Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Assalamualaikum..
Hari ini terbaca dalam Utusan Online mengenai artikel yang sangat menarik perhatian. Artikel yang bertajuk Kekal Romantik Ke Akhir Hayat.
Jom baca.. Bagus info ni
SEMASA di alam percintaan begitu romantik hinggalah memasuki ke dunia perkahwinan, dunia bagai dirasa milik anda berdua. Namun melangkaui fasa mengandung, melahirkan dan bergelar ibu bapa, sesetengah pasangan suami isteri mengakui hilang rasa romantik dan semakin kurang masa berdua.
Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, yang luar biasanya ialah bagaimana pasangan suami isteri masih mampu mengekalkan mood romantik walaupun setelah bergelar ibu dan bapa.
Bagi suami isteri yang merasakan hubungan mereka sedikit hambar setelah kelahiran anak jangan risau kerana pakar psikoterapi keluarga, Stephanie Manes mempunyai beberapa nasihat yang baik untuk anda ikuti.
Pertama, jangan putus asa âmenguratâ pasangan. Kata Manes, dalam perhubungan suami isteri tiada istilah âanda sudah terlalu tuaâ untuk melakukan godaan atau dalam erti kata lain beraksi romantik. Ramai pasangan beranggapan bahawa selepas berkahwin ia adalah sesuatu perlakuan yang tidak perlu atau mungkin
juga tidak lagi sesuai.
Hakikatnya, situasi âmenguratâ ini memang sangat penting bukan setakat pada diri anda sendiri malah pasangan anda juga. Apabila anda âmengizinkanâ situasi ini berlaku, anda akan dapati seakan berada dalam dunia yang baru.
Menerusi khidmat pesanan ringkas atau mungkin bisikan nakal atau sekali sekala menarik pasangan anda dan menciumnya ketika anak tidak nampak, adalah satu usaha kecil yang memberikan impak besar pada kasih sayang anda berdua.
Kedua, cuba peruntukan masa berdua sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Cuba anda imbas kembali bila kali terakhir berjalan berpegangan tangan bersama pasangan dan menghabiskan masa bersama tanpa gangguan? Sudah tentu majoriti menjawab sebelum berkahwin atau sebelum mendapat anak.
Tahukah anda bahawa suasana romantik itu sebenarnya perlu dibaja dan apabila dibaja ia perlu ruang untuk subur.
Apabila anda sudah berjaya mempunyai rutin tersebut, anda sebenarnya akan lebih tenang menguruskan hal-hal lain kerana anda mempunyai satu agenda khusus dan hati anda gembira melakukannya.
Jadi pastikan anda berjaya merancang aktiviti dengan sebaiknya dengan memasukkan jadual untuk bersama-sama pasangan anda.
Ketiga, dapatkan pertolongan apabila berhadapan masalah.
Suasana romantik memang tidak akan boleh terjadi sekiranya pasangan kerap berhadapan konflik. Jika anda sedar bahawa anda dan pasangan kerap bergaduh dan isunya barangkali sama setiap kali pergaduhan, maka sedarlah jangan biarkan ia berlarutan.
Dapatkan khidmat nasihat dan mesti bersepakat berdua berjumpa kaunselor dan bukan satu pihak sahaja yang berinisiatif.
Kebanyakan masa nasihat dan pandangan daripada orang yang bertauliah akan membuka minda anda dan menjawab beberapa perkara yang membelenggu fikiran. Jadi dapatkan pertolongan bila perhubungan semakin kerap berkonflik.
Keempat, satu lagi tips yang perlu diberi perhatian ialah sikap prihatin.
Adakalanya pasangan mula bersikap tidak kisah dan mengabaikan beberapa perkara kecil yang dilakukan isteri atau suami tanpa memberikan penghargaan sepatutnya.
Romantik bukanlah sekadar lakonan sementara, ia memerlukan rangsangan dengan beberapa cara. Antara yang boleh anda lakukan ialah menerusi kata-kata. Sebagai contoh anda sedar dia telah menukar gaya rambut, jadi berilah pujian bahawa stail tersebut amat sesuai dengannya. Atau mungkin dia memakai wangian baru yang sedap dan anda menyukainya.
Jangan lakukan
Walaupun begitu ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan pasangan suami isteri untuk kekal romantik.
Antaranya ialah apabila anda sudah mempunyai niat yang baik untuk pasangan, jangan sesekali berkata anda mahu menunggu masa yang sesuai.
Jika kerap berkata demikian anda mungkin akan berhadapan dengan situasi âsudah terlambatâ.
Satu lagi perkara perlu dielak ialah jangan terperangkap dengan kisah lalu. Kadangkala ada pasangan
beranggapan mereka perlu kembali ke kehidupan yang lama jika mahu suasana romantik itu menjelma kembali.
Itu sebenarnya tidak tepat, kerana pasangan tersebut sepatutnya boleh mencetuskan suasana romantik baru dalam keadaan baru dan lebih realistik.
Jangan sesekali takut untuk romantik kerana bebanan kerja. Romantik dan kerja memanglah dua perkara yang amat berbeza.
Ramai pasangan beranggapan suasana romantik dan keseronokan seksual itu satu perkara yang spontan dan bukan boleh dipaksa.
Namun realitinya, kehidupan ini perlukan ruang dan peluang terutama untuk perkara berkaitan keluarga dan pergaulan dengan rakan-rakan. Semua perkara tidak akan berlaku tanpa usaha, jadi usahakan suasana romantik agar perhubungan anda kekal bahagia.
Pasangan suami isteri jangan sesekali beranggapan romantik itu âmahalâ. Jangan fikir hanya orang kaya saja boleh bersikap romantik dengan membelikan hadiah yang mahal-mahal untuk pasangan mereka.
Sematkan dalam hati bahawa romantik itu adalah usaha anda untuk menghiburkan pasangan dan ia tidak perlu dengan duit dan hanya cukup dengan sekadar senyuman dan sentuhan penuh ikhlas.
Kesimpulannya, pasangan yang sudah lama berumah tangga terutama yang bergelar ibu bapa pasti akan melalui situasi perhubungan semakin kurang romantik ini. Ia memang diakui agak menyedihkan namun jangan sesekali beranggapan anda selamanya dalam situasi tersebut.
Daripada anda berasa putus asa untuk beromantik, lebih baik jangan bertangguh untuk seberang usaha mengembalikan kehangatan rumah tangga.
Source:-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131210/ke_03/Kekal-romantik-ke-akhir-hayat#ixzz2n8MscPaH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment