Assalamualaikum..
Penggemar haiwan sekalian, ini ader artikel yang bagus untuk korang baca. Ilmu penjagaan haiwan kesayangan korang sekalian..
Artikel ni di ambil dari Utusan Online. Bagus sangat untuk pencinta haiwan diluar sana.
Jaga haiwan peliharaan
Dr. Tarita berkata, kutu adalah parasit luaran yang biasa ditemui pada anjing dan kucing. Kutu tidak boleh membiak di dalam atau pada manusia tetapi gigitan pada kulit manusia menyebabkan kegatalan dan radangan kulit.
“Trauma dihasilkan pada kulit melalui bahagian mulut haiwan anthropoda. Contohnya, kutu memasukkan bahagian mulutnya ke dalam kapilari darah manakala serangga lain mengoyakkan kulit dengan bahagian mulut tertentu dan mencederakan kapilari darah kulit.
“Haiwan ini mengeluarkan bahan iritasi melalui air liur yang menyebabkan iritasi kulit setempat. Gigitan kutu boleh meninggalkan alergen pada kulit yang bertindak balas dengan antibodi hos iaitu manusia,” katanya.
Gigitan pertama kutu tidak menyebabkan reaksi kesan pada kulit tetapi gigitan berulang menyebabkan reaksi sensitiviti dan bonjolan kecil (kurang 5mm) atau lesi. Tanda ini timbul 24 jam selepas gigitan dan berterusan beberapa hari.
Dr. Tarita berkata, bahagian badan seperti permukaan luar anggota bawah dan atas lebih mudah dijangkiti. Papular urticaria boleh disebabkan oleh banyak parasit berlainan termasuk kutu kucing (Ctenocephalides felis), kutu anjing (C.canis) dan tungau (mite).
Penyebab utama perlu dikenal pasti daripada haiwan peliharaan dan persekitaran rumah dan dapat dielakkan dengan menyahinfeksi haiwan peliharaan dan persekitaran rumah. Doktor boleh membantu memberi rawatan kulit dengan rawatan topikal (sapu) dan antibiotik.
“Kutu anjing dan kucing biasanya menyebabkan lesi kulit di bahagian bawah lutut terutamanya di buku lali. Kaum perempuan lebih mudah dijangkiti kerana lelaki biasanya memakai seluar panjang dan stoking.
“Jangkitan teruk pada manusia mudah berlaku jika sebuah rumah ditinggalkan lama dan didiami kucing dan anjing. Kutu dewasa boleh hidup tanpa hos haiwan selama beberapa bulan menyebabkan masalah berpanjangan,” katanya.
Haiwan peliharaan perlu diperiksa jika disyaki jangkitan kutu. Bulu atau kulit haiwan boleh dilakukan pemeriksaan makmal. Haiwan peliharaan perlu dirawat oleh veteriner. Persekitaran rumah perlu dinyahinfeksi.
Dr. Tarita berkata, simptom penyakit kulit pada manusia boleh dirawat dengan ubat anti-histamin dan steroid topikal.
Pada hos tumpangan, cengkenit akan mengigit bahagian kulit paling disukai seperti lipatan kulit dan tepi kulit rambut. Cengkenit menghisap darah tanpa menyakitkan hos tetapi menghasilkan reaksi kulit seperti papular urticaria, blister, ulser atau nekrosis kulit.
Gigitan cengkenit pembawa kuman Borrelia Burgdorferi, boleh menyebabkan penyakit Lyme walaupun jarang berlaku di negara ini menimbulkan lesi kulit erythema chronicum migrans. Anjing boleh menjadi vektor mekanikal dengan membawa cengkenit dari luar ke dalam rumah.
Kesimpulannya, rawatan penyakit kulit berkaitan haiwan peliharaan tidak boleh diabaikan dalam rawatan kesihatan dan memerlukan rawatan holistik pada pesakit dan haiwan peliharaan. Rawatan mungkin memerlukan kerjasama antara doktor pesakit dan doktor veterinar.
Dr. Tarita berkata, kutu adalah parasit luaran yang biasa ditemui pada anjing dan kucing. Kutu tidak boleh membiak di dalam atau pada manusia tetapi gigitan pada kulit manusia menyebabkan kegatalan dan radangan kulit.
“Trauma dihasilkan pada kulit melalui bahagian mulut haiwan anthropoda. Contohnya, kutu memasukkan bahagian mulutnya ke dalam kapilari darah manakala serangga lain mengoyakkan kulit dengan bahagian mulut tertentu dan mencederakan kapilari darah kulit.
“Haiwan ini mengeluarkan bahan iritasi melalui air liur yang menyebabkan iritasi kulit setempat. Gigitan kutu boleh meninggalkan alergen pada kulit yang bertindak balas dengan antibodi hos iaitu manusia,” katanya.
Gigitan pertama kutu tidak menyebabkan reaksi kesan pada kulit tetapi gigitan berulang menyebabkan reaksi sensitiviti dan bonjolan kecil (kurang 5mm) atau lesi. Tanda ini timbul 24 jam selepas gigitan dan berterusan beberapa hari.
Jangkitan Microsporum canis
Dr. Tarita berkata, haiwan yang dijangkiti Microsporum canis mungkin mempunyai tanda botak pada bulu, bulu putus, kulit merah dan bersisik. Lesi merah boleh mempunyai bonjolan kecil, berbentuk plak dan bernanah atau berkerak.
“Terdapat komplikasi jangkitan walaupun jarang berlaku, di mana fungus yang terdapat di permukaan kulit merebak ke bahagian lapisan dalam kulit menyebabkan lesi favus atau kerion.
“Favus disebabkan oleh Trichophyton Verrucosum, kulit kepala bernanah dan sakit. Diagnosa dibuat dengan pemeriksaan tanda di kulit serta dibantu pemeriksaan sampel kulit atau rambut. Rawatan oral anti-fungal diberikan pada pesakit manusia sementara haiwan perlu dirawat oleh veteriner.
Jangkitan arthropoda
Mycobacterium marinum adalah spesies Mycobacterium atipikal terdapat dalam air panas atau sejuk, air tawar dan air masin, sama ada udara panas atau sejuk. Bakteria ini biasa menjangkiti ikan atau amfibia.
Jangkitan Mycobacterium (M) marinum, jelas Dr. Tarita berlaku akibat luka pada kulit yang terdedah pada persekitaran akuatik yang tidak mempunyai klorin dan haiwan marin. Simptom bermula dengan satu ketulan pada kulit, sedikit sakit menyerupai lesi sporotrichosis muncul di tempat inokulasi atau trauma.
Tempoh pengeraman M marinum dua hingga tiga minggu dengan bonjolan kecil tadi kemudian membesar beberapa bulan dan bertambah sakit, bernanah dan menyebabkan ulser kulit. Beberapa ketulan kulit segaris mengikut saluran limfa.
Biasanya pemilik akuarium berisiko tinggi dijangkiti ketika mengendalikan akuarium dan biasanya menjangkiti tangan. Pesakit dirawat dengan antibiotik oral.
Dr. Tarita berkata, sporotrichosis adalah jangkitan subakut atau kronik oleh fungus Sporothrix schenckii pada lapisan kulit lebih dalam (subkutis). Jangkitan pada kulit menimbulkan tanda ketulan kecil atau plak. Penyakit kulit ini boleh terjadi dari satu hingga 10 hari selepas penembusan kulit oleh conidia atau spora fungus.
Lesi primer akibat inokulasi kulit, biasanya terdapat pada ekstremiti bahagian atas manusia. Ketulan atau plak itu mungkin pecah dan mengeluarkan nanah ke lapisan luar kulit dan meninggalkan ulser kulit.
“Selepas beberapa minggu, tanda yang sama boleh merebak dari hujung anggota badan seperti jari, tangan dan kaki kerana mengikut saluran limfatik.
No comments:
Post a Comment