heartbeat

Wednesday, July 11, 2012

Tips memilih buah durian yang baik


Durian oh durian... Durian memang menjadi pujaan ramai di Malaysia ni kan... Walaupon berduri berbau bagai, tetapi durian tetap menjadi pujaan hati... 


Durian ni ada beberapa jenis... Durian tembaga lah, D24 lah, musang king lah dan macam macam lagi lah... Tapi yang paling best durian tembaga lah babe... Yang rasanya lemak dan manis pahit. Isinya kuning  berkilat.. Nama lainnya adalah durian kampung. Memang terbaik babe...  Tapi nak tanam pokok durian tembaga ni ada kesukaran sikit.. Yelah kan, grade yang baik memang susah sikit la kan... Biasanya terdapat di kampung la.. 


Bercerita tentang durian ni kan, korang reti tak memilih durian yang baik kualiti isinya.. Tengok dari luaran mesti sama je kan.. Tidak ye korang..... Luaran tidak melambangkan keadaan isi di dalamnya.. 


Ada teknik teknik yang boleh la korang praktikkan semasa nak membeli durian tu kan... Ikuti beberapa tips yang ada di bawah ni ok.. Nanti dah tau serba sedikit, boleh la buat buat terror depan tokey durian tu kan.... tak de la kene tipu dengan penjual yang nak kan untung banyak tapi menjual durian yang tak berkualiti... 


Ni antara tips yang korang kena tahu :-


* Tengok duri buah durian
Kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja. 


Lagi satu, cuba perhatikan pada duri duri tu, ada nampak tak anak duri.. anak duri ni jugak menunjukkan isi durian di dalam tu baik dan Insya Allah manis..
* Cuba rasa berat dan goncangkan buah durian
Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.


Dan korang juga boleh cuba goncangkan durian tu, dan dengar bunyinya, kalau ada bunyi ermm, lebih kurang macam degupan jantung kita tu kan, maknanya durian tu masih dalam keadaan yang baik eh.. kalau tak ada bunyi tu, alamatnya durian tu dah rosak la korang.....
* Cuba cium bau buah durian
Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu
* Tengok tangkai buah durian
Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.
Ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.


* Perhatikan bahagian bontot durian


Ada durian yang dah merekah atau pecah di bahagian bontot durian tu berserta hitam kehitaman tu kan, jangan lah korang rela hati ambil ye.. Itu menandakan durian dah tak elok, berkemungkinan besar, isinya jugak busuk.. Korang nak ke makan durian busuk, rugi duit korang nanti.... 


Tapi kalau bahagian bontot durian tu merekah dan tak warna hitam, durian tu masih elok tau... bukan busuk.. Cuma durian tu dah lama gugur... bukan fresh jatuh dari pokok ye.. Biasanya durian yang dah pecah bontot ni, sedap di buat tempoyak.. Yummmmy.... Kalau di buat makan macam tu pon ok je, cuma rasa tak fresh sangat la kan... 
* Kupas dan rasa isi buah sebelum beli
Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.





No comments:

Post a Comment