heartbeat

Monday, July 2, 2012

Bila Sakit Gigi.. Antara Petua Yang Boleh Dicuba

Adoiiiii... Sakit gigi memang menyeksakan... Sakit gigi adalah sakit kedua yg paling sakit selepas sakit nak bersalin.. Ha kau, mahu tak sakit kan.. Tapi bila dah terkena sakit gigi macamana nak elakkan, nak tak nak kena lah menghadapinya..... 


Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi, sementara nak pergi ke klinik gigi tu kan ,mesti lah cari penawar sementara kan.. Buatnya sakit tengah malam, mana lah ade klinik gigi bukak tengah malam kan... 


Check it out antara petua-petua yang bole guna pakai:-
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.



8) Ambil satu sudu teh garam ke dalam secawan air hangat.  Setelah melarut gunakanlah untuk berkumur  sehingga sakit gigi reda.


9) Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.


10) Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.


11) Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

12) Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

No comments:

Post a Comment