heartbeat

Thursday, May 8, 2014

Singkir lemak guna tumbuhan semula jadi

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Singkir lemak menggunakan bahan semula jadi. Semua wanita sanggup melakukannya kan, lebih-lebih lagi kalau dari bahan semula jadi..

Ini artikel menarik untuk semua wanita di luar sana, artikel dipetik dari Harian Metro Online. Jom baca pastu kita buat sama-sama okeh..

Wanita sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan tubuh badan idaman.
Selain penggunaan pelbagai produk pelangsingan, bahan semula jadi juga berkhasiat untuk membantu usaha penyingkiran lemak. 
Berikut beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan.
Limau nipis 
Limau nipis kaya dengan kandungan vitamin C. Ia sering menjadi pilihan mereka yang mahu menguruskan badan. Caranya mudah iaitu ambil limau nipis dan potong beberapa bahagian. Perahkan limau nipis ke dalam gelas untuk dijadikan jus. Untuk rasa lebih sedap, boleh dicampur dengan secawan teh. Amalkan pengambilan jus ini setiap hari sama ada pada waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.

Buah delima
Buah delima mempunyai banyak khasiat sama ada untuk mata, begitu juga untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan. Rasa buah ini yang manis dan sedap tentu saja mudah dinikmati. Menariknya, setiap bahagian tumbuhan ini memang berguna, daripada akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan menguruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda kemudian cuci dan tumbuk sehingga halus. Ramas ramuan terbabit dan tambahkan air panas, kemudian campur dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum pati delima dua kali sehari. 

Nanas 
Nanas kaya dengan kandungan vitamin C yang lazimnya dimanfaatkan untuk mereka yang mengalami masalah kancing gigi, sakit tekak, sembelit, luka terbakar malah kegemukan. Untuk mengurangkan masalah obesiti, sediakan nanas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci sehingga bersih. Potong beberapa bahagian dan kisar untuk dijadikan jus. Pati nanas itu sesuai diminum dua kali sehari. 

Lobak merah dan timun 
Lobak merah dan timun juga boleh dijadikan pilihan untuk mereka yang mengalami masalah kegemukan. Jusnya mampu mengenyangkan, justeru ia mengelakkan seseorang itu mengambil makanan berlebihan. Untuk membuat jus, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun yang kemudiannya dikisar menjadi jus. Ia juga boleh dicampur pati limau nipis atau susu bagi menambah keenakannya dan amalkan pengambilannya dua kali sehari. 

Halia 
Halia bukan saja banyak digunakan dalam masakan dan membuang angin dalam badan, malah ramai yang menggunakannya untuk menurunkan berat badan. Jus halia mempunyai banyak khasiat dan memberi kelegaan kepada perut bermasalah. Caranya, rebus lima inci halia yang dibuang kulitnya dan cuci sehingga bersih. Masak dengan air secukupnya sehingga mendidih kemudian tapis dan biarkan ia sejuk. Amalkan minum air rebusan halia ini pada waktu pagi, tengah hari atau malam.

No comments:

Post a Comment