heartbeat

Tuesday, October 27, 2009

Solat Hajat


Bila timbul masalah dalam sesuatu perkara, maka mintalah pertolongan dari Allah SWT dengan mendirikan solat sunat Hajat.
Solat sunat Hajat banyak macam bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukun tetap sama.
Waktu mengerjakan solat sunat Hajat ini boleh dilakukan siang atau malam, pagi atau petang.

Lafaz niat:
Ushalli sunnatal haajati rak’ataini lillahi ta’ala.
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.

1. Rakaat pertama baca Al-Fatihah. Kemudian baca surah Al-Ikhlas.
2. Rakaat kedua baca Al-Fatihah. Kemudian baca surah Al-Kaafiruun.
3. Teruskanlah lakukan hingga cukup 12 rakaat, 6 salam.
4. Pada rakaat yang terakhir [rakaat yang ke-12], sebelum memberi salam, iaitu tahiyat akhir, sujud kembali dengan bertakbir dan membaca:
[a] Al-Fatihah [7 kali]
[b] Ayatul Kursi [7 kali]
[c] Baca [10 kali] :
Laa ilaaha illa wahdahu laa syarii ka-lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’la kulla syai-in qadiir.
Ertinya: Tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa, Dia tiada sekutu bagi-Nya. Kepunyaan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nyalah segala pujian. Dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa.

Kemudian berdoa:
Allahumma innii as aluka bima ‘aaqidil ‘awwi min ‘arsyika wa muntahar rahmati min kitaa bika wa bismikal la’zhami wawajhikal a’la wa kalimaatikat taammah, an taqdhiya haajati.
Ertinya: Ya Allah, bahawasanya aku memohon akan Engkau dengan keteguhan ikatan daripada ‘Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum Engkau, dan dengan nama Engkau yang terapung, dan wajah Engkau Yang Maha Tinggi dan kalimah-kalimah Engkau Yang Maha Sempurna, bahawa Engkau penuhilah hajatku.

Setelah membaca doa tersebut, mintalah apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup disebut dalam hati. Kemudian bangkit dari sujud sambil bertakbir, dan terus memberi salam.

No comments:

Post a Comment