heartbeat

Tuesday, January 11, 2011

cemburu oh iri hati

SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau paling tidak iri hati ketika di bangku sekolah. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.

Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan.

Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.


Faktor iri hati itu jika diselidik, tiada tembok sempadannya. Sama ada antara lelaki bersama lelaki, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan wanita. Ada banyak sebab yang memungkinkan perasaan cemburu timbul.
 Antara faktor cemburu termasuk melihat kejayaan orang lain; kebahagiaan yang mereka kecapi; kelebihan dari segi paras rupa; kenaikan pangkat; perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.


Jika dikaji, tiada sebab untuk seseorang cemburu dengan kejayaan orang melainkan dirinya sendiri harus berusaha mengubah nasib. Jangan jadikan perasaan cemburu dan iri hati sebagai penghalang untuk terus mengejar kemajuan. Tidak salah untuk berasa cemburu ke atas kejayaan individu lain asalkan perasaan itu diselangi dengan semangat baru untuk sama-sama beroleh kejayaan.

Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.


Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.

Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.

Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.


Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.


Tips-tips untuk atasi rasa cemburu/iri hati

1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.


3. Menangis semahunya
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.


7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

Source: Berita Harian Online.

Monday, January 3, 2011

MUTIARA DOA



DOA mohon keampunan dan rahmat Allah:
"Ya Tuhan kami, kami sudah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang terbaik". (Surah al-Muk�minun ayat 109)

DOA mohon tidak dijadikan penolong bagi orang yang berdosa:
Nabi Musa berkata: “Ya Tuhanku, demi nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-kali tidak menjadi penolong bagi orang yang berdosa”. (Surah al-Qasas ayat 17)


DOA mohon diberi ilham untuk mensyukuri nikmat dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh:
“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh”. (Surah an-Naml ayat 19)


DOA mohon ampunan kerana menganiaya diri sendiri:
“Musa berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sudah meng�aniaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. Maka Allah mengampuninya, sesungguh�nya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Qasas ayat 16)

DOA mohon dilapangkan dada dan dimudahkan segala urusan:
Nabi Musa berkata: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku”. (Surah Thaha ayat 25-26)

DOA mohon keampunan diri, ibu bapa dan orang beriman pada hari kiamat:
“Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hari kiamat”. (Surah Ibrahim ayat 41)

DOA diselamatkan daripada perbuatan maksiat dandosa Luth berdoa:
“Ya Tuhanku selamatkanlah aku berserta keluargaku dan akibat perbuatan yang mereka kerjakan”. (Surah Asy-Syu’ara ayat 169)




Thursday, December 23, 2010

Perut Buncit??

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung.

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.