heartbeat

Friday, October 25, 2013

Sebulan

Assalamuailakum.. 

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.. 

Hari ini.. 25 Oktober 2013..
Genap sebulan pemergian abah. Selama sebulan juga kami diselebungi kepiluan. Namun kami harus bangkit dari kesedihan, kerna yang pergi takkan kembali. Kami harus meneruskan kehidupan tapi takkan sesekali melupakan dirimu. Itu janji anakmu.

Ya, Allah, ampunkan lah segala dosa abahku. Ya Allah, tempatkanlah roh abah dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Buat abah,
Selamat bertemu dengan Pencipta Mu wahai ayahandaku yang dikasihi. Semoga abah tenang dipersemadian. Dan damailah abah di sana. Kami semua akan menyusulimu. Namun ianya menjadi rahsia Allah.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui masa dan waktunya. 

Al-Fatihah.



Thursday, October 17, 2013

It's All About Family


Assalamualaikum...

Family Rules that we should follow:- 


Because...



Agree? 

Tuesday, October 15, 2013

Aidiladha

Rupa menawan usah  dipuja.. 
Bicara indah usah terpedaya..
Keterampilan hebat usah dijaja..
Kekayaan jua tiada harga, jika keluhuran dan ketulusan hati tidak dijaga.
Oleh itu.. 
Andai diantaranya ada pada hamba, ampun dan maaf jua yang mampu dipinta..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Tuesday, October 8, 2013

Hilangnya separuh semangatku

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Lamanya diri ini menyepi dari menyebarkan informasi.. Bukan sengaja tetapi sesuatu telah berlaku pada diriku ini.. Peristiwa yang sangat sedih lagi memilukan telah berlaku pada September 25,2013..... Peristiwa ini telah berlaku tanpa diduga, tanpa dipinta.. Ianya berlaku dengan kehendak Allah swt..

Peristiwa itu adalah, perginya ayahandaku yang tersayang.. Pemergian ayahandaku begitu mengejutkan, sangat mengejutkan sebenarnya.. Tiada sakit tiada tanda, hanya sekelip mata. Memang menyakitkan bagi diriku menerima kenyataan ini. Tetapi apakan daya, inilah suratan takdir dari Yang Maha Esa.. Ayahandaku pergi jua mengadap Penciptanya pada jam 9:45malam. 

Sungguh perit bagi diriku ini untuk menerima kenyataan yang terjadi. Namun, diriku ini harus kuat dan tabah menghadapi kenyataan ini demi bondaku. Sekarang bondaku akan dijaga olehku. Akan ku semai bakti buat bondaku. Akan ku pulihkan semangat bondaku. Akan ku jaga bondaku sebaik mungkin. Insya Allah.

Buat abah, anakmu sedekahkan Al Fatihah buat dirimu. Damailah abah di sana.. 

Dad