Assalamualaikum..
Hari ini nak share artikel dari utusan online pasal cinta dan perhubungan.. Bunyi menarik kan.. Ape kata kita membacanya sampai habis.. Jomssssssss....
Biarpun bagi wanita apalagi setelah menjadi isteri, luahan kata-kata cinta daripada suami diperlukan untuk menguat atau meyakini kecintaan mereka daripada suami.
Perbezaan yang ketara ini adakalanya tidak difahami oleh isteri menyebabkan mereka gagal untuk memahami apakah suami mereka itu benar-benar menyayangi mereka atau sebaliknya.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang golongan isteri boleh perhatikan daripada sikap suami dan bagaimana mereka melahirkan kecintaan itu biarpun tanpa tiga ucapan kata yang bermakna berkenaan sebagaimana sebahagian ciri-ciri yang dibentangkan di bawah.
1.Dia sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya
2.Dia mungkin keberatan untuk berbelanja barangan yang mewah untuk dirinya namun dia sanggup membelikan barangan berharga untuk anda pada hari yang istimewa
3.Selepas makan malam dia membantu anda membasuh pinggan dan membuang sampah daripada hanya menonton televisyen
4.Dia tidak memaksa anda melakukan seks dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat
5.Dia tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa yang dia mahu sorokan daripada anda
6.Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda rasa suka dan selalu memeluk anda
7.Dia akan cuba menenangkan anda sekiranya anda rasa bosan dan sanggup membelikan tuala wanita untuk anda sekiranya anda memerlukan
8.Dia sanggup menghabiskan masa bersama anda melakukan apa yang anda mahu sedangkan dia sendiri bosan dengan aktiviti itu
9.Sekiranya anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya anda berhadapan dengan insan yang mengkritik dia akan mempertahankan anda
Dia merasakan rasa bersalah sekiranya terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu
Dia tidak kisah dengan kisah silam anda dan paling penting sekiranya dia ke mana-mana dia mahu anda bersamanya.
Jika anda sakit, dia akan berada di samping anda
Dia memikirkan anda tetap cantik baginya biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari
Dia sanggup bersama anda memilih baju berjam-jam lamanya di pusat membeli-belah dan rasa risau sekiranya melihat anda tidur awal kerana takut anda sedang sakit
Dia akan memegang tangan anda di khalayak ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu
Tidak pernah ambil kisah mengenai berat badan anda yang naik dan sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak biarpun tidak berapa sedap
Dia selalu memakai jam tangan yang anda belikan biarpun tidak mahal berbanding dengan apa yang dia ada.
Tidak melupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup anda. Bila anda mengalami kenaikan pangkat atau apa sahaja yang istimewa, dialah insan yang paling gembira melebihi anda
Dia tidak pernah memaksa anda melakukan sesuatu yang anda enggan lakukan dan sekiranya anda silap, dia akan memaafkan dan tidak pernah mengungkit kembali
Gemar memuji anda dalam kalangan anak-anak dan menangkat barang-barang berat untuk anda ketika membeli-belah
Anda orang pertama yang akan diberitahu sekiranya menerima perkhabaran baik
Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan kemenangan kepada anda dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan suami sedang berbalah
Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda dalam beberapa perkara bersama
Sekiranya dia mahu anda mengikut caranya, dia mahu anda berfikir kebaikannya terlebih dahulu
Menerima anda seadanya
Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, anda adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana lelaki yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.
Apa yang penting anda memberikannya cinta anda yang mendalam demi mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga anda.
Tidak perlu si dia menzahirkan kata-kata cinta selalu sekiranya tidak ikhlas dan jujur dengan apa yang diluahkan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130219/ke_02/Sukar-ucapkan-cinta#ixzz2LnyFw5Kf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment