Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Assalamualaikum...
Hurn.. lama tak update blog.. tetibe datang mood malas.. malas saje la kan.. tak ingin nak membaca... tapi arini mood rajin mai.. so meh kita kongsi ilmu yang dipetik dari surat khabar online.. jomsss....
Hari ni terbaca artikel dari Kosmo Online, pasal mengandung.. Mengandung banyak kali bole kurangkan risiko kanser ovari.. ha.. bagus tu.. meh baca reramai ilmu berguna ni.. pas ni bole ngandung..eh!!
KEPADA kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap kanser ovari.
Sel kanser yang membiak di dalam ovari atau kantung telur wanita boleh menyebabkan perut menjadi besar seperti wanita sarat mengandung dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan merebak ke organ lain badan seperti usus, paru-paru dan buah pinggang tanpa disedari pesakit.
Pakar Gynaeoncology dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, Dr. Nor Anita Abdullah berkata, berbeza dengan kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser ovari belum ada kaedah saringan berkesan dan ekonomikal.
Beliau berkata, sel kanser ovari berkembang secara agresif dan pantas. Keadaan itu menyebabkan wanita bukan sahaja boleh kehilangan kedua-dua kilang telur bahkan rahim dan pangkal rahim selalunya terpaksa dibuang menerusi pembedahan.
Jelasnya, kanser ovari tahap pertama dikelaskan sebagai sel kanser masih kekal berada dalam kantung telur namun ia tetap mampu mengembangkan saiz kilang telur yang asalnya bersaiz 2 atau 3 sentimeter sehingga menjadi tumor yang boleh mencapai berat melebihi 20 kilogram (kg).
Katanya, apabila kanser sudah merebak sehingga peringkat tiga atau empat, peratusan pesakit yang boleh hidup sehingga tempoh lima tahun adalah kurang 30 peratus, malah kebanyakan mereka terpaksa menjalani hidup yang tidak berkualiti kerana komplikasi lain seperti sakit belakang yang berpanjangan, mengalami masalah paru-paru dan terpaksa memakai beg najis kesan tumor yang menekan usus.
“Protokol kita adalah untuk membuang semua sel kanser yang kita nampak semasa pembedahan, jika ia dapat dikesan pada bahagian lain maka kita akan buang semua termasuklah juga sebahagian usus dan kelenjar limpa.
“Namun bagi pesakit kanser tahap satu berumur bawah 40 tahun ataupun yang belum berkahwin kami akan cuba selamatkan ovari dan hanya membuang tumor pada bahagian terjejas sahaja serta menasihatkan pesakit menjalani kemoterapi kerana pada usia yang muda dia boleh sembuh malah kemoterapi tidak akan menjejaskan kilang telur yang masih ada sekali gus memberi peluang pesakit hamil,” katanya.
Masalah kegemukan
Nor Anita berkata, biarpun secara umumnya majoriti pesakit kanser ovari di negara membabitkan wanita berumur 50 hingga 54 tahun namun golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali.
Jelasnya, beliau sendiri di HRPZ II pernah merawat seorang pesakit berusia semuda 9 tahun dan seorang remaja berusia 19 tahun yang pada peringkat awal hanya disangka mempunyai masalah kegemukan.
“Pesakit remaja ini datang dengan perut buncit seperti orang mengandung dan oleh kerana fizikalnya yang obes pihak keluarga tidak menjangka yang buruk malah membelikannya pil pelangsing.
“Remaja ini disahkan menghidap kanser ovari tahap satu dan dalam masa dua minggu selepas dia dirujuk ke hospital pihak kami telah menjalankan pembedahan dan berjaya membuang tumor seberat 15kg,” katanya.
Nor Anita memberitahu, wanita yang mempunyai keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser payudara dan kanser ovari mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini dan seharusnya membuat pemeriksaan dengan doktor setahun sekali.
Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung ataupun mempunyai bilangan anak yang sedikit juga berisiko kerana berbeza dengan wanita yang mempunyai anak, proses ovulasi kilang telur mereka tidak pernah 'berehat' dan terus berulang sehingga memungkinkan perubahan ganjil pada perkembangan sel dalam ovari.
Beliau berkata, lebih 50 peratus daripada kes kanser ovari yang dirujuk ke HRPZ II pada tahun lalu terdiri daripada pesakit yang tidak berkahwin, tidak pernah hamil dan beranak kurang dari dua orang.
“Wanita yang ramai anak setiap kali dia mengandung ovarinya tidak 'bergerak', dia dapat rehat panjang dan begitu juga dalam tempoh menyusukan anak. Malah wanita yang melahirkan anak kali pertama mengurangkan 45 peratus risiko menghidap kanser ovari," katanya.
Ikat peranakan
Beliau berkata, wanita yang mengikat saluran peranakan juga boleh mengurangkan risiko daripada menghidap kanser ovari dan ini termasuklah juga bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga.
Bagaimanapun, Nor Anita berkata, teori pencegahan kanser ovari menggunakan pil perancang keluarga tidak disenangi oleh pakar perubatan yang merawat kanser payudara kerana pengambilan pil itu meningkatkan risiko kanser nombor satu wanita.
Beliau berkata, antara langkah pencegahan lain yang boleh dilakukan adalah menjauhi tabiat merokok serta menjaga pemakanan seperti mengelak pengambilan daging dan lemak yang tinggi.
Obesiti adalah faktor kepada pelbagai jenis kanser termasuklah kanser ovari, malah ia dalam masa sama ‘menyembunyikan’ keadaan sebenar abdomen pesakit yang kembung akibat tumor kanser, katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2wlXyJeUd
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment