuk mendapatkan kulit yang lebih gebu dan cantik.

Vitamin C semula jadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mencantikkan kulit.
Untuk menghilangkan bau hamis dan rasa yang kuat daripada kambing, apa kata anda cuba beberapa tip yang saya kongsikan ini.

Cara masakan kambing yang sangat popular adalah dibakar atau dibuat gulai. Jika anda memilih untuk membakarnya bahan perapannya perlulah bersesuaian.

Gunakan lebih asid seperti cuka, perahan jus lemon atau yogurt supaya ia dapat mengurangkan bau hamis kambing.

Jika anda memilih untuk membuat hidangan gulai atau berkuah anda boleh melakukan beberapa cara antaranya adalah setelah anda menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit.

Kemudian bersih daging dan perah limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan tos air basuhan. Daging kambing sedia untuk dimasak.

Selain itu anda boleh rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis, kemudian barulah dimasak mengikut resipi anda. Cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.

Tip untuk gunakan daging kambing pula adalah seelok-eloknya perap daging dengan tepung dulu sekurang-kurangnya satu jam untuk menghilangkan bau hanyir.

Pada minggu ini saya kongsikan resipi daging kambing bakar. Selamat mencuba

Source:-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130301/ke_04/Hilangkan-bau-hamis-kambing#ixzz2MIWuJl4z
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Wednesday, February 13, 2013

Nutrisi, imunisasi pelindung penyakit


Assalamualaikum..

Harini ada terbaca info yang bagus untuk para ibu bapa diluar sana.. Info di petik dari Utusan Malaysia Online. Mengenai imunisasi yang ada disediakan di hospital negara kita, Malaysia.. Bagus jugak kalau dapat di share kat sini, untuk panduan bersama di masa depan jugak kan...

Checkidaut uolls.. Jemputlah membacanya yer...

SUHU badan yang agak panas, dengan tangisan tanpa henti seorang bayi boleh membuatkan mana-mana ibu gusar. Pada mulanya Norma (bukan nama sebenar) menyangka keadaan itu mungkin kerana anaknya sedang tumbuh gigi ataupun perutnya berangin.

Kegusaran Norma bertambah dan terlintas di hati persoalan mungkinkah ia sesuatu yang lebih serius? Dia dan suami lantas segera membawa bayi mereka ke hospital pakar berdekatan.
Jika anda seorang ibu atau bapa, pasti anda akan melakukan tindakan sama seperti Norma.
Bila dikatakan kecemasan, bukan dari segi kecederaan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada masalah kesihatan kronik yang semakin menular kini. Antara yang paling biasa didengar, obesiti, penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi mahupun asma.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan kempen ' 1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat ' kerana menginsafi dalam tempoh tersebut, simptom penyakit tidak berjangkit mudah menyerang bayi dan kanak-kanak.

Menurut kajian, masalah kurang berat badan bayi ketika lahir dan tidak mendapat cukup zat makanan memberikan kesan kepada penyakit tidak berjangkit.

Dalam pada itu, hasil tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan pada 2006 mendapati, kekurangan berat badan bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun adalah 19.8 peratus manakala susut badan 17.2 peratus.

Oleh itu, pemberian susu ibu kepada bayi yang baru lahir sehingga berumur enam bulan secara eksklusif amat digalakkan memandangkan khasiatnya dapat mengelakkan daripada terdedah dengan penyakit berjangkit.

Antibodi, Menurut Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anthony James Mansul, kempen tersebut sangat baik untuk memastikan ibu bapa mengambil berat tentang aspek kesihatan anak-anak mereka mulai lahir hingga berumur tiga tahun.

Walaupun kesihatan si kecil menjadi keutamaan melebihi segala-galanya tetapi masih ramai tidak menyedari bahawa kesihatan anak mereka juga boleh terjejas gara-gara kemerosotan imuniti tubuh berpunca daripada nutrisi yang tidak mencukupi.

Tambah Dr. Anthony, bayi yang berusia bawah enam bulan jarang diserang penyakit kerana pada peringkat ini, bayi mempunyai imuniti atau pertahanan semula jadi yang dijana oleh badan terhadap penyakit.

Pertahanan terhadap penyakit bagi seorang bayi bermula ketika bayi berada di dalam rahim ibu lagi. Ketika dalam rahim, antibodi daripada darah ibu dibekalkan kepada bayi melalui tali pusat.
Antibodi daripada ibu akan melindungi bayi itu untuk jangka masa enam bulan pertama hidupnya selepas lahir. Kemudian bayi tersebut akan mula menjana antibodinya sendiri.

Ini menjelaskan mengapa seorang bayi itu lebih terlindung daripada penyakit pada enam bulanpertama hidupnya dan mudah mendapat jangkitan kuman selepas umur enam bulan.
"Namun bayi masih terdedah kepada pelbagai jenis kuman selepas dilahirkan berpunca daripada persekitaran. Misalnya, bayi yang dijangkiti kuman akibat jangkitan dengan kanak-kanak lain yang kebetulan menghidapi selesema dan batuk di taska. Oleh itu, sebagai ibu bapa perlu prihatin terhadap perubahan kesihatan anak.

"Bayi dan kanak-kanak Malaysia sangat bertuah kerana kita ada imunisasi yang baik untuk melawan penyakit," ujarnya.

Dr. Anthony memberitahu, proses imunisasi adalah satu kaedah memasukkan suatu komponen kuman yang diketahui ke dalam badan manusia untuk merangsang sistem imun manusia menjana antibodi yang spesifik kepada kuman tersebut tanpa menyebabkan penyakit kepada penerima.
Apabila antibodi telah dihasilkan secukupnya, maka individu tersebut akan terlindung daripada penyakit itu hampir 100 peratus.

NutrisiKanak-kanak yang menerima nutrisi yang seimbang akan membesar dengan baik serta menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melindungi dirinya daripada penyakit.
"Nutrisi sangat penting terhadap kesihatan kanak-kanak. Dalam hal ini, susu ibu merupakan nutrisi terbaik untuk seorang bayi baru lahir sehingga umurnya lima hingga enam bulan yang memerlukan makanan tambahan kemudiannya.

Pemakanan tambahan selain susu ibu ialah dari unsur beras atau gandum akan ditambahkan lagi dengan sumber lain sehingga makanan diet yang terdiri daripada nasi, daging , sayuran dan buah-buahan menjadi lebih utama daripada susu.

Ibu bapa perlu mengetahui keperluan pemakanannya berbeza dan bertambah sepanjang tumbesaran seorang kanak-kanak," ujarnya.

Menurut Dr. Anthony, susu badan ibu atau susu formula sudah cukup untuk membina dan menambahkan berat bayi enam bulan pertama hidupnya.

Susu ini mengandungi jumlah protein, lemak, karbohidrat yang tinggi serta vitamin dan elemen lain yang lengkap.

Ini akan membantu pembesaran seorang bayi sehingga mereka mula merangkak, berdiri dan berjalan.
Apabila bayi mencapai umur setahun ke atas, jumlah keperluan kalori, protein, lemak, vitamin dan elemen lain akan bertambah.

"Pada peringkat usia tersebut, kita melihat keperluan susu formula. Berbeza dengan lima tahun dahulu, susu formula yang ada di pasaran semakin baik. Ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana mereka boleh memberi apa jua susu formula mengikut kesesuaian anak mereka.

Nutrisi yang lengkap kepada seorang kanak-kanak memberikan peluang baginya untuk mencapai status keupayaan mental dan fizikal yang baik. Hasilnya, seorang kanak-kanak yang sihat tubuh badan boleh menghadiri sekolah setiap hari, bersenam dan beriadah bersama ibu bapa," ujarnya.
Sebaliknya, apabila nutrisi berkurangan, peluang kanak-kanak itu membesar tanpa serangan penyakit adalah tinggi manakala keupayaan mental dan fizikal mereka lemah.

Selain nutrisi, persekitaran juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi tahap kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.
Misalnya, bayi yang terpaksa ditinggalkan di taska atau rumah pengasuh mungkin berpotensi tinggi mudah terkena jangkitan kuman dan diserang penyakit walaupun menerima nutrisi yang lengkap.
Faktor ini berpunca daripada jangkitan virus yang berterusan dan berubah-ubah.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, ibu bapa perlu berani merawat anak-anak mereka sendiri pada tahap awal penyakit termasuk mempunyai stok ubatan mudah seperti ubat demam, selesema dan cirit-birit.
Dengan rawatan awal, anak berpeluang untuk pulih lebih cepat dan imunisasi perlu diberikan untuk melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

Dr. Anthony turut menasihati ibu bapa supaya mendidik anak mereka bersenam seperti bermain di taman permainan kanak-kanak.

"Faktor ini penting untuk melatih badan menghasilkan antibodi secara semula jadi. Aktiviti fizikal ini juga penting untuk membentuk generasi akan datang minat bersukan dan bersenam sebagai langkah awal mengelak serangan penyakit," ujarnya.

Source:-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130210/kn_02/Nutrisi-imunisasi-pelindung-penyakit#ixzz2KlLw2UrI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, October 23, 2012

Nak mengajar pulak.. Ape korang nak belajar?

Assalamualaikum...


Haish... Tetibe mood nak menjadi cikgu la pulak.. Haaaa.. Ape kata saya menjadi cikgu? Ade sesapa nak belajar tak? Pasal ape-ape dalam blog ni ke? Ade ke?

Cer citer.. Cer citer ape nak korang nak belajar? Nanti saya ajar kamu.. Chewah.. Ok gak kan, sharing knowledge nak buat itu dan ini... Sesambil itu, akan ku fikirkan apa lagi yang boleh share dalam blog ini...

Mari menjana fikiran untuk berkongsi ilmu dengan kamu semua......


Tuesday, September 4, 2012

Fakta Menarik Mengenai Malaysia



  • Berkeluasan 329,847 kilometer persegi
  • Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan
  • Rangkaian jalan raya Malaysia berjumlah 98,721 kilometers (lebuhraya sepanjang 1,821 kilometers).
  • Liputan sistem keretapi Malaysia adalah sepanjang 1,849 kilometer.
  • Landasan keretapi pertama di Malaysia ialah yang menghubungkan Port Weld (sekarang dikenali Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping, dibina oleh British pada tahun 1885 sepanjang 13.6 km.
  • Malaysia mempunyai 118 lapangan terbang.
  • Gelaran Tun adalah satu anugerah gelaran yang paling tertinggi yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kepada tokoh negara untuk sumbangan dan jasa tertentu individu terbabit kepada negara. Gelaran eksklusif ini hanya boleh diberi kepada seramai 25 individu yang masih hidup dalam pada satu-satu masa. Ramai yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa pemegang gelaran Tun dilindungi oleh undang-undang sedangkan undang-undang Malaysia meliputi kesemua warganya.
  • Wang Kelian di Perlis adalah satu-satunya lokasi di dunia yang pernah menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah di dalam gua dengan berskala besar.
  • Ruang gua yang terbesar di dunia terdapat di Gua Niah dalam kawasan Taman Negara Gunung Mulu National , Sarawak, dimana ia dikatakan dapat memuatkan keseluruhan sebuah pesawat Boeing 747-200.
  • Tanjung Piai yang terletak di negeri Johor adalah merupakan kawasan pinggir daratan yang paling selatan sekali untuk benua Asia.
  • Bendera Malaysia yang telah diperkenalkan pada 16 September 1963 direka oleh seorang jurutera JKR Mohamed Hamzah ,yang menhanntar rekaannya di dalam satu pertandingan merekacipta bendera untuk negara Malaysia.

