Telinga ada 3 bahagian.
1. Telinga luar
Doktor di klinik akan lihat ke dalam telinga dengan menggunakan lampu khas yang dipanggilotoscope. Paling jauh doktor dapat lihat hanya sampai ke gegendang sahaja. Dengan otoscope ini doktor tidak boleh lihat telinga tengah atau telinga dalam. Sekiranya terdapat apa-apa objek yang dimasuki ke dalam bahagian ini atau tahi telinga (earwax) ia dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga kalau dinding telinga bengkak dijangkiti kuman ia juga dapat dilihat dengan jelas.
2. Telinga Tengah
Telinga tengah dipisahkan dari telinga luar oleh gegendang. Telinga tengah tidak dapat dilihat oleh doktor dengan otoscope. Ia seperti bilik yang terletak antara telinga luar dan telinga dalam. Telinga dalam bersambung dengan kerongkong dengan satu saluran yang dipanggil tiub Eustachian. Oleh kerana telinga tengah ini bersambung dengan kerongkong, bermakna ia berhubung secara langsung dengan hidung dan luaran. Oleh kerana itu tekanan dalam telinga tengah adalah sama dengan tekanan di luaran.
Apa itu gegendang?
Gegendang atau Ear drum adalah selaput kuli yang sangat-sangat nipis. Ia memisahkan telinga luar dan telinga tengah. Tugasnya ialah untuk menghantar bunyi yang masuk ke telinga luar ke telinga tengah. Sekiranya gegendang pecah bunyinya akan berkurangan tetapi tidak 100% pekak.
Gegendang amat senang pecah. Jadi, hati-hati jika memasukkan apa-apa objek ke dalam telinga. Walaupun pecah, kebiasaannya ia boleh tumbuh kembali dengan syarat faktor yang membuatkannya pecah mestilah dihindari.
3.Telinga Dalam
Selepas telinga tengah ialah telinga dalam. Di sini sama dengan telinga tengah ia tidak dapat dilihat dengan otoscope.
Ada 2 fungsi
- Pendengaran (Coclea)
- Imbangan atau balance (vestibule dan semicercular canals)
Bahagian ini berhampiran dengan otak dan dipenuhi dengan sistem saraf.
Kulit lubang telinga luar adalah seperti kulit bahagian badan yang lain. Ia juga mempunyai liang peluh dan liang minyak.
1. Kecederaan secara langsung oleh objek keras ke dalam lubang telinga luar. Seperti apabila telinga terasa gatal gatal, seseorang itu mungkin akan menggunakan objek keras untuk menggaru lubang telinga dan mengakibatkan melecet dan seterusnya dijakiti kuman.
2. Jangkitan kuman di bahagian liang bulu roma kulitnya dan mengakibatkan bisul.
Tahi telinga (earwax) terdiri dari kekotoran seperti habuk, kulit-kulit kering, peluh, minyak kulit (sebum). Tahi telinga tidak mendatangkan sakit telinga tetapi sekiranya ia terlalu padat dan keras ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman di telinga luar juga.
Telinga Tengah
Telinga tengah bersambung dengan kerongkong, mulut dan hidung. Oleh itu kuman yang menjangkiti bahagian ini boleh merebak masuk ke telinga tengah melalui tiub Eustachian dan kuman membiak di dalam bilik telinga tengah sehingga dipenuhi dengan nanah.
Nanah yang terjadi membuatkan tekanan tinggi dalam telinga dalam ini dan menyebabkan seseorang itu mengadu sakit telinga yang amat sangat.
Bila tekanan terlampau tinggi gegendang telinga akan pecah maka keluarlah segala nanah dari telinga dalam tersebut.
Pada waktu ini sakit telinga akan berkurangan kerana tekanan sudah tiada lagi akibat gegendang yang telah pecah tetapi waktu ini telinga dipenuhi dengan nanah.
Oleh itu jika seseorang mengalami selsema yang berpanjangan walaupun sedikit, jangan ambil tidak peduli kerana satu hari mungkin ia boleh menyebabkan telinga seseorang itu bernanah.
Telinga Dalam
Telinga dalam di penuhi dengan saraf dan alat pendengaran (cochlear) dan alat imbang (vestibular) yang sangat sensitif. Ia berhampiran dengan otak. Sakit bahagian ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, radang disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat, bahan kimia atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Disebabkan oleh telinga dalam fungsinya ialah pendengaran dan imbangan serta berhampiran dengan otak maka seseorang yang mengalami sakit telinga dalam juga mengalami simptom yang lain seperti pening pusing, muntah, keaadan yang tidak seimbang dan kurang pendengaran.
Rawatan
Biasanya klinik swasta boleh mengubati jika sakitnya di bahagian luar atau tengah. Sekiranya melibatkan telinga dalam adalah baik jika berjumpa dengan doktor pakar ENT untuk menjalani ujian untuk memastikan bahagian khusus yang terlibat.
No comments:
Post a Comment