heartbeat

Friday, November 30, 2012

What to expect when u're expecting.

Assalamualaikum..

Proud to announce that im pregnant.... Again.. Haha. Yes! Im pregnant.. No. 3 is on the way uolls..

Sumpah tak sangka! Memang suprise lah! Rezeki Allah bagi kalini memang beharga.. Kakak dah over excited.. Kejap nak adik perempuan.. Kejap nak adik lelaki.. Dia suka aje lah kan.. Yang mengendong ni mak dia jugak.. Huhuhu.. Ape appn, syukur dengan pemberianmu Ya Allah.. Terima kasih tak terhingga..

Sunday, November 18, 2012

Kembali dari bercuti

Assalamualaikum...


Hola... Kembali bersiaran.. Lama bebenor bercuti ye.. Padahal bercuti 12-14 aribulan aje.. Terlajak ye ko jah.. Haha..

Percutian yang so so aje.. Tapi fun untuk anak dara i la kan.. Sebab bermain non stop dengan cousin dia.. Ok lah, habuan untuk dia pon kan.... Hehehe...

So, nanti nak share cara-cara buat duit menggunakan iklan nuffnang yang baru tu.. Tunggu..... :))


Thursday, November 8, 2012

Mother's Love Is Whole, No Matter How Many Times Divided.

Mother's Love Is Everything And It's So Special..

Tak boleh tidur la pulak

Assalamualaikum korang.

Haish.. Tiba-tiba mata ni tak boleh nak tidur lah! Terkebil-kebil je ni memandang sekeliling yang gelap tak berapa nak gulita la tapi.. Adoi.. Sabo je lah aku ni. Ape ke halnya weh... Entah! Aku pon tak tau kenapa. Tapi yang nyatanya, aku tak dapat lelapkan mata ni, menguap dah banyak kali, tapi mata ni segar bugar aje pulak. Tak de gaya nak tidur pon. Haissssh!!

Masalah ni.. Karang kalau makan unat tidur mau tidur mati. Tapi mana boleh! Aku kan ade baby kecik.. Ishh! Dengkinya tengok diorang ni tidur! Aku jugak dah macam pak guard tak berbayar dalam rumah ni weh...

Heeeellllpppp... I want to sleep!! But how??

Tuesday, November 6, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Graduasi Tahun Enam dan Pra Sekolah 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun ni sangat memberangsangkan buat kakak. Sebagai pelajar tahun 1, kakak dah menunjukkan kesungguhan dia dalam pelajarannya. Alhamdulillah, satu perangsang buat kakak dan adik dia juga tu kan..

Tahun ni merasalah aku sebagai ibu yang berbangga dengan pencapaian anaknya hasil dari ujian penilaian akhir tahun. Berkat usaha dan doa yang tak putus-putus, kakak akhirnya berjay. Kakak akan menghadiri majlis penyampaian hadiah dan bakal menerima penghargaan untuk kategori Anugerah Terbaik Dalam Aliran. Sebagai seorang ibu, aku berbangga dengan pencapaian kakak, sebab aku sebenarnya tak mengharapkan apa-apa masa ujian penilaian akhir aritu. Dengan peel dia mengadap ipad 24/7, tengok cerita barbie la, upin ipin la, mickey mouse bagai.. Memang aku berharap dia lulus aje la dalam ujian penilaian akhir tahun. Cukuplah dia kekal dalam kelas dia sekarang dan tak mendapat markah yang corot. Itu dah memadai bagi aku. Yelah kan, tak kan nak harapkan miracle pulok kan. Bawak-bawak la sedor diri. Hahaha.. Tapi bila kakak menghadiahkan mak dia kejutan(yang benar-benar kejutan untuk aku) aku bersyukur dan gembira sangat.

Haruslah aku memupuk lagi semangat dia untuk terus rajin belajat di masa-masa akan datang. Insya Allah. Itu aje lah yang mampu mak dia lakukan pon. Sebab mak dia bukan lah pelajar cemerlang dulu kala.. Suam-suam aje pon ;D Tapi itu tak menjadi penghalang la kan untuk aku menyokong dan membantu apa-apa yang aku bole kan... Insya Allah..

Kepada baby, mama berbangga dengan pencapaian baby. Bangga sangat sebab mama tau anak mama memang bole buat. Lepas ni kena rajin dan usaha lagi ye. Bak kata papa, nak pandai bukan sekali belajar aje, kena banyak buat latihan baru dapat ingat dan yang paling penting dapat paham apa yang kita belajar.

Tahniah Baby ;)

Monday, November 5, 2012

Bercuti? Holiday?

Assalamualaikum..

Akhirnya setelah berkurun merancang... Dapat jugak membawa anak dara dan anak teruna bercuti.. Yeah! Bercuti uolls! Sangat lah happy aku ni kan.. Yelah, dah tak berkerja ni kewangan diri sendiri menjadi kempis dan terpaksa memendam rasa nak pegi melancong sana sini sinun..

Tapi, alhamdulillah.. Berkat doa dan kesabaran yang tinggi yang dok ada dalam diri aku ni kan.. Dapatlah jugak aku bercuti walaupon cuti yang pendek aje.. Jadi laaaa dari tak ada langsung kan.. Alhamdulillah bersyukur sangat. Haisssh! Tak sabar menanti tarikh itu.. Insya Allah 12-14 November 2012 akan bercutilah kami sekeluarga.. Yeeehaaaa.. Ke mana? Suprise bole? Alah bukan jauh sangat pon.. Tapi cukup lah untuk permulaan, mana tau lepas percutian pendek ni dapat memberi suamiku inspirasi untuk membawa kami lagi ke tempat-tempat lain pulak.. Ye dop?? Amin.. ( wah! Cepat aje kau mengaminkan doa kan ) hahaha..
Wahai tarikh itu, cepatlah tiba!! Eh! Mari mengemas baju-bajuan.. Wah! Excited betul kau! Lalalala..
Nanti lepas balik dari bercuti, aku update.. Untuk kenangan diri sendiri la jugak kan.. Esok-esok dah tua, boleh gak mengimbas kenangan terindah. Cewaah..

Hai... Mood bercuti dah mai.. Dah mai... Syoknyaaaaaa...

Friday, November 2, 2012

Mother

Mother is everything.. No one can replace her.

Hati

Assalamualaikum.

Hati ini mudah tersentuh.
Hati ini mudah terasa.
Hati ini mudah dilukai.
Hati ini rapuh sekali.
Hati ini merintih pilu.
Hati ini diruntun syahdu.
Hati ini menangis.
Menangislah hati ini sendirian, tak siapa yang pedulikan.
Hati ini mengharapkan keajaiban untuk merawat kepiluan.

Wahai hati, kuatlah dikau mengharunginya. Kerana engkau sekeping hati yang berani. Berani menempuh segala rintangan yang mendatang. Kerana kecekalan kau wahai hati, aku masih gagah berdiri..

Tak sihat tak sedap badan...

Assalamualaikum...

Di hari petang berserta hujan dengan guruh ini membuatkan aku yang sakit ni makin sakit.. Hai... Hari pon macam turut serta dengan ape yang aku rasai sekarang ni...

Lately ni kan aku rasa tak sihat. Rada tak sedap badan. Rasa sakit la senang kata... Aduhai badanku.. Rasa macam-macam ada.. Semua tak kena.. Mood berpusing 360! Huh! Memang mengerikan beb..

Sekarang ni entah apa yang aku rada pon tak pasti.. Bercampur baur semuanya.. Aku harap aku kuat u tuk membaik pulih diriku ini. Aku memerlukan kekuatan yang sangat besar untuk aku sembuh.

"Ya Allah kuatkanlah diriku ini. Aku yakin dengan kektentuan yang Kau berikan ini. Ya Allah, hanya pada-Mu aku berserah kerana aku yakin hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri aku sebagai hamba-Mu."