Hari ini nak berkongsi artikel masakan.. hehe.. asyik info semasa je kan, sekali sekala nak gak cerita masak-masak walaupon I tak pandai memasak.. hehehe.. Tetapi berkongsi ilmu tu kan penting..
Artikel dari Utusan Malaysia Online ni menarik, simple je.. Artikel mengenai MENTEGA.. jom baca isinya..
Kenali mentega
Kebanyakan wanita, terutamanya suri rumah mengakui yang mereka sangat gemar membuat kek di rumah. Alasan mereka, anak-anak gemar makan kek dan biskut.
Jika anda penggemar kek dan biskut, bahan yang tidak boleh ditinggalkan semestinya adalah lemak seperti mentega, marjerin dan lemak sayur.
Ada juga yang bertanya, betulkah jika menggunakan mentega dalam mengadun kek, hasilnya menjadi lebih gebu dan sedap?
Kepada yang masih kurang arif mengenai mentega, minggu ini kita akan kenali apa itu mentega asli dan mentega susu lepa.
Secara amnya, mentega adalah produk lemak yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial.
Ia akan melalui proses bagi memisahkan cecair dan lemak susu. Lemak susu itu yang dijadikan pepejal akan dibungkus dan dijual di pasaran dan dikenali sebagai mentega.
Terdapat dua jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega susu lepa. Antara jenama mentega asli yang popular yang boleh anda beli adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain serta mentega lepa susu pula adalah Buttercup, Butterlite dan lain-lain.
Mengapakah lemak asli lebih mahal daripada mentega susu lepa? Ini kerana mentega asli mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya.
Maka jika anda menggunakan lemak asli untuk membuat kek dan produk pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan.
Kandungan lemak yang lebih dalam mentega asli juga membuatkan harga mentega asli lebih mahal dijual berbanding mentega susu lepa. Walaupun harganya sedikit mahal namun yang penting adalah hasilnya.
Apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk dapatkan kek yang lebih enak untuk keluarga di rumah.
Tetapi, bagi mereka yang ingin berjimat- cermat dalam berbelanja anda boleh menggunakan mentega susu lepa sahaja.
Rasanya tidak jauh berbeza. Selain digunakan untuk membuat kek, mentega juga boleh disapukan di atas roti dan biskut serta membuat roti dan pastri lain.
Selain itu mentega susu lepa juga dicampurkan dengan bahan lain seperti minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam.
Anda pasti pernah melihat pada bungkusan mentega tulen ada perkataan yang ditulis bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted butter).
Jangan keliru, kerana kedua-duanya boleh sahaja anda gunakan untuk membuat kek ataupun biskut. Jika mentega itu telah ada garam, maka kita tidak perlulah masukkan garam lagi dalam adunan kek kita.
Mentega mudah mencair jika dalam suhu yang panas jadi anda perlu menyimpan dalam peti sejuk atau dalam keadaan yang dingin.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130628/ke_03/Kenali-mentega#ixzz2Xy0hXdic
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment