heartbeat

Showing posts with label father. Show all posts
Showing posts with label father. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Setahun Pemergian Abah Menemui Pencipta-Nya




Assalamualaikum..

Hari ini 25 September 2014, merupakN tarikh yang memberi kesan pada diriku. Genap setahun abah pergi menemui Pencipta-Nya. 

Rasanya seperti baru je berlaku, tapi hakikatnya sudah pon setahun. 

Mak semakin pulih, walaupon kadang2 tersasul menyebut nama abah ketika berbual sesama kami. Adatlah kan, lama hidup bersama, 48 tahun... Aku tahu mak rindukan abah.. Tapi mak ade cakap, yang pergi tetap pergi, kita tak boleh nak tahan orang nak meninggal. Rasanya itulah yg dijadikan motivasi untuk teruskan kehidupan tanpa bersedih sepanjang masa. Kuat betul semangat mak.. Respek sangat. Walaupon mak teringat kat abah tapi mak cekal. 



Buat abah, akak akan selalu hadiahkan doa untuk abah. Hanya ini mampu diberi. Mak pon sama, akan sentiasa mendoakan abah, long dan ngah di sana. Kami semakin menerima hakikat yang abah, long dan ngah pergi dahulu. Kami juga akan menyusul, cuma tak tahu bila dan dimana dan bagaimana. 

Al fatihah buat abah, long dan ngah. 

Dari kami; akak dan mak. 





Monday, April 7, 2014

Memperingati Hari Lahir Abah

Assalamualaikum.. 

Semalam, 6 April adalah tarikh hari lahir abah.. Tapi tahun ni tak kan sama dengan tahun sebelumnya... Tahun sebelumnya, akan ada SMS dariku utk abah.. Akan ada ucapan call dari cucu untuk atok dia.

Namun, bermula tahun 2014, tiada lagi semua tu, yang ada hanyalah ingatan serta sedekah bacaan Al Quran buat abah. Abah tak sambut lagi hari lahir dia, abah dah pergi menemui Penciptanya. Abah kembali ke tempat asalnya.. 

Di hari lahir abah juga, aku mendapat kekuatan, tiada lagi air mata mengalir tanpa di pinta. Entah kenapa. Aku secara tiba-tiba menerima kenyataan abah dah pergi. Tiada keluh tiada rasa sakit di hati ini bila mengenangkan abah dah tak ada.. Aku yakin, kekuatan ini aku dapat dari abah. Mungkin abah datang padaku secara tidak sedar dan memberi kata kata semangat untuk menerima semua kenyataan ini. Aku yakin dan aku pasti.. Abah yang memberi semangat ini. Terima kasih abah kerana mengajar akak tentang ilmu kehidupan. Sekarang akak dah terina kenyataan dan tidak lagi bersedih dengan pemergian abah. Abah pergi kembali kepada pencipta abah, Allah swt.. Abah tak tinggalkan akak selamnya, abah tetap ada dalam jiwa akak. Adanya abah, ada lah akak di dunia ini.. Akak akan terus meningati abah tak kira di mana akak berada. Al Fatihah akan senantiasa dihadiahkan buat abah, long dan ngah.. Itu janji akak..
 
Buat abah, damai dan tenanglah toh abah di sana. Semoga Allah swt mengampunkan dosa abah kerana abah adalah abah terbaik akak pernah ada dan tak akan ada gantinya.. 

Al Fatihah buat abah, long dan ngah.

Monday, November 25, 2013

2 bulan

Assalamualaikum..

Hari ini, 25 November 2013, genap 2 bulan pemergian abah bertemu Penciptanya.

Masih terasa seperti dalam mimpi, namun hakikatnya sudah 2 bulan aku bergelar anak yatim.. Terasa lagi pilu dihati ini, terasa lagi kesedihan di jiwa ini. Entah kan bila akan hilang segala rasa sedih dan pilu ini. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Memang payah untuk diubati kesedihan ini kerana permergian abah sangat mengejutkan. Tak ada tanda sakit langsung diwajahnya. Maha suci Allah memudahkan segalanya. Perginya abah meninggalkan kami sangat mudah. Allah Maha Besar. 

Ku panjat doa buatmu abah. Akan sedekahkan doa setiap masa buat abah di sana.. Hanya ini sahaja yang dapat anakmu bantu. 

Al fatihah buat abah.



Friday, October 25, 2013

Sebulan

Assalamuailakum.. 

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.. 

Hari ini.. 25 Oktober 2013..
Genap sebulan pemergian abah. Selama sebulan juga kami diselebungi kepiluan. Namun kami harus bangkit dari kesedihan, kerna yang pergi takkan kembali. Kami harus meneruskan kehidupan tapi takkan sesekali melupakan dirimu. Itu janji anakmu.

Ya, Allah, ampunkan lah segala dosa abahku. Ya Allah, tempatkanlah roh abah dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Buat abah,
Selamat bertemu dengan Pencipta Mu wahai ayahandaku yang dikasihi. Semoga abah tenang dipersemadian. Dan damailah abah di sana. Kami semua akan menyusulimu. Namun ianya menjadi rahsia Allah.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui masa dan waktunya. 

Al-Fatihah.