heartbeat

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Apakah maksudnya lapar


Assalamualaikum semua..

Ha... apa yang kita paham mengenai LAPAR?? kita tahu bila lapar maksudnya kita nak kena makan lah kan... Tapi sebaliknya, kita kene tahu bahawa lapar ni ade kategori tau.. Ha ade ketegori jugak tu... Nak tahu ape yang di maksudkan dengan lapar? Jom kita belek dan baca artikel dari Utusan Online ni, Bagus sangat ni.

Hasil tulisan dari Dr Rushmini Maris Ismail ni sangat bermafaat untuk kite semua..



Apakah maksudnya lapar

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/apakah-maksudnya-lapar-1.190356#sthash.Nid8f3wU.dpuf


Lapar ialah keadaan di mana kita mempunyai keinginan yang amat kuat untuk makan. Keinginan ini memulakan keinginan untuk makan, membuatkan seseorang akan mula mencari makanan untuk melegakan sensasi lapar. Rangsangan untuk makan atau lapar ialah suatu cetusan yang bermula daripada otak kita. Ia menandakan sel dalam tubuh kita tidak mempunyai cukup makanan dan memerlukan tenaga.

Kenyang pula bermaksud rangsangan daripada otak bahawa kita patut berhenti makan, atau keinginan untuk makanan telah pun dipuaskan. Dua keadaan iaitu lapar dan kenyang ini telah dikenal pasti sebagai tipikal untuk individu berberat badan normal.Namun begitu, bagi mereka yang obes atau gemuk ia tidak semudah itu.

Banyak kajian berkaitan perkara ini diambil kira sebelum membuat cadangan program penurunan berat badan yang berkesan dan meningkatkan kesihatan seseorang. Ternyata melawan ketagihan memerlukan suatu pendekatan yang spesifik dan saintifik. Inilah enzim terapi. Enzim terapi turut menghilangkan ketagihan terhadap karbohidrat.

Tanggapan bahawa seseorang mungkin mengalami ketagihan makanan bukanlah sesuatu yang baru. Seawal tahun 1940-an, saintis telah melaporkan seseorang itu boleh menjadi penagih untuk sesetengah jenis makanan. Jenis-jenis makanan yang mungkin menimbulkan ketagihan telah dikenal pasti.

Pada awal 1960-an, para saintis semakin yakin karbohidrat khususnya, boleh menyebabkan ketagihan makanan. Ketagihan karbohidrat telah dijelaskan pada tahun 1963, apabila penyelidik tersohor, J. Kemp melaporkan “Ramai orang yang gemuk menunjukkan keputusan positif terhadap ketagihan karbohidrat.”

Dalam kajiannya, J. Kemp mendapati karbohidrat tinggi merupakan punca ketagihan makan. Pada pertengahan 1980-an, banyak saintis mula tertarik dan berminat dalam bidang ini, dan dunia penyelidikan yang sedang pesat membangun mula meneroka bahan kimia otak, termasuklah neurotansmiter serotonin.

Antara faktor-faktor fisiologi untuk orang obes ialah masalah dalam keseimbangan hormon terutamanya sensitiviti insulin.

Terkini, para saintis menyokong pendapat bahawa pengeluaran insulin dalam masa tiga puluh minit pertama selepas pengambilan makanan menentukan sama ada seseorang akan menambahkan makanan atau tidak. Apabila seseorang mula makan, insulin akan meningkat perlahan-lahan. Dalam tubuh seseorang yang obes, kadar peningkatan insulin sangat cepat bahkan lebih cepat berbanding orang lain.

Maka bagi membolehkan seseorang menurunkan berat badan, kadar kenaikan insulin haruslah diperlahankan. Rawatan yang tepat membolehkan seseorang lebih aktif bertenaga dan mudah menurunkan berat badannya.

Rangsangan untuk makan atau lapar ialah suatu cetusan yang bermula dari otak kita. Ia menandakan sel dalam tubuh kita tidak mempunyai cukup makanan dan memerlukan tenaga.

Empat jenis keadaan lapar

1 Lapar Umum atau Lapar Biasa
Ini adalah dorongan yang kuat untuk makan apa-apa jenis makanan. Walaupun dorongan itu kuat, kelaparan ini akan berlalu dari semasa ke semasa dan kemudian muncul semula. Keadaan ini dipanggil lapar yang normal.

2 Lapar Spesifik atau Mengidam
Mengidam adalah keinginan yang sangat kuat untuk sesuatu makanan yang spesifik (atau kumpulan makanan tersebut). Mengidam ini tidak akan terus hilang dan selalunya meningkat intensitinya.

Walaupun orang normal dan juga penagih karbohidrat juga mengidam, keadaan lapar ini berulang lebih kerap dan lebih mendalam dalam penagih karbohidrat. Mengidam mungkin memuncak dalam intensiti dan kekerapan hingga menjadi ketagih. Mereka tidak puas selagi tidak dapat menikmati makananan idaman.

Contohnya meskipun sudah makan dua keping roti, mereka tetap mahu makan nasi. Atau mungkin telah pun makan seekor ikan tapi keinginan makan nasi tetap melupa-luap dan mereka menjadi kalah dengan keinginan itu.

Ayat yang sering mereka katakan ialah; “Saya tidak boleh jika tidak menjamah nasi” atau “Saya tidak sanggup jika tidak makan nasi.” Ada juga yang menggantikan nasi dengan buah-buahan manis dan tidak boleh berhenti mengunyah buah-buahan manis. Alasan yang sering diberikan ialah “buah buahan ialah bahan semula jadi jadi saya boleh memakannya sebanyak mana pun.”

3 Lapar yang Tidak Selesa atau Tidak Kenyang
Ini mungkin lebih disebut sebagai ‘kepuasan mengunyah’. Ia adalah kepuasan dan keinginan yang berterusan untuk makan makanan ringan atau snek. Keadaan ini sering disertakan rasa tidak selesa; atau tidak tenang. Sehinggakan mungkin ada juga yang percaya hanya satu jenis makanan yang spesifik sahaja yang boleh memberikan sensasi yang puas dan mengenyangkan seseorang, tetapi makanan tersebut adalah ilusi dalam otak penagih makanan.

Sebagai contohnya dia merasa ingin makan kek, ingin makan keropok atau kentang goreng. Meskipun dia tahu makanan sebegitu pasti meningkatkan berat badannya namun dia tetap juga mahu makan.

Adakalanya dia merasa resah apabila berada dalam keadaan yang tidak kenyang dan akan selalu ‘melompat’ dari satu makanan ke satu makanan yang lain demi mencari kepuasan.
Imej klasik untuk individu dalam keadaan suka mengunyah ini ialah seseorang berdiri di depan peti sejuk yang terbuka, mencari sesuatu untuk dimakan. Atau merayau-rayau di pasar malam membeli pelbagai jenis makanan yang tampak sedap dan membeli pelbagai jenis makanan itu. Untuk penagih karbohidrat, keadaan lapar ini biasanya muncul dengan lebih kerap, walaupun tidak semestinya lebih kuat daripada orang yang normal.

4 Lapar Secara 
Separuh Sedar
Keadaan lapar ini selalunya berlaku tanpa disedari sebelum dorongan untuk makan mengambil alih minda individu tersebut. Lapar secara tidak sedar ini adalah perasaan yang sangat kuat dan selalunya tidak terkawal untuk makan; menyebabkan pengambilan makanan secara tidak dirancang ataupun tidak dijangka.

Penagih karbohidrat selalu mengalami insiden impulse-eating ini kerana konflik secara psikologi . Mungkin di peringkat awal mereka merupakan orang yang tidak obes ataupun penagih karbohidrat yang tidak serius tetapi, lama-kelamaan mereka akan menjadikan makan secara impuls ini sebagai tabiat. Mereka tidak boleh berhenti walaupun mereka ingin berhenti.

Ketika makan secara impuls, makanan selalunya diambil dengan cepat dengan kunyahan yang sedikit. Sebagai contohnya apabila makan beramai-ramai, dia sudah kenyang namun tetap menambah nasi.


Tuesday, June 28, 2016

Take Life Easy


Assalamualaikum...

This is one of the best messages I have received today. 

So I'd like to share it with you....     

1. No matter how beautiful and handsome you think you are, just remember Baboon and Gorillas also attract tourists.
***Stop Boasting.

2. No matter how big and strong you are, you will not carry yourself to your Grave.
***Be Humble! 

3. No matter how tall you are, you can never see tomorrow.
***Be Patient! 

4. No matter how Light Skinned you are, you will always need light in Darkness.
***Take Caution! 

5. No matter how Rich and many Cars you have, you will always walk to Bed.
***Be Contented! 

Take Life Easy 
Life is "Exp. + Exp. + Exp."
Yesterday was Experience.
Today is Experiment.
Tomorrow is Expectation.
So, use your Experience in your Experiment to achieve your Expectations.

Saturday, June 11, 2016

Friday, April 22, 2016

22 April Is My Birthday and Earth Day

Assalamualaikum. 


I'm 35 today. It's a good day to appreciate things. I am immensely grateful to have had so many incredible experiences in my life so far both bad & good, and I have definitely learned a lot along the way. As my birthday was approaching, I began thinking about my life and contemplating what of value I have learned so far. Life has so much to teach us!

Thank you Allah for giving me the best mak and abah in the world. Syukur Alhamdulillah. 

Thank you Mak for giving birth this wonderful child. Thank you Abah for raising this child very well. Thank you for all the sacrifices you’ve made for me, and the devotion and love you’ve shown through the years. YOU’RE THE BEST PARENTS EVER!!! 



To my family; husband and wonderful kids, thank you for being by my side, no matter how difficult the circumstances.  

To all my friends, I thank you from the bottom of my heart for being my most invaluable friends. I really appreciate it. 

You guys really have added so many colors and cheers in to my life. Syukur Alhamdulillah. 

And...



Today we also celebrating Earth Day. Same date as my birthday! I like it!! Happy Earth Day to everyone. We need to plant a tree to save our earth. Let's planting. 




Sunday, April 10, 2016

Doa Hari Ahad

Assalamualaikum..

Hari ini nak share doa hari Ahad. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Jom kita baca doa hari Ahad kat bawah ni ye..

Doa hari Ahad

بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد الله رب العلمين، والصلاة والسلام علي سيدنا محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pada hari ahad ini kami memohon agar Engkau peliharakan dan selamatkan agama kami, keimanan kami, diri kami, anak pinak kami, kaum keluarga kami, harta benda kami dan apa saja yg telah Engkau kurniakan kpd kami.

Ya Allah Ya Jabbar, cantikkanlah kami dgn kesihatan, teguhkanlah kami dgn taqwa dan ketenangan, lindungilah kami dari segala asbab penyesalan samada sekarang mahupun akan datang, sesungguhnya Engkau mendengar segala permintaan kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah rezeki yg halal buat kami dan saudara2 muslim kami. Jauhkan kami dari perbuatan maksiat dan fitnah pd hari ini dan hari2 yg seterusnya. Semoga apa yg kami kerjakan sentiasa mendapat redhaMu.

Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri serta saudara n kaum kerabat kami, guru2 n ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga Baginda. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alaamiin..

Mari Berzikir
(Bersihkan Hati)
Ya Hayyu Ya Qayyum

🌞🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌞
Kita tidak mampu mengubah manusia , Melainkan Manusia itu sendiri yang berkehendak untuk berubah . Jangan pernah berhenti mendengar NASIHAT kerana Hati akan Buta apabila kehilangan NASIHAT . Sesibuk manapun kita jangan sampai kita mengabaikan ibubapa kita.

Wednesday, April 6, 2016

Doa Hari Rabu

Assalamualaikum. 

Hari ini nak kongsikan dgn semua doa hari Rabu. 

Semoga bermanfaat untuk semua. Jom kita baca doa hari Rabu dibawah ini.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI RABU


أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن

Ya Allah Ya Qahhar.. Kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Rabu ini untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

Ya Jabbar Ya Muntaqim.. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah dia, permudahkanlah urusannya. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepadanya. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat akan sesuatu maka tunaikanlah hajatnya dan cukupkanlah keperluannya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah dia, Ya Allah, agar dapat ia lbh tekun beribadah kpdMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah dia dan tukarkanlah ia menjadi anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Ya Allah Ya Ghaffar.. Cucurilah rahmatMu kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Allah.. Hilangkanlah keseronokkan kami kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhkanlah kami dari apa jua musibah. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah.. Janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati kami dlm iman n sudahi hidup kami hanya dlm agama islam Ya Allah.

Ampunkanlah dosa kami Ya Allah, dosa kedua ibubapa kami, anak2 n pasangan kami, saudara n kaum kerabat kami, guru2 b ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat .

من اين ....الي اين؟

(DARI MANA?...HENDAK kE MANA...?)
Manusia Dicipta Di Atas Fitrah Yang Suci

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam daripada sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian drpd mereka seraya berfirman "Bukankah Aku ini Tuhanmu", mereka telah menjawab "Benar, Engkau Tuhan Kami", kami menjadi saksi.
(Surah Al-A'raaf 7: 172)

Inilah fitrah Allah SWT yang diciptakan manusia di atas fitrah itu.
(Surah Al-Rum 30: 30)

Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَةِ   وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ الْـعَالَمِيــن

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Mulakan pagi Rabu ini dengan kurangkan menghitung KEMARAHAN terhadap apa jua perkara dihadapan kita dengan senyuman.

Friday, March 25, 2016

Doa Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Hari ini nak share doa hari Jumaat. Semoga kita semua diberkati Allah swt senantiasa hendaknya. Insya Allah

Doa Hari Jumaat  

 ُِ. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat  yg mulia ini, berilah pertolongan kpd kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.

Ya Allah, Kami memohon keampunanMu dpd semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yg dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun n Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.

Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Terutama di hari jumaat ini beri lah kami kekuatan n keazaman utk menambah baik amalan2 bacaan alQuran kami, zikir2 kami, sedekah2 kami serta pengeratan tali silatul rahim di antara kami. 

Sekali lagi Ya Allah Ya Ghaffur ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum kerabat kami, ustaz2 n guru2 kami, sahabat2 kami n sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat samada yg masih hidup atau telah mendahului kami mendapat RahmatMu Ya Allah. Amin. 

Mafhum ayat 28 surah alkahfi:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."

MUTIARA HATI:-

Kalau mencari AKHIRAT, didunia lagi akan DAPAT TAPI kalau mencari DUNIA, PASTI AKHIRAT tak akan dapat.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Mari Berzikir Kuatkan Iman 

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH

Mutiara Kata:-

Aku Belajar Diam dari Banyaknya Bicara.  Aku  Belajar Sabar dari Sebuah Kemarahan. Aku Belajar Mengalah dari sesuatu Keegoan. Aku Belajar Menangis dari Kebahagian. Aku Belajar Tabah dari sebuah Kehilangan kerana Aku yakin semua itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. 

Ingatlah SENYUMAN itu satu sedekah . 

Thursday, February 25, 2016

Doa Hari Khamis


Assalamualaikum.

Hari ini lambat dapat share doa hari Khamis. Tapi takpe, masih bole berdoa kan pada bila bila masa. 

Jom kita baca doa dibawah ni. 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI KHAMIS 

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين

Ya Allah Ya Malikal Mulk…ingin kami memanjatkan syukur alhamdulillah kami kpdMu pada hari Khamis ini kerana masih diberi peluang utk berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kami kpdMu. Tanamkanlah keazaman yg kuat utk kami mencapai tujuan itu. Hindarkanlah kami drpd terpengaruh dgn hal2 keduniaan yg melemahkan kami utk
mendekatkan diri denganMu Ya Allah.

Ya Fattahu Ya Alim...
Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami.
Elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan. 
Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.
Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang, Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman, berikanlah rezeki yang mencukupi lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Ghaffar..... kami memohon keampunan ke atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak-anak dan pasangan kami serta seluruh ahli keluarga kami, guru2 dan ustaz ustazah kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat  di mana jua mereka berada.


SANTAPAN HATI DAN MINDA

(Jangan Sombong)
"Dan janganlah engkau berjalan dibumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
(Al Isra: 37)

Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.

Mari Berzikir:
Subhanallah wa bihamdihi Subhanallah Hil Adzim

🌞🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌞

Ingatlah ALLAH!..Allah Pasti Mengingatimu.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Semoga bermanfaat kepda semua. 

~ hUShSYA ~

Kongsi Resepi : Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum.

Hello semua. Mood baking masih menyala nyala sehari dua ni.. Seronok pulak membakar ni jadi macam terapi pulak bila tengok hasil kejadiannya cantik comel je. Hehehe.. 



So hari ni nak share resepi kek coklat versi kukus. Sedap dan tak manis, sesedap rasa aje. Macam biasa baking ni haruslah dengan anak dara sorang tu kan.

Jom ikuti cara membuat kek coklat kukus tu. Caranya senang sangat, tak payah guna mixer pon, guna senduk tahan aje pon boleh. Bahan bahan pon diberikan guna kaedah cawan aje ye. Tak de sukatan metrik lah, tak reti nak guna. Pastikan guna cawan yg sama untuk semua bahan tu, barulah sama sekata bahan bahan tu. 

Jom ape lagi ditunggu tu. Chekidaut ye..



