heartbeat

Showing posts with label cook. Show all posts
Showing posts with label cook. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Kongsi Resepi : Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum.

Hello semua. Mood baking masih menyala nyala sehari dua ni.. Seronok pulak membakar ni jadi macam terapi pulak bila tengok hasil kejadiannya cantik comel je. Hehehe.. 



So hari ni nak share resepi kek coklat versi kukus. Sedap dan tak manis, sesedap rasa aje. Macam biasa baking ni haruslah dengan anak dara sorang tu kan.

Jom ikuti cara membuat kek coklat kukus tu. Caranya senang sangat, tak payah guna mixer pon, guna senduk tahan aje pon boleh. Bahan bahan pon diberikan guna kaedah cawan aje ye. Tak de sukatan metrik lah, tak reti nak guna. Pastikan guna cawan yg sama untuk semua bahan tu, barulah sama sekata bahan bahan tu. 

Jom ape lagi ditunggu tu. Chekidaut ye..



Masa penyediaan: 15minit
Masa mengukus : 1jam 10minit

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan:-

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bahan B
3 biji telor size A @ 4 biji telor size B
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bilarbonat
1 sudu baking powder
Secubit garam

Topping coklat:-
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak @ olive oil.

Cara cara:-
Panaskan pengukus, isi air bekas pengukuk bawah tu. Air pengukus tu kena betul betul mendidih ye. 

Seterusnya;
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Letakkan ke atas dapur, kepanasan sederhana je lah ye. Jangan api besar, nanti terhangit pulak. Bahan tu di masak, sehingga larut gula tu. Tak payah tunggu menggelegak pon tak pe, asalkan gula dah larut, dah nampak buih naik sikit dah cukup. Matikan api dan letak ke tepi dan sejukkan. 

Masukkan bahan B dalam bekas dan pukul hingga kembang. Kalau nak tau dah kembang macamna, telor tu dah jadi putih, berbuih dan warna pucat. Dah siap, ketepikan.

Masukkan semua bahan C ke dalam pengayak. Ayak semua bahan tu, tujuannha untuk meringankan tepung dan angin dalam tepung keluar. Dah siap ayak, ketepikan.

Akhir sekali;
Campurkan Bahan B + Bahan C dalam bekas bahan A berselang seli ( sikit demi sedikit ye). Tujuannya senang nak kaup balik bahan bahan tu. Tak yah beria gaul bahan tu, manja manja aje ok. Bila dah semua dah sebati dalam bekas tu, pindahkan pulak ke dalam loyang kek. Tutup atas kek tu dengan aliminium foil atau plastik, sebabnya tak nak wap air tu nanti jatuh atas kek, tak cantik kek tu nanti, merekah atas dia. 

Masukkan loyang adunan kek tu ke dalam bekas pengukus. Tutup dengan penutup pengukus tu. Kukus selama 1jam 10minit. 50minit pertama jangan bukak penutup pengukus tu ye. Takut kek merajuk tak jadi naik pulak dia, mendap terus nanti. Kalau korang ada penutup transparent tu untunglah boleh nampak kejadian kek naik tu. Hehe. Macam ku ada pengukus kepunyaan mak, yg oldies tu, memang penutup dia tak nampak dalam. So kena la sabar tunggu sampai kek siap di kukus.

Bila kek dah siap di kukus, keluarkan dari pengukus itu, letakkan atas redai. Bagi kek tu sejuk sekejap. Bukak plastik yang tutup kek tu. 

Sementara tunggu kek sejuk, masak topping kek pulak. Campurkan semua bahan topping tu dalam periuk, masak dengan api perlahan sampai semua sebati dan likat. Ketepikan.

Kek dah sejuk tadi, dikeluarkan dari loyang. Letak atas redai, dan curahkan topping coklat tu atas kek. Kendian ratakan.
Lastly, bole deko dengan letak buah buah kesukaan, letak coklat chip, letak choclate rice pon boleh. Apa apa sahaja kesukaan korang. 
Siap. Dan bole makan.. Yummy! 

Cubalah korang ye. Dijamin mudah sangat. Selamat mencuba.



~ hUShSYA ~



Monday, February 22, 2016

Kongsi Resepi: Lempeng gandum


Assalamualaikum.. 

Hari ini nak share resepi yang sangat simple tapi sedap sangat.. Al kisahnya Ahad lepas teringin nak makan lempeng.. Rindu nak cicah dengan kuah kari tak pok cicah gula. Masa kecik suka cicah gula aje, makan panas panas. Yummeh.. 

Tapi disebabkan ade lebihan kuah kari daging, makanya buatlah lempeng ni.

So, bagi yang dah tahu, bole la baca je, mana yang tak tau, bole la salin resepi ni ye.  

Resepi dibawah ni, chekidaut.. Ada disertakan gambar. Ikut aje turutan nombor tu ye. 

Resepi : Lempeng gandum
Masa penyedian : 3 minit
Masa memasak : 10-15 minit

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telor
1 1/2 cawan air masak


Cara:-
Campurkan bahan ke dalam mangkuk macam gambar di atas. Masa masukkan air tu, masukkan sikit demi sedikit ye. Kemudian kacau dan gaul sehingga sebati. Gaul dan tengok adunan tu sebati tak cair sangat atau pekat sangat. Kalo pekat nanti tak cantik kejadiaannya. Kalo cair sangat pulak tak menjadi pulak. 
Panaskan kuali non stick, sendik kan satu senduk ke dalam kuali, tunggu bahagian bawah garing sedikit, kemudian terbalikkan (Bole tengok bahagian atas dah takde putih adunan tu maknanyabole terbalikkan.) bila dah nampak garing  bole angkatkan. 
Bole di makan dengan gula, kuah kari, masak lemak, asam pedas. Mana mana yang menjadi pilihan. Memang sedap. 
Adunan ni bole dapat dalam 10-11 keping lempeng sebesar piring cawan ye. 
Selamat mencuba. 

~ hUShSYA ~

Saturday, February 13, 2016

Kongsi Resepi : Kobis Masak Lemak Putih


Assalamualaikum.

Hai hai semua. Hari ini, rajin nak share resepi masak masak ye. 

Hari ini lunch masak lemak kobis. Kuah putih tu. Disebabkan ter-rajin nak kacau gulai lama lama atas dapur tu yang terhasil masak lemak kobis. Hehehe yelah kan, masak guna santan ni tak bole tinggal macam tu je abis la pecah minyak, nanti tak jadi la masak lemak, jadi masak lemak pecah minyak. Ahaks. 

Ok, nak share kat sini resepi tu supaya senang nak belek kendian hari bila nak masak lagi. Masak lemak ni sekali sekala je suke nak buat, kalo selalu jadi jemu jugak. 

So silalah sesapa nak amek resepi ini. Kacang je pon bagi sesetengah orang kan. Tapi bagi diriku yang tak pandai masak ni, resepi ni sangat berguna untuk rujukan masa depan.

Chekidaut uolls..



Resepi Kobis Masak Lemak

Masa Penyediaan & Masak : 30minit

Bahan-bahan:-

Bahan A:
Kobis dipotong ikut citarasa
Karot di potong ikut citarasa
-basuh dan bersihkan kendian ketepikan.

Bahan B:
1/2 biji bawang besar di hiris 
2-3 ulas bawang putih di ketuk 
1 tangkai lada besar di hiris
Segenggam ikan bilis di rendam bagi lembut)
Suku genggam udang kering (direndam bagi lembut)
Garam ikut citarasa. 

Bahan C:
1/2 cawan santan kotak. ( guna santan original pon bole) 
1/2 cawan air masak.
- campurkan kedua bahan c tu jadi kan 1 cawan. 

Bahan D:
** 1/2 cawan air masak. **
 ( ini standby aje, kot kot campuran bahan C tu masih pekat, nak bagi cair sikit. Terpulang pada citarasa sendiri ya. Macam bondaku, suka pekat, baru best dia kata. 

Cara-cara:-

Masukkan bahan B dan bahan C dalam periuk. Kacau sokmo sokmo ye, jangan bagi pecah minyak.

Amik masa juga sebab guna api kecil, takut gak nak guna api sederhana takut pecah minyak uolls. Rasanya dalam 5-10minit juga. 

Bila dah nampak nak berbuih tepi tepi periuk tu, barulah masukkan bahan A pulak. Kacau lagi bagi sebati mesra mesra gitu. Biasanya tak masak lama dah ni, sebabnya tak nak bagi sayur kbis lembik sangat nanti tak de feel nak makan bunyi kruk kruk kan. Dalam 5-10 minit macam tu atau ikut pada citarasa uolls jugak lah. 

Masa ni bole rasa cukup tak garam, pekat sangat ke, cair sangat ke. Macam ku buat tadi, rasa masih pekat, so gunakan bahan D tu, tambah sikit bagi cair sket. 

So itu aje lah untuk hari ini. Sekian dan jumpa lagi uolls.