heartbeat

Tuesday, March 25, 2014

6 month since you left us

Assalamualaikum..

Diam tak diam sudah 6 bulan abah pergi meninggalkan kami. Rasanya seperti baru semalam dia meninggalkan kami. Masih terasa luka di hati ini dengan pemergian abah. Tapi, kami harus terima kenyataan dan tabah dengan pemergian abah kerana abah pergi menemui Pencipta-Nya. Kami jua akan menyusul satu hari nanti. Itu yang menjadi semangat untuk kami meneruskan kehidupan. 
Buat abah, damailah disana. Semoga roh abah tenang dan dicucuri rahmat oleh-Nya. Doa dan doa akan kutitipkan buat abah selagi hayat dikandung badan. Akan ku menjaga mak sebaik mungkin walaupon tak dapat menandingi kehebatan abah menjaga mak. 
Al fatihah buat abah tersayang.

Sunday, March 23, 2014

Bahaya kemurungan

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Asslamualaikum...

Bahaya murung ni tau.. Kalau tak kawal bebetul, boleh menyebabkan macam macam masalah.. Hari ini nak share artikel dari Utusan Online yang sangat bagus untuk kita semua...

Jom kita baca...

LAPORAN Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyebut kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara sembilan hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala tahun 2012 pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang.

Antara faktor yang menjadi penyumbangnya adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudah, ia berkaitan aspek kemurungan berpanjangan yang berpunca daripada tekanan atau bebanan kerja.

Kemurungan sedemikian bukan hanya menyebabkan seseorang itu mempunyai idea untuk bunuh diri tetapi turut merancang dan juga melakukan cubaan bunuh diri.

Menurut Pensyarah dan Pakar Psikiatri Pusat Perubahan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Marhani Midin, dalam satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang berumur antara 16 hingga 24 tahun lebih cenderung untuk bunuh diri atas pelbagai sebab.

Malah, beliau berkata, pegangan agama yang semakin longgar dalam kalangan remaja atau golongan muda Islam akibat pengaruh internet, turut menyebabkan mereka hilang pedoman sehingga sanggup mengambil tindakan bunuh diri.

Antara tanda atau ciri-ciri kemurungan daripada segi klinikal adalah cara berpakaian, air muka yang tidak ceria, cepat putus asas dan bercakap dalam satu nada sahaja.

Selalunya, individu terbabit berpandangan negatif pada diri sendiri, orang sekeliling dan juga masa depannya sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di PPUKM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Marhani turut menyenaraikan faktor biologi, sosial dan psikologi sebagai antara punca utama yang membawa kepada kemurungan seseorang individu tanpa mengira jantina, umur atau agama.

Bahan kimia

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada segi biologi, ia disebabkan oleh kandungan bahan kimia dalam otak individu terbabit iaitu Serotonin dan Noradrenalin berada di tahap rendah.

Kenapa bahan kimia itu rendah? Ia kerana masalah kewangan, rumah tangga, personaliti, pengalaman semasa kanak-kanak seperti penderaan seksual dan lain-lain yang boleh mencetus kemurungan," katanya.

Katanya lagi, faktor sosial pula disebabkan oleh kesempitan duit, penderaan domestik, memiliki penyakit yang menyebabkannya tidak boleh bekerja dan sebagainya.

Faktor psikologi pula dilihat pada personaliti seseorang yang dibentuk semasa dia masih kecil. Mungkin wujud penderaan, buli, obses kepada kesempurnaan dan lain-lain lagi," katanya.

Tanda-tanda kemurungan bermula dengan wujudnya perasaan sedih yang berpanjangan atau dengan kata lain, individu terbabit tidak boleh menikmati rasa kegembiraan dalam kehidupan sehariannya.

Selain itu, individu terbabit turut mengalami masalah untuk tidur, sama ada susah hendak lena, mudah terjaga atau bangun tidur terlalu awal.

Mereka juga akan hilang tumpuan, selera makan, minat kepada sesuatu aktiviti dan paling bahaya sekali adalah hilang harapan kerana ia akan lebih cenderung kepada idea untuk membunuh diri," kata Dr. Marhani.

Potensi pulih

Seperti mana penyakit lain, Dr. Marhani menjelaskan, kemurungan turut mempunyai potensi untuk pulih tetapi ia banyak bergantung kepada sejauhmanakah komitment pesakit itu mematuhi arahan rawatan yang dikeluarkan oleh doktor atau pakar psikiatri.

Kalau dirawat dengan betul, peratusan untuk dikawal atau sembuh agak tinggi walaupun ia sejenis penyakit yang boleh berulang," katanya.

Beliau berkata, daripada segi rawatan klinikal, penyakit itu boleh dirawat dengan ubat anti kemurungan tetapi bergantung kepada sejauh mana tahap keseriusan penyakit kemurungan yang dialaminya.

Tambahnya lagi, selain diberikan penerangan tentang penyakit kemurungan yang dialaminya, pesakit akan turut diberi sokongan moral bahawa penyakitnya itu berpotensi untuk pulih atau di kawal.

Kami juga akan menyiasat latar belakang punca yang mencetuskan kemurungan itu dan seterusnys menyalurkan bantuan yang sesuai bagi menyelesaikan punca tercetusnya penyakit itu," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Marhani turut menggariskan dua cara untuk menangani tekanan iaitu individu terbabit perlu sedar bahawa dia sedang mengalami masalah yang berpotensi mencetus kemurungan.

Kesedaran sedemikian penting bagi membolehkan dia fokus kepada pemasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata lagi, kalau sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut, dia perlu melakukan sesuatu aktiviti yang boleh dia lupakannya untuk seketika, seperti menonton wayang, bersukan atau keluar beriadah bersama kawan-kawan.

Saya percaya tindakan tersebut akan memberikan peluang kepada seseorang itu untuk berfikiran lebih waras dalam mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140206/kn_01/Bahaya-kemurungan#ixzz2tYGmItfy
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kesan ambil karbohidrat berlebihan

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Asslamualaikum..

artikel menarik sangat dari Haian Metro Online.. mengenai


Makanan yang dimakan setiap hari akan dihadam untuk menjadi tenaga kepada tubuh dalam bentuk glukosa. Karbohidrat pula sumber utama glukosa kepada tubuh.
Tanpa karbohidrat, kita berasa letih dan lesu serta tidak bermaya kerana tubuh kekurangan glukosa. Tanpa disedari, setiap hari kita makan secara berlebihan, terutama makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, kuih-muih, kek, pastri, tepung gandum, kentang dan gula. 
Kita mengambil jumlah karbohidrat berlebihan tanpa disedari, sedangkan kalori diambil daripada karbohidrat tidak diguna disebabkan kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal. 

Kesan jangka panjang mengakibatkan terjadinya sindrom metabolik (Insulin Resistance Syndrome) yang juga dikenali sebagai Sindrom X.
Foto
KARBOHIDRAT menyebabkan kegemukan.



Sindrom X akhirnya menyebabkan seseorang menghidap penyakit kencing manis (diabetis mellitus) dan masalah kegemukan. Masalah ini berpunca daripada kesan turun naik melampau paras gula dalam darah setiap kali kita makan makanan berkarbohidrat tinggi.
Sebenarnya karbohidrat penting untuk kesihatan tubuh tetapi bukan semua orang sama. Ia dikategorikan mengikut kesannya pada paras glukosa dalam darah selepas makan dan ini dipanggil sebagai indeks glisemik (GI). 

Apakah indeks glisemik (GI)? 

Diperkenalkan pada 1981 oleh ahli sains, Dr Jenkins, GI dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia. 

GI dinilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100. Seterusnya nilai GI dipecahkan kepada GI rendah, sederhana dan tinggi. 

Makanan yang cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) dengan nilai GI lebih daripada 70. Makanan lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) dengan nilai GI kurang daripada 55. 

Nilai GI antara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (Medium glycemic index). Makanan tinggi GI menyebabkan kenaikan cepat paras glukosa dalam darah. 
Sebaliknya, makanan rendah GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur. 

Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi selepas makan tidak baik untuk kesihatan dalam jangka panjang. Kita perlu menstabilkan paras glukosa darah selepas makan untuk mendapat kesihatan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi, strok dan kanser. 

Oleh itu kita perlu memilih makanan berkarbohidrat dengan nilai GI rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan perlu mengurangkan makanan mempunyai nilai GI tinggi. 

Nilai GI sesuatu makanan boleh dirujuk dalam buku tulisan saya “Lapan Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet” atau membuat carian di Internet dengan menaip ‘Glycemic Index’ seperti dalam senarai di bawah. 


Contoh Makanan/ Nilai GI 

1. Roti dan Bijirin
 
• Roti Putih - 78 
• Nasi Putih - 77 
• Kentang Lenyek - 82 
• Beras Perang - 55 
• Pasta - 60 
• Mi - 80 
• Tepung Gandum - 75 
• Oat - 80 
• Bijirin Jagung - 54 

2. Sayur-sayuran 
• Lobak merah - 50 
• Asparagus - 15 
• Brokoliv15 
• Kacang Buncis - 30 

3. Buah-buahan 
• Epal - 39 
• Oren - 42 
• Pisang - 40 
• Kismis - 64 

4. Minuman/makanan ringan 
• Minuman bergas - 70 
• Teh tarik - 72 
• Gula pasir - 70 
• Madu - 87 
• Jus Oren - 80 
• Kacang pea - 10 
• Kentang goreng - 58 

Secara umumnya jika sesuatu makanan mempunyai GI tinggi, kita patut makan sedikit saja dan jika mempunyai GI rendah, kita perlu makan lebih banyak. 

Kita perlu memikirkan nilai GI sesuatu makanan berkarbohidrat sebelum makan. Contohnya, roti putih mempunyai GI=78 dan buah epal GI=39. 

Oleh itu, makan epal tidak akan memuncakkan paras glukosa dalam darah berbanding makan roti putih, menyebabkan kita lebih elok makan lebih banyak buah- buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian untuk kesihatan yang baik. 

Journal of American Medical Association (JAMA) edisi Mei 2002 melaporkan, lebih 311 kajian berkenaan GI dijalankan dan kebenaran teori ini dibuktikan secara saintifik. 

Ia dijadikan rujukan berhubung cara pemakanan sihat, terutama untuk pesakit diabetes di Kanada sebagaimana dicadangkan Persatuan Diabetes Kanada dalam risalah yang menggalakkan pesakit diabetes mengamalkan makanan dengan indeks glisemik rendah dan sederhana sebagai cara mengawal paras glukosa dalam darah dan mengelak komplikasi diabetes jangka masa panjang. 


Mengapa kita perlu makan makanan yang mempunyai GI rendah dan sederhana? 

Apabila memakan makanan mempunyai GI rendah seperti beras perang dan oat, paras glukosa dalam darah lebih mudah dikawal selain membantu menurunkan paras kolesterol. 

Amalan makan makanan GI rendah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi akan mengawal selera makan serta kajian mendapati ia menurunkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi dan membantu mengelak masalah kegemukan. 

Makanan yang mempunyai GI rendah menyebabkan paras insulin menurun dan bagi pesakit diabetes, pengawalan paras glukosa darah menjadi lebih mudah. 

Makan makanan mempunyai GI tinggi secara berlebihan menyebabkan masalah perut buncit dan kegemukan. Ini kerana makanan ini menyebabkan glukosa berlebihan dalam darah disimpan sebagai lemak dalam sel lemak, terutama di kawasan perut dan dalam abdomen di sekeliling organ dalaman seperti hati, limpa dan usus. Keadaan ini menyebabkan seseorang kelihatan ‘buncit’. 

Kajian mendapati kebanyakan makanan proses seperti biskut, kek, pastri, roti, kuih-muih, kerepek, donut, mi, pasta, mi segera kaya dengan gula mempunyai nilai GI tinggi. 

Makanan ini mudah didapati di kedai dan menjadi pilihan kebanyakan kita. Tidak hairan masalah diabetes atau kencing manis semakin meningkat. 

Tepung apabila dimakan memuncakkan paras glukosa dengan cepat dalam badan, malah ia lebih cepat daripada kita makan sesudu gula. Ini kerana ia mempunyai nilai GI lebih tinggi berbanding gula pasir. 

Tepung gandum bahan asas kepada pembuatan kek, roti, biskut, mi, roti canai, jemput-jemput, kuih-muih dan pelbagai jenis masakan. Makanan ini kegemaran masyarakat umumnya di Malaysia, menyebabkan masalah kegemukan semakin bertambah setiap tahun. 

Di Amerika Syarikat, NCEP (National Cholesterol Education Program) – ATP (Adult Treatment Panel) III pada 2001 memberi beberapa kriteria sindrom X ini. 

Sindrom X terjadi akibat pemakanan tinggi karbohidrat yang mempunyai GI tinggi secara berterusan bertahun lamanya. Akhirnya ia menyebabkan keadaan pra- diabetik, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, kolesterol dan kencing manis (diabetes mellitus). 

Tanda di atas mudah kita lihat dalam masyarakat sekarang, terutama apabila umur meningkat melebihi 30 tahun. Berat badan dan saiz pinggang bertambah manakala perut semakin buncit. 

Ujian darah menunjukkan paras kolesterol tinggi. Ini tanda anda mempunyai Sindrom ‘X’ yang meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 50 peratus. Tidak hairan ramai dalam kalangan masyarakat sekarang mendapat serangan jantung seawal usia 30-an. 

Menurut kajian sains perubatan terbaru, perut buncit sangat berkaitan dengan risiko serangan jantung. Banyak kajian membuktikan kaitan antara ukur lilit pinggang yang besar dengan risiko tinggi menghidap penyakit jantung.

Sumber : Harian Metro Online.

Cegah Denggi Selamat Nyawa


Assalamualaikum..

hari ni nak share satu artikel yang best.. mengenai denggi yang sangat berleluasa sekarang ni kan...
memang bahaya denggi ni. bole membawa maut la kalau tak dirawat segera..

Jom baca artikel dari Harian Metro Online ni.....


Kebelakangan ini, isu demam denggi semakin banyak dilaporkan meskipun negara mengalami musim panas. Tanpa mengira usia dan jantina, ia boleh menyerang tanpa disedari dengan simptom seperti demam, selesema dan batuk. Berikut antara langkah pencegahan utama:
Perlindungan daripada gigitan nyamuk 
  • Elak melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Ini kerana nyamuk Aedes bukan serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah awal pagi dan awal senja

  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
    Foto
    NYAMUK Aedes mencari mangsa pada siang hari.
  • Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

  • Untuk mengelak gigitan nyamuk, seseorang itu perlu mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit terdedah apabila perlu
  • Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh bagi melindunginya daripada gigitan nyamuk

  • Pasang jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk memasuki rumah

  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk. Aedes membiak dalam takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk membiak

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi dan tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu

  • Buang air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu

  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air

  • Bersihkan persekitaran rumah. Buang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa. 

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlu dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelak anda dan keluarga digigit nyamuk. 

Adakah kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi? 

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi belum ada. Namun, beberapa kemajuan dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia daripada empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi. 


Sumber: Unit Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Perak


Sumber: Harian Metro Online

Punca anak sukar bernafas

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Artikel dari Harian Metro ini bagus untuk para ibu bapa diluar sana.. bagus sebab mengenai kesihatan anak.
penyakit terhadap anak-anak ni sangat membimbangkan kita sebagai ibu bapa kan..

Jom kita baca artikel mengenai punca anak sukar bernafas..

Kanak-kanak dan bayi mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan virus pada saluran pernafasan. Penyakit yang biasa menyerang mereka ialah krup atau akut laryngotracheobronchitis.
Krup ialah serangan virus yang menyebabkan radang dan bengkak pada peti suara (larinks), salur udara (trakea) dan tiub bronkial (bronki) serta pertambahan lendir.
Ketiga-tiga organ itu terletak di bahagian atas dan bawah kerongkong yang menghubungkan mulut pada atas paru-paru.

Kerongkong yang membengkak akan mengganggu pernafasan kanak-kanak atau bayi, menyebabkan suara mereka menjadi garau dan batuk berbunyi seperti salakan anjing, tetapi lebih buruk lagi apabila kesukaran bernafas boleh mengancam nyawa.
Kanak-kanak dan bayi yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga pengasuh di pusat jagaan harian kerana berada dalam kelompok ramai dengan lokasi sempit.
Pada masa sama, persekitaran dibiarkan tidak bersih, manakala perkongsian bekas makanan dan minuman menyebabkan penyakit mudah tersebar.

Pakar Kanak-kanak, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Eric Lee Kim Hor berkata, serangan virus respiratori membuatkan saluran pernafasan bengkak sehingga menutup laluan oksigen, mengakibatkan pesakit mengalami batuk dengan pernafasan berbunyi bising dan keras.

“Ketika pesakit batuk, mereka memaksa udara keluar melalui laluan udara yang sempit akibat pembengkakan sehingga peti suara akan menghasilkan bunyi kuat.

“Malah, ketika menarik nafas juga akan menghasilkan bunyi tinggi seperti sesak nafas, tetapi bukan lelah.

“Ia umpama tingkap yang terbuka luas dan angin mudah melaluinya secara senyap, sebaliknya tingkap yang ditutup sedikit menyebabkan angin cuba menderu masuk dengan bunyi kuat,” katanya. 

Krup biasanya disebabkan virus parainfluenza yang merebak melalui titisan cecair dari hidung atau mulut.

Pesakit krup yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan jangkitan boleh berlaku sekiranya titisan udara mengandungi virus disedut oleh orang lain.

Partikel virus dalam titisan ini juga boleh bertahan pada alat permainan atau sebarang permukaan. Jika kanak-kanak menyentuh permukaan tercemar dan kemudian menyentuh pula mata, hidung atau mulutnya, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan.

Bagaimanapun, jangkitan krup juga boleh disebabkan oleh virus respiratori sinsitial (RSV), adenovirus dan influenza dengan cara yang sama. Malah, peningkatan jangkitan virus respiratori mudah merebak ketika musim hujan.

“Jangkitan biasanya bermula pada membran hidung, menyebabkan pesakit mengalami selesema sebelum merebak ke peti suara dan salur udara.

“Gejala seterusnya dapat dilihat apabila pesakit mula batuk, diikuti pertukaran suara dan tangisan menjadi serak, malah pernafasan mula mengeluarkan bunyi menandakan saluran pernafasan mulai menyempit.

“Bagi kes serius, saluran pernafasan yang sempit dan tertutup menyebabkan pesakit sukar bernafas. Bibir atau jari menjadi biru atau lebam, menandakan berlakunya kekurangan oksigen,” katanya.

Dr Lee berkata, jangkitan krup biasanya menyerang bayi berusia sembilan bulan hingga kanak-kanak berusia tiga tahun. Jangkitan juga bertahan tiga atau empat hari sebelum pesakit pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

“Walaupun tidak serius, jangkitan ini tidak boleh dipandang ringan. Kanak-kanak dan bayi yang terkena jangkitan perlu dirawat segera kerana boleh mengundang komplikasi penyakit lain.

“Virus pada saluran pernafasan yang tidak dihapuskan dikhuatiri memasuki paru-paru dan menyebabkan organ itu berair atau dikenali bronchiolitis.

“Ini disebabkan juga daya pertahanan melawan penyakit yang lemah, tetapi kes sebegini jarang berlaku,” katanya. 

Menurutnya, untuk mengesan sama ada kanak-kanak dan bayi dijangkiti virus parainfluenza, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dengan memerhatikan cara pesakit bernafas.

Doktor juga akan memeriksa tekaknya sama ada wujud tanda mengalami jangkitan krup sebelum merawatnya dengan adrenalin atau steroid yang diberi melalui nebulizer atau ubat sedut.

“Adrenalin atau steroid diberi untuk membuka saluran pernafasan pesakit yang sempit akibat bengkak dan radang pada saluran udara kerana ubat berkenaan mampu mengurangkan tanda kesakitan dalam tempoh singkat.

“Doktor juga akan memberi suntikan dexamethasone yang turut berfungsi mengurangkan bengkak.

“Kes teruk perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan. Pesakit mungkin perlu memakai tiub pernafasan sementara, tetapi keadaan ini jarang berlaku.

“Bagaimanapun, rawatan antibiotik tidak diperlukan kerana kebanyakan kes krup disebabkan virus,” katanya.

Bagaimanapun, ada kanak-kanak atau bayi tiba-tiba mengalami masalah kesukaran bernafas tanpa menunjukkan gejala jangkitan krup yang lazim.

Ini dikenali sebagai krup spasma yang disebabkan reaksi alahan terhadap jangkitan atau refluks asid perut ke dalam tekak.

Jangkitan krup pada kanak-kanak dan bayi boleh berulang. Oleh itu, jangkitan ringan boleh dirawat di rumah.

Ibu bapa atau penjaga perlu kenal semua tanda permulaan jangkitan supaya rawatan awal dapat diberi, sekali gus mengelak masalah kekurangan berlaku.

Sumber: Harian Metro Online.

Kerap hamil kurangkan risiko kanser ovari

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Assalamualaikum...

Hurn.. lama tak update blog.. tetibe datang mood malas.. malas saje la kan.. tak ingin nak membaca... tapi arini mood rajin mai.. so meh kita kongsi ilmu yang dipetik dari surat khabar online.. jomsss....

Hari ni terbaca artikel dari Kosmo Online, pasal mengandung.. Mengandung banyak kali bole kurangkan risiko kanser ovari.. ha.. bagus tu.. meh baca reramai ilmu berguna ni.. pas ni bole ngandung..eh!!

KEPADA kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap kanser ovari.
Sel kanser yang membiak di dalam ovari atau kantung telur wanita boleh menyebabkan perut menjadi besar seperti wanita sarat mengandung dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan merebak ke organ lain badan seperti usus, paru-paru dan buah pinggang tanpa disedari pesakit.
Pakar Gynaeoncology dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, Dr. Nor Anita Abdullah berkata, berbeza dengan kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser ovari belum ada kaedah saringan berkesan dan ekonomikal.
Beliau berkata, sel kanser ovari berkembang secara agresif dan pantas. Keadaan itu menyebabkan wanita bukan sahaja boleh kehilangan kedua-dua kilang telur bahkan rahim dan pangkal rahim selalunya terpaksa dibuang menerusi pembedahan.
Jelasnya, kanser ovari tahap pertama dikelaskan sebagai sel kanser masih kekal berada dalam kantung telur namun ia tetap mampu mengembangkan saiz kilang telur yang asalnya bersaiz 2 atau 3 sentimeter sehingga menjadi tumor yang boleh mencapai berat melebihi 20 kilogram (kg).
Katanya, apabila kanser sudah merebak sehingga peringkat tiga atau empat, peratusan pesakit yang boleh hidup sehingga tempoh lima tahun adalah kurang 30 peratus, malah kebanyakan mereka terpaksa menjalani hidup yang tidak berkualiti kerana komplikasi lain seperti sakit belakang yang berpanjangan, mengalami masalah paru-paru dan terpaksa memakai beg najis kesan tumor yang menekan usus.
“Protokol kita adalah untuk membuang semua sel kanser yang kita nampak semasa pembedahan, jika ia dapat dikesan pada bahagian lain maka kita akan buang semua termasuklah juga sebahagian usus dan kelenjar limpa.
“Namun bagi pesakit kanser tahap satu berumur bawah 40 tahun ataupun yang belum berkahwin kami akan cuba selamatkan ovari dan hanya membuang tumor pada bahagian terjejas sahaja serta menasihatkan pesakit menjalani kemoterapi kerana pada usia yang muda dia boleh sembuh malah kemoterapi tidak akan menjejaskan kilang telur yang masih ada sekali gus memberi peluang pesakit hamil,” katanya.
Masalah kegemukan
Nor Anita berkata, biarpun secara umumnya majoriti pesakit kanser ovari di negara membabitkan wanita berumur 50 hingga 54 tahun namun golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali.
Jelasnya, beliau sendiri di HRPZ II pernah merawat seorang pesakit berusia semuda 9 tahun dan seorang remaja berusia 19 tahun yang pada peringkat awal hanya disangka mempunyai masalah kegemukan.
“Pesakit remaja ini datang dengan perut buncit seperti orang mengandung dan oleh kerana fizikalnya yang obes pihak keluarga tidak menjangka yang buruk malah membelikannya pil pelangsing.
“Remaja ini disahkan menghidap kanser ovari tahap satu dan dalam masa dua minggu selepas dia dirujuk ke hospital pihak kami telah menjalankan pembedahan dan berjaya membuang tumor seberat 15kg,” katanya.
Nor Anita memberitahu, wanita yang mempunyai keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser payudara dan kanser ovari mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini dan seharusnya membuat pemeriksaan dengan doktor setahun sekali.
Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung ataupun mempunyai bilangan anak yang sedikit juga berisiko kerana berbeza dengan wanita yang mempunyai anak, proses ovulasi kilang telur mereka tidak pernah 'berehat' dan terus berulang sehingga memungkinkan perubahan ganjil pada perkembangan sel dalam ovari.
Beliau berkata, lebih 50 peratus daripada kes kanser ovari yang dirujuk ke HRPZ II pada tahun lalu terdiri daripada pesakit yang tidak berkahwin, tidak pernah hamil dan beranak kurang dari dua orang.
“Wanita yang ramai anak setiap kali dia mengandung ovarinya tidak 'bergerak', dia dapat rehat panjang dan begitu juga dalam tempoh menyusukan anak. Malah wanita yang melahirkan anak kali pertama mengurangkan 45 peratus risiko menghidap kanser ovari," katanya.

KANSER rahim boleh menyebabkan wanita kehilangan kedua-dua kilang telur mereka.


Ikat peranakan
Beliau berkata, wanita yang mengikat saluran peranakan juga boleh mengurangkan risiko daripada menghidap kanser ovari dan ini termasuklah juga bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga.
Bagaimanapun, Nor Anita berkata, teori pencegahan kanser ovari menggunakan pil perancang keluarga tidak disenangi oleh pakar perubatan yang merawat kanser payudara kerana pengambilan pil itu meningkatkan risiko kanser nombor satu wanita.
Beliau berkata, antara langkah pencegahan lain yang boleh dilakukan adalah menjauhi tabiat merokok serta menjaga pemakanan seperti mengelak pengambilan daging dan lemak yang tinggi.
Obesiti adalah faktor kepada pelbagai jenis kanser termasuklah kanser ovari, malah ia dalam masa sama ‘menyembunyikan’ keadaan sebenar abdomen pesakit yang kembung akibat tumor kanser, katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2wlXyJeUd 
Hakcipta terpelihara