Assalamualaikum.
Hati ini mudah tersentuh.
Hati ini mudah terasa.
Hati ini mudah dilukai.
Hati ini rapuh sekali.
Hati ini merintih pilu.
Hati ini diruntun syahdu.
Hati ini menangis.
Menangislah hati ini sendirian, tak siapa yang pedulikan.
Hati ini mengharapkan keajaiban untuk merawat kepiluan.
Wahai hati, kuatlah dikau mengharunginya. Kerana engkau sekeping hati yang berani. Berani menempuh segala rintangan yang mendatang. Kerana kecekalan kau wahai hati, aku masih gagah berdiri..
No comments:
Post a Comment