heartbeat

Showing posts with label beauty tips. Show all posts
Showing posts with label beauty tips. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Pelbagai Kegunaan Soda Bikarbonat

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Soda bikarbonat... selain digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain okey...

Meh baca petikan dari Utusan Online ni.. Baguslah untuk kita semua yang mencari bahan yang berpatutan untuk kecantikkan....


Rawatan rambut

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut berminyak, boleh mencuba petua ini.

Ambil satu sudu soda bikarbonat dan campurkan ke dalam botol syampu kamu. Kamu juga boleh menaburkan sedikit serbuk itu pada rambut kering bagi mempertahankan kemilau rambut.

Serbuk putih itu juga membantu menghilangkan klorin pada rambut,
selain menghilangkan pigmentasi yang disebabkan oleh kandungan klorin di dalam air.

Pemutih gigi

Untuk mendapatkan gigi putih tanpa perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar, kamu boleh mencampurkan satu sudu kecil soda bikarbonat bersama sedikit garam dan air, kemudian gaulkan sehingga menjadi seperti pes gigi.

Pes ini boleh disimpan selama beberapa hari. Selain digunakan untuk memutihkan gigi, ia juga berkesan untuk menyingkirkan bau mulut.

Deodoran

Soda bikarbonat juga berfungsi sebagai bahan antiseptik. Bagi kamu yang mengalami masalah berpeluh serta bau badan yang tidak menyenangkan, bahan ini memberikan rasa kering sepanjang hari.

Pastikan bawah lengan kamu dalam keadaan kering, kemudian sapukan soda bikarbonat dengan menggunakan kapas muka lembab. Lap perlahan-lahan pada satu arah sehingga kering. Akhir sekali, pakai pakaian anda seperti biasa tanpa perlu membilas soda bikarbonat itu.

Rawatan kaki

Kaki yang kering dan kusam ditambah lagi dengan tumit kaki pecah membuatkan kamu berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita.

Oleh itu, untuk mendapatkan kaki yang cantik, rendamkan kaki kamu di dalam air suam yang dicampur dengan soda bikarbonat. Rawatan ini membantu mengurangkan tumit retak dan kegatalan pada kaki.

Soda bikarbonat merupakan salah satu ramuan yang digunakan untuk membuat kek dan kuih muih. Selain menjadi salah satu ramuan dalam masakan, serbuk berwarna putih itu juga mempunyai pelbagai kebaikan lain khusus untuk kecantikan.

Tambahan pula, soda bikarbonat mudah didapati di pasar raya, selain dijual pada harga yang murah.
Mari kita lihat beberapa petua yang boleh dicetuskan oleh salah satu ramuan penting bagi membuat kek ini. - FATIEHAH


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140510/kn_01/Ajaibnya-soda-bikarbonat#ixzz31sxhwmne
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Thursday, May 8, 2014

Petua peroleh kulit berseri

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Tips untuk wanita yang nakkan kulit berseri-seri kan.... Ni ade info menarik untuk kita semua uolls... Artikel dari Harian Metro Online ni bagus sangat... 

Jom kita baca dan bole la kita praktikkan eh...

Memang cemburu setiap kali melihat kulit muka seseorang yang mulus, apatah lagi jika mereka sudah berusia. Ada orang berkata, bukan susah untuk cantik, cuma perlukan sedikit kerajinan dan pengetahuan. Antara petua mudah yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri ialah:
1. Tidur menggunakan bantal bersarung sutera. 
Kebanyakan kita menghabiskan tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut. 

Boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang lembut dan leher ketika tidur.

Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal pada kulit muka. Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera.

Ia membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap lembapan dari kulit. 


2. Lakukan lulur dua kali seminggu. 

Mungkin ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan. 

Lazimnya, sel kulit mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa kasar. 

Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru. 

Sebaiknya, pilih bahan penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai. 


3. Elakkan mandi terlalu lama dengan air suam. 

Memang seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama. 

Namun, tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan lembapan). 

Apabila kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat. 


4. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari. 

Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar. 
Justeru, penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan tengah hari. 

Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia. 

Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

Sunday, March 23, 2014

Kerap hamil kurangkan risiko kanser ovari

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Assalamualaikum...

Hurn.. lama tak update blog.. tetibe datang mood malas.. malas saje la kan.. tak ingin nak membaca... tapi arini mood rajin mai.. so meh kita kongsi ilmu yang dipetik dari surat khabar online.. jomsss....

Hari ni terbaca artikel dari Kosmo Online, pasal mengandung.. Mengandung banyak kali bole kurangkan risiko kanser ovari.. ha.. bagus tu.. meh baca reramai ilmu berguna ni.. pas ni bole ngandung..eh!!

KEPADA kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap kanser ovari.
Sel kanser yang membiak di dalam ovari atau kantung telur wanita boleh menyebabkan perut menjadi besar seperti wanita sarat mengandung dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan merebak ke organ lain badan seperti usus, paru-paru dan buah pinggang tanpa disedari pesakit.
Pakar Gynaeoncology dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, Dr. Nor Anita Abdullah berkata, berbeza dengan kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser ovari belum ada kaedah saringan berkesan dan ekonomikal.
Beliau berkata, sel kanser ovari berkembang secara agresif dan pantas. Keadaan itu menyebabkan wanita bukan sahaja boleh kehilangan kedua-dua kilang telur bahkan rahim dan pangkal rahim selalunya terpaksa dibuang menerusi pembedahan.
Jelasnya, kanser ovari tahap pertama dikelaskan sebagai sel kanser masih kekal berada dalam kantung telur namun ia tetap mampu mengembangkan saiz kilang telur yang asalnya bersaiz 2 atau 3 sentimeter sehingga menjadi tumor yang boleh mencapai berat melebihi 20 kilogram (kg).
Katanya, apabila kanser sudah merebak sehingga peringkat tiga atau empat, peratusan pesakit yang boleh hidup sehingga tempoh lima tahun adalah kurang 30 peratus, malah kebanyakan mereka terpaksa menjalani hidup yang tidak berkualiti kerana komplikasi lain seperti sakit belakang yang berpanjangan, mengalami masalah paru-paru dan terpaksa memakai beg najis kesan tumor yang menekan usus.
“Protokol kita adalah untuk membuang semua sel kanser yang kita nampak semasa pembedahan, jika ia dapat dikesan pada bahagian lain maka kita akan buang semua termasuklah juga sebahagian usus dan kelenjar limpa.
“Namun bagi pesakit kanser tahap satu berumur bawah 40 tahun ataupun yang belum berkahwin kami akan cuba selamatkan ovari dan hanya membuang tumor pada bahagian terjejas sahaja serta menasihatkan pesakit menjalani kemoterapi kerana pada usia yang muda dia boleh sembuh malah kemoterapi tidak akan menjejaskan kilang telur yang masih ada sekali gus memberi peluang pesakit hamil,” katanya.
Masalah kegemukan
Nor Anita berkata, biarpun secara umumnya majoriti pesakit kanser ovari di negara membabitkan wanita berumur 50 hingga 54 tahun namun golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali.
Jelasnya, beliau sendiri di HRPZ II pernah merawat seorang pesakit berusia semuda 9 tahun dan seorang remaja berusia 19 tahun yang pada peringkat awal hanya disangka mempunyai masalah kegemukan.
“Pesakit remaja ini datang dengan perut buncit seperti orang mengandung dan oleh kerana fizikalnya yang obes pihak keluarga tidak menjangka yang buruk malah membelikannya pil pelangsing.
“Remaja ini disahkan menghidap kanser ovari tahap satu dan dalam masa dua minggu selepas dia dirujuk ke hospital pihak kami telah menjalankan pembedahan dan berjaya membuang tumor seberat 15kg,” katanya.
Nor Anita memberitahu, wanita yang mempunyai keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser payudara dan kanser ovari mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini dan seharusnya membuat pemeriksaan dengan doktor setahun sekali.
Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung ataupun mempunyai bilangan anak yang sedikit juga berisiko kerana berbeza dengan wanita yang mempunyai anak, proses ovulasi kilang telur mereka tidak pernah 'berehat' dan terus berulang sehingga memungkinkan perubahan ganjil pada perkembangan sel dalam ovari.
Beliau berkata, lebih 50 peratus daripada kes kanser ovari yang dirujuk ke HRPZ II pada tahun lalu terdiri daripada pesakit yang tidak berkahwin, tidak pernah hamil dan beranak kurang dari dua orang.
“Wanita yang ramai anak setiap kali dia mengandung ovarinya tidak 'bergerak', dia dapat rehat panjang dan begitu juga dalam tempoh menyusukan anak. Malah wanita yang melahirkan anak kali pertama mengurangkan 45 peratus risiko menghidap kanser ovari," katanya.

KANSER rahim boleh menyebabkan wanita kehilangan kedua-dua kilang telur mereka.


Ikat peranakan
Beliau berkata, wanita yang mengikat saluran peranakan juga boleh mengurangkan risiko daripada menghidap kanser ovari dan ini termasuklah juga bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga.
Bagaimanapun, Nor Anita berkata, teori pencegahan kanser ovari menggunakan pil perancang keluarga tidak disenangi oleh pakar perubatan yang merawat kanser payudara kerana pengambilan pil itu meningkatkan risiko kanser nombor satu wanita.
Beliau berkata, antara langkah pencegahan lain yang boleh dilakukan adalah menjauhi tabiat merokok serta menjaga pemakanan seperti mengelak pengambilan daging dan lemak yang tinggi.
Obesiti adalah faktor kepada pelbagai jenis kanser termasuklah kanser ovari, malah ia dalam masa sama ‘menyembunyikan’ keadaan sebenar abdomen pesakit yang kembung akibat tumor kanser, katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2wlXyJeUd 
Hakcipta terpelihara 


Monday, February 17, 2014

Kunyit: Ubat sebelum sakit

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum...


Khasiat KUNYIT.. banyak khasiat daripada kunyit ini tau... Nak tahu ape yang berkhasiat sangat tu, kita kene la baca artikel dari Utusan Online ni ha.. Jomssss...

Kita sering mengambil mudah tentang kehebatan kunyit. Mungkin kerana kunyit hanya dikenali dan ditemui di dapur. Namun bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika dan Eropah. Kehebatan herba ini terletak kepada ekstrak pigmen yang menjadikan kunyit kelihatan kuning. Pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.
Khasiat curcumin
Curcumin ialah antara bahan penyembuh terbaik dalam perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Pakar perubatan Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti oksida yang meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser. Radikal bebas ialah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin mengandungi komponen bioaktif polifenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.
Anti radang
Selain kanser, curcumin juga baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Curcumin ialah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone. Malah didapati para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Teh hijau
Salah satu lagi herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia ialah teh hijau. Teh hijau ialah daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk minuman. Daun teh hijau
kaya dengan pelbagai komponen aktif baik terutamanya polifenol baik untuk kesihatan dan kecantikan. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya. Menurut pakar nutris di Boston Amerika, Dr. Beth Reardon, teh hijau turut mengandungi bahan aktif Catechins yang mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.
Untuk jantung, kencing manis dan otak
Teh hijau juga turut dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Malah ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi. Teh hijau juga baik untuk otak. Satu kajian MRI di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plag yang menjadi punya kepada penyakit Alzheimer. Menurut Dr. Reardon, teh hijau juga boleh diambil oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah.
Ubat sebelum sakit
Kombinasi curcumin yang diekstrak dari kunyit dan teh hijau merupakan kombinasi terbaik bagi melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin dan teh hijau harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Pendek kata, kombinasi ini adalah seumpama ubat untuk sebelum sakit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140216/kn_02/Kunyit-Ubat-sebelum-sakit#ixzz2tYFVBa13
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Saturday, June 29, 2013

Sembunyi lipatan lemak di badan


Assalamualaikum..


Mari kita share ilmu tentang bagaimana nak sembunyikan lemak-lemak yang berlebihan di badan melalui pemakaian.. Artikel menarik dari Harian Metro Online ni sangat best. Kena dengan diri sendiri yang banyak lemak ni kan... hehehe...

Jom kita semua baca artikel tu kat bawah ni.... jemput semua....

 

Sembunyi lipatan lemak di badan

Oleh Nor Faizah Mohamed
“Payahnya mencari baju yang sesuai. Suka blaus, tapi bahagian lengannya sendat. Gaun pula menonjolkan lagi lemak di perut. Sudahnya, kemeja-T dan seluar longgar yang lebih sesuai. Mudah, tapi nampak selekeh pula,” rungut seorang teman yang bingung memilih pakaian untuk keluar bersama rakan lamanya selepas tujuh bulan melahirkan anak.
Ia sememangnya rungutan biasa dalam kalangan wanita yang baru bersalin kerana majoriti kecewa tubuh tidak lagi kembali ke bentuk asal meskipun mengharungi tempoh berpantang dan mengamalkan senaman.
Pasca kehamilan sememangnya menyebabkan perubahan besar kepada tubuh. Badan yang dulunya kurus kerana tahap metabolisme yang tinggi, kini mula naik mendadak dan sekadar hilang beberapa kilogram selepas bersenam.

Justeru, tidak hairanlah ramai wanita baru melahirkan anak memilih pakaian longgar atas faktor selesa, selain ingin menutup bahagian lemak yang makin jelas kelihatan.
FotoELAKKAN celana jean yang terlalu ketat atau terlalu longgar.

Bagaimanapun, ada segelintir wanita yang tidak kisah dengan penampilannya meskipun potongan, warna atau corak sama sekali tidak sesuai dengan bentuk tubuhnya. Malah, ada wanita yang sanggup memakai baju sendat meskipun sedar ia mencengkam dan menonjolkan lagi lipatan lemak di badan.

Menurut beberapa penggaya selebriti antaranya Rachel Zoe, Britt Bardo dan mendiang Annabel Tollman, perubahan bentuk tubuh selepas bersalin sebenarnya boleh dieksplotasi asalkan wanita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

Gaun maksi labuh misalnya, memang cantik dan sopan digayakan, tapi jika tidak kena cara penggayaan, ia memperlihatkan bahagian tubuh yang ingin disembunyikan.

Berikut antara tip penggayaan daripada Rachel, Britt dan Annabel untuk wanita yang berdepan masalah ini.


Celana jean

Seluar denim sesuai dipadankan dengan apa jua busana. Namun, jika potongan pinggangnya terlalu rendah (low rise), ia hanya membuatkan perut kelihatan lebih menggeleber dan tidak menutup masalah itu.

Elakkan juga memakai jean longgar kerana ia tidak memberi siluet feminin meskipun ia selesa dan mudah digayakan.

Sebaiknya, pakai seluar jean yang tidak terlalu sendat dan tidak terlalu longgar, selain potongan pinggang yang berada di tengah atau atas pusat.


Jalur melintang

Mempelbagaikan corak dan warna dalam menata gaya memang digalakkan, tapi bagi wanita yang menyusukan anak, mengenakan pakaian atau blaus dengan cetakan jalur melintang membuatkan payudara tampak lebih besar dan menonjol.

Ia juga membuatkan ukur lilit pinggang dan punggung lebih lebar berbanding saiz sebenar. Cuba pilih jalur menegak yang kecil kerana ia mampu memberi ilusi tubuh langsing.


Seluar pendek lelaki

Amat selesa terutama apabila keluar bersantai pada hujung minggu. Tapi, potongan seluar jenis ini berisiko mendedahkan bahagian lemak (yang ingin disembunyikan) terutama di tepi punggung.

Pilih celana pendek yang polos dengan poket minimum. Padanan warna tanah amat digalakkan.


Legging rona cerah

Ramai wanita makin selesa menyarung legging yang dipadankan bersama blaus atau kemeja-T labuh. Elakkan legging warna cerah seperti putih atau pastel kerana ia membuatkan keseluruhan kaki kelihatan gempal.

Hitam sinonim dengan siluet langsing, tapi jika hitam bukan pilihan, sarungkan legging rona gelap seperti hijau lumut, biru gelap dan perang.


Seluar capri

Cantik untuk si kaki kurus dan tinggi, tapi tidak sesuai untuk wanita yang rendah. Disebabkan potongannya antara bawah lutut hingga atas buku lali, celana capri memberikan ilusi kaki pendek dengan bahagian bawah yang gempal pada si pemakai dengan saiz tubuh agak ‘rendang’.


Blaus beropol

Ropol tampak comel jika bijak menggayakannya, selain bergantung pada kedudukan ropol itu pada baju. Bagi wanita bertubuh kecil, ropol di dada memberikan ilusi bahagian payudara besar.

Nampak seksi, tapi baju sarat ropol sama sekali tidak sesuai bagi wanita yang menyusukan anak kerana ia membuatkan tumpuan terarah kepada zon itu.


Kain berlisu

Gaya lisu berupaya membuatkan skirt atau gaun polos lebih menonjol, malah tampak feminin kala berjalan. Tapi bagi sesetengah bentuk tubuh, lisu hanya membuatkan si pemakai kelihatan lebih besar dan tubuh seakan-akan mengembang.


Pinggang ‘empire’

Dalam lakaran, blaus atau gaun potongan pinggang ‘empire’ memang anggun digayakan, tapi realitinya ia membuatkan perut kelihatan lebih buncit bagi mereka yang bertubuh gempal.

Selain itu, bentuk payudara juga akan lebih menonjol.


Rantai choker

Rantai jenis ini memberikan efek leher lebih pendek, sekali gus menjadikan wajah kelihatan lebih tembam dan ilusi dagu berlapis.


Corak poket

Corak yang sarat pada bahagian poket belakang seluar memang cantik, tapi ia membuatkan punggung kelihatan lebih besar. Jika gemarkan hiasan tambahan pada poket, pastikan perincian jenis kecil dan minimum.



Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Nuffnang Ads

Monday, March 11, 2013

Wanita mudah terdedah


Assalamualaikum.

Hari ni ada artikel menarik dalam harian metro online. Berkenaan dengan wanita dan tulang. Jadi, sangatlah molek untuk dikongsikan bersama-sama dengan semua pembaca.

Jom baca artikel tu..

Wanita mudah terdedah

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Sering dirujuk sebagai epidemik senyap, osteoporosis adalah masalah sejagat yang semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah penduduk yang semakin berusia di seluruh dunia.

Osteoporosis adalah penyakit yang kronik serta melemah dan mengakibatkan tulang menjadi poros dan kurang padat, seterusnya mudah patah. Ia membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan.

Seiring peningkatan usia, tulang menjadi semakin nipis dan ia bermula sebaik seseorang itu mencecah pertengahan usia. Ini kerana sel tulang sedia ada diserap semula oleh tubuh lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru.

Akibatnya, tulang hilang kandungan mineral, jisim dan struktur hingga mengakibatkan ia menjadi lebih lemah dan risiko patah tulang juga meningkat.


TULANG yang mengalami osteoporosis lebih poros berbanding normal.


Semua orang mula kehilangan jisim tulang apabila mereka mencapai kepadatan mineral tulang (BMD) pada usia 30 tahun.


Semakin kukuh tulang seseorang ketika usianya 30 tahun, semakin lama tempoh yang diambil baginya untuk berhadapan dengan masalah osteopenia atau osteoporosis.

Osteopenia merujuk kepada keadaan BMD yang rendah daripada normal tetapi tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai osteoporosis. BMD adalah pengiraan tahap mineral dalam tulang bagi memastikan kekuatan dan ketebalannya.

Jika bacaan BMD berada pada tahap lebih rendah berbanding normal, seseorang dikatakan mengalami osteopenia. Biarpun bukan osteoporosis, seseorang itu berkemungkinan untuk mendapat penyakit tulang itu dalam tempoh beberapa tahun sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan.

Namun ada segelintir individu yang mengalami osteopenia bukan mengalami masalah kehilangan jisim tulang sebaliknya mereka secara semula jadi memiliki tulang yang kurang padat.

Keadaan jisim tulang yang rendah juga boleh berlaku akibat banyak faktor penyumbang, antaranya kesan penyakit dan rawatan. Wanita lebih terdedah kepada masalah osteopenia dan osteoporosis berbanding lelaki.

Ini kerana wanita mempunyai puncak BMD lebih rendah dan mengalami kehilangan jisim tulang lebih pantas apabila perubahan hormon estrogen mula berlaku akibat menopaus.

Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan tulang dalam tubuh wanita dan kekurangannya secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu kepada osteoporosis.

Jika keadaan berkenaan dibiarkan atau tidak dirawat, osteoporosis akan terus berlaku dan melarat tanpa disedari kerana ia tidak mendatangkan sebarang rasa sakit sehinggalah ada bahagian tulang yang patah.

Profesor Emeritus Ubat-ubatan dan Epidemiologi Universiti California, Dr Steven R Cummings berkata, biarpun lebih banyak menyerang wanita, kehilangan jisim tulang turut dialami kaum lelaki biarpun dalam jumlah yang lebih kecil.

“Ramai yang mengambil mudah masalah patah tulang kerana pada mereka ia tidak menandakan apa-apa. Malah masih ramai yang tetap tidak membuat pemeriksaan jisim tulang biarpun pernah patah tulang.

“Wanita yang pernah patah tulang di mana-mana bahagian badan seharusnya perlu menjalani pemeriksaan kepadatan tulang untuk memastikan sama ada mereka memerlukan rawatan bagi osteoporosis atau tidak,” katanya pada pelancaran Prolia (Denosumab) bagi rawatan osteoporosis dalam kalangan wanita menopaus baru-baru ini.

Beliau yang juga Saintis Kanan Institut Penyelidikan Pusat Perubatan Pasifik California berkata, selalunya wanita hanya tahu mereka mengalami osteoporosis selepas mengalami patah tulang, malah ada yang tidak tahu biarpun tulang mereka pernah patah.

Katanya, di rantau Asia termasuk Malaysia, kebanyakan pesakit osteoporosis tidak dirawat kerana mereka tidak disaring disebabkan beberapa faktor antaranya kekurangan sumber ekonomi selain lebih banyak memberi keutamaan kepada masalah kesihatan yang lain.

“Melalui kajian yang dilakukan terhadap 7,838 wanita menopaus di seluruh dunia, didapati mereka yang mendapatkan rawatan seperti Prolia akan mengalami peningkatan kepadatan tulang sehingga 68 peratus.

“Prolia Denosumab adalah terapi yang perlu diambil secara suntikan setiap enam bulan sekali bagi menghentikan proses kerapuhan tulang dan menghasilkan kepadatan lebih tinggi dan kuat,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan di Malaysia, 218 daripada 100,000 orang mengalami osteoporosis manakala 88 lelaki daripada jumlah yang sama turut menderita penyakit itu.

Tulang sebenarnya mengalami proses pembaikan dan pemodelan semula secara berterusan dan pada usia 30 tahun, proses pembinaan tulang mencapai kemuncaknya.

Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis lebih tinggi berbanding penyakit lain termasuk kencing manis atau kanser payudara.

Selain melemahkan tubuh, kesan penyakit osteoporosis yang boleh mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan atau tidak mampu lagi untuk berdikari sekali gus memberi impak yang besar kepada kesihatan mental dan menjejaskan kualiti hidup.

Patah tulang akibat osteoporosis boleh menjadi sesuatu yang mengerikan terutama sekiranya membabitkan tulang pinggul malah boleh membawa kepada kematian.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini menamakan osteoporosis sebagai isu kesihatan utama seiring dengan penyakit serius bukan berjangkit yang lain.


Semakin kukuh tulang seseorang ketika usianya 30 tahun, semakin lama tempoh yang diambil baginya untuk berhadapan dengan masalah osteopenia atau osteoporosis.

Osteopenia merujuk kepada keadaan BMD yang rendah daripada normal tetapi tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai osteoporosis. BMD adalah pengiraan tahap mineral dalam tulang bagi memastikan kekuatan dan ketebalannya.

Jika bacaan BMD berada pada tahap lebih rendah berbanding normal, seseorang dikatakan mengalami osteopenia. Biarpun bukan osteoporosis, seseorang itu berkemungkinan untuk mendapat penyakit tulang itu dalam tempoh beberapa tahun sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan.

Namun ada segelintir individu yang mengalami osteopenia bukan mengalami masalah kehilangan jisim tulang sebaliknya mereka secara semula jadi memiliki tulang yang kurang padat.

Keadaan jisim tulang yang rendah juga boleh berlaku akibat banyak faktor penyumbang, antaranya kesan penyakit dan rawatan. Wanita lebih terdedah kepada masalah osteopenia dan osteoporosis berbanding lelaki.

Ini kerana wanita mempunyai puncak BMD lebih rendah dan mengalami kehilangan jisim tulang lebih pantas apabila perubahan hormon estrogen mula berlaku akibat menopaus.

Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan tulang dalam tubuh wanita dan kekurangannya secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu kepada osteoporosis.

Jika keadaan berkenaan dibiarkan atau tidak dirawat, osteoporosis akan terus berlaku dan melarat tanpa disedari kerana ia tidak mendatangkan sebarang rasa sakit sehinggalah ada bahagian tulang yang patah.

Profesor Emeritus Ubat-ubatan dan Epidemiologi Universiti California, Dr Steven R Cummings berkata, biarpun lebih banyak menyerang wanita, kehilangan jisim tulang turut dialami kaum lelaki biarpun dalam jumlah yang lebih kecil.

“Ramai yang mengambil mudah masalah patah tulang kerana pada mereka ia tidak menandakan apa-apa. Malah masih ramai yang tetap tidak membuat pemeriksaan jisim tulang biarpun pernah patah tulang.

“Wanita yang pernah patah tulang di mana-mana bahagian badan seharusnya perlu menjalani pemeriksaan kepadatan tulang untuk memastikan sama ada mereka memerlukan rawatan bagi osteoporosis atau tidak,” katanya pada pelancaran Prolia (Denosumab) bagi rawatan osteoporosis dalam kalangan wanita menopaus baru-baru ini.

Beliau yang juga Saintis Kanan Institut Penyelidikan Pusat Perubatan Pasifik California berkata, selalunya wanita hanya tahu mereka mengalami osteoporosis selepas mengalami patah tulang, malah ada yang tidak tahu biarpun tulang mereka pernah patah.

Katanya, di rantau Asia termasuk Malaysia, kebanyakan pesakit osteoporosis tidak dirawat kerana mereka tidak disaring disebabkan beberapa faktor antaranya kekurangan sumber ekonomi selain lebih banyak memberi keutamaan kepada masalah kesihatan yang lain.

“Melalui kajian yang dilakukan terhadap 7,838 wanita menopaus di seluruh dunia, didapati mereka yang mendapatkan rawatan seperti Prolia akan mengalami peningkatan kepadatan tulang sehingga 68 peratus.

“Prolia Denosumab adalah terapi yang perlu diambil secara suntikan setiap enam bulan sekali bagi menghentikan proses kerapuhan tulang dan menghasilkan kepadatan lebih tinggi dan kuat,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan di Malaysia, 218 daripada 100,000 orang mengalami osteoporosis manakala 88 lelaki daripada jumlah yang sama turut menderita penyakit itu.

Tulang sebenarnya mengalami proses pembaikan dan pemodelan semula secara berterusan dan pada usia 30 tahun, proses pembinaan tulang mencapai kemuncaknya.

Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis lebih tinggi berbanding penyakit lain termasuk kencing manis atau kanser payudara.

Selain melemahkan tubuh, kesan penyakit osteoporosis yang boleh mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan atau tidak mampu lagi untuk berdikari sekali gus memberi impak yang besar kepada kesihatan mental dan menjejaskan kualiti hidup.

Patah tulang akibat osteoporosis boleh menjadi sesuatu yang mengerikan terutama sekiranya membabitkan tulang pinggul malah boleh membawa kepada kematian.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini menamakan osteoporosis sebagai isu kesihatan utama seiring dengan penyakit serius bukan berjangkit yang lain.

Dijangkakan lebih 50 peratus kejadian patah tulang akibat osteoporosis berlaku di Asia menjelang 2050 biarpun banyak rawatan disediakan. Ini kerana penduduk Asia paling ramai terdiri dalam kalangan mereka yang berusia dalam tempoh empat abad akan datang.

Statistik berkenaan mungkin tidak memberi gambaran sepenuhnya mengenai tahap keseriusan osteoporosis memandangkan di negara berkepadatan tinggi seperti India dan China, ramai yang tinggal di kawasan luar bandar lebih cenderung menjalani rawatan secara konservatif di rumah berbanding pembedahan di hospital.

Di Eropah pula, 24 peratus wanita meninggal dunia akibat patah tulang pinggul dalam tempoh satu tahun selepas kejadian. Bagi mereka yang selamat pula, 40 peratus tidak boleh berjalan tanpa bantuan manakala sehingga 80 peratus lagi tidak mampu menjalani kehidupan harian dengan baik, menyebabkan kebanyakan mereka ditempatkan di rumah penjagaan.

Osteoporosis selepas menopaus (PMO) adalah jenis osteoporosis yang paling biasa menyerang golongan wanita berusia 50 tahun ke atas di seluruh dunia, dengan nisbah satu daripada tiga wanita mengalami patah tulang.

Dalam tempoh lima hingga tujuh tahun selepas menopaus, wanita boleh kehilangan sehingga 20 peratus jisim tulangnya, menyebabkan mereka terdedah kepada risiko penyakit PMO.

PMO juga sering dilihat berlaku pada wanita yang mengambil rawatan steroid atau mempunyai sejarah keluarga yang mengalami penyakit berkenaan.

Ramai hanya mendapatkan diagnosis apabila berlaku kejadian patah tulang namun terdapat kaedah klinikal yang dibangunkan bagi mengira kepadatan tulang seseorang misalnya Alat Penilaian Sendiri Osteoporosis untuk Orang Asia (OSTA) dan Skor Kajian Osteoporosis Khon Kaen.

WHO turut membangunkan alat FRAX yang mampu memberi bacaan kepadatan tulang menerusi faktor risiko individu seperti umur, berat, tinggi kepadatan tulang femoral dan sejarah keluarga.

Terdapat juga alat pengimbas DXA yang dapat mengira kepadatan tulang secara pantas, mudah, tidak sakit dan tepat. Ia memberi bacaan T-skor iaitu bagi tulang normal, bacaannya adalah -1, bagi tulang yang mengalami masalah osteopenia, bacaan T-skor adalah antara -1 hingga -2.5 manakala bagi osteoporosis, bacaannya adalah kurang daripada -2.5.

Pengesanan awal tahap kepadatan tulang dapat membantu seseorang merancang dan mengambil langkah segera bagi menguatkan kembali keadaan tulang sebelum masalah patah berlaku.

Antara faktor risiko yang mendedahkan seseorang kepada osteoporosis adalah wanita, berusia, rangka kecil, kurang berat badan, pernah mengalami patah tulang, sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis, merokok, tidak aktif, kurang kalsium, kurang vitamin D, pengambilan ubat yang melemahkan tulang, penyakit sendi kronik dan pengambilan alkohol berlebihan.

Sekiranya seseorang wanita sudah mengalami satu kejadian patah tulang, kemungkinan ia berulang pada tahun seterusnya akan meningkat. PMO tidak ada penawar tetapi ia boleh dirawat dengan mengambil beberapa langkah yang perlu.

Antaranya adalah dengan melakukan senaman mengangkat bebanan, mengambil ubatan perlu bersama kalsium dan vitamin D untuk memperlahankan proses kehilangan jisim tulang, seterusnya mengurangkan risiko patah.

Source:
Harian Metro Online

Monday, February 4, 2013

11 keajaiban tomato


11 keajaiban tomato

AMALAN memakan tomato sejak usia muda memberi banyak kebaikan. - Gambar hiasan

LUPAKAN sejenak produk kecantikan yang anda gunakan dan kembali kepada cara klasik. Sesekali tidak salah bereksperimen dengan bahan semula jadi untuk tujuan kecantikan.

Kali ini, kami bawakan anda mengenali 11 kelebihan buah tomato yang boleh digunakan dalam rejim kecantikan harian anda.

1Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

2 Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.

3Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.

4Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.

5Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

6 Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.

7Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.

8Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.

9Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.

10Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.

11Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.

Sumber:-
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_03.htm#ixzz2JveTl6ez
Hakcipta terpelihara

Thursday, January 31, 2013

Elak tangan sentuh muka

Elak tangan sentuh muka

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin


SETIAP kali melihat kulit wajah seorang rakan, rasa cemburu berbunga di hati penulis. Cemburu melihat kulitnya yang gebu dan bersih. Sudahlah orangnya manis, kulitnya yang cantik itu menaikkan lagi seri wajahnya, meskipun tidak mengenakan sebarang solekan. Kalau adapun, hanya dioles bedak kompak.
Sepanjang berkawan dengannya, tidak pernah penulis melihat wajahnya kusam. Apa rahsianya yang membuatkan kulitnya seolah-olah kebal daripada jerawat atau masalah lain? Katanya, selain mendapatkan tidur yang cukup, dia juga mengamalkan minum banyak air dan mengurangkan makanan berminyak.
Ini nasihat umum dan terlalu biasa, kata penulis, yang membuatkan si kecil molek itu tersenyum. Rahsia kecantikan seterusnya juga bukanlah luar biasa dia memastikan mukanya ‘terjaga’ daripada tangannya sendiri. Maknanya, tangannya tidak bebas menyentuh mukanya kecuali selepas dicuci bersih.

Apabila difikirkan memang benar kata-katanya. Tangan kita adalah ejen penyebar kekotoran termasuk bakteria dan virus yang paling cekap. Cuba anda kira, sebaik keluar dari rumah hingga sampai ke pejabat, berapa banyak permukaan yang kita sentuh? Kunci kereta, beg tangan, tombol pintu, gril, pintu kereta, pintu pagar luar, stereng kereta, butang lif dan papan kekunci komputer. Itu tidak termasuk kita memegang beg plastik sampah, pintu tandas, kepala paip di tandas tempat kerja dan sebagainya - jumlahnya tidak terhitung.


Di sepanjang perjalanan itu, tanpa disedari kita mengutip terlalu banyak mikro organisma pada setiap objek yang kita sentuh, walaupun hanya beberapa saat. Mikro organisma ini dipindahkan ke muka apabila tangan kita menyentuh bahagian yang menjadi perhatian pertama apabila berhadapan dengan orang lain ini.

Rahsia kecantikan teman tadi amat berguna khususnya pada individu yang berhadapan masalah jerawat yang tidak berkesudahan. Pun begitu nasihat yang kedengarannya mudah ini sebenarnya agak sukar dilakukan.

Bagaimanapun, kalau anda termasuk dalam golongan yang sering menyentuh muka, jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Dalam satu kajian didapati secara purata orang menyentuh muka mereka 16 kali dalam masa sejam; kebanyakannya dilakukan tanpa disedari.

Mengapa kita tidak digalakkan menyentuh muka atau menopang dagu? Menyentuh muka dan menekan sel kulit boleh membantu menyebarkan bakteria dan merengsakan kulit, khususnya pada wajah yang sememangnya sudah ‘tertekan’ akibat kehadiran jerawat.

Kebanyakan individu yang mempunyai masalah jerawat berkongsi satu tabiat umum iaitu suka menyentuh dan memecahkan jerawat di wajah mereka walaupun tahu ia hanya memburukkan keadaan.

Memecahkan jerawat dengan jari sebenarnya membuka jalan kepada jangkitan. Tindakan ini memperbanyakkan penghasilan sebum dan merosakkan membran di bawah kulit. Jangkitan dan sebum tersebar di bawah kulit anda, menyebabkan kemunculan lebih banyak jerawat. Apa yang dibimbangkan ialah jika ia meninggalkan parut pada wajah. Apa yang anda perlu lakukan ialah membersihkan wajah dengan produk yang bersesuaian.


Cara untuk mengelakkan tangan daripada menyentuh muka:
  • Lakukan sesuatu untuk membuatkan tangan anda sibuk. Jika anda tekun bekerja, anda tiada masa untuk meraba-raba muka atau menggeselkan tangan di muka. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda boleh melayari Internet atau bersembang di laman sosial kerana ia mengganggu tumpuan pada kerja.
  • Bagi yang masa kerjanya lebih banyak dihabiskan dalam pejabat, lekat peringatan di meja atau di tepi skrin komputer anda.
  • Pakai sarung tangan. Ini khusus bagi mereka yang ada tabiat suka menyentuh muka sedangkan kulit wajah bermasalah. Anda akan rasa tidak selesa untuk menyentuh muka dengan tangan yang bersarung. Namun, pastikan sarung tangan anda sentiasa bersih supaya ia tidak menjadi ‘rumah tumpangan’ kepada bakteria.
  • Dapatkan kerja sama ahli keluarga dan rakan untuk menjadi ‘pemerhati’ supaya mereka boleh menegur setiap kali anda menyentuh muka. Kalau mahu lebih efektif, anda mungkin boleh mendenda diri sendiri dengan membayar beberapa puluh sen setiap kali anda menyentuh muka. Anda akan terkejut dengan jumlah yang terkumpul dalam sebulan.
  • Tetapkan sasaran bila anda mahu meninggalkan tabiat ini, contohnya dalam masa 30 hari. Lekatkan stiker besar pada hari ke-30. Catatkan perkembangan anda setiap hari. Jika berjaya, berilah hadiah kepada diri sendiri dengan membeli sesuatu yang anda gemari atau setidak-tidaknya manjakan diri anda di pusat rawatan kecantikan.
  • Jika tidak mencapai sasaran atau kejayaan anda hanya bertahan satu atau dua minggu saja, jangan putus asa. Cuba lagi dan kali ini berazamlah untuk melupuskan tabiat ini sepenuhnya. Cabar diri anda untuk berusaha melakukannya.
  • Belajar teknik solekan ringkas. Jika anda perlu menghadiri acara tertentu, anda boleh bersolek sendiri dan tidak perlu lagi mengharapkan sentuhan juru solek. Bukan meragukan kepekaan mereka terhadap aspek kebersihan, tetapi anda tentu lebih yakin dengan kebersihan tangan sendiri.
  • Pada masa sama, amalkan minum air secukupnya kerana air boleh membantu pengeluaran bahan kotor di dalam badan dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu masukkan bersenam sebagai agenda harian, supaya anda lebih sibuk dengan aktiviti yang bukan saja menyihatkan, malah ia secara tidak langsung dapat menyerlahkan kecantikan.


  • Sumber: Harian Metro

    Khasiat jus lemon

     
    Khasiat jus lemon

    Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

    Kulit putih bersih, tanpa sebarang noda yang mampu mencacatkan penampilan wajah menjadi idaman setiap wanita. Tidak kira apa latar belakang seseorang itu, semua menginginkan rupa paras sempurna.
    Keinginan memiliki kulit cerah terutama di kalangan wanita di negara Asia membuatkan ramai mencuba pelbagai bahan kosmetik dan teknik supaya kelihatan menawan.
    Ada yang mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mencapai tujuan itu. Malah ada sanggup mengambil risiko memakai produk yang mempunyai bahan kimia terlarang hydroquinone, asalkan kulit mereka menjadi cerah.

    Biarpun jumlah melanin dalam kulit sudah ditentukan secara genetik dan sukar untuk seseorang yang gelap bertukar menjadi putih, setiap kulit mampu kelihatan berseri-seri dan bersih dengan penjagaan serta rawatan.


    Tidak perlu berhabis wang atau berhadapan risiko kulit terbakar dan rosak semata-mata mahu kelihatan cantik, sedangkan alam semula jadi sudah menyediakan penyelesaiannya di sekeliling kita.

    Hampir setiap bahan semula jadi daripada keluarga tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai khasiat kepada kulit dan ia tidak seharusnya dipersiakan.

    Tidak perlu berada dalam kerisauan memikirkan mengenai kesan sampingan atau wang yang mengalir keluar dari poket kerana bahan semula jadi sememangnya satu anugerah tidak ternilai kepada manusia yang tahu menghargainya.

