heartbeat

Thursday, December 23, 2010

Perut Buncit??

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung.

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Friday, July 9, 2010

Elak Perap Anak Di Rumah

Zaman alam kanak-kanak sedekad lalu hakikatnya sudah jauh berbeza berbanding hari ini. Apabila mengimbas kembali saat-saat manis itu, semuanya terbayang indah dan masih hijau dalam ingatan. Misalnya suasana bermain layang-layang, gasing, galah panjang, memancing dan berbasikal bersama kawan sekampung sejurus selesai sesi sekolah pada hari itu

Boleh dikatakan kanak-kanak dahulu lebih banyak menghabiskan masa lapang dengan aktiviti luaran daripada memencilkan diri di dalam bilik rumah ataupun menonton program kartun yang dipaparkan dalam kaca televisyen

Berbanding kanak-kanak hari ini aktiviti senggang lebih banyak terisi dengan permainan komputer. Oleh sebab, trend pembelajaran di sekolah hari ini yang lebih menjurus kepada orientasi peperiksaan juga mengurangkan masa untuk terlibat dengan aktiviti luaran.

Kanak-kanak yang lebih cenderung menghabiskan masa di rumah sebenarnya tidak berpeluang melihat apa yang ditawarkan dunia luar dan alam semula jadi ini untuk mereka. Ini disebabkan, persekitaran luaran adalah tempat paling ideal kepada kanak-kanak untuk melatih dan mahir menguasai kemahiran fizikal yang terpendam dalam diri mereka.

Kekurangan pendedahan kepada persekitaran luaran dan alam sekitar secara tidak langsung meningkatkan masalah obesiti, tekanan serta keinginan perhatian. Dikatakan kanak-kanak yang aktif dengan aktiviti luar akan memiliki bentuk badan yang baik dan ia juga membantut pembentukan sel-sel lemak sebanyak mungkin.

Ibu bapa diingatkan supaya menggalakkan anak-anak mereka melakukan aktiviti luaran seperti senaman dan permainan selama 60 minit beberapa kali seminggu untuk perkembangan fizikal dan mental.


Sistem imunisasi


Menurut Pica, sinaran cahaya yang diterima daripada matahari membantu merangsang kelenjar pineal. Kelenjar itu merupakan salah satu komponen otak membantu dalam mengawal kitaran biologi yang penting kepada sistem imunisasi untuk memberi keceriaan kepada badan. Pancaran cahaya luar turut mencetuskan sintesis vitamin D dengan meningkatkan fokus pembelajaran dan produktiviti kanak-kanak.

Rangsang deria kanak-kanak


Secara semula jadi kanak-kanak mempelajari banyak perkara melalui rangsangan deria. Persekitaran luar bagaikan taman ajaib yang mampu merangsang deria seseorang. Kawasan persekitaran luar sebenarnya memiliki pelbagai perkara yang mengujakan untuk kanak-kanak misalnya serangga, awan yang biru, bunga, haiwan, kawasan padang, sungai, gunung-ganang dan lain-lain lagi.

Kesemua itu akan mempertingkatkan fungsi deria penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan rasa. Kanak-kanak yang menghabiskan lebih banyak masa menonton televisyen, bermain komputer dan membaca buku di rumah hanya menggunakan dua jenis deria iaitu pendengaran dan penglihatan.

Belajar permainan


Kanak-kanak sememangnya gemar merintis permainan-permainan yang baru. Sikap mempelajari permainan itu membantu mereka meneroka kebolehan diri.

Mereka juga akan berada dalam keadaan yang terkawal dan lebih rasional dalam membuat keputusan serta lebih terurus.

Selalunya sesuatu permainan mempunyai peraturan yang dipatuhi apabila kanak-kanak terdedah kepada situasi itu mereka akan memahami kepentingan undang-undang dan peraturan dalam kehidupan

Menghayati nilai keindahan


Persekitaran kaya dengan kawasan hutan, haiwan, tumbuhan, laut dan sebagainya, ini secara tidak langsung membantu perkembangan minda dalam menghargai keindahan. Kesedaran itu penting kepada kanak-kanak kerana membantu mereka melihat kecantikan yang terdapat di kawasan sekeliling. Ia juga menerap sikap mencintai alam semula jadi

Memahami Lelaki



Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

Friday, May 7, 2010

Diet tapi masih gemuk


Mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian


Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran:


- Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.
- Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.
- Tiada masa untuk bersenam
- Suami tidak kisah gemuk.


Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.


Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?


Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.


Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.


Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.


Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.


Kurus demi kesihatan


Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan.


Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul.


Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.


Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.


Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. Saya akan mengupas persoalan ini sehingga ke hujungnya dan berharap anda mengikuti ruangan saya setiap minggu. Ini kerana setiap artikel akan mengetengahkan konsep penting yang bakal anda guna pakai untuk menguruskan badan.


Apakah BMR


BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak


Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori. Contoh-contohnya akan diterangkan pada minggu seterusnya.


Sila jawab soalan berikut. Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.


Apabila diet berat tidak turun



Berat naik mendadak apabila makan lebih


Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam


Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis


Mudah lapar


Makan sedikit tetapi cepat gemuk


Tekak inginkan makanan yang manis



Lapar pada waktu malam




Punca BMR rendah


Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam isu akan datang.


Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.


Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.


Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.

Halia

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.

Khasiat halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Penggunaan Halia Sehari-harian

Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.

Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.

Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.

Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.
Bahan-bahannya:-
- 4 gelas air
- 2 inci halia segar
- Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)
Cara penyediaannya:-
Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa.

Khasiat Halia

Mengubati selesema dan asma
- Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol
- Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat batuk
- Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

Menghilangkan bau mulut
- Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

Maklumat tambahan mengenai halia
Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Wednesday, April 28, 2010

Cuka dan Kegunaannya

Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.


Buat sendiri bahan pencuci

Campurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.


Cuka sebagai bahan pencuci:-

1) Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

2) Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

3) Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

4) Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

5) Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

6) Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

7) Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

8) Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

9) Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

10) Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

11) Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

12) Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Thursday, April 15, 2010

Cara Beri Tip Beberapa Negara

Ramai pernah mengalami situasi sama. Pekerja hotel membawa beg ke bilik, menunjukkan saluran televisyen dan alat kawalan jauh untuk pendingin udara. Ini diikuti dengan pertanyaan, "Ada apa lagi yang boleh saya bantu?".

Saat berikutnya membuatkan anda dalam dilema mengenai kadar tip untuk dihulurkan kepadanya. Ikuti panduan daripada Time Asia kerana ia mungkin membantu membuat keputusan ketika berdepan situasi sama.

JAKARTA

- Restoran: Caj perkhidmatan 10 peratus dikenakan di kebanyakan restoran atau kafe. Di restoran biasa, anda boleh meninggalkan Rp5,000 atau lebih Rp1,000 jika servisnya lebih bagus.
- Pembawa beg: Beberapa ratus rupiah untuk satu beg sudah memadai.
- Teksi: Kebanyakan pemandu membundarkan tambang kepada 500 rupiah terhampir. Jangan layan tambahan lebih Rp 1,000.

MANILA

Tip adalah kelaziman dengan nilai kurang daripada 10 peratus akan menyebabkan anda boleh kehilangan layanan istimewa.
-  Restoran: Walaupun caj perkhidmatan sudah dikenakan, anda boleh meninggalkan antara 5 dan 10 peratus bersama dengan bil.
- Pembawa beg: Perkhidmatan di hotel utama adalah amat baik dan perlu diberikan 20 peso untuk setiap beg.
- Teksi: Majoriti teksi menggunakan meter tetapi anda boleh membundarkan tambang kepada lima peso terdekat.

SEOUL

Tip bukan budaya Korea kerana lazimnya caj perkhidmatan sudah dimasukkan ke dalam bil keseluruhan.
- Restoran: Jika anda berada di restoran Korea, tidak perlu membuat bayaran tambahan. Bagaimanapun, restoran Itali mungkin memerlukan 10 peratus tambahan daripada bil sebagai nilai tip.
- Pembawa beg: Kadar antara 500 dan 1,000 won untuk setiap beg adalah kadar standard di penginapan antarabangsa.
- Teksi: Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tiada halangan untuk memberi.

SINGAPURA

Pemberian tip tidak dibenarkan dan sama sekali tidak digalakkan di Singapura.
- Restoran: Caj perkhidmatan 10 peratus sudah dimasukkan ke dalam bil.
- Pembawa beg: Pekerja hotel bagaimanapun boleh diberikan tip. Sebagai panduan umum, SD$1 layak diberikan untuk pembawa beg.
- Teksi: Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tidak menolak jika diberikan lebih.

TAIPEI

Seperti Jepun atau China, Taiwan tidak mengamalkan pemberian tip.
- Restoran: Tip tidak diharapkan, namun boleh diberi di beberapa restoran makanan Barat.
- Pembawa beg: NT50 memadai, tetapi pekerjanya tidak terasa jika tidak menerima tip.
- Teksi: Tiada tip juga tetapi, anda boleh membundarkan tambang kepada NT5 terhampir untuk mengelak baki duit kecil.