  • Pejabat Daerah Kuala Kangsar adalah satu-satunya tapak terakhir yang mempunyai pokok getah asal yang di bawa oleh H.N Ridley dari London's Kew Gardens dalam tahun 1877.
  • Nama negeri Kelantan ditulis sebagai "Ho Lan Tan", "Tan-Tan" dan "Chich Tu" sepertimana yang terdapat dalam rekod dokumen purba China yang ditulis semasa kurun ke 6 Masihi.
  • Panggung wayang wujud di Malaysia pada tahun 1933 dengan filem pertama ditayangkan ialah Laila Majnun, arahan pengarah dari India B.S. Rajhans.
  • Hutan Simpan Belum di Perak direkodkan mempunyai bilangan Harimau Malaya yang terbanyak di negara ini berbanding kawasan Hutan Simpan yang lain.
  • Penang Free School merupakan sebuah sekolah aliran English yang tertua sekali di Asia Tenggara. Diasaskan oleh pendakwah Kristian, Sparke Hutchings dalam tahun 1816.
  • Waktu tempatan untuk Semenanjung Malaysia pernah diubah beberapa kali. Pada 31 Disember 1932, ia diawalkan 20 minit oleh penjajah British untuk 'memanjangkan' waktu siang. Pada 1 September 1941, ditambah lagi 10 minit pula oleh Jepun dan kemudian dipercepatkan kepada 2 jam awal untuk mengikut waktu Tokyo; kemudian tahun 1945 waktu dikembalikan pada seperti tahun 1941. Kemudian pada  1 Januari 1982, waktu Semenanjung Malaysia dan Sarawak digerakkan 30 minit kehadapan untuk menyamai waktu Sabah, dan ianya tiada perubahan sehingga ke hari ini. Jadi waktu sebenar hari ini di Semenanjung Malaysia boleh dilihat melalui waktu di Negara Thailand yang lewat satu jam.
  • Kota Bharu Kelantan adalah tempat pertama pendaratan oleh tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua. Dengan hanya mengayuh basikal, gerombolan tentera Jepun pimpinan Jeneral Yamashita berjaya menakluki Semenanjung dalam masa hanya 45 hari sahaja.
  • Kaum Sikh yang pertama menetap di Malaysia ialah 110 orang askar berketurunan Sikh yang dibawa masuk pada tahun 1873 oleh Kapten Tristram Speedy, seorang Residen British di Perak ketika itu.
  • Seekor ular tedung King Cobra yang ditangkap hidup-hidup di sebuah tempat di Port Dickson pada April 1937 dikatakan yang terpanjang pernah direkodkan di dunia ketika itu dengan ukuran panjang 5.54 meter. Kemudian ia dipindahkan ke Zoo London sebelum ia membesar sehingga mencapai 5.71 meter sebelum mati di sana beberapa tahun selepasnya.
  • Kok Shoo Yin menjadi orang pertama dari bukan bumiputera yang memegang sijil sah kerakyatan Tanah Melayu pada 14 November 1957.
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pernah diberi tanggungjawab menjaga dan memulihara menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad selama 108 tahun.

Monday, August 13, 2012

Everything Happens For A Reason


Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there…to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very moment that they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.


Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.


The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.


If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.




Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold your head up because you have every right to.

Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create you own life and then go out and live it.

Thursday, August 9, 2012

ALI ABI THALIB ~ Pintu Kota Ilmu



Mungkin kita pernah mendengar Julukan yang diberikan Rasulullah kepada Sayyidina Ali sebagai Pintu Ilmu (babul ’ilmi). Dan Rasulullah berkata ”Aku adalah Kota Ilmu, sedangkan Ali bin Abi Thalib adalah pintunya. Maka sekiranya kamu ingin memasuki Kota Ilmu, maka kamu masuklah melalui pintu itu".
Pernyataan Rasulullah ini menimbulkan perasaan iri kaum Khawarij terhadap Sayyidina Ali, Dikisahkan mereka menguji Sayyidina Ali.
Sayyidina Ali akan diajukan pertanyaan yang sama oleh 10 orang dari mereka. Tapi Ali harus menjawab dengan 10 jawaban yang berbeda.
Mereka bertanya : ”Wahai Ali, Istimewa manakah antara Ilmu dan Harta?
Dan Ali menjawab kepada :
Orang pertama : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu adalah warisan para nabi, Sedangkan harta adalah warisan Qorun, Haman dan Fir’aun.
Orang kedua : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu selalu menjagamu, Sedangkan engkau harus menjaga harta milikmu.
Orang ketiga : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu banyak teman, Sedangkan orang berharta banyak musuhnya.
Orang keempat : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab ilmu bila di infaqkan semakin bertambah, Sedangkan harta bila diinfaqkan semakin berkurang.
Orang kelima : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu dipanggil dengan sebutan mulia, Sedangkan orang berharta dipanggil dengan sebutan hina.
Orang keenam : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu tidak perlu dijaga, Sedangkan harta minta dijaga.
Orang ketujuh : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu dihari akhirat dapat memberi syafaat, Sedangkan orang berharta dihari kiamat dihisab dengan berat.
Orang kelapan: Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu bila dibiarkan saja tidak akan pernah rusak, Sedangkan harta bila dibiarkan pasti berkurang (bahkan habis dimakan)
Orang kesembilan: Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu memberikan penerang didalam hati, Sedangkan harta dapat membuat kerusakan didalam hati (seperti timbulnya sifat takabur, pamer,ingkar).
Orang kesepuluh: Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu bersikap lemah lembut dan selalu berbakti kepada Allah, Sedangkan orang berharta, seringkali takabur dan ingkar kepada Allah.
Atas jawaban tersebut Kaum Khawarij mengakui kealiman Sayyidina Ali dan mengakui kebenaran Sabda rasulullah.
Dan merekapun tunduk patuh pada Sayyidina Ali.
Subhanallah…


Source:rayyaa.wordpress.com

Wednesday, August 8, 2012

Never Give Up



Try to relax, it will get better. If you are in stressful period of your life and you have done everything you could to strengthen the matter out, then the hardest thing for you could be having patience and believing that right things will happen sooner or later.
Take some time off. Sometimes you need to take a time off from trying to do too much, get yourself into doing some other things. This may clear your head and give you more ideas later when you are ready.
Make realistic goals. Make sure that your goal is moral and worthwhile, for example, you are not trying to get back with your former girlfriend who is now married to someone else. In other words, make realistic goals that involve you and depend only on you.
Be truthful. Accept the fact that the goal might be hard to reach. There will be difficulties, setbacks, ups and downs, it may or may not take years or of life, depending on how fast you are willing to improve the necessary knowledge and skills.
Make small steps. Think of a realistic plan on how you will incorporate the time for obtaining new skill into your life. Dedicating your entire free time toward achieving your goal may create stress in your family life, and further take you away from your goal as a result, so make smaller steps and proceed with smooth transition, letting other people around you know what you have in mind.
Manage stress. Do not work on your goal while stressing out. If you find yourself stressing out, find relaxing techniques and activities that nourish you. Take time for yourself and develop patience. Patience has lots to do with being able to work on and reach your goal.
Find support or be your own cheerleader. Realize that success does not come easy; for the most part it is a result of a lot of hard work. Finding support groups is helpful while working on goals. Share your ideas with supportive friends who encourage you and believe in you and be careful to be around people who tell you that you can’t do something. If you do not have people who encourage you, you can use technique called “tapping” or EMDR that can help you to tap into inner strength and support to enable you to continue with your process

Friday, August 3, 2012

Tips Khatam Al-Quran Dalam Tempoh Sebulan



  1. Disiplinkan diri, pada setiap hari, tamatkan 1 juzuk. (1 hari=1 juzuk)
  2. Setiap juzu mempunyai 20 muka surat. Oleh itu, pada setiap waktu solat, bacalah 4 muka surat ( 4 muka surat x 5 waktu solat = 20 muka surat =1 juzuk)
  3. Sekiranya anda bimbang, tidak mempunyai waktu untuk membaca Al Quran selepas solat, makabacalah sebelum solat (sementara menunggu azan).
  4. Disiplinkan diri untuk menunggu waktu solat. Setiap kali 10-15 minit sebelum azan, pastikan kita sudah berada di atas sejadah dalam keadaan berwudhu dan kemudian, bacalah Al Quran. Yang best nya, dengan disiplin ini, kita dapat baca Al Quran dan dapat menunaikan solat di awal waktu.
  5. Sekiranya, ada waktu yg tidak sempat dihabiskan bacaan Quran, kita qadha’ kannya pada waktu yang lain. Pastikan, sebelum tidur malam, kita telah pun tamat sekurang-kurangnya 1 juzuk. (kalau lebih, lagi bagus


Panduan korang dalam pembacaan Al-Quran mengikut hari:-

Hari Pertama
Surah Al-Fatihah 1-7
Surah Al-Baqarah 1-141

Hari ke-2
Surah Al-Baqarah 141-252

Hari ke-3
Surah Al-Baqarah 253-286
Surah Al-Imran 1-92

Hari ke-4
Surah Al-Imran 93-200
Surah An-Nisa’ 1-23

Hari ke-5
Surah An-Nisa’ 24-147

Hari ke-6
Surah An-Nisa’ 148-176
Surah Al-Maidah 1-81

Hari ke-7
Surah Al-Maidah 82-120
Surah Al-Ana’m 1-110

Hari ke-8
Surah Al-Ana’m 111-165
Surah Al-A’raf 1-87

Hari ke-9
Surah Al-A’raf 88-206
Surah Al-Anfal 1-40

Hari ke-10
Surah Al-Anfal 41-75
Surah Al-Taubah 1-92

Hari ke-11
Surah Al-Taubah 93-129
Surah Yunus 1-109

Hari ke-12
Surah Hud 1-123
Surah Yusuf 1-50

Hari ke-13
Surah Yusuf 51-111
Surah Al-Ra’d 1-43
Surah Ibrahim 1-52

Hari ke-14
Surah Al-Hijr 1-99
Surah An-Nahl 1-128

Hari ke-15
Surah Al-Isra’ 1-111
Surah Al-Kahfi 1-74

Hari ke-16
Surah Al-Kahfi 75-110
Surah Maryam 1-98
Surah Taha 1-135

Hari ke-17
Surah Al-Anbiya’ 1-112
Surah Al-Hajj 1-78

Hari ke-18
Surah Al-Mukminun 1-118
Surah An-Nur 1-64
Surah Al-Furqan 1-20

Hari ke-19
Surah Al-Furqan 21-77
Surah Al-Syu’ara 1-227
Surah Al-Naml 1-52

Hari ke-20
Surah Al-Naml 53-93
Surah Al-Qasas 1-88
Surah Al-Ankabut 1-45

Hari ke-21
Surah Al-Ankabut 46-69
Surah Al-Rum 1-60
Surah Luqman 1-34
Surah Al-Ahzab 1-30

Hari ke-22
Surah Al-Ahzab 31-73
Surah Saba’ 1-54
Surah Fatir 1-45
Surah Yaasin 1-27

Hari ke-23
Surah Yaasin 28-83
Surah Al-Saffat 1-182
Surah Sad 1-88
Surah Al-Zumar 1-31

Hari ke-24
Surah Al-Zumar 32-75
Surah Al-Ghafir 1-85
Surah Al-Fussilat 1-54

Hari ke-25
Surah Al-Syura 1-53
Surah Al-Zukhruf 1-89
Surah Al-Dukhan 1-59
Surah Al-Jathiyat 1-37

Hari ke-26
Surah Al-Ahqaf 1-35
Surah Muhammad 1-38
Surah Al-Fath 1-29
Surah Al-Hujurat 1-18
Surah Qaf 1-45
Surah Al-Dhariyat 1-24

Hari ke-27
Surah Al-Dhariyat 25-60
Surah Al-Tur 1-49
Surah Al-Najm 1-62
Surah Al-Qamar 1-55
Surah Al-Rahman 1-78
Surah Al-Waqi’ah 1-96
Surah Al-Hadid 1-29

Hari ke-28
Surah Al-Mujadalah 1-22
Surah Al-Hasr 1-24
Surah Al-Mumtahanah 1-13
Surah Al-Saff 1-14
Surah Al-Jumuah 1-11
Surah Al-Munafiqun 1-11
Surah Al-Taghabun 1-18
Surah Al-Talaq 1-12
Surah Al-Tahrim 1-12

Hari ke-29
Surah Al-Mulk 1-30
Surah Al-Qalam 1-52
Surah Al-Haqqah 1-52
Surah Al-Ma’arij 1-44
Surah Nuh 1-28
Surah Al-Jin 1-28
Surah Al-Muzammil 1-20
Surah Al-Muddaththir 1-56
Surah Al-Qiyamah 1-40
Surah Al-Insan 1-31
Surah Al-Mursalat 1-50

Hari ke-30
Juzuk Amma (Surah An-Naba’- Surah An-Nas)

Insya Allah, benda yang baik memang akan di permudahkan segalanya. Korang bacalah Al Quran, sebab Al Quran ni mukjizat terbaik yang Allah berikan pada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita semua.