heartbeat

Thursday, July 12, 2012

Ada Apa Dengan USIA?







"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".

[Surah Al-Asr : 103]
1 hari = 24 jam
Satu TAHUN?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8,760 Jam
525,600 Minit
31,536,000 Detik

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 - 70 tahun (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun 

Baligh : Detik mula untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
MATI - BALIGH= sisa USIA ----> 65 - 15 = 50 TAHUN

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 TAHUN = 18,250 hari = 458,000 jam


12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam = 1 hari 1 malam

Mari kita muhasabah bersama!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hariDalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk tidur:
--> 18,250 hari x 8 jam = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan.
--> 17 TAHUN

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun dihabiskan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jamDalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk aktiviti:
--> 18,250 hari x 12 jam = 219,000 jam = 25 tahun
--> 25 TAHUN

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jamDalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk rehat:
--> 18,250 hari x 4 jam = 73,000 jam = 8 tahun
--> 8 TAHUN

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.

17 TAHUN + 25 TAHUN + 8 TAHUN = 50 TAHUN
Lalu Bila Nak Beribadah???

Walhal Manusia diciptakan-Nya adalah untuk beribadah kepada-Nya dan yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi !!!

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Allah Maha Kuasa ke atas Syurga dan Neraka

Memang Benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan kita belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar!

Memang Benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya!

Jarang orang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala mereka berjaya.

Lalu Bila Nak Beribadah???

Ohhh... mungkin Solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi!

Kerana kita fikir: Solat besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi!!!
Berapa solat kita dalam 50 tahun???

Dalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk solat:--> 1 x solat = ± 10 minit
--> 5 x solat = ± 1 jam
--> 18,250 hari x 1 jam = 18,250 jam = 2 tahun
--> 2 TAHUN

Kesimpulan: Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun sahaja untuk solat (inipun kalau yang solat 10 minit!!!).

2 tahun dari 50 tahun kesempatan yang kita ada. Itupun belum tentu solat kita itu berpahala dan diterima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun itu tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun [sama ada dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati ibu bapa kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir miskin, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa dsb].

Logiknya: Bukan suatu yang mustahil kita umat akhir zaman akan bertaburan di Neraka untuk mendapatkan balasan di atas kelalaian kita. Na'udzubillah!!!

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Penyelesaian: Tiada istilah TERLAMBAT walaupun waktu berputar cepat.

Isilah masa kita dengan sesuatu yang bermanfaat!!!

INGATLAH AKHIRAT!!!

No comments:

Post a Comment