Kebanyakan pesakit yang datang ke klinik yang mengadu sakit gastrik merujuk kepada sakit di hulu hati, pedih, kadang-kadang rasa mual atau muntah. Tidak tahan dengan makanan pedas atau masam. Sering kembung perut. Berak yang tidak menentu. Kadang-kadang susah dan kadang-kadang cirit.
Jangan keliru dengan Gastric Ulcer di mana kulit dalaman perut sudah luka dan sakitnya melebihi sakit gastrik.
Keadaan ini merujuk kepada apa yang dipanggil gastritis (ges-trai-tis).
Gastric bermakna perut, itis makna radang. Jadi gastritis bermakna radang perut, di mana kulit dalaman perut kalau dapat dilihat ia kelihatan kemerahan seperti melecet tetapi belum lagi luka (ulcer).
Jadi, tanda-tandanya ialah:
- Sakit pedih atau menyucuk di hulu hati (stomach pit). Kadang-kadang terasa hingga ke belakang. Bertambah sakit bila termakan makanan pedas atau masam.
- Rasa pedih dari perut hingga ke dada (heart burn). Ini disebabkan oleh asid gastrik tertolak dari bahagian perut ke atas (esophagus). Seringkali boleh terbatuk.
- Loya atau muntah. Ini disebabkan pergerakan (Peristaltic action) saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus.
- Kembong perut. Juga disebabkan oleh tindak balas saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus. Kadang-kadang perut terasa mudah penuh dan tegang walaupun makan cuma sedikit sahaja.
- Berak yang tidak normal. Bila buang air besar kadang-kadang cirit dan kadang-kadang tidak lawas. Bila sudah buang terasa masih lagi tertinggal dalam usus (sense of incomplete evacuation).
- Sesak nafas atau mengah (pastikan bukan jantung atau paru-paru).
- Bila terasa sakit yang amat sangat mungkin seseorang kelihatan pucat.
- Jika Gastric Ulcer , mungkin muntah (bukan batuk) berdarah atau berak dengan najis berwarna hitam (bukan darah merah).
Tahukah anda?
Di dalam perut kita terdapat asid HCL yang sangat kuat. Ukurannya PH 1.5 ke PH 3.5. Ia boleh menghancurkan kain atau kertas dengan senang. Bagaimana perut kita boleh bertahan dengan asid yang kuat itu?
Perut diibaratkan sebuah beg yang tebal. Di sebelah dalam beg tersebut, asid HCL sentiasa keluar dari kulit dalaman. Asid yang kuat ini penting untuk menghancurkan segala ketulan makanan yang dimakan kepada yang paling halus supaya penghadaman boleh bertindak dengan berkesan.
Kenapa asid HCL tidak menghancurkan perut juga? Ini kerana kulit dalaman perut ditutupi oleh sejenis lendir (Mucus) yang sangat tahan dengan asid tersebut. Jadi kulit dalaman perut mengeluarkan asid dan sementara itu juga ia mengeluarkan lendir untuk menutupi kulit perut agar asid yang dikeluarkan tadi tidak merosakkan kulit perut pula.
Faktor yang boleh menyebabkan gastritis.
Apa-apa yang menyebabkan kulit dalaman (mucosa) perut rosak, membuatkan lendir (mucus) tidak dapat dikeluarkan dan ini akan menyebabkan kulit perut terdedah kepada asid HCL dan menyebabkan radang (inflamation) kepada kulit dalaman perut.
Kulit Dalaman (mucosa) boleh rosak disebabkan oleh:- Merokok
- Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan seperti Ponstan, voltaren, brufen, synflex, ibuprofen dan lain-lain.
- Mengambil ubat steroid tanpa kawalan seperti Prednisolone.
- Ubat tambahan (suppliment) seperti Iron tablet yang sering diguna oleh orang yang mengandung.
- Minuman arak (alcohol).
- Physical stress (bukan psychological atau emotional stress) dalam keadaan seseorang mengalami kecederaan luka, menjalani pembedahan dan kulit badan yang melecur atau terbakar. Emotional stress tidak menyebabkan gastritis directly tetapi ia merangsang pengeluaran lagi banyak gastric asid HCL dan menyebabkan sakit gastritis bertambah sakit.
- Jangkitan kuman, yang paling biasa ialah Helicobacter Pylori. Kuman ini suka hidup dalam keadaan berasid. Kalau asid banyak seperti dalam keadaan emotional stress maka lagi banyaklah kuman H. Pylori.
- Makanan. Kopi, samada yang ada caffein atau tidak boleh menggangu (irritates) kulit dalaman perut. Kopi juga merangsang asid gastrik keluar lagi banyak. Caffein juga terdapat dalam cokolat, coca-cola, Nescafe dan cocoa. Makanan bergoreng dan kandungan garam yang tinggi juga mengganggu (irritate) kulit dalaman perut. Makanan yang pedas atau masam tidak merosakkan kulit dalaman perut tetapi membuatkan gastritis yang sedia ada bertambah sakit.
Rawatan
Rawatan gastritis sangat berlainan dengan rawatan gastric ulcer. Gastritis hanya radang sahaja manakala gastric ulcer pula kulit dalamannya telah luka dan berlubang.
Umumnya rawatan gastritis ialah bertujuan untuk memulihkan semula kulit dalaman perut (mucosa) yang telah melecet atau rosak.
Untuk itu jauhilah perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti:
- Merokok.
- Meminum kopi atau minuman mengandungi caffien seperti coke, pepsi, cocoa dan chocolate.
- Makanan pedas dan bercili.
- Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan.
- Mengambil ubat steroid tanpa kawalan.
- Memakan makanan jeruk dan masam.
- Makanan bergoreng dan berminyak.
- Minum susu, boleh dicuba tetapi susu juga boleh merangsang pengeluaran lebih asid HCL. Ini kerana protein dan calcium dalam susu merangsang rembesan acid HCL.
- Kerisauan yang melampau.
Rawatan di klinik biasanya adalah:
- Antacid, untuk neutralisekan acid HCL yang berlebihan dalam perut. Contohnya, Zellox, Macgel, Alucil
- Mengurangkan pengeluaran acid HCL.
- H2 Blocker. Contoh: Cemetidine (Tagamet), Ranitidine (Zantac), Famotidine
- Proton-pump inhibitor. Contoh: Esomeprazole (Nexium), Omeprazole (losec)
Ubat-ubatan ini akan memberi peluang kepada kulit dalaman (mucosa) perut untuk tumbuh dan sembuh semula.
Pencegahan
- Jauhi perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti di atas.
- Jadual waktu sarapan dan makan mestilah teratur.
- Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan angin atau kembung perut seperti kobis, bunga kobis, kekacang, broccoli dan sesetengah buah-buahan.
- Sewaktu makan ianya dilakukan perlahan-lahan dan makanan dikunyah dengan betul supaya penghadaman senang dilakukan oleh perut.
- Makan dengan sedikit tetapi kerap lebih baik dari makan dengan banyak tetapi tidak selalu makan.
- Meminum air kelapa yang mengandungi banyak mineral dan vitamin dipercayai boleh memulihkan dalaman perut gastris.
- Amalan memakan 2 biji pisang dan meminum susu 10 mint kemudian juga dipercayai boleh pulihkan gastritis.
Source:Sakitanda.com
hi, saya rasa tu ada masalah dgn usus. baik follow up dengan doctor utk tindakan selanjutnya. biasanya lah kan, kalau membuang tidak teratur mmg berkaitan rapat dgn usus kita. sepatutnya kita akan membuang air besar sekali sehari atau dua kali sehari. bila dah tak teratur tu, adalah yg bahagian dalaman yang tidak berfungsi dengan baik tu...
ReplyDeleterasa panas tu tak pasti pulak, maybe jugak berkaitan dgn usus..
cadangan saya, check kat klinik secepat mungkin. lagi elok klinik yang proper, bukan klinik yang biasa2 tu.
assalam, jenis chocolate camne yang tak le makan tu erh? milo, vico and yang sewaktu ngan nyer pown adik beradik chocolate gak...kire tak leh mkn gak la erh?
Deletehi kasturi panji alam.sori lambat reply.. bz dgn pregnancy sickness hehehe...
Deleteberbalik pd soalan awak tu... coklat yg ade caffeine yg tinggi mcm dark chocolate tu ke.. nak rasa rasa tu bole tp jgn ambil terlalu byk, bimbang nnt, jadi acid dlm bdn tu and bole trigger gastrik tu tau...
sy dah 3hari sakit perut ni, hari pertama sakit perut + cirit, hari kedua sama jugak, tp hari ketiga ni sakit perut dah kurang tp berak pulak jd hitam. kenape agaknye ni kak?
ReplyDeletetu sakit perut biasa tu.. kalau nak kata mcm gastrik, takde pulak awak ckp pedih kat bhgn ulu hati.. so kene mkn ubat sakit perut tu..
Deleteuntuk gastriks ni better pastikan dulu puncanya....sebab kalau silap takut sakit lain....
ReplyDeletesaya diserang gastrik baruje dalam tahun ni...dan telah membuat pemeriksaan detail termasuk ultrasound, gastroscopy dan blood test bagi menentukan punca sakit perut dan gastrik yang dialami...dan doktor telah mengesahkan puncanya ialah jangkitan bakteria H Pylori....dan telah diberikan ubat yang sepatutnya...sekarang dalam proses recovery....harap kawan2 yang ada gastriks better buat further test untuk pastikan dan dapatkan rawatan sewajarnya....
semoga ariffatri mohammad segera sembuh dari gastrik ye. lepas ni berjaga jaga ok...
Deletesaya sokong kene check kalo kene gastrik.. betul tu.. seeloknya buat further check up sbb kawan saya pon memula ngadu gastrik, bila sakit sangat dan tak de tanda nak baik, pegi hospital and buat scan, rupanya sakit lain, batu hempedu.. kene makan ubat. late buat follow up utk tentukan batu hempedu tu dah pecah or tak, if tak kene buat operation..
Saya lak dah sakit msk 4 bln dr sept 2013 sampai skg jan 2014 belum pulih lg.. doktor dah bt endoskopi msk kamera dlm perut and byk sgt asid & di sedut keluar asid tu.. doktor ckp sy dh kena radang dlm perut mmg bguling2 sakitnya seksa sgt.. berat trun 9kg dlm ms 4 bln ni disebabkn sy cuma boleh mkn bubur kosong dgn sayur sawi bayam bendi, ikan & air suam je.. takut nk cuba makanan lain sbb aritu dh cuba sy sakit balik kena ke hosp drip.. tgn ni dlm 4 bln ni dh berbelas kali kena cucuk drip akibat bdn lemah.. skg ni sy mnm jeli gamat luxor gold nk bg pulih.. dh mnm 4 botol dlm ms 2 bln.. skg sy msh lemah bdn x cukup zat.. boleh ke klau amik spirulina? Sy jd takut nk amik spirulina sbb ada artikel lain sy bc x benarkn amik suppliment yg tmbh zat besi (iron) sbb efek kt perut nnt sdgkn spirulina ni ada zat besi.. cmner ye? Sy keliru & msh sakit x pulih lg sy risau sgt2.. rs down and sedih
ReplyDeletemaaf kan saya terlmabat reply... saya sibuk update melalui phone jd jarang bukak komputer. hari ini berkesempatan nak jengah melalui komputer..
Deletesaya nasihatkan jgn ambil ape2 yg berkaitan dgn acidity,spt, kopi, limau, dll sbb gastrik tercetus dari acid terlebih di dlm perut kita. saya nasihatkan mkn yang tak berasakan asid dahulu. ambil makanan yang penuh dgn serat tinggi k.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSetiap penyakit ada penawarnya...dan Allah telah janjikan didlm alquran kecuali mati...saya pengidap gastrik angin dua thn lps...lps cuba produk forever living aloevera gel,dan artic sea dan bee pollen saya dah sembuh sepenuhnya dgn izin Allah..alhamdulilah...produk ni dah 30thn dimsia tp ramai yg xtahu..dan bkn sahaja dimsia malah di157 ngr termasuk tanah arab...produk ni sgt natural krn berasaskan aloevera n pemakanan sunnah spt madu,zaitun,delima dsb...utk mndpt kesembuhan kita perlu penawar dan konsep rawatan yg btul..kita kna thu punca penyakit n cara merawatnya..80% punca penyakit adalah berpunca dr usus yg kotor..rasullulah saw tlh bersabda setiap penyakit berpunca dr perut...jd sebab itu kita perlu cuci.usus kita sb segala penyakit berpunca dr situ..jd cucilah usus kita dgn aloevera gel dan didlmnya mengandungi sejenis bhn yg dipanggil seponin iaitu sejenis sabun yg boleh mencuci dinding usus kita dan menyahtoksin yg melekat pd dinding usus kita...bila usus bersih bru zat makanan yg kita mkn dpt diserap kedinding usus kita n meningkatkan sistem imun kita dan menjadikan badan kita bertenaga sepanjang msa.berminat ttg produk sila whatsapp saya dino 0148111556 en lan
ReplyDeleteSetiap penyakit ada penawarnya...dan Allah telah janjikan didlm alquran kecuali mati...saya pengidap gastrik angin dua thn lps...lps cuba produk forever living aloevera gel,dan artic sea dan bee pollen saya dah sembuh sepenuhnya dgn izin Allah..alhamdulilah...produk ni dah 30thn dimsia tp ramai yg xtahu..dan bkn sahaja dimsia malah di157 ngr termasuk tanah arab...produk ni sgt natural krn berasaskan aloevera n pemakanan sunnah spt madu,zaitun,delima dsb...utk mndpt kesembuhan kita perlu penawar dan konsep rawatan yg btul..kita kna thu punca penyakit n cara merawatnya..80% punca penyakit adalah berpunca dr usus yg kotor..rasullulah saw tlh bersabda setiap penyakit berpunca dr perut...jd sebab itu kita perlu cuci.usus kita sb segala penyakit berpunca dr situ..jd cucilah usus kita dgn aloevera gel dan didlmnya mengandungi sejenis bhn yg dipanggil seponin iaitu sejenis sabun yg boleh mencuci dinding usus kita dan menyahtoksin yg melekat pd dinding usus kita...bila usus bersih bru zat makanan yg kita mkn dpt diserap kedinding usus kita n meningkatkan sistem imun kita dan menjadikan badan kita bertenaga sepanjang msa.berminat ttg produk sila whatsapp saya dino 0148111556 en lan
ReplyDeletesalaam.. betul setiap penyakit ada ubat kecuali mati. kita kena cari ubat utk ubatkan penyakit yg ada kan..
DeleteHello doct. Saya mempunyai gastrik yg teruk. Suda endoskop ada merah2 bahagian usus kecil dan perut. Skrg sya d bg ubat gastrik selama 3 bulan. Berak x menentu. Sakit perut mcm mencucuk bahagian kanan. Skrg sya demam selsema & batuk pula. Ubat tahan sakit x sesuai utk pesakit gastrik.. Susah mau belajar. Sakit berterusan. Jauh drpd family.. Apa tips yg doct boleh bg? :(
ReplyDeletehello there. I'm not a doctor, i'm just an information collector, and I share all information I have with all of you. :)
Deletesaya syorkan buat temujanji dgn hospital dan jgn ke klinik biasa. di hospital akan ada doktor yg arif mengenai sakit yg anda alami skrg, dan akan diberikan rawatan yg sewajarnya. jgn berlengah lagi, segera ke hospital, sbbnya sudah byk terjadi, pegi klinik dpt ubat angin shj dan akhirnya sakit makin parah dan teruk. bila ke hospital doktor terpaksa berkerja keras menyelamatkan peskaitnya.
pegi hospital ya. kendian update di sini bagaimana keadaan kamu. semoga segera sembuh.
Hello doct. Saya mempunyai gastrik yg teruk. Suda endoskop ada merah2 bahagian usus kecil dan perut. Skrg sya d bg ubat gastrik selama 3 bulan. Berak x menentu. Sakit perut mcm mencucuk bahagian kanan. Skrg sya demam selsema & batuk pula. Ubat tahan sakit x sesuai utk pesakit gastrik.. Susah mau belajar. Sakit berterusan. Jauh drpd family.. Apa tips yg doct boleh bg? :(
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSy telah mengalami perut berangin dan kerap sendawa sejak sebulan yang lalu. Perut dan ulu hati tak sakit cuma rs x selesa di bahagian perut dan kdg2 sesak nafas. Akhir2 ini sy semakin cepat rs lapar...boleh dikatakan setiap 30 minit rs lapar. Kdg2 sy bpeluh, tangan dn kaki sedikit kesemutan n rs nk pitam. Pergi ke hospital doktor cakap gastrik... adakah betul ia memang gastrik. Tq
w'salam zuqe,
Deletesaya syorkan pergi membuat temujanji dgn hospital, ada sait gastrik yg kritikal dan memerlukan rawatan khas. setakat bg ubat angin mmg tidak akan mujarab, di hospital akan diberikan satu ubat yg bersesuaian dgn tahap kesakitan di alam.
lupa nak bg tips, makan buah tin @ fig, bagus utk perut. dan amalkan makanan tinggi serat ya. semoga anda segera sembuh.
DeleteSaya sedang mengandung 3 bulan..sedang alami morning sickness..rasa mual dan sering muntah..saya boleh mkn tp kadang kadang akan muntah air masam..saya sedang alami gastrik ker..saya xpernah ada gastrik sebelum mengandung..cuma saya takut adalah kesan daripada makan ubat kurus..srkg dah stop makan ubat kurus sbb sedang hamil..mohon pencerahan
ReplyDeleteAssalamualaikum hushSya..
ReplyDeleteSaya berumur 25 tahun dan sering kali mengalami sakit perut yg disertakan dgn cirit birit dan muntah..saya ada terfikir mungkin disebabkan slh mkn tp yg peliknya org lain ok je sedangkan mknn yg di ambil adalah sama dgn yg sy mkn..smpai kwn2 sy cop sy yg perut sy sensitif..kadang tiap minggu ada 1~2 hari sy mesti mengalami cirit birit..hari ni pun sama..doktor kata perut sy rosak masa pi klinik td..tp xda bg lebih details..sy takut sy ada kanser perut.
Tolong bg sy pandangan dn cara utk mengatasi ny..
Terima kasih..
kalau gastric boleh ke kalau saya minum susu protein shake utk membina otot ?
ReplyDeleteSalam dr, masalah saya sakit perut mule drkat ulu hati pastu perut jadi sebu je banyak angin kau nak buang air kelau angin je macam tak leh nak membuang
ReplyDelete