Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Assalamualaikum..
Sendawa.. sapa yang tak pernah sendawa kan? dalam dok sendawa tu, kena jaga jaga gak tu.. ada sendawa yang elok, ada sendawa tak elok.
Ni ade artikel yang menarik untuk mereka yang kerap sendawa tu.. Artikel dari Utusan Online ni sangat berguna.. Jom kita baca..
Sendawa berlebihan
Oleh mariatul qatiah zakariaSENDAWA merupakan satu bunyi kecil dan sekejap yang akan kedengaran apabila seseorang itu kekenyangan selepas makan.
Perkara ini merupakan rutin harian yang pastinya akan terjadi selepas menikmati apa juga hidangan dan ia bukanlah satu perbuatan yang aneh atau luar biasa.
Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempunyai kelaziman sendawa yang kuat, panjang, dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga kadang kala membuat rasa tidak selesa orang keliling.
Kelaziman itu tidak harus dipandang ringan kerana ia merupakan antara simptom yang menandakan seseorang itu mungkin berpenyakit.
Menurut Pakar Gastroenterologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Mahendra Raj, secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.
Tambah beliau, selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak daripada dalam perut.
Begitupun ulas beliau lagi, ada sesetengah individu sendawa lebih banyak daripada biasa dan walaupun perkara ini berlaku, kebanyakan mereka ini tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius.
Bagaimanapun kadang kala gejala ini boleh menunjukkan ia satu penyakit yang lebih serius tetapi ia hanya berlaku dalam kalangan kumpulan minoriti.
Dalam hal ini, sekiranya individu mengalami sendawa yang berbeza daripada biasa dan diikuti dengan gejala seperti sakit perut, muntah, tiada selera makan, dan berat badan semakin menurun, ia mungkin tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit dalaman yang lebih serius.
Sekiranya kita melihat daripada segi penyakit, salah satu keadaan yang menyebabkan sendawa dikeluarkan lebih daripada biasa dikenali sebagai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) atau pedih ulu hati.
Penyakit inilah yang kerap menyebabkan sendawa lebih kerap daripada biasa. Sebenarnya ramai orang yang menghidap penyakit ini, tetapi kebanyakan mereka ini tidak sampai ke tahap yang teruk dan boleh dikawal
dengan pengambilan ubat dan mengubah gaya hidup masing-masing," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai sendawa ini, Dr. Mahendra memberitahu ada beberapa perkara yang menyebabkan ia menjadi kerap seperti makan terlalu cepat di mana semasa proses tersebut berlaku (makan) biasanya angin akan masuk ke dalam perut.
Hal ini juga akan terjadi kepada mereka yang suka mengambil minuman yang bergas, penghisap rokok (akan menyedut angin masuk ke dalam badan), individu yang gugup, dan mereka yang gemar mengunyah gula-gula getah.
Golongan individu ini didapati dengan tidak sengaja akan menelan angin lebih banyak daripada biasa akibat gaya hidup yang diamalkan seharian.
Berbicara pula mengenai penyakit GERD, Dr. Mahendra menjelaskan, ia berlaku apabila salah satu injap yang menghubungkan esofagus (saluran makan) ke perut menjadi longgar daripada normal.
Apabila hal ini berlaku, asid dan jus daripada perut akan mudah naik semula ke esofagus bersama-sama makanan yang dihadam.
Keadaan ini sering kali menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.
Dr. Mahendra turut memberitahu bahawa penyakit ini sebenarnya merupakan penyakit biasa yang dialami oleh ramai orang.
Walaupun pada umumnya ia tidak berbahaya, sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti serta aktiviti kehidupan seharian.
Penyakit GERD dalam majoriti bukanlah penyakit serius yang boleh mendatangkan maut dan gejala utama penyakit ini termasuklah pedih ulu hati, kembung perut serta sendawa berlebihan dan ia memang penyakit kronik yang jarang sekali boleh menyebabkan komplikasi serius.
Tetapi sekiranya mereka menghidap penyakit ini, ia tidak boleh dipulihkan 100 peratus dan pesakit akan seumur hidup bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan sekurang-kurangnya dari masa ke semasa kalau tidak setiap masa.
Apa yang boleh pesakit lakukan hanyalah mengurangkan gejala sendawa tersebut dengan mengubah gaya hidup di samping mengawal pemakanan," katanya.
Mengenai rawatan, Dr. Mahendra menjelaskan, pesakit hanya akan dirawat dengan menggunakan ubat untuk mengurangkan asid dalam perut, serta disarankan mengubah gaya hidup seperti makan dalam kuantiti yang sederhana pada masa yang tertentu dan jangan biarkan perut berlapar lalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali gus.
Apabila ditanya mengenai rawatan cara tradisional iaitu berurut serta minum minuman halia yang dilihat mampu mengurangkan angin dalam badan, Dr. Mahendra berpendapat jika dilihat daripada kajian saintifik, kedua-duanya tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi pengambilan air halia tidak memberi kesan sampingan yang buruk.
Mengenai urutan pula katanya, angin sebenarnya hanya terdapat di dalam perut dan bukan di dalam seluruh badan.
Seeloknya jika mengalami simptom ini (sendawa lebih daripada biasa), berunding dengan pakar kesihatan dan jika perlu rujuk pada pakar yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus. Jangan biarkan berlarutan hingga mengakibatkan ia menjadi lebih serius," katanya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140513/kn_02/Sendawa-berlebihan#ixzz31st6G8A7
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment