Penyebab dan Motif Hasad
Kualiti atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain seperti kecerdikan, keilmuan, kerohanian, kezuhudan, atau sifat luaran seperti kemuliaan, kekayaan boleh menyebabkan hasad. Hampir semua sebab wujudnya perasaan hasad, adalah kerana adanya sifat rendah diri dan serba kekurangan. Apabila seseorang itu melihat orang lain sebagai lebih sempurna dari dirinya, maka sifat kekurangan akan menguasai dirinya, yang jika ditambah dengan beberapa faktor luaran dan dalaman, akan menyebabkan wujudnya perasaan cemburu di dalam hatinya.
7 sebab wujudnya hasad. Sebab-sebab ini adalah seperti berikut:
- Permusuhan:. Hasad boleh disebabkan oleh permusuhan. Contohnya, permusuhan dengan keluarga yang lain boleh menyebabkan kita cemburu dengan kejayaan mereka.
- Perasaan besar diri: Perasaan besar diri, dan menyangka dirinya berkuasa akan menyebabkan timbul hasad apabila ada orang lain yang mencabar kekuasaannya
- Bangga Diri: Apabila melihat orang lain, yang dilihat sebagai tidak setaraf dengan dirinya mendapat sesuatu, keadaan ini akan menimbulkan hasad. Contohnya, seorang kaya melihat dengan penuh kedengkian apabila melihat seorang miskin menerima begitu banyak penghormatan, sedangkan beliau menyangka dirinya lebih layak untuk penghormatan itu.
- Takut dan Cintakan Kekuasaan: Seseorang yang pendengki, akan merasa takut apabila terdapat halangan dari seseorang lain yang memiliki dan menikmati kelebihan, bakat atau kemuliaan. Perasaan takut ini muncul apabila kita dalam proses mendapatkan kekuasaan, dan kita mahukan semua kelabihan yang tidak dimiliki orang lain. Contohnya, begi seseorang yang berkeinginan dilantik sebagai ketua, sudah tentu dia tidak mahu ada orang lain yang menunjukkan kemahiran dalam memimpin dan kepetahan dalam berkata-kata yang boleh menyebabkan kedudukannya tercabar
- Sifat kejam dan ganas: Seorang manusia yang ganas tidak menyukai orang lain menikmati apa sahaja kebaikan. Orang seperti ini sentiasa menyambut berita gembira yang diperoleh oleh orang lain, dengan perli, sifat pesimis dan kutukan
Kesan buruk Hasad
Dengki adalah salah satu dari penyakit hati yang paling berbahaya dan ia menghasilkan kejahatan seperti kemunafikan, mengumpat, mengugut, menyeksa dan berbagai lagi dosa besar. Keadaan yang teruk ini menyebabkan hati manusia begitu gelap sehingga ia memberi kesan kepada dunia dalam dan luar seseorang itu. Hasad yang ada di dalam hati itu menyebabkan si pendengki menjadi buta kepada kemuliaan yang dimiliki oleh orang yang didengki dan menyebabkan beliau sentiasa tidaka gembira dengan kurniaan Allah kepada yang didengki. Cahaya spiritual dan ketuhanan yang membuatkan hati seorang manusia menjadi hebat tidak dapat bergerak seiringan dengan kegelapan yang disebabkan oleh hasad. Hati menjadi sedih dan tertekan, dada menjadi sempit dan sesak dan wajah menjadi serius dan tidak gembira. Lebih kuat keadaan ini, meka lebih banyaklah cahaya keimanan akan hilang dari hati.
Ubat untuk penyakit ini
Jika kamu menghidapi penyakit ini, bermuhasabahlah secara serius tentang betapa teruknya kesan penyakit ini kepada iman kamu. Pertimbangkanlah langkah-langkah berikut agar dapat membuang penyakit dari hati kamu
- Ketahuilah bahawa kedengkian kamu tidak memberi kesan kepada mahsud, juga tidak mengurangkan apa-apa kelebihan yang ada padanya. Kamu akan sentiasa menderita kesakitan, sedangkan mahsud akan tetap merasai kegembiraan dan kenikmatan. Di akhirat nanti, kedengkian kamu akan memberi manfaat kepada mahsud.
- Paksa diri kamu untuk berkasih sayang dengan mahsud. Kebaikan kamu akan mengubati hasad yang ada di dalam hati kamu. Dalaman hati kamu akan menyuruh kamu berbuat jahat kepada mahsud. Lawanlah bisikan ini dan berbaiklah dengan dia. Kamu mesti menghormatinya, dan lama kelamaan, yakinkan hati kamu untuk melakukan perkara ini.
- Lihatlah kemuliaan yang beliau miliki sebagai rezeki Allah kepadanya. Paksa diri kamu untuk memuji dirinya, dan memastikan kualiti miliknya diketahui oleh orang lain. Permulaannya sememangnya susah, kerana berlainan dengan apa yang hati kamu mahukan, bagaimanapun, InsyaAllah, setiap hari berlalu, ini akan menjadi realiti, dan hati kamu akan mengikuti apa yang dituturkan oleh lidak kamu dalam hal ini.
- Yakinkan diri kamu, bahawa kelebihan yang ada pada mahsud adalah kurniaan Allah padanya, dan mungkin ada sebabnya Allah memilh beliau untuk memiliki kelebihan ini, yang kamu tidak memilikinya(sekarang)
- Nauzubillah, jika mahsud yang kamu dengkikan itu adalah dari kalangan para alim ulama yang dikurniakan ilmu dan kezuhudan, kamu mesti memahami bahawa mereka adalah antara pilihan Tuhan, dan diberi kemuliaan yang tinggi. Cuba membina cinta dan keredhaan terhadap mereka.
- Dalam mana peringkat rawatan kamu, jangan sesekali memikirkan bahawa penyakit moral ini tidak boleh diubati, pemikiran salah ini adalah ciptaan syaitan dan nafsu yang ingin mengecewakan usaha kamu dalan perubatan ini. Berharaplah kepada Allah, yang telah berjanji untuk memimpin jalan kepada mereka yang berjihad di jalannya.
Kesimpulan
Hasad adalah satu penyakit yang mempunyai kesan yang sangat buruk kepada psikologi, moral dan kepada masyarakat secara umumnya. Syukur, dengan keimanan dan keikhlasan, ia adalah sesuatu yang dapat diubati. Seorang yang beriman adalah seorang yang optimistik dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberi.
No comments:
Post a Comment