Ibaratkan makanan di dalam dulang, jika dibiarkan begitu saja ia akan rosak atau basi mungkin selepas satu hari. Selagi tiada sesiapa yang memakannya, yang rosak itu akan dibuang dan diganti dengan makanan yang baru dan begitulah seterusnya sehingga ada seseorang yang akan memakan dan menjaganya barulah makanan tersebut akan bertahan mungkin selama 9 hari atau lebih. Sudah tentu berbagai kaedah akan digunakan untuk menahan makanan tersebut dari rosak.
Begitu jugalah haid di dalam rahim, jika ia dibiarkan begitu sahaja ia akan keluar sebagai darah haid selepas satu bulan. Selagi haid di dalam rahim tidak digunakan ia akan terkeluar melalui faraj dan akan diganti dengan haid yang baru dan begitulah seterusnya sehingga terdapat janin yang akan menggunakan haid tesebut dan menjaganya, barulah haid akan bertahan selama 9 bulan atau lebih. Sudah tentu berbagai hormon akan terlibat dalam menahan haid tersebut dari terkeluar.
Jadi, haid sebenarnya seperti tempat yang disediakan untuk tumbesaran janin sekiranya persenyawaan berlaku antara telur dari ovary dan sperma. Haid adalah tempat yang dipenuhi dengan saluran darah yang membekalkan segala makanan dan oksigen untuk janin. Jika tiada janin pada bulan itu, haid akan musnah dan akan keluar melalui faraj sebagai darah haid untuk bulan tersebut. Tetapi haid yang baru akan terjadi lagi dengan harapan terdapatnya janin kali ini.
Sebahagian dari janin dan sebahagian dari lapisan haid (endometrium) akan terbentuk uri (placenta).
Bagaimana haid terjadi?
Ia melibatkan 2 jenis hormon
- Hormon Estrogen (Es-tro-jen)
- Hormon Progestrone (Pro-jes-tron)
Kedua-dua hormone ini datangnya dari ovari.
Hormon Estrogen akan memulakan pembiakkan sel-sel haid pada peringkat awal kitaran haid (iaitu sejurus selepas tamat haid bulan yang lepas). Perlahan-lahan sel-sel haid akan mula menebal.
Bila haid telah tebal, hormone Progestrone pula akan memulakan tugasnya untuk mengekalkan haid tersebut sehingga berlakunya persenyawaan dan janin.
Bagaimana jika tiada persenyawaan atau janin berlaku? Hormone Progestrone dan Estrogen akan ‘merajuk’ dan kandungan ia dalam darah akan menurun secara tiba-tiba membuatkan darah haid yang tebal tadi tidak dijaga lagi oleh Progestrone lalu lapisan haid dalam rahim akan musnah dan keluar melalui faraj sebagai darah haid atau darah kotor atau dipanggil juga ‘period’.
Walau bagaimanapun hormone estrogen dan progestrone akan kembali tinggi untuk memulakan kitaran haid yang baru.
Bagaimana jika persenyawaan berlaku dan terbentuknya janin? Janin tersebut akan melekat di atas darah haid yang tebal tadi dan akan menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh darah haid seperti makanan dan oksigen selama 9 bulan bertujuan untuk tumbesaran mejadi bayi
Kitaran haid yang tidak normal
Jika kandungan hormone estrogen dan progestrone berada dalam tahap yang normal dalam darah, kitaran haid akan berlaku secara normal pada setiap bulan.
Fungsi estrogen adalah:
- untuk membiakkan sel-sel haid agar ia menjadi tebal.
Jadi sudah tentu jika estrogen berkurangan, darah haid pun berkurangan atau tidak ada darah haid maka ketika itu haid tidak akan berlaku.
Fungsi progesterone pula ialah:
- memperlahankan pembiakan sel-sel haid oleh estrogen,
- menguatkan struktur sel-sel haid tersebut supaya ia tidak berkecai dan
- merembeskan bahan-bahan ke dalam sel-sel haid yang diperlukan sebagai makanan untuk janin.
Banyak atau sedikit hormone estrogen dan progestrone dalam darah adalah dibawah kawalan hormone yang lain.
Estrogen (dalam ovari) dikawal oleh hormone Follicular Stimulating Hormone atau FSH (terletak di Pituitari iaitu di satu tempat dalam otak).
FSH pula dikawal oleh Gonadotrophic Releasing Hormone atau GnRH (terletak di hypothalamus juga di satu tempat dalam otak).
Hypothalamus | → | GnRH | → | Pituitary | → | FSH | → | Follicle | → | Estrogens |
Begitu juga hormone progestrone, ia dikawal oleh Luteinizing Hormone atau LH (terletak di pituitari iaitu satu tempat dalam otak).
LH pula dikawal juga oleh Gonadotrophic Releasing Hormone atau GnRH (terletak di hypothalamus juga satu tempat dalam otak).
Hypothalamus | → | GnRH | → | Pituitary | → | LH | → | Corpus luteum | → | Progesterone |
Nampaknya jika haid tidak teratur atau tidak normal, bukan estrogen atau progestrone sahaja boleh dipersalahkan. Ia mungkin juga disebabkan oleh hypothalamus atau pituitary atau hormone-hormone yang di keluarkan oleh mereka.
Punca haid yang tidak teratur.
Ada 3 punca
- Pengeluaran Estrogen yang berlebihan.
- Pengurangan Progesteron
- Pengurangan Estrogen
1. Pengeluaran Estrogen berlebihan.
Fungsi estrogen adalah untuk membiakkan sel-sel haid agar ia menjadi tebal. Bila estrogen dikeluarkan berlebihan dan terlalu lama, sel-sel darah haid terus menebal dan bertambah-tambah dalam rahim. Bila sel-sel haid ini berkecai, ia mengeluarkan darah haid yang banyak.
2. Pengurangan Progesteron.
Fungsi progesterone pula ialah memperlahankan pembiakan sel-sel haid oleh estrogen danmenguatkan struktur sel-sel haid tersebut supaya ia tidak berkecai. Jadi jika progesterone kurang, struktur sel-sel haid tidak akan kuat dan memyebabkan sebahagian sel haid berkecai sedikit demi sedikit. Seseorang itu akan mengalami haid yang keluar sedikit-sedikit tapi kerap.
3. Pengurang estrogen.
Jika hormone menurun dengan tiba-tiba sel-sel haid akan berkecai dengan mudah dan akan keluar sebagai darah haid. Jika tahap hormone estrogen sentiasa berkurangan perdarahan haid tidak akan berlaku.
Apa itu DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).
Ia adalah perdarahan rahim (uterine bleeding) yang bukan di sebabkan oleh kehamilan, ubat-ubatan, masalah dengan saluran peranakan, ketumbuhan termasuk kanser atau kesan sampingan dari penyakit dari badan (systemic disease). Jika ganguan hormon, ia diketagorikan DUB.
Dalam DUB,
- 90% berpunca dari kitaran haid jenis anovulasi – di mana proses ovulasi (pengeluaran telur dari ovari) gagal berlaku dalam kitaran haid ini.
- 10% berpunca dari kitaran haid jenis ovulasi – di mana proses ovulasi berlaku dalam kitaran haid ini.
DUB atau gangguan haid yang berlaku dari jenis anovulasi, adalah disebabkan oleh gangguan pengeluaran hormone dari hypothalamic-pituitari-ovari. Ia berlaku dalam lingkungan umur reproduktif yang sangat muda dan sangat berumur. Bila tiada ovulasi, maka tiada progestrone.
Fungsi progesterone pula ialah memperlahankan pembiakan sel-sel haid oleh estrogen danmenguatkan struktur sel-sel haid tersebut supaya ia tidak berkecai. Akibatnya sel-sel haid (endomerium) akan bertambah tebal tetapi strukturnya tidak kuat dan atau stabil. Akibatnya sel haid berkecai dengan tidak tentu masa dengan banyak dan dengan masa yang panjang.
DUB yang berpunca dari kitaran jenis ovulasi pula (di mana proses ovulasi berlaku dalam kitaran haid ini) boleh disebabkan oleh pengeluaran hormon progesterone yang sangat kurang atau pengeluarannya terlalu lama. Mungkin juga pengeluaran hormone dari hypothalamic-pituitari-ovaritidak terganggu tetapi ia berpunca dari kegagalan rahim itu sendiri untuk mengawal perdarahan.
Gangguan haid dikatakan DUB jika faktor-factor dibawah ini bukan puncanya:
Komplikasi kandungan
- Intrauterine pregnancy
- Ectopic pregnancy
- Spontaneous abortion
- Gestational trophoblastic disease
- Placenta previa
Jangkitan kuman
- Cervicitis
- Endometritis
Kecederaan
- Laceration, abrasion
- Foreign body
Ketumbuhan Malignant (bahaya)
- Cervical
- Endometrial
- Ovarian
Penyakit Pelvic yang Benign (tak bahaya)
- Cervical polyp
- Endometrial polyp
- Leiomyoma
- Adenomyosis
Penyakit Sistemik
- Hepatic disease
- Renal disease
- Coagulopathy
- Thrombocytopenia
- von Willebrand’s disease
- Leukemia
- Hypothyroidism
- Hyperprolactinemia
- Cushing’s disease
- Polycystic ovarian syndrome
- Adrenal dysfunction/tumor
Ubat-ubatan/iatrogenic
- Intrauterine device
- Hormones (oral contraceptives, estrogen, progesterone)
Rawatan
Pergilah ke klinik dan berbincang dengan doktor. Doktor akan bertanya beberapa soalan untuk memastikan masalah DUB itu hanyalah gangguan hormone dan bukan penyakit yang tersenarai di atas.
Ujian darah atau ujian lain mungkin perlu dilakukan.
Source : Sakitanda.com
No comments:
Post a Comment