Source: HMetro Online

Thursday, April 8, 2010

Penjagaan Gigi Kanak-kanak

Ketika dilahirkan, lazimnya gigi bayi sudah terbentuk walaupun masih tidak kelihatan. Gigi berkenaan akan mula keluar pada usia enam bulan, namun ada juga sesetengah bayi yang mengalami pertumbuhan gigi lebih awal dan tidak kurang juga yang agak lewat.

Bagi kebanyakan bayi, gigi yang mula tumbuh ialah dua gigi depan bahagian bawah, diikuti empat gigi bahagian atas. Selepas itu barulah gigi lain mulai tumbuh, lazimnya dua sekali gus di satu rahang diikuti rahang sebelahnya. Pada umumnya, setiap kanak-kanak mesti mempunyai 20 gigi susu keseluruhannya ketika mencapai usia 36 bulan.

Begitu pun, kebiasaannya anda akan dapat melihat ruang antara gigi susu si kecil memandangkan ada perbezaan antara gigi susu dengan gigi dewasa. Ini bagi membolehkan pembentukan gigi dewasa kelak, selain memudahkan anda menggosok gigi si kecil.

Menjaga gigi susu


Walaupun gigi susu akan diganti kelak, adalah wajar menjaga gigi susu seperti gigi dewasa. Ini kerana kehadiran gigi susu yang sihat:


  • Membantu kanak-kanak menggigit dan mengunyah.
  • Membuatkan kanak-kanak tampak menarik.
  • Membantu kanak-kanak bertutur dengan lancar.
  • Membantu gigi dewasa berada pada kedudukan betul kelak.

Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak menggunakan berus gigi apabila bayi sudah mempunyai empat gigi sekali gus, sama ada di atas atau di bawah. Pilih berus gigi lembut dengan berus nilon. Anda juga boleh menjadikan berus itu lebih lembut dengan merendamnya dalam air suam untuk beberapa minit.
Gunakan ubat gigi berflourida dengan saiz sebiji kacang atau bersihkan berus gigi dengan air biasa. Ingatlah, anak anda mungkin akan cuba menelan ubat gigi berkenaan. Menelan terlalu banyak ubat gigi berflourida boleh menyebabkan masalah kosmetik pada gigi dewasa kelak
Pada masa sama, bersihkan gusi yang tiada gigi dengan kain lembut. Pastikan anda menggunakan flos sekali sehari apabila ada dua gigi yang tumbuh bersebelahan. Sebaiknya bincangkan masalah gigi anak anda dengan doktor gigi atau doktor paediatrik.
Ada ketikanya, anak anda mungkin ingin mencuba untuk menggosok sendiri giginya. Sebenarnya, tidak menjadi masalah bagi melatih si kecil anda untuk menggosok sendiri giginya, asalkan anda pastikan dia berjaya menggosok semua giginya dengan betul
Kanak-kanak akan dapat menggosok gigi dengan betul ketika mereka berusia tujuh atau lapan tahun, justeru sebaiknya penting bagi anda untuk memeriksa gigi mereka setiap hari

Kerosakan gigi akibat susu

Kerosakan gigi akibat tabiat meminum susu adalah serius, tetapi boleh dicegah. Ini boleh berlaku apabila gigi terdedah kepada gula dalam karbohidrat untuk jangka masa yang lama. Karbohidrat dalam bentuk cecair seperti jus buah-buahan dan susu mulai dicerna dalam mulut untuk ditukar kepada bentuk gula.


Oleh itu, apabila cecair itu dibiarkan berada lama dalam mulut, bakteria akan mula memakan gula yang ada dan dalam proses itu. Bakteria berkenaan akan menghasilkan asid yang boleh menyebabkan gigi mengalami kerosakan.

Lazimnya, ini berlaku jika bayi:

  • Tidur sambil minum susu, jus atau air manis.
  • Minum air manis atau susu sebelum masuk tidur.
  • Diberikan puting yang dicelup dalam madu, gula atau cecair manis.

Bagaimanapun, susu ibu tidak akan menyebabkan kerosakan gigi melainkan ia diberi bersama sumber karbohidrat. Bayi yang diberi diet campuran berisiko mengalami kerosakan gigi, namun kajian menunjukkan kerosakan gigi bukan sekadar berpunca daripada apa yang diminum, sebaliknya berapa kerap anak anda minum.

Panduan elak kerosakan gigi bayi:

  • Jangan tidurkan bayi anda dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.
  • Ceraikan susu si kecil ketika usia 12 atau 14 bulan dengan nasihat daripada paediatrik anda.
  • Jangan tenangkan bayi anda untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan anda menggunakan air biasa.
  • Jangan celup puting dengan cecair manis.
  • Jangan campur gula dalam makanan si kecil.
  • Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.
  • Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh.
  • Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan.

Pemeriksaan doktor gigi


Menurut American Academy of Pediatric Dentistry, kanak-kanak wajar dibawa bertemu doktor gigi apabila dia meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi mengelakkan mereka mengalami kerosakan gigi pada usia muda.

Walaupun idea itu masih agak janggal di negara ini, amalan itu dicadangkan oleh kebanyakan pakar pergigian. Lebih satu daripada empat kanak-kanak di Amerika Syarikat didapati mempunyai kaviti ketika berusia empat tahun, dan ada yang seawal usia dua tahun.

Bagi mengelakkan kaviti pada usia muda, ibu bapa digalakkan memahami panduan penjagaan gigi dan pengurusan makanan yang betul untuk kanak-kanak kecil.

Oleh itu, apabila bertemu dengan doktor gigi, ibu bapa digalakkan mendapatkan maklumat seperti cara menjaga gigi yang betul, penggunaan betul ubat gigi berflourida, tabiat oral termasuk menghisap jari dan hubungan antara diet dan kesihatan oral.

Selamatkan Rumah Anda untuk Anak-anak Anda?

Walaupun yakin persekitaran dalam dan luaran rumah adalah selamat, mungkin informasi berikut dapat digunakan sebagai tindakan pencegahan. Bukan untuk menakut-nakutkan tapi semata-mata untuk membantu anda mengurangkan risiko kemalangan bayi di rumah sendiri.


Kita seharusnya mengambil perhatian terhadap jenis-jenis kemalangan yang sering terjadi tanpa di duga.


Lima jenis kemalangan yang sering terjadi adalah:-


1. Jatuh - Memang tidak ada apa yang pelik kalau kanak-kanak terjatuh. Masakan tidak bayi memang gemar belajar memanjat dan menaiki berbagai objek. Jadi tidak hairanlah kalau mereka sering terjatuh.


2. Keracunan - Ia terjadi apabila bayi tidak dapat membezakan antara bahan pencuci sabun dengan air minuman kerana warnanya yang menarik.


3. Lemas - Proses tenggelam terjadi sekelip mata, oleh itu waspadalah dengan baldi, besen atau kolam yang mengandungi air.


4. Luka dan terbakar - Kulit bayi menyerap asap dengan lebih cepat, jadi mereka sangat mudah untuk mengalami kesulitan bernafas


5. Sukar Bernafas - Kecelakaan ini banyak melibatkan kegiatan tidur si kecil. Mungkin kerana posisi tidur yang salah, tertindih oleh orang tuanya yang tidur dekatnya atau tersedak benda-benda kecil seperti duit syiling, butang, mainan, makanan dan lain-lain.


Selain daripada lima jenis kemalangan yang sering terjadi kepada anak-anak, keselamatan di dapur, keselamatan di bilik mandi dan tidak lupa keselamatan di ruang lain.


Keselamatan di dapur


Jangan biarkan pemegang periuk mengadap keluar ketika sedang memasak. Simpan pisau serta alat masak lainnya di dalam almari yang terkunci dan tidak mudah dibuka oleh si kecil.


Hindari penggunaan lapik meja. Bayi anda boleh menariknya dan menjatuhkan benda-benda yang berada di atasnya.


Jangan membiarkan peralatan pembersih lantai di merata-rata. Jangan biar kolam, baldi atau besen ditadah air kerana bayi anda boleh tenggelam walaupun pada air sedalam tiga sentimeter sahaja. Jangan masak sambil dukung anak.


Keselamatan di bilik mandi




Hati-hati jika anda menggunakan pemanas air di bilik mandi. Pastikan anda menutup suisnya jika tidak dipakai.


Jika tandas di rumah anda jenis duduk, pastikan anda mempunyai pengunci khas supaya anak tidak boleh membuka penutupnya.


Letakkan sabun, syampu, pembersih lantai serta ubat-ubat pada tempat yang tidak terjangkau oleh si kecil.


Rak-rak yang ada di bilik mandi sebaiknya diletakkan pintu dan dikunci. Walaupun tidak ada benda yang berbahaya di dalamnya, bayi atau anak anda akan berusaha untuk memanjatnya jika ia dibiarkan terbuka.


Keselamatan di ruang lain


Jika mempunyai anak kecil, sebaiknya gunakan meja dan perabot yang bersaiz lebar dan tidak beroda. Ini untuk mengelakkan anak anda tertindih ketika bermain berhampirannya.


Pastikan almari, rak buku dan perabot berat di skru ke dinding rumah untuk mengelak ia terjatuh jika dicapai oleh anak kecil.


Berhati-hati apabila menyusun hiasan dinding, biarlah kedudukannya tinggi supaya anak tidak boleh mencapainya.


Pastikan kabel-kabel alat elektronik ditutup dengan menggunakan penutup kabel.


Letakkan tempat sampah di mana bayi tidak boleh ke situ atau gunakan tempat sampah yang bertutup.


Jika membawa balik kerja ke rumah pastikan anda menyimpan semua peralatan tulis seperti pen, pensel, klip kertas dan sebagainya kerana ia berbahaya untuk bayi.


Memang kita tidak mampu untuk mengawasi bayi setiap waktu, namun ikhtiar panduan di atas boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan di rumah. Jangan ingat bayi anda tidak tahu apa-apa kerana mereka sebenarnya mampu melakukan banyak perkara di luar dugaan.

Tuesday, April 6, 2010

Ketandusan Tenaga Punca Letih

Ramai antara kita menganggap keletihan adalah perkara biasa dalam kesibukan hidup. Kita berkejar ke sana dan ke sini sambil menyulap antara kerja dan keluarga, dan cuba melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat. Kita mengalami keletihan serta ketandusan tenaga. Bolehkah kita berjaya memulihkan semula diri kita daripada krisis ketandusan tenaga? Jawapannya sudah tentu ya..


Sistem paling asas dalam badan kita ialah pengeluaran tenaga. Ia juga merupakan sistem paling penting kerana membuatkan badan kita berfungsi. Apabila sistem tenaga tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan semua aspek kehidupan kita serta membahayakan kesihatan, juga membawa penyakit dan mempercepatkan proses penuaan.


Pengeluaran tenaga dalam badan manusia merupakan proses yang rumit. Makanan akan dipecahkan menjadi komponen yang lebih kecil dalam saluran penghadaman kita. Komponen-komponen yang lebih kecil ini kemudian digunakan oleh sel-sel untuk mengeluarkan tenaga. Untuk membolehkan sel-sel menukarkan makanan menjadi tenaga ia memerlukan sejenis jisim yang menyerupai vitamin, dikenali sebagai Koenzim Q10 (CoQ10). Tanpa Koenzim Q10, badan kita tidak dapat mengeluarkan tenaga; dan tanpa tenaga sudah semestinya tidak akan wujud kehidupan.


Semasa kita muda, sel-sel kita dipenuhi oleh CoQ10 dengan itu ia dapat mengeluarkan tenaga dengan banyak dan melimpah-ruah untuk menggerakkan badan kita dengan cekap dan kuat. Tetapi apabila kita semakin tua, pengeluaran CoQ10 oleh badan menjadi semakin sedikit dan ini menyebabkan kemerosotan dalam pengeluaran tenaga.


Tanda-tanda ketandusan tenaga


Anda bangun daripada tidur berasa lebih letih daripada sebelum tidur.
Adakah anda berasa begitu susah untuk bangun daripada tidur setiap pagi? Terdapat dua sebab mengapa mereka bangun tidur dan berasa lebih letih - tak cukup tidur atau mutu tidur yang tidak baik. Ramai antara kita memerlukan enam hingga lapan jam tidur untuk bangun dengan lebih segar dan aktif. Jika anda telah pun memperolehi tidur yang mencukupi tetapi masih lagi bangun dan letih, barangkali anda sedang menghampiri krisis tenaga. Tekanan atau ketegangan merupakan satu lagi pemusnah tidur dan keadaan yang lebih sukar untuk ditangani apabila anda berada di peringkat kekurangan tenaga. Tekanan selanjutnya menyusutkan paras tenaga kita, membuatkan kita dua kali ganda lebih letih daripada sebelumnya.


Anda ketagih untuk tidur tengah hari
Adakah anda berasa lebih letih apabila hari semakin lanjut? Adakah anda mengelakkan mesyuarat yang diadakan selepas makan tengah hari kerana anda tahu anda tidak dapat mencelek mata serta menahan mengantuk? Kemelesetan tengah hari seperti ini merupakan satu tanda klasik kemerosotan tenaga.


Otak yang kabur
Adakah anda berasa lembap dan tidak dapat menumpukan fikiran ataupun mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan pada mana-mana waktu pada hari itu? Adakah ingatan anda mengecewakan anda pada sesuatu ketika? Kehilangan daya ingatan yang tak ketara seperti ini merupakan satu lagi tanda yang badan anda sedang mengalami keadaan tenaga yang rendah.


Anda makan berlebihan kerana tenaga anda rendah
Seperti juga orang lain, barangkali anda juga menyimpan timbunan makanan ringan yang anda simpan dalam laci atau dalam peti sejuk untuk memuaskan nafsu makan anda yang seringkali berlaku apabila anda berasa letih. Apa akan jadi selepas itu? Tenaga anda meningkat buat beberapa minit, tetapi akan merudum semula dan anda terpaksa memakan banyak lagi makanan ringan. Satu-satunya unsur yang tinggal daripada semua ini ialah tambahan berat badan.


Tindak balas badan terhadap kelaparan dan keletihan adalah hampir sama. Ramai antara kita silap tanggapan kerana menyifatkan keletihan sebagai kelaparan dan terus mencari makanan walaupun anda tidak perlu berbuat demikian; akibatnya berat badan yang tidak diingini itu akan bertambah.


Tersebut di atas adalah beberapa tanda kemerosotan tenaga yang jika diabaikan akan menyebabkan kesusutan dalam sistem tenaga anda - yang akhirnya akan menjejaskan setiap aspek kehidupan anda.


Sekiranya anda sedang mengalami mana-mana satu atau lebih tanda-tanda amaran ini, anda boleh mengambil langkah untuk meningkatkan sistem tenaga anda. Walaupun CoQ10 wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan seperti daging lembu, dan sayuran, jumlah CoQ10 dalam makanan ini adalah kecil. Adalah sukar untuk mendapat jumlah CoQ10 yang mencukupi pada satu hari dalam makanan kita. Oleh itu satu-satunya penyelesaian terhadap masalah ini ialah mengambil suplemen CoQ10.


Mengambil Suplemen Koenzim Q10 Larut air (Hydrosoluble)


Masalah paling besar yang dihadapi mengenai kebanyakan produk CoQ10 ialah tentang kecekapan penyerapannya ke dalam aliran darah. Bentuk tradisi suplemen CoQ10 tidak mudah diserap oleh badan (seperti serbuk CoQ10 yang disampaikan dalam minyak kacang soya dan dimasukkan ke dalam kapsul gel lembut, tablet yang berasaskan serbuk, pil gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Mengapa produk CoQ10 ini tidak boleh diserapi dengan mudah? Sebabnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, tidak larut dalam air dan susah hendak melarut dalam lipid, dengan itu membuatkannya sukar untuk badan menyerapinya.


Bagaimanapun, sebuah syarikat di Amerika telah berjaya membangunkan proses Biosolv yang telah dipatenkan. Proses ini dapat mengecilkan saiz zarah daripada 25 hingga 70 mikron menjadi hanya 0.3 mikron. Malah, lebih kecil daripada seekor bakteria! Dengan itu membuatkannya "larut air" (hydrosoluble). Sebagai hukum umum, lagi kecil saiz zarah maka lagi baik pula penyerapannya. Oleh itu, dengan CoQ10 yang larut air, lebih banyak CoQ10 akan dapat diserapi ke dalam aliran darah anda untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda.


Oleh itu, mulakanlah mengambil CoQ10 yang larut air setiap hari untuk memulih dan membaharui tenaga anda serta ucapkan selamat tinggal kepada segala rasa keletihan!


Source: Utusan Online

Buasir dan Rawatan

Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).


Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. "Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal. Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas. alaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.
Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal. "Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk. Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca buasir
  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.
  • Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.
Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Rawatan Perubatan

Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.


Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.
 
Prosedur lain termasuk pembedahan.

Ligasi pita getah

Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit. Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.

Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.

Source: Utusan Online

Mengapa Perlu Bertengkar?

Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Perumpamaan ini memang cukup sinonim dengan kemelut yang melanda pasangan yang berkahwin. Konflik, bertengkar dan bertikam lidah merupakan asam garam kehidupan berumah tangga.

Dalam sebuah perkahwinan, jika tidak pernah berlaku pertengkaran itu menandakan matinya emosi. Malah pertelingkahan juga ada 'manisnya'. Sebenarnya pertelingkahan turut memberi impak positif kepada hubungan suami isteri kerana kadang kala ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri .

Namun ini bukan bermakna kita sentiasa perlu bersetuju pada setiap masa bahawa pertengkaran itu sebagai tindakan yang bagus dalam perhubungan . Apabila sesuatu yang tidak diingini pada pasangan maka berlakulah pertengkaran. Ini berlaku dengan harapan perkara yang tidak baik pada pasangan itu akan hilang.

Pertengkaran sebenarnya merupakan proses di mana pasangan suami isteri itu cuba untuk menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri. Dalam proses tersebut, keengganan oleh satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi memendam perasaan, hal ini akan menyebabkan sebelah pihak lagi tidak puas hati lalu tercetus pertengkaran.

Meluahkan Isi Hati
Untuk proses tersebut, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing bagi meredakan permasalahan yang berlaku dalam hubungan mereka. Tidak dinafikan, ada yang enggan berbincang kerana bimbang akan berakhir dengan sebuah pertengkaran.

Mereka lebih rela memendam saja perasaan dan berharap segalanya akan berubah dengan sendiri dan menjadi baik suatu hari nanti. Dalam permasalahan ini, suami isteri seharusnya tidak menyalahkan antara satu sama lain kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

Situasi tegang akan menjadi lebih parah apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan. Sebaliknya, tumpuan hendaklah hanya kepada pokok permasalahan bukan hingga meleret kepada perkara yang tidak berkait.

Dalam pada itu, jangan sesekali kita menggunakan kata-kata kasar semasa 'bertikam lidah', sebaliknya teruskan gunakan nama yang sering digunakan. Jika sebelum bergaduh memanggil pasangan dengan panggilan 'sayang' teruskan gunakan panggilan tersebut.

Biar apa pun gelombang pertengkaran yang berlaku antara anda suami isteri, pastikan ia tidak berlaku di hadapan anak-anak. Hal ini penting kerana ia boleh menjejaskan emosi mereka, malah keadaan ini akan menyebabkan anak-anak akan membuat persepsi yang negatif mengenai ibu bapa.

Tidak mustahil perkara tersebut akan diceritakan kepada kawan-kawannya. Dalam mengemudi perkahwinan, adalah menjadi asam garam berlaku pertelingkahan dalam hubungan tetapi dalam apa jua keadaan, sentiasa dibatasi dengan kesabaran.

Emosi
Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri dan jangan sesekali bertindak menggunakan fizikal seperti memukul atau melemparkan barang-barang. Keadaan ini hanya merugikan diri sendiri sedangkan masalah tidak juga selesai.

Dalam masalah ini, mungkin anda tidak dapat menegakkan kebenaran atau tidak mampu memberikan hujah yang kukuh, tetapi itu bukan bererti anda sudah tewas. Malah, jangan sesekali membenarkan orang ketiga masuk campur dalam pertengkaran, seperti ibu bapa, mertua ataupun adik beradik. Kehadiran mereka sebenarnya akan menyebabkan situasi semakin parah.

Oleh itu, jika dapat selesai masalah, berbincang dengan baik demi hubungan suci yang dibina. Anggaplah pertelingkahan yang berlaku sebagai asam garam kehidupan yang boleh mematangkan diri masing-masing. Ingatlah, anda dan pasangan adalah dua insan yang berbeza. Pasangan anda telah dibesarkan mengikut caranya sejak dari kecil, manakala anda pula dibesarkan cara tersendiri.

Anda bertemu dengannya setelah sama-sama dewasa, jadi jangan sesekali cuba menjadikan dirinya sama seperti anda. Cuba hormati dengan tindakan yang dilakukan. Jika tidak berkenan hati, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh terbaik untuk dirinya berubah.

Jangan anggap kita sentiasa di pihak yang betul, pastikan sama-sama bekerjasama dan bertolak ansur dalam mengemudi alam perkahwinan semoga ia kekal hingga sampai bila-bila. Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri atau meninggalkan pasangan, keadaan ini hanya merugikan sahaja.

Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin, biarpun kita bersalah ungkapkan perkataan maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi. Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.

Thursday, April 1, 2010

When is the BEST time to drink water?

All living things need water to survive, including human. The true amount of water you should drink depends upon several factors, including your gender, age, level of activity, and environment.

Here is the tips, the BEST time to drink water:-

In the morning: Before doing anything else, drinking one to two glasses of water just after you wake up can help stimulate peristalsis, lower blood concentration and boost blood circulation.


Before a meal: Drink a glass of water 30 minutes before meal can help preparing the digestive system to better absorb nutrients.

After a meal: It is NOT advisable to drink lots of water during or within half an hour after a meal because it can affect digestion.

In the afternoon: About 2:00 -3:00 o'clock in the afternoon, drink 2 cups of water to refresh the body and the mind

One hour before sleep: The body consumes water while we are asleep, making us feel thirsty and dehydrated in the morning. Drink some water an hour before you sleep can help replenish any water loss during the night.


Wednesday, March 31, 2010

Tips Mengawal Kemarahan







Walaupun kita tidak boleh mencegah kemarahan, tetapi ekspresi marah boleh dikawal. Hal inilah yang berkait dengan pengawalan kemarahan.


Pengawalan kemarahan dapat dilakukan dengan pelbagai cara antaranya:-


  • Fokus pada masalah, bukan pada perasaan
Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut. Jangan mudah membuat kesimpulan. Siasat dan semak sebaik mungkin. Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif. Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.


  • Bersabar
Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar.


  • Jangan terlalu mengharap
Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi. Contohnya, jika anak anda masih melakukan kesalahan matematik walaupun sudah beberapa kali diterangkan kepadanya, jangan berteriak 'bodoh' atau memarahi dengan panggilan yang tidak elok. Cara itu hanya menyebabkan perasaan anak-anak terluka.


  • Jangan melibatkan sebab-sebab lain
Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan. Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang


  • Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain
Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.


  • Menilai dengan bertanya kepada diri
Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku'. Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi.


  • Melakukan aktiviti melepas tekanan
Emosi marah seseorang boleh dibendung jika ia rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan permasalahan. Contohnya adalah dengan menyanyi, berteriak, memukul-mukul bantal, beryoga, bermeditasi dan sebagainya.


  • Belajar menyatakan emosi
Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi. Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?


Tips kawal kemarahan sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW:-

1. Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
2. Kalau anda sedang duduk, baringlah.

Sebagai peringatan kita bersama, ingati kisah di bawah ini sebelum anda marah atau memaki hamun orang lain:-

Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”
Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.” 

Monday, March 29, 2010

WORDS explain everything


Truth of Life

Hormon Rendah Rambut Gugur

Keguguran rambut yang melampau atau alopecia totalis jarang berlaku tetapi kebanyakan wanita akan menghadapi tahap tertentu alopecia atau kehilangan rambut yang banyak.

Bulu pada badan tumbuh pada tempoh pusingan tertentu tetapi jangka pusingan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tubuh. Contohnya, rambut tumbuh lebih cepat daripada bulu ari-ari.

Semasa hamil, rambut akan tumbuh lebih lebat daripada kebiasaan. Tetapi sebaik selepas melahirkan bayi, tahap hormon anda akan mula berkurangan dan anda dapat melihat rambut anda semakin menipis dan banyak yang gugur.

Bagaimanapun, lama kelamaan rambut baru mulai tumbuh bagi menggantikan rambut yang telah banyak gugur itu. Alopecia areata merupakan keadaan di mana rambut yang gugur pada satu-satu bahagian tubuh seperti di kepala bersaiz hingga sebesar duit syiling atau lebih.

Keadaan ini akan pulih secara semula jadi tetapi jika anda berjumpa doktor, doktor akan memberikan suntikan bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Jika anda menyedari rambut anda banyak gugur, iaitu lebih daripada 100 helai atau lebih sehari, anda patut berjumpa doktor.

Khasiat Telur

Telur pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.

Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

Friday, March 26, 2010

Mempertahankan Cinta Jarak Jauh

Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun begitu adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.

Sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.

Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan. Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar.
Ikuti beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:-

1) Kepercayaan dan Kejujuran
  • Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.
2) Komitment
  • Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.
3) Selalu Berhubungan
  • Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.
  • Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru
4) Jangan Letak Banyak Harapan
  • Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis
  • Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.
5) Kesetiaan
  • Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya
  • Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang
6) Emosi
  • Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

Wednesday, March 24, 2010

Badan Berbau


Masalah badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar? Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.

Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan

Ada juga kemungkinan dalam kes-kes yang lebih serius perubahan bau badan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Dari sudut perubatan, kelenjar peluh (apocrine glands) di bawah lengan dan di paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak selalu dirembeskan dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Ia menyebabkan bakteria menyerang sekali gus menghasilkan bau.



Bau tidak menyenangkan bukan berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga. Jika bau busuk itu berlaku di kaki, umumnya ini kerana pemakaian kasut dan stokin yang menyebabkan peluh tersekat. Ini juga memudahkan bakteria memecahkannya kepada bahan-bahan yang menyebabkan bau
 
Kaki yang lembap juga berisiko untuk jangkitan fungus yang turut mencetuskan bau kurang selesa. Kerap kali juga bau badan dikaitkan dengan rejim kebersihan individu. Kurang mandi atau pemilihan fabrik pakaian yang salah memerangkap peluh.
 
Apapun, bau badan umumnya mudah ditangani. Menggunakan sabun antibakteria atau pewangi badan, menggunakan baju daripada kain kapas misalnya, memudahkan penyerapan peluh.
 
INFO: Tip tangani bau badan


Secara tradisionalnya, ada beberapa sumber alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini:
 
Daun sirih
- Diketahui mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sirih dicampur kapur, dilumatkan dan disapu pada ketiak. Ada juga kepercayaan ia boleh direbus dan diminum selain dibuat sebagai air basuhan.






Daun Beluntas (Pluchea Indica)
- Dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.







Daun Selasih (Ocimun Balisicum)
- Daun selasih atau kemangi boleh dibuat ulam. Selain bau badan ia juga boleh membantu menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika datang haid.





Temu lawak (Curcuma xanthorrhiza)
- Dibuat ulam atau minum air rebusannnya.


Limau purut
- Dibuat ulam atau dilumur pada badan.