heartbeat

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Janin Songsang Bolehkah Lahir Normal?


Assalamualaikum..

Hari ini kan dok google google, terjumpa satu artikel menarik pulak untuk di kongsikan bersama.. Menarik untuk para ibu ibu yang sedang hamillah ye.. Yang belom hamil pon digalakkan membacanya, bukan ape, menambahkan ilmu tu kan ke bagus.... :)

Artikel ni di petik dari Mingguan Wanita Online yang bertajuk;

Janin songsang Bolehkah lahir normal?
 
Sesuatu yang menakutkan ibu hamil bila diberitahu tentang kedudukan bayi yang songsang. Kedudukan sebegini jika berterusan hingga akhir kehamilan sememangnya mengundang komplikasi. Jika janin tidak berada di kedudukan yang betul maka besar kemungkinan ibu bakal menjalani pembedahan ketika melahirkan.
Bagaimanakah kedudukan janin yang songsang? Seharus nya kedudukan kepala janin semasa lahir berada di bawah tetapi apabila kaki atau punggung janin berada di bawah keadaan ini dinamakan janin dalam keadaan songsang atau melintang. Sebenarnya, hampir semua janin dalam kedudukan songsang di usia kehamilan dua minggu dengan kepalanya berada di bawah tulang rusuk wanita hamil.
Pada usia kehamilan minggu ke 28 ini janin masih berupaya untuk bergerak bebas. Hal ini kerana, berat badan janin lebih ringan berbanding dengan berat rahim. Namun, biasanya pada usia kehamilan 34 ke 36 minggu janin akan berada dalam kedudukan normal dengan kepala masuk ke bahagian pinggul dengan kaki di atas.
Terdapat tiga jenis kedudukan janin songsang. Biasanya situasi sebegini boleh diketahui semasa wanita hamil membuat pemeriksaan kehamilan. Pada minggu ke 34, doktor akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya sebagai persediaannya menuju jalan lahir. Sekiranya doktor merasa kan kedudukan janin songsang, pemeriksaan ultra sono grafi (USG) akan dilaku kan untuk men dapat kan kepastian mengenainya.
Jenis-jenis posisi janin songsang
Frank breech Kedudukan punggung janin berada di bawah, kedua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga, posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65 hingga 70 peratus janin songsang adalah dari posisi Frank breech.
Complete breech atau songsang sempurna Punggung janin berada di atas pintu rahim sementara kedua kaki terlipat sempurna, menghadap ke atas sejajar dengan telinga. Sekali pandang, posisi janin kelihatan seperti membongkok.
Incomplete breech atau songsang tidak sempurna Keadaan sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.
3 gerakan ubah kedudukan
Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan ter - hadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melaku kan gerakan-gerakan tertentu. Antara nya: 1Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.
2 Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.
3 Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin mema -
suki usia ke 34, kedudukan - nya adalah normal. Tetapi sekira nya dalam tempoh ini kedudu kan janin masih tidak normal doktor akan melaku - kan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.
Tindakan ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu. Namun bukan semua janin boleh melalui terapi ECV terutama janin yang mengalami keadaan seperti:
• Pendarahan dari vagina
• Plasenta berada atau dekat dengan pintu rahim.
• Jumlah air ketuban sedikit.
• Degupan jantung janin tidak normal.
• Janin tidak berkembang dengan sempurna iaitu ukuran lebih kecil daripada berat badan yang ideal.
• Kehamilan kembar Sekiranya proses ini menemui kegagalan, janin akan dilahirkan melalui proses pembedahan atau ceaserean. Walau bagaimanapun, bakal ibu tidak perlu berasa bimbang, kerana walaupun janin songsang kelahiran normal masih boleh dilakukan asalkan bayi lahir cukup bulan dan dalam posisi songsang jenis Frank breech, besar janin dan ukuran pinggul ibu memadai, ukuran janin di bawah 3.8 kilogram, pintu rahim terbuka luas dan janin dalam posisi meluncur keluar, kepala janin tidak terlilit tali pusat, posisi kepala janin.
Mengapa songsang?
Keadaan songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:
• Kehamilan kembar.
• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.
• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.
• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.
• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy).


Source:-
Mingguanwanita.com.my


Wednesday, February 13, 2013

Nutrisi, imunisasi pelindung penyakit


Assalamualaikum..

Harini ada terbaca info yang bagus untuk para ibu bapa diluar sana.. Info di petik dari Utusan Malaysia Online. Mengenai imunisasi yang ada disediakan di hospital negara kita, Malaysia.. Bagus jugak kalau dapat di share kat sini, untuk panduan bersama di masa depan jugak kan...

Checkidaut uolls.. Jemputlah membacanya yer...

SUHU badan yang agak panas, dengan tangisan tanpa henti seorang bayi boleh membuatkan mana-mana ibu gusar. Pada mulanya Norma (bukan nama sebenar) menyangka keadaan itu mungkin kerana anaknya sedang tumbuh gigi ataupun perutnya berangin.

Kegusaran Norma bertambah dan terlintas di hati persoalan mungkinkah ia sesuatu yang lebih serius? Dia dan suami lantas segera membawa bayi mereka ke hospital pakar berdekatan.
Jika anda seorang ibu atau bapa, pasti anda akan melakukan tindakan sama seperti Norma.
Bila dikatakan kecemasan, bukan dari segi kecederaan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada masalah kesihatan kronik yang semakin menular kini. Antara yang paling biasa didengar, obesiti, penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi mahupun asma.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan kempen ' 1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat ' kerana menginsafi dalam tempoh tersebut, simptom penyakit tidak berjangkit mudah menyerang bayi dan kanak-kanak.

Menurut kajian, masalah kurang berat badan bayi ketika lahir dan tidak mendapat cukup zat makanan memberikan kesan kepada penyakit tidak berjangkit.

Dalam pada itu, hasil tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan pada 2006 mendapati, kekurangan berat badan bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun adalah 19.8 peratus manakala susut badan 17.2 peratus.

Oleh itu, pemberian susu ibu kepada bayi yang baru lahir sehingga berumur enam bulan secara eksklusif amat digalakkan memandangkan khasiatnya dapat mengelakkan daripada terdedah dengan penyakit berjangkit.

Antibodi, Menurut Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anthony James Mansul, kempen tersebut sangat baik untuk memastikan ibu bapa mengambil berat tentang aspek kesihatan anak-anak mereka mulai lahir hingga berumur tiga tahun.

Walaupun kesihatan si kecil menjadi keutamaan melebihi segala-galanya tetapi masih ramai tidak menyedari bahawa kesihatan anak mereka juga boleh terjejas gara-gara kemerosotan imuniti tubuh berpunca daripada nutrisi yang tidak mencukupi.

Tambah Dr. Anthony, bayi yang berusia bawah enam bulan jarang diserang penyakit kerana pada peringkat ini, bayi mempunyai imuniti atau pertahanan semula jadi yang dijana oleh badan terhadap penyakit.

Pertahanan terhadap penyakit bagi seorang bayi bermula ketika bayi berada di dalam rahim ibu lagi. Ketika dalam rahim, antibodi daripada darah ibu dibekalkan kepada bayi melalui tali pusat.
Antibodi daripada ibu akan melindungi bayi itu untuk jangka masa enam bulan pertama hidupnya selepas lahir. Kemudian bayi tersebut akan mula menjana antibodinya sendiri.

Ini menjelaskan mengapa seorang bayi itu lebih terlindung daripada penyakit pada enam bulanpertama hidupnya dan mudah mendapat jangkitan kuman selepas umur enam bulan.
"Namun bayi masih terdedah kepada pelbagai jenis kuman selepas dilahirkan berpunca daripada persekitaran. Misalnya, bayi yang dijangkiti kuman akibat jangkitan dengan kanak-kanak lain yang kebetulan menghidapi selesema dan batuk di taska. Oleh itu, sebagai ibu bapa perlu prihatin terhadap perubahan kesihatan anak.

"Bayi dan kanak-kanak Malaysia sangat bertuah kerana kita ada imunisasi yang baik untuk melawan penyakit," ujarnya.

Dr. Anthony memberitahu, proses imunisasi adalah satu kaedah memasukkan suatu komponen kuman yang diketahui ke dalam badan manusia untuk merangsang sistem imun manusia menjana antibodi yang spesifik kepada kuman tersebut tanpa menyebabkan penyakit kepada penerima.
Apabila antibodi telah dihasilkan secukupnya, maka individu tersebut akan terlindung daripada penyakit itu hampir 100 peratus.

NutrisiKanak-kanak yang menerima nutrisi yang seimbang akan membesar dengan baik serta menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melindungi dirinya daripada penyakit.
"Nutrisi sangat penting terhadap kesihatan kanak-kanak. Dalam hal ini, susu ibu merupakan nutrisi terbaik untuk seorang bayi baru lahir sehingga umurnya lima hingga enam bulan yang memerlukan makanan tambahan kemudiannya.

Pemakanan tambahan selain susu ibu ialah dari unsur beras atau gandum akan ditambahkan lagi dengan sumber lain sehingga makanan diet yang terdiri daripada nasi, daging , sayuran dan buah-buahan menjadi lebih utama daripada susu.

Ibu bapa perlu mengetahui keperluan pemakanannya berbeza dan bertambah sepanjang tumbesaran seorang kanak-kanak," ujarnya.

Menurut Dr. Anthony, susu badan ibu atau susu formula sudah cukup untuk membina dan menambahkan berat bayi enam bulan pertama hidupnya.

Susu ini mengandungi jumlah protein, lemak, karbohidrat yang tinggi serta vitamin dan elemen lain yang lengkap.

Ini akan membantu pembesaran seorang bayi sehingga mereka mula merangkak, berdiri dan berjalan.
Apabila bayi mencapai umur setahun ke atas, jumlah keperluan kalori, protein, lemak, vitamin dan elemen lain akan bertambah.

"Pada peringkat usia tersebut, kita melihat keperluan susu formula. Berbeza dengan lima tahun dahulu, susu formula yang ada di pasaran semakin baik. Ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana mereka boleh memberi apa jua susu formula mengikut kesesuaian anak mereka.

Nutrisi yang lengkap kepada seorang kanak-kanak memberikan peluang baginya untuk mencapai status keupayaan mental dan fizikal yang baik. Hasilnya, seorang kanak-kanak yang sihat tubuh badan boleh menghadiri sekolah setiap hari, bersenam dan beriadah bersama ibu bapa," ujarnya.
Sebaliknya, apabila nutrisi berkurangan, peluang kanak-kanak itu membesar tanpa serangan penyakit adalah tinggi manakala keupayaan mental dan fizikal mereka lemah.

Selain nutrisi, persekitaran juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi tahap kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.
Misalnya, bayi yang terpaksa ditinggalkan di taska atau rumah pengasuh mungkin berpotensi tinggi mudah terkena jangkitan kuman dan diserang penyakit walaupun menerima nutrisi yang lengkap.
Faktor ini berpunca daripada jangkitan virus yang berterusan dan berubah-ubah.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, ibu bapa perlu berani merawat anak-anak mereka sendiri pada tahap awal penyakit termasuk mempunyai stok ubatan mudah seperti ubat demam, selesema dan cirit-birit.
Dengan rawatan awal, anak berpeluang untuk pulih lebih cepat dan imunisasi perlu diberikan untuk melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

Dr. Anthony turut menasihati ibu bapa supaya mendidik anak mereka bersenam seperti bermain di taman permainan kanak-kanak.

"Faktor ini penting untuk melatih badan menghasilkan antibodi secara semula jadi. Aktiviti fizikal ini juga penting untuk membentuk generasi akan datang minat bersukan dan bersenam sebagai langkah awal mengelak serangan penyakit," ujarnya.

Source:-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130210/kn_02/Nutrisi-imunisasi-pelindung-penyakit#ixzz2KlLw2UrI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, July 20, 2012

Proses Perkembangan Janin Dalam Perut



Dari Usia Seminggu Hingga ke 40 minggu
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulaimembentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranyapembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya.Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. 

Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan.

Tuesday, July 17, 2012

Berpuasa dan Mengandung


Kali ini nak kongsi tips untu ibu-ibu diluar sana yang sedang menyusukan anak mereka atau pun yang sedang mengandung. Korang mesti bimbang kan boleh ke kita atau tidak untuk berpuasa pada bulan ramadhan yang akan tiba nanti. Adakah jika kita berpuasa, akan memberi kesan kepada penyusuan anak kita. 

Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak atau tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.



Di sini ada beberapa tips kepada korang.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

  • Pergerakan bayi yang tidak normal.
  • Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, sangat penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan. 

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-


  • Banyakkan pengambilan cecair.
  • Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
  • Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • Mengambil vitamin C.
  • Berehat secukupnya.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.





Tuesday, July 10, 2012

Mengandung dan Tekanan Darah Rendah


Ketika mengandung, tubuh ibu menyediakan suasana persekitaran yang selamat di samping memberi nutrisi/pemakanan kepada bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya.

Oleh yang demikian, seorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi yang dramatik, termasuklah yang melibatkan sistem peredaran darah atau tubuh.

Perubahan sistem peredaran tubuh yang mencirikan proses mengandung normal adalah disebabkan oleh vasodilatasi (penambahan diameter pembuluh darah, khususnya arteri) periferal.

Semasa mengandung, tekanan darah adalah lebih rendah akibat perubahan hormon yang menyebabkan saluran darah mengembang.
Salur-salur darah juga tidak mengalami kontraksi/pengecuta n secepat mahupun secekap sebelum mengandung sebagai suatu tindak balas kepada perubahan gaya atau kedudukan tubuh.

Oleh sebab itu, seseorang yang berdiri dengan cepat tidak memberi masa secukupnya untuk sistem peredaran melakukan penyesuaian, seterusnya tidak cukup darah dan oksigen sampai ke otak dan ibu yang mengandung itu akan berasa pitam.

Semasa hamil, jantung akan bekerja mengepam darah kepada rahim dan bayi dalam kandungan dengan lebih kuat. Pengeluaran kardiak/berkaitan jantung bertambah dari seawal lima minggu kehamilan.

Jumlah darah yang dipam oleh jantung meningkat 45 peratus apabila janin berusia 24 minggu. Denyutan jantung meningkat 30 peratus.

Denyutan nadi boleh meningkat dari kadar 60 ke 70 denyutan seminit sebelum mengandung kepada 80 ke 90 denyutan seminit semasa hamil.

Walaupun terdapat penambahan dramatik pengeluaran kardiak, tekanan darah menurun semasa trimester kedua kehamilan dan kembali ke normal semasa trimester ketiga.

*Pitam
Itu sebabnya kenapa wanita hamil lebih cenderung mengalami pitam semasa trimester pertama dan kedua. Apabila usia kandungan meningkat, rahim akan membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah vena kava inferior yang bertugas mengalirkan darah dari bahagian kaki kembali ke jantung. Kesan tekanan ini akan menghalang pengaliran darah semula ke jantung.
Jika wanita hamil berbaring, rahim yang semakin membesar itu boleh menghalang pengaliran darah balik ke jantung dan mengakibatkan sindrom supine hypotensive yang berlaku pada 10 hingga 15 peratus wanita hamil. Keadaan-keadaan yang disebutkan ini boleh menyebabkan rasa pening kepala dan pitam.

Selain itu, rahim yang membesar akan menolak diafragma ke arah dada dan menyebabkan wanita hamil berasa sukar bernafas. Volum plasma atau darah meningkat 50 peratus dari seawal enam minggu kehamilan untuk memenuhi keperluan janin. Komponen cecair dalam salur darah meningkat dengan lebih banyak lagi berbanding sel-sel darah merah pembawa oksigen. Akibatnya, wanita hamil akan menjadi anemik, yang merupakan kesan yang normal akibat perubahan fisiologi kehamilan.

Walaubagaimanapun, jika zat besi tidak mencukupi dalam pemakanan ibu, anemia akan bertambah teruk dan menyumbang kepada rasa pitam apabila berubah kedudukan. Semasa peringkat awal kehamilan, ibu hamil kerap mengalami loya dan muntah yang disebabkan oleh paras hormon estrogen dan human chorionic gonadotropin (HCG) yang tinggi.

Gejala-gejala ini biasanya dirasai semasa minggu ke tujuh hingga ke lapan kehamilan dan beransur reda semasa minggu ke-12 hingga ke-15 kehamilan. Muntah yang berlebihan dan berpanjangan pada peringkat ini akan menyebabkan kesan dehidrasi, kebuluran, penurunan berat badan dan mengganggu perkembangan janin yang semakin membesar. Kebuluran menyebabkan ketosis (persekitaran berasid) yang boleh memudaratkan janin. Oleh itu, jika keton dikesan dalam air kencing, ibu hamil perlu dimasukkan ke dalam wad.

Rawatan hidrasi dengan cecair intravena akan memulihkan keadaan ibu hamil. Rasa loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengubahsuai pemakanan atau tabiat makan. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil dan secara kerap boleh membantu. Makan sebelum berasa lapar juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

Biskut kraker mahupun roti bakar boleh dimakan sebelum bangun dari katil pada waktu pagi untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Minuman isotonik baik diminum kerana ia ideal untuk menggantikan garam elektrolit yang mungkin hilang akibat muntah yang berpanjangan.

Elakkanlah dari makanan serta bau-bauan yang menyebabkan ibu hamil berasa loya.

Ibu hamil juga boleh mempraktikkan beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi masalah-masalah atas.

* Untuk mengelakkan rasa pening dan pitam, apabila bangun dari tidur, duduk dan tunggu selama 15 saat, kemudian gantungkan kaki dari katil dan tunggu 15 saat, berdiri dan tunggu selama 15 saat, dan barulah mula berjalan.

* Jika rasa pening pada siang hari, pulihkan dengan mengambil makanan ringan, minumlah segelas jus oren sebelum bangun dari katil.

* Elakkanlah dari berdiri pada satu tempat tanpa bergerak kerana ini menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Sebaliknya, berjalan tanpa bergerak supaya otot-otot betis dapat membantu mengepam darah semula ke jantung.

* Untuk pening yang disebabkan oleh anemia, rawatan suplemen dengan zat besi patut diambil.

Panduan Pemakanan ketika Mengandung


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Piramid Makanan
    Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
    Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
    Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
    • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
    • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
    Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
    Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
    Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Diabetes Kehamilan


Sesetengah wanita yang tidak pernah mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes’ (diabetes ketika hamil). Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes
Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1.
Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2.
Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3.
Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4.
Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5.
Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

Pemeriksaan dan Diagnosis:
Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil  tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :
1.
Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2.
Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3.
Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4.
Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
5.
Jadual di bawah menunjukkan paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO).
Puasa
2 jam
≤ 7.0 mmol/ l
≤ 7.8 mmol/ l

Kesan Terhadap Bayi
1.
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2.
Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3.
Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4.
Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5.
Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6.
Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1.
Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2.
Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3.
50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Rawatan
Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah berkeadaan normal (≤ 7.0 mmol/ l semasa puasa). Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalankan ujian gula dalam darah untuk  menilai profil paras gula sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan 2 jam selepas makan malam. Profil paras gula perlu dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali. Anda boleh mengawal paras gula dalam darah anda seperti berikut :
1.
Pemakanan: Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kek dan manisan. Banyakkan makan buah, sayuran dan bijirin.
2.
Senaman. Amalkan senaman ringan seperti berkebun, berenang dan berjalan. Senaman membantu mempertingkatkan keupaayan badan memproses dan menggunakan gula yang disimpan oleh badan.
3.
Ubatan: Apabila diet dan senaman tidak boleh membantu, anda perlu mengambil suntikan insulin untuk menurunkan paras gula. Jururawat akan mengajar anda bagaimana untuk memberi suntikan pada perut anda dan suntikan perlu diambil sebanyak 3 kali dalam satu hari.


Tempoh bersalin: Si ibu perlu bersalin pada masa yang lebih awal dari waktu yang dijangka apabila paras gula sukar dikawal atau komplikasi wujud seperti ‘pre-eclamsia’.