heartbeat

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Kongsi Resepi : Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum.

Hello semua. Mood baking masih menyala nyala sehari dua ni.. Seronok pulak membakar ni jadi macam terapi pulak bila tengok hasil kejadiannya cantik comel je. Hehehe.. 



So hari ni nak share resepi kek coklat versi kukus. Sedap dan tak manis, sesedap rasa aje. Macam biasa baking ni haruslah dengan anak dara sorang tu kan.

Jom ikuti cara membuat kek coklat kukus tu. Caranya senang sangat, tak payah guna mixer pon, guna senduk tahan aje pon boleh. Bahan bahan pon diberikan guna kaedah cawan aje ye. Tak de sukatan metrik lah, tak reti nak guna. Pastikan guna cawan yg sama untuk semua bahan tu, barulah sama sekata bahan bahan tu. 

Jom ape lagi ditunggu tu. Chekidaut ye..



Masa penyediaan: 15minit
Masa mengukus : 1jam 10minit

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan:-

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bahan B
3 biji telor size A @ 4 biji telor size B
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bilarbonat
1 sudu baking powder
Secubit garam

Topping coklat:-
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak @ olive oil.

Cara cara:-
Panaskan pengukus, isi air bekas pengukuk bawah tu. Air pengukus tu kena betul betul mendidih ye. 

Seterusnya;
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Letakkan ke atas dapur, kepanasan sederhana je lah ye. Jangan api besar, nanti terhangit pulak. Bahan tu di masak, sehingga larut gula tu. Tak payah tunggu menggelegak pon tak pe, asalkan gula dah larut, dah nampak buih naik sikit dah cukup. Matikan api dan letak ke tepi dan sejukkan. 

Masukkan bahan B dalam bekas dan pukul hingga kembang. Kalau nak tau dah kembang macamna, telor tu dah jadi putih, berbuih dan warna pucat. Dah siap, ketepikan.

Masukkan semua bahan C ke dalam pengayak. Ayak semua bahan tu, tujuannha untuk meringankan tepung dan angin dalam tepung keluar. Dah siap ayak, ketepikan.

Akhir sekali;
Campurkan Bahan B + Bahan C dalam bekas bahan A berselang seli ( sikit demi sedikit ye). Tujuannya senang nak kaup balik bahan bahan tu. Tak yah beria gaul bahan tu, manja manja aje ok. Bila dah semua dah sebati dalam bekas tu, pindahkan pulak ke dalam loyang kek. Tutup atas kek tu dengan aliminium foil atau plastik, sebabnya tak nak wap air tu nanti jatuh atas kek, tak cantik kek tu nanti, merekah atas dia. 

Masukkan loyang adunan kek tu ke dalam bekas pengukus. Tutup dengan penutup pengukus tu. Kukus selama 1jam 10minit. 50minit pertama jangan bukak penutup pengukus tu ye. Takut kek merajuk tak jadi naik pulak dia, mendap terus nanti. Kalau korang ada penutup transparent tu untunglah boleh nampak kejadian kek naik tu. Hehe. Macam ku ada pengukus kepunyaan mak, yg oldies tu, memang penutup dia tak nampak dalam. So kena la sabar tunggu sampai kek siap di kukus.

Bila kek dah siap di kukus, keluarkan dari pengukus itu, letakkan atas redai. Bagi kek tu sejuk sekejap. Bukak plastik yang tutup kek tu. 

Sementara tunggu kek sejuk, masak topping kek pulak. Campurkan semua bahan topping tu dalam periuk, masak dengan api perlahan sampai semua sebati dan likat. Ketepikan.

Kek dah sejuk tadi, dikeluarkan dari loyang. Letak atas redai, dan curahkan topping coklat tu atas kek. Kendian ratakan.
Lastly, bole deko dengan letak buah buah kesukaan, letak coklat chip, letak choclate rice pon boleh. Apa apa sahaja kesukaan korang. 
Siap. Dan bole makan.. Yummy! 

Cubalah korang ye. Dijamin mudah sangat. Selamat mencuba.



~ hUShSYA ~



Tuesday, February 9, 2016

Resepi : Kek Coklat Mudah dan Ringkas.


Assalamualaikum.

Hari ini nak share satu resepi kek yang mudah dan ringkas tapi bergaya sangat. Resepi kek ni sangat mudah untuk dibuat sebab tak perlukan mixer langsung, hanya gaul dgn sudip atau spatula sahaja uolls. 

Kek ni sangat memberi inspirasi bagi korang yang cuba buat kek tapi takde alatan mixer tu.

Jom ikuti resepi kek coklat dibawah:-


Resepi Kek Coklat
Masa penyediaan: 10-15minit. 
Proses membakar: 30-40minit

Bahan-bahan kek coklat:-

Bahan A:
2 cawan tepung gandum atau all purpose flour
4 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula caster
1 cawan cocoa powder

Bahan B:
1 cawan minyak sayur atau minyak masak biasa
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu segar+2 sudu besar cuka)

Bahan C:
4 biji telor saiz B
100ml air suam

Hiasan kek:-
** Topping coklat:
1/2 cawan cocoa powder
1/2 susu pekat
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar butter
--> masukkan semua bahan di atas dalam periuk dan masakkan atas api yang kecil sekali. Kacau sentiasa sampailah likat dan berkilat. 

Bahan hiasan lain:- 
Badam panggang dan conflakes madu yanh dihancurkan. 


Cara-cara membuat kek coklat:-

Ayak bahan A, kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati biar semua bergaul mesra.

Masukkan bahan B, gaul serata secara kaup balik. 

Dah sebati tu kan, masukkan bahan C. Gaul lagi, sama juga secara kaup balik sampai semua bahan dah mesra kat dalam mangkuk tu. Aduan memang pekat, tapi tak mengapa, memang begitu kejadiannya.

Masukkan ke dalam loyang. Loyang ni sapu la butter kat sekeliling dan bahagian dalam loyang tu. Ini untuk memudahkan proses nak terbalikkan kek bila dah siap masak nanti ke dalam pinggan besar. 

Ratakan adunan kek dalam loyang tu, bagi la nampak sekata kan.

Bakar dalam oven yang dah disiap panaskan terebih dahulu dalam 15 minit pada suhu 180'C. Proses membakar mengambil masa dalam 30-40 minit. Bila dah 30 minit bole check kek, cucuk gunakan pencukil gigi kat tengah tengah tu, tengok ade tak melekat pada pencukil gigi tu. Kalau ade, tambah sikit masa memasak. Bila dah cucuk lagi sekali dengan pencukil gigi, keluar bersih, maknanya kek dah masak sempurna. 

Keluarkan dari oven dan sejukkan. 


Cara cara letak topping coklat atas kek:-

Bila kek dah sejuk, terbalikkan ke atas pinggan dan mulakan lah pulak proses letak topping coklat yang dimasak awal tadi. 

Seeloknya panaskan sekali lagi sebelum letak atas kek, lagi mudah sebab topping tak likat sangat. 

Kemudian ratakan topping tu ke seluruh kek. Tabur badam di panggang atas tu. Bole juga letak kekacang yang lain macam badam, macadamia, walnut atau buah strawberry, berry, cherry atau ape sahaja kesukaan korang.

Macam ku buat tu, tabur badam panggang aje. Kemudian bahagian tepi kek tu, ku hancurkan conflakes honey tu dan lekatkan bahagian tepi. Sedap juga rasa crunchy crunchy gitu. Hehehe. 


Selamat mencuba korang. Dijamin mudah dan ringkas. Percayalah. Tak percaya? Cer buat tengok mcmner. Hehehe. 

Jumpa
Lagi di entry akan datang. Peace yawl. 

~ hUShSYA ~