    Antara bahan yang boleh digunakan tanpa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kelihatan cantik ialah lemon yang boleh dibeli pada harga jauh lebih murah dan lebih penting ia selamat pada tubuh.

    Lemon berupaya memberikan kesan yang mampu memudarkan noda atau tanda pada kulit yang membuatkan wajah kelihatan kusam dan kurang berseri.

    Selain mencerahkan kulit, jus lemon membantu untuk mengurangkan kedutan, noda hitam dan sel kulit mati pada kulit, seterusnya mendapat kulit lebih bermaya.

    Lima hingga enam peratus komponen lemon ialah asid sitrik yang memberikannya rasa masam dan mampu mencerahkan kulit manakala kandungan pH yang rendah membuatkannya bersifat antibakteria.

    Di negara India, lemon digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional Siddha dan Ayurveda bagi merawat beberapa masalah kesihatan dan kecantikan.

    Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi mendapatkan hasil optimum daripada lemon terhadap kecantikan kulit. Antaranya, memerah jus limau nipis dan masukkan ke dalam bekas penyembur yang dicampur dengan air dalam nisbah yang sama.

    Jus lemon itu kemudiannya boleh disembur pada kulit wajah bila perlu untuk kesan menyegarkan dan pada masa sama, mampu mencerahkan kulit jika dilakukan secara konsisten.

    Namun pastikan jus lemon tidak terkena pada bahagian kulit yang terluka atau termasuk dalam mata kerana ia akan menyebabkan kepedihan.

    Lemon yang sudah dikisar bersama kulitnya juga boleh digosok pada kulit secara membulat. Bukan saja ia dapat membersihkan kulit tetapi ia juga akan mencerahkan kulit jika sering dilakukan.

    Buah itu juga boleh digunakan sebagai pencuci, pupur dan penyental kulit dengan cara mencampurkan jus lemon, air, madu dan aloe, kemudian sapukan pada wajah setiap pagi sebelum dicuci bersih.

    Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan memicitkan jus lemon pada bola kapas dan sapukan pada wajah. Biarkan selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci dengan air.

    Bagi mereka yang mahukan kulit lembut, lemon juga boleh dijadikan losen badan dengan mencampurkan dua bahagian jus lemon dan tiga bahagian glycerin. Kacau hingga rata dan sapu pada kulit.

    Pupur lemon boleh dihasilkan dengan mencampurkan satu sudu makan jus lemon, satu sudu makan jus tomato, satu sudu makan jus timun dan satu sudu makan sudu makan serbuk gaharu, menjadi pes. Sapu pada kulit dan biarkan selama 15
    hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.

    Satu lagi cara membuat pupur adalah dengan mencampurkan satu sudu makan serbuk susu, satu sudu makan madu, satu sudu makan jus lemon dan dua titik minyak pati. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

    Bagi menghasilkan penyental kulit, campurkan dua sudu makan gula perang, putih telur dan satu sudu makan jus lemon. Sapukan pada kulit dalam gerakan membulat dan sental secara lembut. Biar pada kulit kira-kira 15 minit sebelum dicuci.

    Biarpun lemon terbukti membantu untuk mencerahkan kulit wajah, ia mengambil masa lebih lama berbanding penggunaan bahan kimia.

    Selain itu, elakkan terdedah lama di bawah matahari sekiranya dalam proses mencerahkan kulit menggunakan lemon kerana bukan saja lebih melambatkan proses, kulit juga mudah rosak.

    Penggunaan jus lemon disarankan dilakukan selang sehari kerana penggunaan jus lemon boleh menyebabkan kulit menjadi sedikit kering jika digunakan setiap hari. Selepas rawatan menggunakan jus lemon, digalakkan memakai pelembap kulit bagi mengelakkannya kering.

    Rawatan menggunakan jus lemon juga perlu dilakukan secara konsisten dan sabar bagi melihat hasilnya.


    Sumber: Harian Metro
     

    Thursday, July 5, 2012

    Penjagaan Tambahan Untuk Muka

    Assalmualaikum... 

    Hari ini nak sambung topik semalam pasal penjagaan muka yang asas tu kan.. Kalau nak tahu penjagaan asas untuk muka refer sini ok.. Hari ini nak cerita pasal penjagaan tambahan untuk mendapatkan kulit muka yang makin menawan lagi tertawan.. :)


    Setelah kita membersihkan muka dengan 3 langkah yang disebutkan sebelum ini, korang kene lah jugak buat extra penjagaan ye.. Bukan ape, kalau tak buat pon tak ape, tapi lebih cantik menarik tertarik kalau buat extra step ni.. Nanti yang akan dpt kulit wajah yang menawan, korang jugak kan.. ye dop? 

    Penjagaan tambahan itu adalah sepertimana yang kat bawah tu eh.. Akan di ceritakan satu persatu.


    KRIM SIANG/DAY CREAM


    Day cream berfungsi untuk membantu mengurangi garis-garis halus dan kerutan, meregenerasi sel kulit lebih cepat, mengurangi flek hitam penuaan serta melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang mengakibatkan penuaan dini. Day cream kaya manfaat ini juga membuat kulit terasa lebih kencang, halus, elastis, lebih muda, serta membuat kulit terlihat lebih bersinar.


    Cara nak pakai adalah selepas cuci muka, pakai toner dan selepas pakai moisturizer.



    KRIM MALAM/NIGHT CREAM


    Sebelum tidur, inilah masa untuk korang pakai night cream ni untuk kebaikan kulit kita. Kulit kita terdedah dengan cuaca yang panas (Sinaran UV) dan juga udara yang tercemar. So its good bila kita rawat muka kita.. 

    Antara kebaikkan memakai night cream ni adalah untuk anti-aging. Ape tu anti-aging? Haaa... meh nak bagitau.. Night cream banyak mengandung bahan retinol, glycolic acid, salicyclic acid dan retinyl acetate. Semua bahan tersebut akan membantu kulit korang untuk meningkatkan proses penggantian kulit lama menjadi kulit baru yang lebih sihat dan segar. Komposisi yang ade tu juga akan mengurangkan bintik2 yang tetibe muncul akibat usia yang semakin bertambah dan juga garis-garis halus dan kedutan yang muncul tu.

    Selain tu, krim ni jugak memberikan Kelembapan Extra atau disebut ultra-hydrating, memberi nutrisi extra dan memberi efek menyegarkan.

    Tapikan kadang-kadang komposisi yang ade tu boleh menimbulkan irritation, nak-nak pulak kulit muka korang tu kerap terkena cahaya sinar UV. So... sebab tu cara yang terbaik untuk  pakai krim dengan komposisi tersebut paling dilakukan pada malam hari.

    Bila masa yang sesuai nak pakai krim ni?  Before kita nak tidur iaitu selepas cuci muka dan pakai toner then pakai la night cream ok.



    FACIAL SCRUB


    Scrub ni yang bila korang pakai rasa macam bijik-bijik pasir tu... Sekali seminggu atau dua kali seminggu tu kan korang kena pakai facial scrub untuk membuang sel-sel kulit mati yang ada kat permukaan kulit kita. Bila kita rajin pakai facial scrub,  ada banyak kebaikannya dan yang paling penting untuk mengurangkan white head,  elakkan black head menghaluskan kulit korang.

    Scrub ni boleh pakai before pencuci muka,  atau tak payah pakai pencuci muka dulu pun takpe. Yang penting,  basahkan muka dulu.  Make sure korang beli scrub yang sesuai untuk kulit muka korang tau.  Katakanlah untuk kulit berjerawat,  dia punya bijik-bijik scrub kecik sikit sebab kulit tu sensitive. Kalau untuk lelaki,  dia punya bijik-bijik scrub lagi besar.


    MASKER


    Seminggu sekali atau dua kali pakai la masker.  Untuk memberikan nutrisi yang baik untuk muka korang. Ada macam-macam jenis masker.  Antaranya:-


    a) Peel off - u olls pakai,  pastu boleh peel sekeping-sekeping macam kulit.   


    b) Cream  - Yang ini paling popular dan diperbuat dari macam-macam jenis bahan mengikut kesesuaian.



    c) Face Mask - Yang ini terbaru.  Mudah pakai dan lebih bagus sebab dikatakan lebih berkesan untuk kulit kita.  Tapi selalunya lebih mahal berbanding masker jenis lain.

    Macam mana nak pakai..  Memula make sure muka korang bersih.  lepas je cuci muka dengan pembersih muka tu tak perlu pakai toner lagi.  Sapukan masker ke seluruh wajah dengan jari / applicator / brush sampai tutup semua bahagian muka kecuali area mata,  lubang hidung dan mulut.  Biarkan lebih kurang 15-20 minit.  Jangan cakap-cakap masa pakai tu.  Relax dan tidur.  Pastu cuci sampai bersih muka, pakai toner dan cream malam.  


    Sangat sesuai dan best kalau pakai masker ni lepas korang scrub muka, sebab masa tu pori-pori kulit muka korang semua terbuka. Zat-zat senang menyerap ke dalam kulit muka tu...


    Itulah serba sedikit tentang penjagaan tambahan untuk muka.. Silalah amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang anggun dan berseri.. chewaah.. Dah macam iklan pulok.. 

    Wednesday, July 4, 2012

    Penjagaan Muka

    Hari ini nak ceita mengenai penjagaan muka asas. Apa yang perlu kena pakai? Apa yang kena pakai dulu?  Kenapa kita kena pakai?  Macam mana nak pakai? Nak pakai masa bila? bla..bla.bla.bla.


    Untuk pengetahuan korang semua,  penjagaan muka ni bukan untuk perempuan je tetapi jugak untuk lelaki ok. Yer,  lelaki pun harus tau tentang semua ni. Siapa yang tak nak muka cantik, licin, berseri seri ye dop..

    So tanpa melengahkan masa,pot pet banyak banyak pon tak guna kan,hehehe.. Ini adalah senarai yang korang kena gunakan mengikut turutan yang betul, ape kata orang putih tu,step by step. Ini adalah penjagaan paling asas ok. Cuba step ini dulu, bila dah terror, baru tambah step yang lagi advance ok..



    Langkah 1

     Pencuci Muka/Facial Cleanser



    Kenapa kena pakai?  


    Korang kena pakai facial cleanser / pencuci muka.  Jangan pakai sabun mandian biasa yang korang gunakan utk sabun badan tu ye. Tak sama okay. Nanti jadi rosak muka tu.. Tak jamin ye... Pencuci muka adalah sangat penting untuk mencuci permukaan muka kita dari segala kekotoran. 


    Pakailah setiap 2 kali sehari, masa mandi pagi dan sebelum masuk tidur.


    Cara cara nak pakai? 

    Amik sikit pencuci tu, picit ke, tuang ke atas tapak tangan.  Size duit syiling 5-10 sen dah cukup.  Pastu jadikan buih buih sabun sikit, pastu korang tepek kat muka. Cuci kat semua bahagian secara perlahan. Buat bulatan dari dagu ke pipi naik ke dahi, mesti putaran tu naik ke atas, jangan ke bawah. Sebabnya putaran ke atas tu bagi tegangkan muka, kalau ke bawah tu, tak bagi tegang tapi bagi cepat kedut. Pastu bilas dengan air.  Dan lap dengan tuala bersih. 



    Langkah 2


    Toner



    Kenapa kena pakai?  
    Kita kena pakai toner lepas cuci muka sebagai membuang baki-baki sabun yang ada kat kulit kita sebab air saja tak dapat membuangnya.  And also membantu untuk menutup pora-pora di permukaan kulit kita.



    Silalah  pakai setiap kali after cuci muka dengan pencuci muka.

    Cara cara nak pakai?
    Amik toner, picitkan ke tuangkan kat cotton.  Pastu sapu kat muka kita. Sapu seluruh muka, cara sapuan sama macam cuci muka tadi tu, sapuan ke atas sebab ape? Sebab untuk tegangkan muka. Ingat tu



    Langkah 3

    Pelembab Muka/Moisturiser 



    Kenapa kena pakai?

    Moisteriser adalah teramat paling penting kepada kita semua.  Sebab zaman sekarang ni,  dengan cuaca tak menentu,  pencemaran alam dan macam-macam lagi,  so penting untuk korang memakai pelembab muka.  Ada macam-macam produk pelembab muka yang ada. Korang pilihlah apa yang paling sesuai untuk keperluan kulit korang.

    Pakai setiap kali lepas cuci muka dan selepas pakai toner.

    Kalau yang kulit berminyak,  belilah pelembab muka yang oil free. Untuk kulit berminyak juga kene gunakan tau.  Kalau tak memakai pelembab,  kulit korang akan menjadi lebih berminyak.  Percaya atau tidak tapi telah terbukti dalam sains. So belilah pelembab yang bagus iaitu OIL FREE!  

    Kalau kulit kering,  belilah pelembab yang bagus untuk memberikan kelembapan dan minyak yang baik untuk kulit korang. Kulit yang kering cepat kedot tau!

    Cara cara nak pakai?

    Ambil sikit dan buat dot dot kat atas mukakorang. Pastu sapukan dengan jari.  Make sure sapuan ke atas jugak utk tegangkan kulit muka tu dan sama rata kat muka tu okay.

    haaaaa tu adalah 3 langkah asas untuk korang ketahui untuk menjaga muka, senang kan.. 

    Next entry nanti kita cerita penjagaan tambahan untuk muka ok.. Tunggu ye..