Monday, March 11, 2013
Wanita mudah terdedah
Assalamualaikum.
Hari ni ada artikel menarik dalam harian metro online. Berkenaan dengan wanita dan tulang. Jadi, sangatlah molek untuk dikongsikan bersama-sama dengan semua pembaca.
Jom baca artikel tu..
Wanita mudah terdedah
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
Sering dirujuk sebagai epidemik senyap, osteoporosis adalah masalah sejagat yang semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah penduduk yang semakin berusia di seluruh dunia.
Osteoporosis adalah penyakit yang kronik serta melemah dan mengakibatkan tulang menjadi poros dan kurang padat, seterusnya mudah patah. Ia membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan.
Seiring peningkatan usia, tulang menjadi semakin nipis dan ia bermula sebaik seseorang itu mencecah pertengahan usia. Ini kerana sel tulang sedia ada diserap semula oleh tubuh lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru.
Akibatnya, tulang hilang kandungan mineral, jisim dan struktur hingga mengakibatkan ia menjadi lebih lemah dan risiko patah tulang juga meningkat.
TULANG yang mengalami osteoporosis lebih poros berbanding normal.
Semua orang mula kehilangan jisim tulang apabila mereka mencapai kepadatan mineral tulang (BMD) pada usia 30 tahun.
Semakin kukuh tulang seseorang ketika usianya 30 tahun, semakin lama tempoh yang diambil baginya untuk berhadapan dengan masalah osteopenia atau osteoporosis.
Osteopenia merujuk kepada keadaan BMD yang rendah daripada normal tetapi tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai osteoporosis. BMD adalah pengiraan tahap mineral dalam tulang bagi memastikan kekuatan dan ketebalannya.
Jika bacaan BMD berada pada tahap lebih rendah berbanding normal, seseorang dikatakan mengalami osteopenia. Biarpun bukan osteoporosis, seseorang itu berkemungkinan untuk mendapat penyakit tulang itu dalam tempoh beberapa tahun sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan.
Namun ada segelintir individu yang mengalami osteopenia bukan mengalami masalah kehilangan jisim tulang sebaliknya mereka secara semula jadi memiliki tulang yang kurang padat.
Keadaan jisim tulang yang rendah juga boleh berlaku akibat banyak faktor penyumbang, antaranya kesan penyakit dan rawatan. Wanita lebih terdedah kepada masalah osteopenia dan osteoporosis berbanding lelaki.
Ini kerana wanita mempunyai puncak BMD lebih rendah dan mengalami kehilangan jisim tulang lebih pantas apabila perubahan hormon estrogen mula berlaku akibat menopaus.
Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan tulang dalam tubuh wanita dan kekurangannya secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu kepada osteoporosis.
Jika keadaan berkenaan dibiarkan atau tidak dirawat, osteoporosis akan terus berlaku dan melarat tanpa disedari kerana ia tidak mendatangkan sebarang rasa sakit sehinggalah ada bahagian tulang yang patah.
Profesor Emeritus Ubat-ubatan dan Epidemiologi Universiti California, Dr Steven R Cummings berkata, biarpun lebih banyak menyerang wanita, kehilangan jisim tulang turut dialami kaum lelaki biarpun dalam jumlah yang lebih kecil.
“Ramai yang mengambil mudah masalah patah tulang kerana pada mereka ia tidak menandakan apa-apa. Malah masih ramai yang tetap tidak membuat pemeriksaan jisim tulang biarpun pernah patah tulang.
“Wanita yang pernah patah tulang di mana-mana bahagian badan seharusnya perlu menjalani pemeriksaan kepadatan tulang untuk memastikan sama ada mereka memerlukan rawatan bagi osteoporosis atau tidak,” katanya pada pelancaran Prolia (Denosumab) bagi rawatan osteoporosis dalam kalangan wanita menopaus baru-baru ini.
Beliau yang juga Saintis Kanan Institut Penyelidikan Pusat Perubatan Pasifik California berkata, selalunya wanita hanya tahu mereka mengalami osteoporosis selepas mengalami patah tulang, malah ada yang tidak tahu biarpun tulang mereka pernah patah.
Katanya, di rantau Asia termasuk Malaysia, kebanyakan pesakit osteoporosis tidak dirawat kerana mereka tidak disaring disebabkan beberapa faktor antaranya kekurangan sumber ekonomi selain lebih banyak memberi keutamaan kepada masalah kesihatan yang lain.
“Melalui kajian yang dilakukan terhadap 7,838 wanita menopaus di seluruh dunia, didapati mereka yang mendapatkan rawatan seperti Prolia akan mengalami peningkatan kepadatan tulang sehingga 68 peratus.
“Prolia Denosumab adalah terapi yang perlu diambil secara suntikan setiap enam bulan sekali bagi menghentikan proses kerapuhan tulang dan menghasilkan kepadatan lebih tinggi dan kuat,” katanya.
Mengikut statistik yang dikeluarkan di Malaysia, 218 daripada 100,000 orang mengalami osteoporosis manakala 88 lelaki daripada jumlah yang sama turut menderita penyakit itu.
Tulang sebenarnya mengalami proses pembaikan dan pemodelan semula secara berterusan dan pada usia 30 tahun, proses pembinaan tulang mencapai kemuncaknya.
Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis lebih tinggi berbanding penyakit lain termasuk kencing manis atau kanser payudara.
Selain melemahkan tubuh, kesan penyakit osteoporosis yang boleh mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan atau tidak mampu lagi untuk berdikari sekali gus memberi impak yang besar kepada kesihatan mental dan menjejaskan kualiti hidup.
Patah tulang akibat osteoporosis boleh menjadi sesuatu yang mengerikan terutama sekiranya membabitkan tulang pinggul malah boleh membawa kepada kematian.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini menamakan osteoporosis sebagai isu kesihatan utama seiring dengan penyakit serius bukan berjangkit yang lain.

Dijangkakan lebih 50 peratus kejadian patah tulang akibat osteoporosis berlaku di Asia menjelang 2050 biarpun banyak rawatan disediakan. Ini kerana penduduk Asia paling ramai terdiri dalam kalangan mereka yang berusia dalam tempoh empat abad akan datang.
Statistik berkenaan mungkin tidak memberi gambaran sepenuhnya mengenai tahap keseriusan osteoporosis memandangkan di negara berkepadatan tinggi seperti India dan China, ramai yang tinggal di kawasan luar bandar lebih cenderung menjalani rawatan secara konservatif di rumah berbanding pembedahan di hospital.
Di Eropah pula, 24 peratus wanita meninggal dunia akibat patah tulang pinggul dalam tempoh satu tahun selepas kejadian. Bagi mereka yang selamat pula, 40 peratus tidak boleh berjalan tanpa bantuan manakala sehingga 80 peratus lagi tidak mampu menjalani kehidupan harian dengan baik, menyebabkan kebanyakan mereka ditempatkan di rumah penjagaan.
Osteoporosis selepas menopaus (PMO) adalah jenis osteoporosis yang paling biasa menyerang golongan wanita berusia 50 tahun ke atas di seluruh dunia, dengan nisbah satu daripada tiga wanita mengalami patah tulang.
Dalam tempoh lima hingga tujuh tahun selepas menopaus, wanita boleh kehilangan sehingga 20 peratus jisim tulangnya, menyebabkan mereka terdedah kepada risiko penyakit PMO.
PMO juga sering dilihat berlaku pada wanita yang mengambil rawatan steroid atau mempunyai sejarah keluarga yang mengalami penyakit berkenaan.
Ramai hanya mendapatkan diagnosis apabila berlaku kejadian patah tulang namun terdapat kaedah klinikal yang dibangunkan bagi mengira kepadatan tulang seseorang misalnya Alat Penilaian Sendiri Osteoporosis untuk Orang Asia (OSTA) dan Skor Kajian Osteoporosis Khon Kaen.
WHO turut membangunkan alat FRAX yang mampu memberi bacaan kepadatan tulang menerusi faktor risiko individu seperti umur, berat, tinggi kepadatan tulang femoral dan sejarah keluarga.
Terdapat juga alat pengimbas DXA yang dapat mengira kepadatan tulang secara pantas, mudah, tidak sakit dan tepat. Ia memberi bacaan T-skor iaitu bagi tulang normal, bacaannya adalah -1, bagi tulang yang mengalami masalah osteopenia, bacaan T-skor adalah antara -1 hingga -2.5 manakala bagi osteoporosis, bacaannya adalah kurang daripada -2.5.
Pengesanan awal tahap kepadatan tulang dapat membantu seseorang merancang dan mengambil langkah segera bagi menguatkan kembali keadaan tulang sebelum masalah patah berlaku.
Antara faktor risiko yang mendedahkan seseorang kepada osteoporosis adalah wanita, berusia, rangka kecil, kurang berat badan, pernah mengalami patah tulang, sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis, merokok, tidak aktif, kurang kalsium, kurang vitamin D, pengambilan ubat yang melemahkan tulang, penyakit sendi kronik dan pengambilan alkohol berlebihan.
Sekiranya seseorang wanita sudah mengalami satu kejadian patah tulang, kemungkinan ia berulang pada tahun seterusnya akan meningkat. PMO tidak ada penawar tetapi ia boleh dirawat dengan mengambil beberapa langkah yang perlu.
Antaranya adalah dengan melakukan senaman mengangkat bebanan, mengambil ubatan perlu bersama kalsium dan vitamin D untuk memperlahankan proses kehilangan jisim tulang, seterusnya mengurangkan risiko patah.
Source:
Harian Metro Online
Labels:
beauty tips,
health,
Info,
information,
kesihatan,
sakit,
sharing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment