heartbeat

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Waspada penyakit bawaan nyamuk


Assalamualaikum.

Waspada dengan penyakit bawaan nyamuk. Umumnya kite semua tahu bahasa nyamuk ada membawa penyakit berbahaya. Bergantung kepada jenis nyamuk yang digigit juga lah kan..


Kalini nak share mengenai penyakit bawaan nyamuk. Artikel dari Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah ini sangat berguna untuk kita semua. Kita sama sama baca ok apa yang ditulis oleh beliau. Kredit kepada Utusan Online di atas artikel yang bagus ini




Waspada penyakit bawaan nyamuk



Nyamuk pembunuh


Assalamualaikum.

Kita dikejutkan dengan penyakit baru kan yang datang dari virus ZIKA. Kita mesti tak sangka kan bole terjadi penyakit yang semakin pelik macam ni.. Mari kite pelajari serba sedikit ape dimaksudkan dengan Virus Zika. Artikel yang diambil dari Utusan Online ni sangat berguna untuk kita semua.

Kredit diberikan kepada Utusan Online atas info yang sangat berguna ini.

Kita sama sama baca ok.



Nyamuk pembunuh

Hubungan imej diri dan gangguan psikologi


Asslamualaikum semua.

Hari ini pulak nak share something berkenaan dengan kesihatan diri. Artikel ni di petik dari Utusan Malaysia Online. Hasil penulisan dari Prof Madya Dr Hairul Anuar Hashim.


Bagus juga kita dapat baca pasal kesihatan psikologi ni. berguna lah kita semua pelajari serba sedikit psikologi diri ni. Jom kita baca apa artikel ni ditulis eh.




Hubungan imej diri 
dan gangguan psikologi



Persepsi imej diri yang positif adalah salah satu ciri minda yang positif. Imej diri merujuk kepada pendapat dan pandangan individu terhadap diri sendiri. Imej diri merupakan satu bentuk persepsi terhadap ciri -ciri yang menerangkan diri seperti bijak, cantik, hodoh, berbakat, mementingkan diri sendiri, baik hati dan lain-lain.

Ciri-ciri ini membentuk idea dalaman yang kolektif bagi kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Persepsi imej diri berkait rapat dengan konsep efikasi kendiri dan kepercayaan diri yang diulas dalam ruangan yang lepas. Imej diri yang positif boleh memberikan keyakinan kepada seseorang dalam pemikiran dan tindakan mereka. Sebaliknya imej diri yang negatif akan membuatkan seseorang individu meragui keupayaan dan kebolehan diri mereka.
Imej diri adalah satu bentuk persepsi yang dimiliki oleh individu. Dalam sesetengah keadaan, ia sangat berbeza bagaimana orang lain melihat individu tersebut. Sesetengah individu secara zahirnya seolah-olah mempunyai semua kelebihan seperti kecerdasan, kecantikan, kekayaan dan kejayaan peribadi. Namun, mereka boleh mempunyai persepsi imej diri yang lemah. Sebaliknya, sesetengah individu lain mempunyai kehidupan yang sukar, tetapi mempunyai imej diri yang positif.

Persepsi imej tubuh pula adalah sebahagian daripada imej diri. Ia merujuk kepada corak persepsi diri terhadap ciri-ciri fizikal diri. Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan imej tubuh termasuk pengaruh agen sosial seperti keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, media mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap pembentukan imej tubuh seseorang. Penerimaan terhadap bentuk tubuh yang ideal dan takrifan berkenaan kecantikan dan ketampanan menyumbang terhadap pembentukan persepsi imej tubuh seseorang.
Individu dengan imej tubuh yang positif cenderung untuk tidak terpengaruh dengan momokan media berkenaan ciri-ciri kecantikan dan ketampanan. Namun, individu dengan imej tubuh yang lemah cenderung untuk terpengaruh dengan persekitaran sosialnya. Kecenderungan masyarakat untuk menggunakan bahan kesihatan dan kecantikan tanpa mengira risiko sampingan adalah contoh tindakan yang diambil oleh individu untuk memenuhi persepsi imej tubuh mereka.

Gangguan pemakanan

Imej tubuh yang negatif menyumbang terhadap pelbagai gangguan psikologi seperti gangguan pemakanan. Banyak yang telah diulas berkenaan gangguan psikologi ini. Secara umumnya, ia boleh diklasifikasikan kepada anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan lewah (binge eating).

Mereka yang mengalami gangguan anoreksia nervosa cenderung untuk melihat diri mereka sebagai mempunyai berat badan berlebihan, sungguhpun berat mereka sangat kurang dan membahayakan kesihatan. Mereka juga cenderng untuk menyekat jumlah pengambilan makanan dengan kuantiti makanan yang sangat kecil. Gangguan psikologi ini jika tidak ditangani akan mempengaruhi kesihatan fizikal seperti penipisan tulang (osteopenia atau osteoporosis), tekanan darah rendah, perlahan pernafasan dan nadi, kerosakan kepada struktur dan fungsi jantung, kegagalan organ tubuh dan lain-lain.

Individu dengan gangguan bulimia nervosa pula cenderung untuk makan dalam jumlah yang besar dan kerap. Makan lewah ini akan diikuti oleh paksaan untuk memuntahkan makanan yang dimakan, penggunaan berlebihan laksatif atau diuretik, berpuasa, senaman yang berlebihan, atau gabungan tingkah laku ini. Tidak seperti anorexia nervosa, golongan bulimia nervosa biasanya mengekalkan apa yang dianggap berat badan yang sihat atau yang agak biasa. Namun, kesan daripada gabungan makan dan muntah tersebut cenderung untuk mengakibatkan kemerosotan tahap kesihatan diri. Gejala seperti radang dan sakit tekak, bengkak kelenjar di leher dan rahang, masalah usus, dehidrasi yang teruk daripada penyingkiran cecair, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan mampu menyumbang terhadap penyakit yang lebih berbahaya seperti strok atau serangan jantung.

Kategori gangguan pemakanan ketiga adalah gangguan makan lewah. Tidak seperti bulimia nervosa, tempoh makan lewah ini tidak diikuti dengan paksaan untuk menghilangkannya seperti muntah paksa atau pengambilan bahan diuretik seperti julap. Akibatnya, golongan ini cenderung untuk mempunyai tahap berat badan berlebihan atau obes. Antara gejala makan lewah adalah makan dalam jumlah yang luar biasa besar dan makan walaupun tidak lapar. Walaupun, gangguan pemakanan ini cenderung untuk dialami oleh golongan remaja, namun ia boleh berterusan sehingga dewasa.

Persepsi imej badan bukanlah sesuatu yang kekal. Persepsi individu terhadap diri dan persekitarannya berubah selaras dengan peningkatan usia. Namun, diperingkat berisiko seperti remaja, aspek ini haruslah ditangani dengan baik agar kesihatan diri, dari sudut psikologi dan juga fizikal, kekal baik untuk kesejahteraan yang menyeluruh.

Penulis ialah pensyarah Psikologi Sukan dan Senaman di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Awasi gusi, hidung anak berdarah



Assalamualaikum semua..

Hari ini nak kongsikan satu artikel berkenaan dengan anak anak kesayangan kita. Artikel ni dipetik dari Utusan Malaysia Online. Bagus untuk kita semua ketahui dan ambil berat kan. Yelah sekurangnya kita dah ada sedikit ilmu yang berkaitan kan.

Jom kita baca artikel dibawah ni. Kredit kepada Utusan Malaysia Online, hasil penulisan daripada tak dapat dipaastikan, takde pulak nama penulisnya. Tapi tak pe, ape pon terima kasih pada penulis Utusan Online ni, bagus sangat info dia beri kat kita semua ni kan.



Awasi gusi, hidung anak berdarah

Pendarahan tanpa henti petanda anak hidap ITP


Jika anak anda pernah mengalami keadaan gusi dan hidung berdarah tanpa henti, atau mempunyai gejala seperti lebam-lebam dan ruam atau bintik merah pada sesuatu anggota badan, segeralah membawa mereka berjumpa doktor kerana anak anda mungkin menghidap penyakit ITP atau dalam bahasa klinikalnya, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura.

Umumnya, ITP adalah penyakit yang mempunyai kaitan dengan darah iaitu berlakunya kecelaruan dalam sistem ketahanan atau imun badan. Kekurangan platelet dalam darah disebabkan badan menghasilkan antibodi untuk menyerang platelet tersebut (auto-imun) yang dianggap sebagai benda asing.

Menurut Perunding Paediatrik dan Neonatologi Hospital KPJ Damansara, Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, sistem imun pesakit akan sentiasa memerangi dan memusnahkan platelet sehingga jumlahnya dalam badan pesakit menjadi terlalu kecil.
Katanya, punca berlakunya ITP masih tidak diketahui dan dalam beberapa kes, sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera kiraan platelet yang rendah boleh menyebabkan pendarahan yang teruk pada bahagian otak dan usus.

“Secara dasarnya, darah mempunyai tiga sel iaitu sel darah merah untuk menghantar oksigen, sel darah putih berfungsi untuk sistem imunisasi badan, dan sel platelet mempunyai fungsi untuk membekukan darah jika berlaku pendarahan pada anggota badan.

“Apabila darah kekurangan platelet akan menyebabkan darah sukar untuk membeku dan berlakunya pendarahan tanpa henti terutama pada bahagian hidung atau gusi. Penghidap juga mudah mendapat lebam pada anggota badan kerana keadaan badan mereka yang ‘rapuh’ walaupun disentuh perlahan, selain ruam-ruam merah kelihatan di sesetengah tempat pada badan mereka.

“Ada banyak sebab berlakunya platelet rendah seperti hamil, demam denggi, penyakit leukimia, dan ITP juga adalah salah satu sebabnya,” katanya ketika ditemui di Hospital KPJ Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Ujarnya, seseorang dikatakan menghidap ITP apabila jumlah platelet dalam darahnya kurang daripada 150,000 bagi setiap mikro liter. Jumlah normal platelet ialah antara 150,000 hingga 400,000 semikro liter.

Seseorang pesakit dikategorikan dalam kumpulan serius jika jumlah plateletnya kurang daripada 20,000 semikro liter dan jumlah yang sedikit ini mampu untuk menghalang darah daripada membeku.

Beliau pernah mengendalikan kes kiraan platelet pesakitnya adalah 0 di mana pesakit memerlukan pemantauan segera bagi meningkatkan kiraan platelet.
Ujarnya, oleh kerana ITP tidak mempunyai tanda dan gejala yang nyata, penyakit ini hanya boleh dikesan dengan melakukan ujian darah dan mengambil sampel sel daripada sumsum tulang.

Berbeza dengan hemofilia

Walaupun ITP dan hemofilia mempunyai keadaan yang hampir sama, iaitu pendarahan berlaku tanpa henti kerana kegagalan proses pembekuan darah, namun kedua-duanya adalah penyakit berbeza.

“Untuk membekukan darah dengan sempurna, sistem badan memerlukan dua keadaan iaitu platelet dan ‘faktor pembekuan’.

“Hemofilia berlaku disebabkan tiadanya faktor untuk melakukan proses membekukan darah, manakala ITP pula berlaku disebabkan kekurangan platelet. Jika pesakit mempunyai masalah kepada kedua-duanya, mungkin dia menghidap leukimia,” katanya.
ITP adalah penyakit yang jarang ditemui dengan kelaziman 1 kes bagi setiap 100,000 orang di dunia, namun di Malaysia jumlah sebenar pesakit tidak diketahui, tetapi kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak.

Tambah Dr. Mohammad Iqbal lagi, ITP berlaku secara spontan dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah mudah mengalaminya terutama selepas jangkitan virus, namun kebanyakannya dikelaskan sebagai IPT akut, iaitu hanya berlaku pada ketika itu dan tidak berlanjutan sehingga dewasa.

Pada kebanyakan kanak-kanak, ITP akan hilang sendiri dalam masa empat hingga enam minggu.

“Hampir 80 peratus kes, penghidap akan pulih dengan sendiri tanpa memerlukan pengubatan, namun reaksi badan pesakit terhadap keadaan kekurangan platelet ini berbeza. Ada yang pulih selepas empat minggu dan ada juga berlarutan sehingga enam bulan yang dikategorikan sebagai ITP kronik yang sangat jarang berlaku.

“Apabila sudah mencapai tahap kronik, ubat-ubatan yang diberi bertujuan untuk merendahkan fungsi imunisasi supaya tidak melawan platelet di dalam darah seperti ubat steroid dan immunoglobulin.

“Dalam kes yang lebih serius, pemindahan platelet mungkin diperlukan bagi membantu menambah jumlah dan mengurangkan gejala pendarahan.” katanya.
Menurutnya, kebanyakan kes ITP hanya memerlukan pemantauan sahaja daripada ahli perubatan bagi memastikan kandungan platelet meningkat dengan sendiri dan mengelakkan kesan sampingan platelet rendah.

Selepas anak disahkan menghidap ITP, doktor akan menasihatkan ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dalam keadaan anak mereka mempunyai platelet yang rendah, dengan mengelakkan anak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan dan segera ke hospital jika anak terhantuk atau kemalangan kerana berisiko untuk berlaku pendarahan di otak.

Ibu bapa fobia anak pernah hidap ITP

Ujar Dr. Mohammad Iqbal, ibu bapa tidak perlu lagi risau akan potensi anak untuk mendapat ITP selepas disahkan pulih sepenuhnya oleh doktor. Kajian menunjukkan sembilan daripada 10 kes ITP akan pulih sepenuhnya selepas setahun.

“Tidak dinafikan kebanyakan ibu bapa fobia untuk membiarkan anak mereka keluar bermain selepas mendapat ITP dan keadaan ini menjadi cabaran buat ahli perubatan untuk mendidik ibu bapa supaya keluar dari kepompong tersebut kerana boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang terhadap sosial kanak-kanak.

“Mereka risau anak-anak mereka boleh cedera jika bermain kasar tetapi sehingga bila mahu mengurung anak di dalam rumah? Ibu bapa harus meletakkan sepenuh kepercayaan kepada doktor jika anak disahkan pulih sepenuhnya dan boleh meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa,” ujarnya.


Saturday, February 20, 2016

Khasiat Madu.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Semoga dalam keadaan sihat walafiat. Kalau tak sihat, kena cepat cepat cari ubat ke, rawatan ke tak kisah lah rawatan moden atau rawatan tradisional. Yelah bila tak sihat, banyak perkara terbantut dek kesihatan yg menggangu. Jadi nak tak nak kena cari ubat untuk sihatkan diri. 

Kebetulan, dapat info yang sangat menarik. Berkaitan dengan kesihatan juga. Ianya mengenai khasiat madu. 
Jom kita risik risik mengenai khasiat madu. Bagus juga pengetahuan ini, bole dijadikan bahan rujukan masa hadapan mana tau bole guna pakai. Ye dok..



Kat bawah ni, ade beberapa rawatan kesihatan yang boleh digunakan disamping rawatan moden yang ada. Tak salah kita mencuba kan, mana tau ada yang serasi. Mana yang baik kita bole gunakam, yang tak baik kita jadikan sempadan. 

Sedikit TIPS Rawatan MADU yg boleh digunakan.

Selamat Mencuba! 



GASTRIK 
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

DEMAM
 Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) 

KANSER USUS
 Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

 CIRIT BIRIT 
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

ANTIBIOTIK 
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

BATUK 
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

BIBIR PECAH 
1 sudu kecil madu kelulut dibahagian bibir yang pecah

KENCING MANIS 
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

BENGKAK/BENJOL 
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

CERDAS
1) 2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

2) Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

DARAH TINGGI
 1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

DARAH KURANG (Anemia) 
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

KUDIS 
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

LUKA
 Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

SAKIT JANTUNG 
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

SAKIT PINGGANG
 1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

SAKIT PERUT 
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

SESAK NAFAS 
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

SUSAH TIDUR 
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

SEMBELIT 
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.

