Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit. |
Prinsip Asas Diet Seimbang |
|
- Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
- Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
|
Tabiat Makanan Yang Sihat |
|
- Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
- Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
- Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
- Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
- Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
- Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak
|
No comments:
Post a Comment