heartbeat

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Kongsi Resepi : Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum.

Hello semua. Mood baking masih menyala nyala sehari dua ni.. Seronok pulak membakar ni jadi macam terapi pulak bila tengok hasil kejadiannya cantik comel je. Hehehe.. 



So hari ni nak share resepi kek coklat versi kukus. Sedap dan tak manis, sesedap rasa aje. Macam biasa baking ni haruslah dengan anak dara sorang tu kan.

Jom ikuti cara membuat kek coklat kukus tu. Caranya senang sangat, tak payah guna mixer pon, guna senduk tahan aje pon boleh. Bahan bahan pon diberikan guna kaedah cawan aje ye. Tak de sukatan metrik lah, tak reti nak guna. Pastikan guna cawan yg sama untuk semua bahan tu, barulah sama sekata bahan bahan tu. 

Jom ape lagi ditunggu tu. Chekidaut ye..



Masa penyediaan: 15minit
Masa mengukus : 1jam 10minit

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan:-

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bahan B
3 biji telor size A @ 4 biji telor size B
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bilarbonat
1 sudu baking powder
Secubit garam

Topping coklat:-
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak @ olive oil.

Cara cara:-
Panaskan pengukus, isi air bekas pengukuk bawah tu. Air pengukus tu kena betul betul mendidih ye. 

Seterusnya;
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Letakkan ke atas dapur, kepanasan sederhana je lah ye. Jangan api besar, nanti terhangit pulak. Bahan tu di masak, sehingga larut gula tu. Tak payah tunggu menggelegak pon tak pe, asalkan gula dah larut, dah nampak buih naik sikit dah cukup. Matikan api dan letak ke tepi dan sejukkan. 

Masukkan bahan B dalam bekas dan pukul hingga kembang. Kalau nak tau dah kembang macamna, telor tu dah jadi putih, berbuih dan warna pucat. Dah siap, ketepikan.

Masukkan semua bahan C ke dalam pengayak. Ayak semua bahan tu, tujuannha untuk meringankan tepung dan angin dalam tepung keluar. Dah siap ayak, ketepikan.

Akhir sekali;
Campurkan Bahan B + Bahan C dalam bekas bahan A berselang seli ( sikit demi sedikit ye). Tujuannya senang nak kaup balik bahan bahan tu. Tak yah beria gaul bahan tu, manja manja aje ok. Bila dah semua dah sebati dalam bekas tu, pindahkan pulak ke dalam loyang kek. Tutup atas kek tu dengan aliminium foil atau plastik, sebabnya tak nak wap air tu nanti jatuh atas kek, tak cantik kek tu nanti, merekah atas dia. 

Masukkan loyang adunan kek tu ke dalam bekas pengukus. Tutup dengan penutup pengukus tu. Kukus selama 1jam 10minit. 50minit pertama jangan bukak penutup pengukus tu ye. Takut kek merajuk tak jadi naik pulak dia, mendap terus nanti. Kalau korang ada penutup transparent tu untunglah boleh nampak kejadian kek naik tu. Hehe. Macam ku ada pengukus kepunyaan mak, yg oldies tu, memang penutup dia tak nampak dalam. So kena la sabar tunggu sampai kek siap di kukus.

Bila kek dah siap di kukus, keluarkan dari pengukus itu, letakkan atas redai. Bagi kek tu sejuk sekejap. Bukak plastik yang tutup kek tu. 

Sementara tunggu kek sejuk, masak topping kek pulak. Campurkan semua bahan topping tu dalam periuk, masak dengan api perlahan sampai semua sebati dan likat. Ketepikan.

Kek dah sejuk tadi, dikeluarkan dari loyang. Letak atas redai, dan curahkan topping coklat tu atas kek. Kendian ratakan.
Lastly, bole deko dengan letak buah buah kesukaan, letak coklat chip, letak choclate rice pon boleh. Apa apa sahaja kesukaan korang. 
Siap. Dan bole makan.. Yummy! 

Cubalah korang ye. Dijamin mudah sangat. Selamat mencuba.



~ hUShSYA ~



Monday, February 22, 2016

Kongsi Resepi: Lempeng gandum


Assalamualaikum.. 

Hari ini nak share resepi yang sangat simple tapi sedap sangat.. Al kisahnya Ahad lepas teringin nak makan lempeng.. Rindu nak cicah dengan kuah kari tak pok cicah gula. Masa kecik suka cicah gula aje, makan panas panas. Yummeh.. 

Tapi disebabkan ade lebihan kuah kari daging, makanya buatlah lempeng ni.

So, bagi yang dah tahu, bole la baca je, mana yang tak tau, bole la salin resepi ni ye.  

Resepi dibawah ni, chekidaut.. Ada disertakan gambar. Ikut aje turutan nombor tu ye. 

Resepi : Lempeng gandum
Masa penyedian : 3 minit
Masa memasak : 10-15 minit

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telor
1 1/2 cawan air masak


Cara:-
Campurkan bahan ke dalam mangkuk macam gambar di atas. Masa masukkan air tu, masukkan sikit demi sedikit ye. Kemudian kacau dan gaul sehingga sebati. Gaul dan tengok adunan tu sebati tak cair sangat atau pekat sangat. Kalo pekat nanti tak cantik kejadiaannya. Kalo cair sangat pulak tak menjadi pulak. 
Panaskan kuali non stick, sendik kan satu senduk ke dalam kuali, tunggu bahagian bawah garing sedikit, kemudian terbalikkan (Bole tengok bahagian atas dah takde putih adunan tu maknanyabole terbalikkan.) bila dah nampak garing  bole angkatkan. 
Bole di makan dengan gula, kuah kari, masak lemak, asam pedas. Mana mana yang menjadi pilihan. Memang sedap. 
Adunan ni bole dapat dalam 10-11 keping lempeng sebesar piring cawan ye. 
Selamat mencuba. 

~ hUShSYA ~

Tuesday, February 9, 2016

Resepi : Kek Coklat Mudah dan Ringkas.


Assalamualaikum.

Hari ini nak share satu resepi kek yang mudah dan ringkas tapi bergaya sangat. Resepi kek ni sangat mudah untuk dibuat sebab tak perlukan mixer langsung, hanya gaul dgn sudip atau spatula sahaja uolls. 

Kek ni sangat memberi inspirasi bagi korang yang cuba buat kek tapi takde alatan mixer tu.

Jom ikuti resepi kek coklat dibawah:-


Resepi Kek Coklat
Masa penyediaan: 10-15minit. 
Proses membakar: 30-40minit

Bahan-bahan kek coklat:-

Bahan A:
2 cawan tepung gandum atau all purpose flour
4 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula caster
1 cawan cocoa powder

Bahan B:
1 cawan minyak sayur atau minyak masak biasa
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu segar+2 sudu besar cuka)

Bahan C:
4 biji telor saiz B
100ml air suam

Hiasan kek:-
** Topping coklat:
1/2 cawan cocoa powder
1/2 susu pekat
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar butter
--> masukkan semua bahan di atas dalam periuk dan masakkan atas api yang kecil sekali. Kacau sentiasa sampailah likat dan berkilat. 

Bahan hiasan lain:- 
Badam panggang dan conflakes madu yanh dihancurkan. 


Cara-cara membuat kek coklat:-

Ayak bahan A, kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati biar semua bergaul mesra.

Masukkan bahan B, gaul serata secara kaup balik. 

Dah sebati tu kan, masukkan bahan C. Gaul lagi, sama juga secara kaup balik sampai semua bahan dah mesra kat dalam mangkuk tu. Aduan memang pekat, tapi tak mengapa, memang begitu kejadiannya.

Masukkan ke dalam loyang. Loyang ni sapu la butter kat sekeliling dan bahagian dalam loyang tu. Ini untuk memudahkan proses nak terbalikkan kek bila dah siap masak nanti ke dalam pinggan besar. 

Ratakan adunan kek dalam loyang tu, bagi la nampak sekata kan.

Bakar dalam oven yang dah disiap panaskan terebih dahulu dalam 15 minit pada suhu 180'C. Proses membakar mengambil masa dalam 30-40 minit. Bila dah 30 minit bole check kek, cucuk gunakan pencukil gigi kat tengah tengah tu, tengok ade tak melekat pada pencukil gigi tu. Kalau ade, tambah sikit masa memasak. Bila dah cucuk lagi sekali dengan pencukil gigi, keluar bersih, maknanya kek dah masak sempurna. 

Keluarkan dari oven dan sejukkan. 


Cara cara letak topping coklat atas kek:-

Bila kek dah sejuk, terbalikkan ke atas pinggan dan mulakan lah pulak proses letak topping coklat yang dimasak awal tadi. 

Seeloknya panaskan sekali lagi sebelum letak atas kek, lagi mudah sebab topping tak likat sangat. 

Kemudian ratakan topping tu ke seluruh kek. Tabur badam di panggang atas tu. Bole juga letak kekacang yang lain macam badam, macadamia, walnut atau buah strawberry, berry, cherry atau ape sahaja kesukaan korang.

Macam ku buat tu, tabur badam panggang aje. Kemudian bahagian tepi kek tu, ku hancurkan conflakes honey tu dan lekatkan bahagian tepi. Sedap juga rasa crunchy crunchy gitu. Hehehe. 


Selamat mencuba korang. Dijamin mudah dan ringkas. Percayalah. Tak percaya? Cer buat tengok mcmner. Hehehe. 

Jumpa
Lagi di entry akan datang. Peace yawl. 

~ hUShSYA ~


Monday, February 9, 2015

Recipe for Kindness


Assalamualaikum..

Lamanya tak update apa apa dalam blog. Sekarang ni masa sangat suntuk, berkejar ke sana ke sini, hanya untuk menyiapkan segala tugasan harian.

Bukan mengeluh tapi hakikatnya begitulah. Sejak jadi ibu kepada 3 cahaya mata, masa berlalu sangat pantas.. Tak sempat apa apa, dah separuh hari. Belom siap apa apa, dah satu hari berlalu. Pheww... Beginilah kehidupan, tiada pernah mencukupi masa kan..

Hari ini nak share satu resepi yang sangat awesome. Resepi yang perlu ada dalam setiap manusia. Cewah.. Bunyi macam best kan.. Ini lah dia, resepi untuk di kongsi bersama. 

Jemputlah baca resepi dibawah ni yek.......


Sunday, July 14, 2013

Kenali mentega

Assalamualaikum...

Hari ini nak berkongsi artikel masakan.. hehe.. asyik info semasa je kan, sekali sekala nak gak cerita masak-masak walaupon I tak pandai memasak.. hehehe.. Tetapi berkongsi ilmu tu kan penting..

Artikel dari Utusan Malaysia Online ni menarik, simple je.. Artikel mengenai MENTEGA.. jom baca isinya..


Kenali mentega



Kebanyakan wanita, terutamanya suri rumah mengakui yang mereka sangat gemar membuat kek di rumah. Alasan mereka, anak-anak gemar makan kek dan biskut.

Jika anda penggemar kek dan biskut, bahan yang tidak boleh ditinggalkan semestinya adalah lemak seperti mentega, marjerin dan lemak sayur.

Ada juga yang bertanya, betulkah jika menggunakan mentega dalam mengadun kek, hasilnya menjadi lebih gebu dan sedap?

Kepada yang masih kurang arif mengenai mentega, minggu ini kita akan kenali apa itu mentega asli dan mentega susu lepa.

Secara amnya, mentega adalah produk lemak yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial.

Ia akan melalui proses bagi memisahkan cecair dan lemak susu. Lemak susu itu yang dijadikan pepejal akan dibungkus dan dijual di pasaran dan dikenali sebagai mentega.

Terdapat dua jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega susu lepa. Antara jenama mentega asli yang popular yang boleh anda beli adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain serta mentega lepa susu pula adalah Buttercup, Butterlite dan lain-lain.

Mengapakah lemak asli lebih mahal daripada mentega susu lepa? Ini kerana mentega asli mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya.

Maka jika anda menggunakan lemak asli untuk membuat kek dan produk pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan.

Kandungan lemak yang lebih dalam mentega asli juga membuatkan harga mentega asli lebih mahal dijual berbanding mentega susu lepa. Walaupun harganya sedikit mahal namun yang penting adalah hasilnya.

Apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk dapatkan kek yang lebih enak untuk keluarga di rumah.
Tetapi, bagi mereka yang ingin berjimat- cermat dalam berbelanja anda boleh menggunakan mentega susu lepa sahaja.

Rasanya tidak jauh berbeza. Selain digunakan untuk membuat kek, mentega juga boleh disapukan di atas roti dan biskut serta membuat roti dan pastri lain.

Selain itu mentega susu lepa juga dicampurkan dengan bahan lain seperti minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam.

Anda pasti pernah melihat pada bungkusan mentega tulen ada perkataan yang ditulis bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted butter).

Jangan keliru, kerana kedua-duanya boleh sahaja anda gunakan untuk membuat kek ataupun biskut. Jika mentega itu telah ada garam, maka kita tidak perlulah masukkan garam lagi dalam adunan kek kita.

Mentega mudah mencair jika dalam suhu yang panas jadi anda perlu menyimpan dalam peti sejuk atau dalam keadaan yang dingin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130628/ke_03/Kenali-mentega#ixzz2Xy0hXdic
© Utusan Melayu (M) Bhd





Tuesday, August 7, 2012

Puding Jagung Kastad


Hai korang... 

Hari ini nak share resepi yang dibuat 2 hari lepas.. Sekarang ni rajin nak buat dessert. alah, benda senang je pon.. yg leceh sori la nak buat kan.. hahaha..

nak puding kastad? ni nak share resepinya.. cekidaut..... 



Puding jagung kastard

Bahan-bahan :-


1 cawan tepung kastad
1 tin jagung manis 
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair atau fresh milk 

Cara-cara :-

Campurkan kesemua bahan dalam periuk. 


Then letak di atas api perlahan dan kacau hingga adunan pekat dan berkilat. 

Angkat dan tuangkan di dalam bekas. 

Sejukkan.



Tuesday, July 31, 2012

Apple Puff Simple





Bahan-bahan:


4 keping puff pastry 
3 biji apple hijau 
1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis 
1 sudu besar mentega 
3 sudu besar gula perang 
gula icing
air sedikit
minyak utk menggoreng


Cara-cara:


1. potong apple dal am bentuk cube sederhana
2. panaskan pan dan masukkan mentega bersama gula perang, tunggu cair sikit 
3. tambahkan sedikit air utk elakkan gula perang tu hangus
4. bila gula perang nak mendidih, masukkan apple cube tadi. masak sampai jadi caramel dan apple masak 
5. potong puff jadi empat segi sama.
6. isi inti apple tadi dalam puff dan lipat, dia akan jadi empat segi tepat. 
7. tekan tepi puff tu dgn garfu. (jadi la corak sket)
8. panaskan minyak dalam kuali. pastikan minyak banyak atau cukup untuk ampuhkan puff tu ok.
9. goreng sampai kekuningan. kemudian toskan.
10. tabur gula icing atas puff apple. ( untuk nampak lagi menarik)