SERAK
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

SELERA MAKAN
 Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

ANAK KENCING MALAM 
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut. Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan.Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

KESIHATAN ANAK 
Madu kelulut mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan tambahan dan minuman anak-anak.

KHUSUS LELAKI:-

Lemah Syahwat 
3 sudu kecil madu kelulut + 3 biji lada putih atau lada hitam + 1 inci halia + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kopi + 1 sudu besar kicap manis + 1 biji kuning telur ayam. Caranya, lada dan halia ditumbuk halus lalu digaul dengan semua bahan di atas. Minum 2-3 jam sebelum tidur.

Menambah Eraksi (ketegangan )
 11 biji lada putih atau lada hitam + 3 biji bawang putih ditumbuk sampai halus + 1 biji kuning telur ayam + 2 sudu besar madu kelulut. Minum selama seminggu.

Mani Cair
 5 biji kemiri/buah keras ditumbuk halus + 1 biji kuning telur ayam + 1 sudu besar madu kelulut. Minum selama seminggu.

Menguatkan dan Mengeraskan alat kelamin 
Minum 20 biji bawang merah + 20 biji bawang putih diperah dan diambil airnya, campurkan madu kelulut sebanyak air perahan bawang tadi, lalu dimasak sampai air bawangnya hilang, minum 3 sudu kecil selama 7 hari.

KHUSUS WANITA:-

Air Muka: 
Untuk mengindah wajah air muka yang kering tidak berseri. Bahan: Madu kelulut, Minyak Zaitun, air sejuk dan air suam. Caranya, basuh muka dengan air sejuk dan biarkan 3 minit kemudian lumurkan muka dengan madu kelulut selama 15minit. Kemudian bilas muka dengan air suam dan biarkan kering. Kemudian lumuri muka dengan minyak Zaitun. Insya allah ada perubahan yang positif setelah diamalkan selama 1 minggu. 

Meremajakan Kulit Muka 
½ cawan tepung gandum + 2 sudu besar madu kelulut + putih telur secukupnya hingga terbentuk pasta untuk masker. Sapukan ke wajah hingga rata, biarkan selama 1 jam. Setelah itu bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara bergantian. Gunakan air sejuk pada bilasan terakhir. Lakukan dengan kerap hingga anda memiliki wajah yang bersih, halus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan lebih muda.

Menghilangkan kedut Wajah 
1 biji telur ayam + 1 sudu besar madu kelulut dikacau rata dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara berselang seli diakhiri dengan air sejuk. Cara ini juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit tubuh yang lain.

Menghaluskan Kulit Tangan 
2 sudu besar madu kelulut + 1 biji perahan limau nipis dikacau rata lalu disapukan keseluruh kulit tangan hingga rata sambil diurut dan dipicit dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan diakhiri air sejuk. Apabila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

Jerawat dan Bintik Hitam di Wajah
1 gelas air suam + 2 sudu besar madu kelulut dan dikacau rata lalu disapukan ke wajah hingga rata dan dibiarkan selama 20 minit.Kemudian cuci dengan air suam dan yang terakhir air sejuk. Amalkan minum 2 sudu kecil madu 3 kali sehari sebelum makan.

Ibu mengandung
Amalkan 1 sudu kecil madu pagi sebelum sarapan serta malam sebelum tidur, Insya Allah mudah melahirkan anak.

Ok, banyak juga kan khasiat madu yang dikongsikan. Jadi ape lagi, sila lah semua cari madu dipasaran, make sure cari yang oroginal tau. Tak kire lah madu kelulut ke, madu tualang ke, madu liar didlm hutan tu ke. 
Hurm, tu aje info yang dapat dikongsikan. Kalau ade lagi infomtambahan, akan dinupdate kan dari masa ke semasa.  

Semoga bermanfaat untuk semua ye.
Sampai berjumpa lagi dalam entry akan datang. 

~ hUShSYA ~