Masa penyediaan: 15minit
Masa mengukus : 1jam 10minit

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan:-

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bahan B
3 biji telor size A @ 4 biji telor size B
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bilarbonat
1 sudu baking powder
Secubit garam

Topping coklat:-
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak @ olive oil.

Cara cara:-
Panaskan pengukus, isi air bekas pengukuk bawah tu. Air pengukus tu kena betul betul mendidih ye. 

Seterusnya;
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Letakkan ke atas dapur, kepanasan sederhana je lah ye. Jangan api besar, nanti terhangit pulak. Bahan tu di masak, sehingga larut gula tu. Tak payah tunggu menggelegak pon tak pe, asalkan gula dah larut, dah nampak buih naik sikit dah cukup. Matikan api dan letak ke tepi dan sejukkan. 

Masukkan bahan B dalam bekas dan pukul hingga kembang. Kalau nak tau dah kembang macamna, telor tu dah jadi putih, berbuih dan warna pucat. Dah siap, ketepikan.

Masukkan semua bahan C ke dalam pengayak. Ayak semua bahan tu, tujuannha untuk meringankan tepung dan angin dalam tepung keluar. Dah siap ayak, ketepikan.

Akhir sekali;
Campurkan Bahan B + Bahan C dalam bekas bahan A berselang seli ( sikit demi sedikit ye). Tujuannya senang nak kaup balik bahan bahan tu. Tak yah beria gaul bahan tu, manja manja aje ok. Bila dah semua dah sebati dalam bekas tu, pindahkan pulak ke dalam loyang kek. Tutup atas kek tu dengan aliminium foil atau plastik, sebabnya tak nak wap air tu nanti jatuh atas kek, tak cantik kek tu nanti, merekah atas dia. 

Masukkan loyang adunan kek tu ke dalam bekas pengukus. Tutup dengan penutup pengukus tu. Kukus selama 1jam 10minit. 50minit pertama jangan bukak penutup pengukus tu ye. Takut kek merajuk tak jadi naik pulak dia, mendap terus nanti. Kalau korang ada penutup transparent tu untunglah boleh nampak kejadian kek naik tu. Hehe. Macam ku ada pengukus kepunyaan mak, yg oldies tu, memang penutup dia tak nampak dalam. So kena la sabar tunggu sampai kek siap di kukus.

Bila kek dah siap di kukus, keluarkan dari pengukus itu, letakkan atas redai. Bagi kek tu sejuk sekejap. Bukak plastik yang tutup kek tu. 

Sementara tunggu kek sejuk, masak topping kek pulak. Campurkan semua bahan topping tu dalam periuk, masak dengan api perlahan sampai semua sebati dan likat. Ketepikan.

Kek dah sejuk tadi, dikeluarkan dari loyang. Letak atas redai, dan curahkan topping coklat tu atas kek. Kendian ratakan.
Lastly, bole deko dengan letak buah buah kesukaan, letak coklat chip, letak choclate rice pon boleh. Apa apa sahaja kesukaan korang. 
Siap. Dan bole makan.. Yummy! 

Cubalah korang ye. Dijamin mudah sangat. Selamat mencuba.



~ hUShSYA ~



Tuesday, February 23, 2016

Jaga haiwan peliharaan


Assalamualaikum..

Penggemar haiwan sekalian, ini ader artikel yang bagus untuk korang baca. Ilmu penjagaan haiwan kesayangan korang sekalian..

Artikel ni di ambil dari Utusan Online. Bagus sangat untuk pencinta haiwan diluar sana.




Jaga haiwan peliharaan


Dr. Tarita berkata, kutu adalah parasit luaran yang biasa ditemui pada anjing dan kucing. Kutu tidak boleh membiak di dalam atau pada manusia tetapi gigitan pada kulit manusia menyebabkan kegatalan dan radangan kulit.

“Trauma dihasilkan pada kulit melalui bahagian mulut haiwan anthropoda. Contohnya, kutu memasukkan bahagian mulutnya ke dalam kapilari darah manakala serangga lain mengoyakkan kulit dengan bahagian mulut tertentu dan mencederakan kapilari darah kulit. 

“Haiwan ini mengeluarkan bahan iritasi melalui air liur yang menyebabkan iritasi kulit setempat. Gigitan kutu boleh meninggalkan alergen pada kulit yang bertindak balas dengan antibodi hos iaitu manusia,” katanya. 

Gigitan pertama kutu tidak menyebabkan reaksi kesan pada kulit tetapi gigitan berulang menyebabkan reaksi sensitiviti dan bonjolan kecil (kurang 5mm) atau lesi. Tanda ini timbul 24 jam selepas gigitan dan berterusan beberapa hari. 

Dr. Tarita berkata, bahagian badan seperti permukaan luar anggota bawah dan atas lebih mudah dijangkiti. Papular urticaria boleh disebabkan oleh banyak parasit berlainan termasuk kutu kucing (Ctenocephalides felis), kutu anjing (C.canis) dan tungau (mite).
Penyebab utama perlu dikenal pasti daripada haiwan peliharaan dan persekitaran rumah dan dapat dielakkan dengan menyahinfeksi haiwan peliharaan dan persekitaran rumah. Doktor boleh membantu memberi rawatan kulit dengan rawatan topikal (sapu) dan antibiotik.

“Kutu anjing dan kucing biasanya menyebabkan lesi kulit di bahagian bawah lutut terutamanya di buku lali. Kaum perempuan lebih mudah dijangkiti kerana lelaki biasanya memakai seluar panjang dan stoking.

“Jangkitan teruk pada manusia mudah berlaku jika sebuah rumah ditinggalkan lama dan didiami kucing dan anjing. Kutu dewasa boleh hidup tanpa hos haiwan selama beberapa bulan menyebabkan masalah berpanjangan,” katanya.

Haiwan peliharaan perlu diperiksa jika disyaki jangkitan kutu. Bulu atau kulit haiwan boleh dilakukan pemeriksaan makmal. Haiwan peliharaan perlu dirawat oleh veteriner. Persekitaran rumah perlu dinyahinfeksi.

Dr. Tarita berkata, simptom penyakit kulit pada manusia boleh dirawat dengan ubat anti-histamin dan steroid topikal.

Pada hos tumpangan, cengkenit akan mengigit bahagian kulit paling disukai seperti lipatan kulit dan tepi kulit rambut. Cengkenit menghisap darah tanpa menyakitkan hos tetapi menghasilkan reaksi kulit seperti papular urticaria, blister, ulser atau nekrosis kulit. 

Gigitan cengkenit pembawa kuman Borrelia Burgdorferi, boleh menyebabkan penyakit Lyme walaupun jarang berlaku di negara ini menimbulkan lesi kulit erythema chronicum migrans. Anjing boleh menjadi vektor mekanikal dengan membawa cengkenit dari luar ke dalam rumah. 

Kesimpulannya, rawatan penyakit kulit berkaitan haiwan peliharaan tidak boleh diabaikan dalam rawatan kesihatan dan memerlukan rawatan holistik pada pesakit dan  haiwan peliharaan. Rawatan mungkin memerlukan kerjasama antara doktor pesakit dan doktor veterinar.
Dr. Tarita berkata, kutu adalah parasit luaran yang biasa ditemui pada anjing dan kucing. Kutu tidak boleh membiak di dalam atau pada manusia tetapi gigitan pada kulit manusia menyebabkan kegatalan dan radangan kulit.

“Trauma dihasilkan pada kulit melalui bahagian mulut haiwan anthropoda. Contohnya, kutu memasukkan bahagian mulutnya ke dalam kapilari darah manakala serangga lain mengoyakkan kulit dengan bahagian mulut tertentu dan mencederakan kapilari darah kulit.
“Haiwan ini mengeluarkan bahan iritasi melalui air liur yang menyebabkan iritasi kulit setempat. Gigitan kutu boleh meninggalkan alergen pada kulit yang bertindak balas dengan antibodi hos iaitu manusia,” katanya.

Gigitan pertama kutu tidak menyebabkan reaksi kesan pada kulit tetapi gigitan berulang menyebabkan reaksi sensitiviti dan bonjolan kecil (kurang 5mm) atau lesi. Tanda ini timbul 24 jam selepas gigitan dan berterusan beberapa hari.

Jangkitan Microsporum canis
Dr. Tarita berkata, haiwan yang dijangkiti Microsporum canis mungkin mempunyai tanda botak pada bulu, bulu putus, kulit merah dan bersisik. Lesi merah boleh mempunyai bonjolan kecil, berbentuk plak dan bernanah atau berkerak. 

“Terdapat komplikasi jangkitan walaupun jarang berlaku, di mana fungus yang terdapat di permukaan kulit merebak ke bahagian lapisan dalam kulit menyebabkan lesi favus atau kerion.

“Favus disebabkan oleh Trichophyton Verrucosum, kulit kepala bernanah dan sakit. Diagnosa dibuat dengan pemeriksaan tanda di kulit serta dibantu pemeriksaan sampel kulit atau rambut. Rawatan oral anti-fungal diberikan pada pesakit manusia sementara haiwan perlu dirawat oleh veteriner.

Jangkitan arthropoda

Mycobacterium marinum adalah spesies Mycobacterium atipikal terdapat dalam air panas atau sejuk, air tawar dan air masin, sama ada udara panas atau sejuk. Bakteria ini biasa menjangkiti ikan atau amfibia.

Jangkitan Mycobacterium (M) marinum, jelas Dr. Tarita berlaku akibat luka pada kulit yang terdedah pada persekitaran akuatik yang tidak mempunyai klorin dan haiwan marin. Simptom bermula dengan satu ketulan pada kulit, sedikit sakit menyerupai lesi sporotrichosis muncul di tempat inokulasi atau trauma.

Tempoh pengeraman M marinum dua hingga tiga minggu dengan bonjolan kecil tadi kemudian membesar beberapa bulan dan bertambah sakit, bernanah dan menyebabkan ulser kulit. Beberapa ketulan kulit segaris mengikut saluran limfa.

Biasanya pemilik akuarium berisiko tinggi dijangkiti ketika mengendalikan akuarium dan biasanya menjangkiti tangan. Pesakit dirawat dengan antibiotik oral.

Dr. Tarita berkata, sporotrichosis adalah jangkitan subakut atau kronik oleh fungus Sporothrix schenckii pada lapisan kulit lebih dalam (subkutis). Jangkitan pada kulit menimbulkan tanda ketulan kecil atau plak. Penyakit kulit ini boleh terjadi dari satu hingga 10 hari selepas penembusan kulit oleh conidia atau spora fungus.

Lesi primer akibat inokulasi kulit, biasanya terdapat pada ekstremiti bahagian atas manusia. Ketulan atau plak itu mungkin pecah dan mengeluarkan nanah ke lapisan luar kulit dan meninggalkan ulser kulit.

“Selepas beberapa minggu, tanda yang sama boleh merebak dari hujung anggota badan seperti jari, tangan dan kaki kerana mengikut saluran limfatik.


Nyamuk pembunuh


Assalamualaikum.

Kita dikejutkan dengan penyakit baru kan yang datang dari virus ZIKA. Kita mesti tak sangka kan bole terjadi penyakit yang semakin pelik macam ni.. Mari kite pelajari serba sedikit ape dimaksudkan dengan Virus Zika. Artikel yang diambil dari Utusan Online ni sangat berguna untuk kita semua.

Kredit diberikan kepada Utusan Online atas info yang sangat berguna ini.

Kita sama sama baca ok.



Nyamuk pembunuh

Hubungan imej diri dan gangguan psikologi


Asslamualaikum semua.

Hari ini pulak nak share something berkenaan dengan kesihatan diri. Artikel ni di petik dari Utusan Malaysia Online. Hasil penulisan dari Prof Madya Dr Hairul Anuar Hashim.


Bagus juga kita dapat baca pasal kesihatan psikologi ni. berguna lah kita semua pelajari serba sedikit psikologi diri ni. Jom kita baca apa artikel ni ditulis eh.




Hubungan imej diri 
dan gangguan psikologi



Persepsi imej diri yang positif adalah salah satu ciri minda yang positif. Imej diri merujuk kepada pendapat dan pandangan individu terhadap diri sendiri. Imej diri merupakan satu bentuk persepsi terhadap ciri -ciri yang menerangkan diri seperti bijak, cantik, hodoh, berbakat, mementingkan diri sendiri, baik hati dan lain-lain.

Ciri-ciri ini membentuk idea dalaman yang kolektif bagi kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Persepsi imej diri berkait rapat dengan konsep efikasi kendiri dan kepercayaan diri yang diulas dalam ruangan yang lepas. Imej diri yang positif boleh memberikan keyakinan kepada seseorang dalam pemikiran dan tindakan mereka. Sebaliknya imej diri yang negatif akan membuatkan seseorang individu meragui keupayaan dan kebolehan diri mereka.
Imej diri adalah satu bentuk persepsi yang dimiliki oleh individu. Dalam sesetengah keadaan, ia sangat berbeza bagaimana orang lain melihat individu tersebut. Sesetengah individu secara zahirnya seolah-olah mempunyai semua kelebihan seperti kecerdasan, kecantikan, kekayaan dan kejayaan peribadi. Namun, mereka boleh mempunyai persepsi imej diri yang lemah. Sebaliknya, sesetengah individu lain mempunyai kehidupan yang sukar, tetapi mempunyai imej diri yang positif.

Persepsi imej tubuh pula adalah sebahagian daripada imej diri. Ia merujuk kepada corak persepsi diri terhadap ciri-ciri fizikal diri. Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan imej tubuh termasuk pengaruh agen sosial seperti keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, media mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap pembentukan imej tubuh seseorang. Penerimaan terhadap bentuk tubuh yang ideal dan takrifan berkenaan kecantikan dan ketampanan menyumbang terhadap pembentukan persepsi imej tubuh seseorang.
Individu dengan imej tubuh yang positif cenderung untuk tidak terpengaruh dengan momokan media berkenaan ciri-ciri kecantikan dan ketampanan. Namun, individu dengan imej tubuh yang lemah cenderung untuk terpengaruh dengan persekitaran sosialnya. Kecenderungan masyarakat untuk menggunakan bahan kesihatan dan kecantikan tanpa mengira risiko sampingan adalah contoh tindakan yang diambil oleh individu untuk memenuhi persepsi imej tubuh mereka.

Gangguan pemakanan

Imej tubuh yang negatif menyumbang terhadap pelbagai gangguan psikologi seperti gangguan pemakanan. Banyak yang telah diulas berkenaan gangguan psikologi ini. Secara umumnya, ia boleh diklasifikasikan kepada anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan lewah (binge eating).

Mereka yang mengalami gangguan anoreksia nervosa cenderung untuk melihat diri mereka sebagai mempunyai berat badan berlebihan, sungguhpun berat mereka sangat kurang dan membahayakan kesihatan. Mereka juga cenderng untuk menyekat jumlah pengambilan makanan dengan kuantiti makanan yang sangat kecil. Gangguan psikologi ini jika tidak ditangani akan mempengaruhi kesihatan fizikal seperti penipisan tulang (osteopenia atau osteoporosis), tekanan darah rendah, perlahan pernafasan dan nadi, kerosakan kepada struktur dan fungsi jantung, kegagalan organ tubuh dan lain-lain.

Individu dengan gangguan bulimia nervosa pula cenderung untuk makan dalam jumlah yang besar dan kerap. Makan lewah ini akan diikuti oleh paksaan untuk memuntahkan makanan yang dimakan, penggunaan berlebihan laksatif atau diuretik, berpuasa, senaman yang berlebihan, atau gabungan tingkah laku ini. Tidak seperti anorexia nervosa, golongan bulimia nervosa biasanya mengekalkan apa yang dianggap berat badan yang sihat atau yang agak biasa. Namun, kesan daripada gabungan makan dan muntah tersebut cenderung untuk mengakibatkan kemerosotan tahap kesihatan diri. Gejala seperti radang dan sakit tekak, bengkak kelenjar di leher dan rahang, masalah usus, dehidrasi yang teruk daripada penyingkiran cecair, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan mampu menyumbang terhadap penyakit yang lebih berbahaya seperti strok atau serangan jantung.

Kategori gangguan pemakanan ketiga adalah gangguan makan lewah. Tidak seperti bulimia nervosa, tempoh makan lewah ini tidak diikuti dengan paksaan untuk menghilangkannya seperti muntah paksa atau pengambilan bahan diuretik seperti julap. Akibatnya, golongan ini cenderung untuk mempunyai tahap berat badan berlebihan atau obes. Antara gejala makan lewah adalah makan dalam jumlah yang luar biasa besar dan makan walaupun tidak lapar. Walaupun, gangguan pemakanan ini cenderung untuk dialami oleh golongan remaja, namun ia boleh berterusan sehingga dewasa.

Persepsi imej badan bukanlah sesuatu yang kekal. Persepsi individu terhadap diri dan persekitarannya berubah selaras dengan peningkatan usia. Namun, diperingkat berisiko seperti remaja, aspek ini haruslah ditangani dengan baik agar kesihatan diri, dari sudut psikologi dan juga fizikal, kekal baik untuk kesejahteraan yang menyeluruh.

Penulis ialah pensyarah Psikologi Sukan dan Senaman di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).