heartbeat

Saturday, June 29, 2013

Sembunyi lipatan lemak di badan


Assalamualaikum..


Mari kita share ilmu tentang bagaimana nak sembunyikan lemak-lemak yang berlebihan di badan melalui pemakaian.. Artikel menarik dari Harian Metro Online ni sangat best. Kena dengan diri sendiri yang banyak lemak ni kan... hehehe...

Jom kita semua baca artikel tu kat bawah ni.... jemput semua....

 

Sembunyi lipatan lemak di badan

Oleh Nor Faizah Mohamed
“Payahnya mencari baju yang sesuai. Suka blaus, tapi bahagian lengannya sendat. Gaun pula menonjolkan lagi lemak di perut. Sudahnya, kemeja-T dan seluar longgar yang lebih sesuai. Mudah, tapi nampak selekeh pula,” rungut seorang teman yang bingung memilih pakaian untuk keluar bersama rakan lamanya selepas tujuh bulan melahirkan anak.
Ia sememangnya rungutan biasa dalam kalangan wanita yang baru bersalin kerana majoriti kecewa tubuh tidak lagi kembali ke bentuk asal meskipun mengharungi tempoh berpantang dan mengamalkan senaman.
Pasca kehamilan sememangnya menyebabkan perubahan besar kepada tubuh. Badan yang dulunya kurus kerana tahap metabolisme yang tinggi, kini mula naik mendadak dan sekadar hilang beberapa kilogram selepas bersenam.

Justeru, tidak hairanlah ramai wanita baru melahirkan anak memilih pakaian longgar atas faktor selesa, selain ingin menutup bahagian lemak yang makin jelas kelihatan.
FotoELAKKAN celana jean yang terlalu ketat atau terlalu longgar.

Bagaimanapun, ada segelintir wanita yang tidak kisah dengan penampilannya meskipun potongan, warna atau corak sama sekali tidak sesuai dengan bentuk tubuhnya. Malah, ada wanita yang sanggup memakai baju sendat meskipun sedar ia mencengkam dan menonjolkan lagi lipatan lemak di badan.

Menurut beberapa penggaya selebriti antaranya Rachel Zoe, Britt Bardo dan mendiang Annabel Tollman, perubahan bentuk tubuh selepas bersalin sebenarnya boleh dieksplotasi asalkan wanita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

Gaun maksi labuh misalnya, memang cantik dan sopan digayakan, tapi jika tidak kena cara penggayaan, ia memperlihatkan bahagian tubuh yang ingin disembunyikan.

Berikut antara tip penggayaan daripada Rachel, Britt dan Annabel untuk wanita yang berdepan masalah ini.


Celana jean

Seluar denim sesuai dipadankan dengan apa jua busana. Namun, jika potongan pinggangnya terlalu rendah (low rise), ia hanya membuatkan perut kelihatan lebih menggeleber dan tidak menutup masalah itu.

Elakkan juga memakai jean longgar kerana ia tidak memberi siluet feminin meskipun ia selesa dan mudah digayakan.

Sebaiknya, pakai seluar jean yang tidak terlalu sendat dan tidak terlalu longgar, selain potongan pinggang yang berada di tengah atau atas pusat.


Jalur melintang

Mempelbagaikan corak dan warna dalam menata gaya memang digalakkan, tapi bagi wanita yang menyusukan anak, mengenakan pakaian atau blaus dengan cetakan jalur melintang membuatkan payudara tampak lebih besar dan menonjol.

Ia juga membuatkan ukur lilit pinggang dan punggung lebih lebar berbanding saiz sebenar. Cuba pilih jalur menegak yang kecil kerana ia mampu memberi ilusi tubuh langsing.


Seluar pendek lelaki

Amat selesa terutama apabila keluar bersantai pada hujung minggu. Tapi, potongan seluar jenis ini berisiko mendedahkan bahagian lemak (yang ingin disembunyikan) terutama di tepi punggung.

Pilih celana pendek yang polos dengan poket minimum. Padanan warna tanah amat digalakkan.


Legging rona cerah

Ramai wanita makin selesa menyarung legging yang dipadankan bersama blaus atau kemeja-T labuh. Elakkan legging warna cerah seperti putih atau pastel kerana ia membuatkan keseluruhan kaki kelihatan gempal.

Hitam sinonim dengan siluet langsing, tapi jika hitam bukan pilihan, sarungkan legging rona gelap seperti hijau lumut, biru gelap dan perang.


Seluar capri

Cantik untuk si kaki kurus dan tinggi, tapi tidak sesuai untuk wanita yang rendah. Disebabkan potongannya antara bawah lutut hingga atas buku lali, celana capri memberikan ilusi kaki pendek dengan bahagian bawah yang gempal pada si pemakai dengan saiz tubuh agak ‘rendang’.


Blaus beropol

Ropol tampak comel jika bijak menggayakannya, selain bergantung pada kedudukan ropol itu pada baju. Bagi wanita bertubuh kecil, ropol di dada memberikan ilusi bahagian payudara besar.

Nampak seksi, tapi baju sarat ropol sama sekali tidak sesuai bagi wanita yang menyusukan anak kerana ia membuatkan tumpuan terarah kepada zon itu.


Kain berlisu

Gaya lisu berupaya membuatkan skirt atau gaun polos lebih menonjol, malah tampak feminin kala berjalan. Tapi bagi sesetengah bentuk tubuh, lisu hanya membuatkan si pemakai kelihatan lebih besar dan tubuh seakan-akan mengembang.


Pinggang ‘empire’

Dalam lakaran, blaus atau gaun potongan pinggang ‘empire’ memang anggun digayakan, tapi realitinya ia membuatkan perut kelihatan lebih buncit bagi mereka yang bertubuh gempal.

Selain itu, bentuk payudara juga akan lebih menonjol.


Rantai choker

Rantai jenis ini memberikan efek leher lebih pendek, sekali gus menjadikan wajah kelihatan lebih tembam dan ilusi dagu berlapis.


Corak poket

Corak yang sarat pada bahagian poket belakang seluar memang cantik, tapi ia membuatkan punggung kelihatan lebih besar. Jika gemarkan hiasan tambahan pada poket, pastikan perincian jenis kecil dan minimum.



Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment