Assalamualaikum.
Kita dikejutkan dengan penyakit baru kan yang datang dari virus ZIKA. Kita mesti tak sangka kan bole terjadi penyakit yang semakin pelik macam ni.. Mari kite pelajari serba sedikit ape dimaksudkan dengan Virus Zika. Artikel yang diambil dari Utusan Online ni sangat berguna untuk kita semua.
Kredit diberikan kepada Utusan Online atas info yang sangat berguna ini.
Kita sama sama baca ok.
Nyamuk pembunuh
Beberapa tahun yang lalu, dunia pernah digemparkan dengan penyakit bawaan nyamuk seperti Japanese Encephalitis (JE), Chikungunya, virus Nipah dan Hendra.
Bagi rakyat Malaysia, penyakit bawaan nyamuk lain seperti denggi dan malaria mungkin sudah biasa didengar. Menurut Dr. M. Singaraveloo, kebanyakan penyakit ini mempunyai simptom yang lebih kurang sama iaitu demam kuat, ruam-ruam di tubuh dan sakit-sakit sendi.
Pun begitu, kes penyakit bawaan nyamuk yang tertinggi di Malaysia ialah denggi.
“Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja, membiak di dalam takungan air jernih dan tidak dalam air kotor atau tercemar.
“Tanpa bekalan air yang selamat, peralatan sesuai untuk menyimpan air dan pengurusan sistem kumbahan tidak diurus dengan sempurna, memberi peluang untuk nyamuk membiak,” katanya.
Dalam pada itu, nyamuk Aedes juga menyebarkan sejenis penyakit lain iaitu chikungunya, yang hampir sama gejalanya dengan denggi.
Bukan setakat itu, denggi juga boleh menyebarkan virus demam kuning, virus West Nile dan banyak lagi kuman lain.
“Amalan mencegah pembiakan nyamuk perlu dilakukan secara berterusan. Kalaupun tidak membawa wabak penyakit, nyamuk sentiasa mengganggu kita dengan gigitannya.
“Membersihkan tempat pembiakan nyamuk juga secara langsung mewujudkan keadaan ceria dan selamat di sekitar tempat tinggal kita. selain itu, tangki air perlu ditutup bagi mengelak pembiakan nyamuk,” katanya.
Bagi wanita yang mengandung perlu sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan mengikut rutin dan jadual.
Apa itu virus Zika?
Sementara itu, dunia kini dikejutkan dengan kehadiran virus zika yang dikaitkan dengan jangkitan nyamuk Aedes.
“Demam Zika ialah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.
“Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.
“Di Brazil, dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan pada masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut. Namun, saintis percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika,” jelasnya.
Menurut Dr. M. Singaraveloo, pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.
Sama seperti denggi, tiada rawatan yang khusus untuk jangkitan virus ini, tetapi terdapat beberapa rawatan yang boleh diambil seperti banyakkan pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mengelak daripada terhidrat.
Selain itu, pengambilan aspirin dan nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) juga perlu bagi mengelakkan daripada pendarahan.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika.
Kementerian Kesihatan bagaimanapun menyarankan orang ramai yang ingin melawat ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika agar mengambil langkah-langkah pencegahan yang sama digunakan untuk mengelakkan penyakit denggi.
Antara pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:
- Tidur menggunakan kelambu.
- Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes.
- Pasang penghadang nyamuk pada tingkap.
- Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga.
- Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penyaman udara.
- Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
1 Elakkan daripada gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.
2 Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.
3 Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment