Kali ini nak kongsi tips untu ibu-ibu diluar sana yang sedang menyusukan anak mereka atau pun yang sedang mengandung. Korang mesti bimbang kan boleh ke kita atau tidak untuk berpuasa pada bulan ramadhan yang akan tiba nanti. Adakah jika kita berpuasa, akan memberi kesan kepada penyusuan anak kita.
Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak atau tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Di sini ada beberapa tips kepada korang.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
- Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
- Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
- Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
- Terasa loya dan ingin muntah.
- Rasa menggigil.
- Berasa lemah dan sakit otot.
- Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
- Pergerakan bayi yang tidak normal.
- Berlakunya kontraksi.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
- Banyakkan pengambilan cecair.
- Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
- Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
- Mengambil vitamin C.
- Berehat secukupnya.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.
No comments:
Post a Comment