Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
GEDIK?? ape tu? hahaha.. gedik ni diberitakan satu perangai yang sangat mengada-ngada.. sehinggakan orang yang memandang tu rasa nyampah tahap gaban.. hahaha.. gitulah lebih kurang kan maksud gedik ni....
Hari ni nak share artikel gedik dari Utusan Online.. Jom baca apa kisahnya....
GEDIK! Itu kata generasi muda hari ini yang menonjolkan perasaan kurang senang sesetengah individu terhadap sikap wanita yang terlalu mengada-mengada apabila berkehendakkan sesuatu atau ketika bersama teman lelaki serta teman-teman lain di khalayak ramai.
Usah terlalu klise. Biarpun sikap seperti ini kurang disenangi, namun kita boleh cari pendekatan sudut positifnya, kerana sikap gedik juga sebenarnya boleh dipraktikkan kepada hubungan suami isteri.
Apabila pasangan mahu memesrakan hubungan yang semakin hambar, 'gedik' mempunyai caranya yang tersendiri.
Menurut Pensyarah Kaunseling Universiti Utara Malaysia, Sabasiah Husin, sikap gedik selalunya dilakukan oleh wanita yang lincah, aktif, senyuman menggoda, nakal dalam manja dan banyak bercakap, namun semua elemen ini boleh disalurkan kepada hubungan suami isteri khususnya apabila pasangan berkenaan sering sibuk.
"Bagusnya bersikap begini adalah dari segi sudut psikologi hubungan pasangan itu kerana setiap alam perkahwinan perlukan elemen lucu, mesra dan saling bergurau antara satu sama lain agar suasana rumah tangga tidak terus hambar.
"Gedik yang dimaksudkan adalah sikap bermanja-manja, liuk-lintuk dengan pasangan agar saling menggoda antara satu sama lain,"jelasnya.
Apabila ditanya sekiranya dari mula hubungan dimulakan dengan cara gedik pasti tidak akan menimbulkan tanda tanya kepada pasangan, bagaimana pula sekiranya pasangan berkenaan âbaruâ hendak memulakan sikap berkenaan, sudah tentu akan disalah anggap.
Dalam hal ini Sabasiah menjelaskan, pada mulanya pasangan mungkin terasa agak canggung kerana perlakuan ini di luar daripada kebiasaan, namun apabila kedua-dua pasangan selalu melakukan, pasti mereka sudah mula boleh menerima keadaan ini.
"Di sini pentingnya sikap extrovert, iaitu individu yang akan memulakan dahulu setiap langkah seperti menghulurkan teguran, yang mula-mula memberikan senyuman, memulakan godaan dan sebagainya kepada individu yang introvert.
"Individu yang bersikap introvert adalah mereka yang selalu menunggu sahaja dalam tingkah laku mereka dan hanya akan respons setelah ada orang yang memulakannya terlebih dahulu.
"Jika anda mendapat pasangan introvert, andalah yang perlu menjadi extrovert dengan memulakan setiap langkah awal agar pasangan anda respons kepada anda dan lama-lama tingkah laku saling bermesra akan mula timbul dalam rumah tangga kerana sudah menjadi kebiasaan,"jelasnya.
Jelas Sabasiah, saat yang paling penting untuk pasangan saling menggoda adalah ketika pasangan berkenaan berdua-duaan sahaja kerana mungkin pasangan introvert tidak berapa selesa dengan sikap bermanja-manja di depan anak-anak.
Sabasiah menjelaskan, pentingnya individu extrovert, dia yang akan menjadikan rumah tangganya bahagia dengan elemen-elemen penambahbaikan sambil dibantu oleh pasangannya yang introvert.
Namun Sabasiah menjelaskan, sikap gedik untuk pasangan berlawanan dengan sikap mengada-ngada. Menurutnya, sikap mengada-mengada selalunya hanya hendak menunjuk-nunjukkan 'kebahagiaanâ dirinya dan pasangan kepada orang lain.
"Dalam hubungan suami isteri semua sikap mesra suami isteri seelok-eloknya adalah menjadi rahsia kepada rumah tangga berkenaan tidak perlulah orang lain tahu.
"Sebagai contoh kalau suami beri hadiah beg berharga RM10,000 misalnya, janganlah merengek hendakkan yang RM50,000 pula. Itu bukan gedik, tetapi mengada-ngada.
"Lagi satu, gedik yang sihat bersertakan niat bagi mengekalkan hubungan suami isteri, tetapi sewajarnya setiap perlakuan patut dilakukan berpada-pada takut nanti tidak terbawa dek usia, nanti lain pula ceritanya,"katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140128/ke_01/Gedik-dalam-hubungan#ixzz2rt8K28Ir
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment