Asslamualaikum..
Hari ini nak share Zikir Nama Nama Allah. Moleklah kalau kita amalkan Asma Al Husna ni. Banyak kegunaan dan kelebihan Nama Allah ini....
Check it out guys....
Asma Al Husna
1. "Ya Allah!" Apabila
dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala
yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" Apabila
dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi
terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin
Allah.
3. "Ya Rahim!" Apabila
dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, insya-Allah kita akan mempunyai daya
penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. "Ya Malik!" Apabila
dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,
segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" Apabila
dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati
kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki
dll.
6. "Ya Salam!" Apabila
dizikirkan sebanyak 136x, insya-Allah jasmani & rohani kita akan terhindar
dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" Apabila
dizikirkan sebanyak 236x, insya-Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang
merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!"
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhuIsyak, insya-Allah fikiran
& hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" Apabila
dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh, insya-Allah, kita akan menjadi
orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" Apabila
dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk
& patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!"
Apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg
setia.
12. "Ya Khaliq!" Dibaca
mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insya-Allah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas
dan cepat tangkap (faham).
13. "Ya Baarii'!"
Sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x
selama 7 hari berturut-turut, insya-Allah kita akan terlepas dari kesukaran
& sembuh dari penyakit tersebut.
14. "Ya Musawwir!"
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu
hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir"
sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.
Bagi sang suami, hendaklah
berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian
pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, insya-Allah akan
dikurniakan anak yang soleh.
15. "Ya Ghaffaar!"
Sambil beriktikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insya-Allah akan
diampunkan dosa-dosa kita.
16. "Ya Qahhaar!"
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan & kemewahan dunia & insya-Allah orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!"
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barangsiapa yang selalu di dalam
kesempitan, insya-Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apapun akan
hilang.
18. "Ya Razzaq!"
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,
insya-Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki
akan datang tanpa diduga! Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!"
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, insya-Allah hati kita akan
dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!"
Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insya-Allah akan
mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!"
Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah &
terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi
mereka yang berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha &
berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, insya-Allah
rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!"
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, insya-Allah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila
mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!"
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, insya-Allah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan
selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!"
Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!"
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada
kita & sukar untuk memintanya, insya-Allah si penghutang akan sedar &
membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!"
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah
solah Dhuha, insya-Allah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!"
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insya-Allah akan menjadikan kita
terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!"
Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insya-Allah dapat
membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu
kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!"
Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insya-Allah
diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!"
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insya-Allah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris &
maju.
32. "Ya Khabiir!"
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat
banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat
bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan
sebanyak 88x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di
dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, insya-Allah dipastikan kedudukannya
tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!"
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai
sakit, insya-Allah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada
tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" Bagi
orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui
dosa-dosa & bertekad untuk tidak mengulanginya, insya-Allah akan diterima
taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!"
Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih
kepada Allah, insya-Allah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah
setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110x
(tulisan dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang
dingin & diberikan si anak meminumnya, insya-Allah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insya-Allah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi
seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu
fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000x selama 7 hari berturut-turut
dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat
malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!"
Dizikir sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!"
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau
di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka
perbanyakkan zikir ini. Insya-Allah badan kita akan menjadi kuat & segar
kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, insya-Allah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!"
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
insya-Allah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan
bertambah maju.
Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk
mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi
meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari
sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada
Allah. Insya-Allah.
45. "Ya Mujiib!"
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita
mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak
55x sesudah solat subuh. Insya-Allah, Allah akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila
di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi &
petang, insya-Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.
Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insya-Allah Allah akan menjaga kita dari
hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi
pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
insya-Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal &
mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan
zikir ini sebanyak 11,000x pada setiap malam. Insya-Allah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan
sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk
ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi &
menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini
sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke
seluruh muka. Insya-Allah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati
kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!"
Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, insya-Allah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!"
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga
si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"!
Perbanyakkan zikir ini, insya-Allah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil"
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkan zikir ini, insya-Allah bencana tersebut akan menjadi
reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan
zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!"
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok
sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!"
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling
berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!"
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah
solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar
segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x
setiap hari. Insya-Allah.
60. "Ya Mu'id!" Andai
ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini
sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insya-Allah dipertunjukkan akan
hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!"
Amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, insya-Allah kita akan diberikan
kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah akan dipermudahkan di dalam
perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk
mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah
zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah
berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang
banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah
dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum" sebanyak 1,000x setiap malam atau siang
hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, insya-Allah akan tercapai
segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai
berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi
kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi
pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, insya-Allah.
68. "Ya Somad! Ketika dalam
kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan
zikir ini sebanyak mungkin. Insya-Allah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!"
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir
ini sebanyak 305x setiap hari, insya-Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar
tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil
kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!"
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang
berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insya-Allah, nescaya
segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi
meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!"
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insya-Allah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!"
Amalkan berzikir sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
insya-Allah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang
pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!"
Seperti no.75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!"
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan
para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
78. "Ya Muta'aAliy!"
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka
yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu
mengadap. Insya-Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala
hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insya-Allah segala apa yang
kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi
orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika
kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini
setiap kali sesudah solat fardhu. Insya-Allah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya
oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi
sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun
malam.
84. "Ya Maalikul
Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada
setiap malam selama sebulan.
Insya-Allah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal
Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan,
insya-Allah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!"
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insya-Allah Allah akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!"
Sekiranya ada di kalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga
Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan
pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!"
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insya-Allah apa yang
kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan
mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!"
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah segala hajat kita akan
tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai
kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat
subuh setiap hari, insya-Allah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim
& suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma
ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit
yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insya-Allah
dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "!
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari,
maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah
akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang
agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini
setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi
sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat,
hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini,
insya-Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai
kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan
kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insya-Allah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, insya-Allah
dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir
ini.
97. "Ya Waarits!"
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu atau sebagainya,
supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. Insya-Allah berkat zikir ini Allah
akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik &
memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!"
Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar
kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment