Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas. Seseorang itu tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.
Apa ada di tapak kaki dan tumit
Di dalam tapak kaki terdapat banyak urat-urat yang menggerakkan jari-jari kaki.Di dalam tapak dan tumit terdapat juga Plantar Fascia (=plan-ta, fa-sia)
Apa itu Plantar Fascia
Ia sejenis urat juga. Nipis, kuat dan keras. Warna keputihan. Biasanya ia bertindak seperti ‘pembalut plastik’ yang membalut urat-urat, saluran darah dan saraf-saraf. Urat ini melekat di tumit dan merentasi sehingga ke jari-jari kaki.
Kenapa tapak kaki ini mejadi sakit?
Ia sakit disebabkan oleh urat Plantar Fascia menjadi radang (inflammed). Ini dikenali sebagai Plantar Fasciitis (Plan=ta, Fas=sai=tis). Amnya ia disebabkan oleh kegunaan tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Plantar Faciitis.
- Senaman yang berlebihan
- Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia
- Kencing manis senang merosakkan Plantar Facia
- Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
- Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
- Obesiti
- Mengandung
Rawatan
Bila seseorang mengalami gejala seperti ini,
- Rehatkan kaki sebanyak mungkin. Hindarkan berdiri atau berjalan tanpa sebab. Duduk jika ada peluang. Cara ini mengurangkan beban kepada kaki dan meredakan radang kepada Plantar Fascia.
- Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.
- Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.
- Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.
- Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.
- Ubat anti-radang untuk menghilangkan sakit biasanya diberi juga oleh doktor.
- Jika tiada perubahan biasanya doktor pakar akan memberi suntikan di tapak kaki.
Kesan sampingan jika dibiarkan
- Badan dan sendi akan mengalami sakit yang berpanjangan disebabkan oleh kesan berjalan yang tidak normal kerana sakit di tapak kaki.
- Heel Spur (=hil spe) – mendapan kalsium di bahagian Plantar Fascia yang radang membuatkan ia menjad bonjolan tulang yang keras. 70% dari kalangan Plantar Fasciitis mengalami atau terdapat heel spur. Ia tidak menyakitkan melainkan ia tertekan ke atas Plantar Fascia.
Source : Sakitanda.com
Terima kasih di atas infonya..
ReplyDeletesama-sama Nicky Wrynne.. :)
ReplyDeleteSakit ni tengah menimpa saya. Sakit nya tak terbayang. :'( Terima kasih share info dan cara rawatan ni.
ReplyDeletesama-sama.. saya pon buat entry tu utk rujukan masa depan.. sama-sama kita rawati.
Deletesemoga cepat sembuh Nur Nashuha..
tapak kaki saya sakit sehingga kini sejak hujung bulan May2017 selepas larian Marathon Standard Chartered.. lebih sakit apabila saya berdiri nak berjalan..
Deletetapak kaki saya sakit sehingga kini sejak hujung bulan May2017 selepas larian Marathon Standard Chartered.. lebih sakit apabila saya berdiri nak berjalan..
DeleteSaya pun sama...dah 2 kali inject...masih lagi sakit..
ReplyDeleteAzizul manal abd aziz, saya cadangkan guna rawatan semulajadi mcm regangkan kaki dulu selepas bgn dr tidur, Letak ais mcm saya cadangkan dlm enrty atas tu. penggunaan ubatan moden adakala berkesan dgn cepat adakala lambat kan.. Sama sama kita ikhtiar utk mengubati. Semoga cepat sembuh ya
DeleteKalau guna rawatn seperti urut atau brbekam... boleh baek x?
ReplyDeleteFahan Aan, boleh juga cuba rawatan urut dan bekam, boleh melancarkan perjlnan darahtu.. Saya sokong cara tu..
Deletekalau berjalan lama pakai selipar pun menyebabkan sakut tapak kaki mcm sy, isk x spt nak jalan2 tengkiu for the info :) berguna sgt
ReplyDeleteEncik Irongagah, saya mmg suka share info yg berguna mcm ni. utk rujukan masa depan diri sendiri jugak. nnt kita share lg info berguna mcm ni ok.
DeleteHi, saya tengah sakit tapak kaki skrg, mmg ada simptom2 kat atas, tp puncanya over exercise dan kasut dah tak sesuai. Saya rajin masuk marathon & hiking, nextweek pun ada full marathon 42km, saya risau tak cukup training & kaki tk sembuh lagi masa tu. Any advise? Thanks entry awk byk manfaat :) Sy dah follow
ReplyDeleteSaya pon sakit tapak kaki..tak tau la sakit urat tapak kaki ke apa..rasa macam kebas pon ada..sakit tapak kaki lepas tolak motor 3km
ReplyDeletesedang mencari rawatan sakit tumit kaki
ReplyDelete