heartbeat

Friday, July 20, 2012

BULAN RAMADHAN




“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”; Surah Al Baqarah: Ayat 183

Setiap ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kita seperti puasa, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi, selain merupakan jalan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya dan tunduk kepada perintahNya serta menyahut seruanNya, ibadah juga memiliki nilai-nilai sampingan yang amat penting kembali kepada diri kita sendiri mahupun kepada masyarakat.

Puasa juga dari sisi kesihatan adalah baik untuk tubuh badan manusia. Adalah hal yang disepakati bahawa perut adalah sumber penyakit. Iaitu apa yang dimakan, perut yang penuh akan mengundang kemalasan, kebodohan dan penyakit. Sebahagian doktor-doktor pakar di barat sering menganjurkan pesakit-pesakit mereka untuk melakukan puasa untuk menyembuhkan penyakit mereka. Pernah pada zaman Rasulullah S.A.W.W. seorang tabib datang ke Madinah untuk melakukan tugas-tugas kedoktoran tetapi sekian waktu ia tinggal di sana, tiada pesakit yang datang bertemunya, bila ia bertanya kepada Rasulullah S.A.W.W. kenapa tiada orang yang sakit di Madinah, Rasulullah S.A.W.W. mengatakan bahawa penduduk Madinah adalah orang-orang yang menjaga perut mereka. Malah Rasulullah S.A.W.W. pernah bersabda ‘berpuasalah maka kamu adakan sihat’.

Nama-nama bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda ‘jangan kamu menyebut Ramadhan kerana Ia adalah nama Allah tetapi sebutlah bulan Ramadhan’.

Bulan Ramadhan memiliki beberapa nama-nama yang lain yang mana setiap nama-nama tersebut menghikayatkan akan hakikat keagungan bulan suci ini.


1. Bulan Allah. Ini kerana pada bulan ini Allah mengundang manusia malah setiap makluk menjadi tetamunya. Ia adalah pemiliknya dan menjadikannya lebih baik dari bulan-bulan yang lain.

2. Bulan puasa. Kerana Allah telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Hal ini akan kita bahaskan kemudian.

3. Bulan Al Quran. Allah telah menurunkan Allah Al Quran secara keseluruhannya pada bulan ini dan menjadikan bulan ini sebagai musim Al Quran. Hal ini akan kita bahaskan kemudian.

4. Bulan Islam. Ia berkait rapat akan perintah berpuasa untuk umat Islam dan turunnya Al Quran pada bulan ini yang menjadi pegangan umat Islam.
5. Bulan kesucian. Bulan kita membersihkan jiwa dan rohani kita dari segala penyimpangan dan maksiat di hadapan Allah. Dan apabila kita keluar dari bulan ini dengan penuh kesucian bagaikan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya.
6. Bulan pembersihan. Pembersihan berbeza dengan pensucian, pembersihan adalah membuang segala kotoran yang ada. Setelah pembersihan baru akan berlaku pensucian.
7. Bulan Qiyyam. Bulan yang sepatutnya kita sibukkan diri kita dengan melakukan amal ibadah pada malamnya seperti bertahjud, membaca Al Quran dan bermunajat selain dari siangnya kita berpuasa.



Bulan  Ramadhan atau bulan puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsumutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

    Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

No comments:

Post a Comment