heartbeat

Friday, May 16, 2014

Pelbagai Kegunaan Soda Bikarbonat

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Soda bikarbonat... selain digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain okey...

Meh baca petikan dari Utusan Online ni.. Baguslah untuk kita semua yang mencari bahan yang berpatutan untuk kecantikkan....


Rawatan rambut

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut berminyak, boleh mencuba petua ini.

Ambil satu sudu soda bikarbonat dan campurkan ke dalam botol syampu kamu. Kamu juga boleh menaburkan sedikit serbuk itu pada rambut kering bagi mempertahankan kemilau rambut.

Serbuk putih itu juga membantu menghilangkan klorin pada rambut,
selain menghilangkan pigmentasi yang disebabkan oleh kandungan klorin di dalam air.

Pemutih gigi

Untuk mendapatkan gigi putih tanpa perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar, kamu boleh mencampurkan satu sudu kecil soda bikarbonat bersama sedikit garam dan air, kemudian gaulkan sehingga menjadi seperti pes gigi.

Pes ini boleh disimpan selama beberapa hari. Selain digunakan untuk memutihkan gigi, ia juga berkesan untuk menyingkirkan bau mulut.

Deodoran

Soda bikarbonat juga berfungsi sebagai bahan antiseptik. Bagi kamu yang mengalami masalah berpeluh serta bau badan yang tidak menyenangkan, bahan ini memberikan rasa kering sepanjang hari.

Pastikan bawah lengan kamu dalam keadaan kering, kemudian sapukan soda bikarbonat dengan menggunakan kapas muka lembab. Lap perlahan-lahan pada satu arah sehingga kering. Akhir sekali, pakai pakaian anda seperti biasa tanpa perlu membilas soda bikarbonat itu.

Rawatan kaki

Kaki yang kering dan kusam ditambah lagi dengan tumit kaki pecah membuatkan kamu berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita.

Oleh itu, untuk mendapatkan kaki yang cantik, rendamkan kaki kamu di dalam air suam yang dicampur dengan soda bikarbonat. Rawatan ini membantu mengurangkan tumit retak dan kegatalan pada kaki.

Soda bikarbonat merupakan salah satu ramuan yang digunakan untuk membuat kek dan kuih muih. Selain menjadi salah satu ramuan dalam masakan, serbuk berwarna putih itu juga mempunyai pelbagai kebaikan lain khusus untuk kecantikan.

Tambahan pula, soda bikarbonat mudah didapati di pasar raya, selain dijual pada harga yang murah.
Mari kita lihat beberapa petua yang boleh dicetuskan oleh salah satu ramuan penting bagi membuat kek ini. - FATIEHAH


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140510/kn_01/Ajaibnya-soda-bikarbonat#ixzz31sxhwmne
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sendawa

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Sendawa.. sapa yang tak pernah sendawa kan? dalam dok sendawa tu, kena jaga jaga gak tu.. ada sendawa yang elok, ada sendawa tak elok. 

Ni ade artikel yang menarik untuk mereka yang kerap sendawa tu.. Artikel dari Utusan Online ni sangat berguna.. Jom kita baca.. 

Sendawa berlebihan

Oleh mariatul qatiah zakaria

SENDAWA merupakan satu bunyi kecil dan sekejap yang akan kedengaran apabila seseorang itu kekenyangan selepas makan.

Perkara ini merupakan rutin harian yang pastinya akan terjadi selepas menikmati apa juga hidangan dan ia bukanlah satu perbuatan yang aneh atau luar biasa.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempunyai kelaziman sendawa yang kuat, panjang, dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga kadang kala membuat rasa tidak selesa orang keliling.

Kelaziman itu tidak harus dipandang ringan kerana ia merupakan antara simptom yang menandakan seseorang itu mungkin berpenyakit.

Menurut Pakar Gastroenterologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Mahendra Raj, secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.

Tambah beliau, selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak daripada dalam perut.

Begitupun ulas beliau lagi, ada sesetengah individu sendawa lebih banyak daripada biasa dan walaupun perkara ini berlaku, kebanyakan mereka ini tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius.

Bagaimanapun kadang kala gejala ini boleh menunjukkan ia satu penyakit yang lebih serius tetapi ia hanya berlaku dalam kalangan kumpulan minoriti.

Dalam hal ini, sekiranya individu mengalami sendawa yang berbeza daripada biasa dan diikuti dengan gejala seperti sakit perut, muntah, tiada selera makan, dan berat badan semakin menurun, ia mungkin tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit dalaman yang lebih serius.

Sekiranya kita melihat daripada segi penyakit, salah satu keadaan yang menyebabkan sendawa dikeluarkan lebih daripada biasa dikenali sebagai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) atau pedih ulu hati.

Penyakit inilah yang kerap menyebabkan sendawa lebih kerap daripada biasa. Sebenarnya ramai orang yang menghidap penyakit ini, tetapi kebanyakan mereka ini tidak sampai ke tahap yang teruk dan boleh dikawal 
dengan pengambilan ubat dan mengubah gaya hidup masing-masing," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai sendawa ini, Dr. Mahendra memberitahu ada beberapa perkara yang menyebabkan ia menjadi kerap seperti makan terlalu cepat di mana semasa proses tersebut berlaku (makan) biasanya angin akan masuk ke dalam perut.

Hal ini juga akan terjadi kepada mereka yang suka mengambil minuman yang bergas, penghisap rokok (akan menyedut angin masuk ke dalam badan), individu yang gugup, dan mereka yang gemar mengunyah gula-gula getah.

Golongan individu ini didapati dengan tidak sengaja akan menelan angin lebih banyak daripada biasa akibat gaya hidup yang diamalkan seharian.

Berbicara pula mengenai penyakit GERD, Dr. Mahendra menjelaskan, ia berlaku apabila salah satu injap yang menghubungkan esofagus (saluran makan) ke perut menjadi longgar daripada normal.

Apabila hal ini berlaku, asid dan jus daripada perut akan mudah naik semula ke esofagus bersama-sama makanan yang dihadam.

Keadaan ini sering kali menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.

Dr. Mahendra turut memberitahu bahawa penyakit ini sebenarnya merupakan penyakit biasa yang dialami oleh ramai orang.

Walaupun pada umumnya ia tidak berbahaya, sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti serta aktiviti kehidupan seharian.

Penyakit GERD dalam majoriti bukanlah penyakit serius yang boleh mendatangkan maut dan gejala utama penyakit ini termasuklah pedih ulu hati, kembung perut serta sendawa berlebihan dan ia memang penyakit kronik yang jarang sekali boleh menyebabkan komplikasi serius.

Tetapi sekiranya mereka menghidap penyakit ini, ia tidak boleh dipulihkan 100 peratus dan pesakit akan seumur hidup bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan sekurang-kurangnya dari masa ke semasa kalau tidak setiap masa.

Apa yang boleh pesakit lakukan hanyalah mengurangkan gejala sendawa tersebut dengan mengubah gaya hidup di samping mengawal pemakanan," katanya.

Mengenai rawatan, Dr. Mahendra menjelaskan, pesakit hanya akan dirawat dengan menggunakan ubat untuk mengurangkan asid dalam perut, serta disarankan mengubah gaya hidup seperti makan dalam kuantiti yang sederhana pada masa yang tertentu dan jangan biarkan perut berlapar lalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali gus.

Apabila ditanya mengenai rawatan cara tradisional iaitu berurut serta minum minuman halia yang dilihat mampu mengurangkan angin dalam badan, Dr. Mahendra berpendapat jika dilihat daripada kajian saintifik, kedua-duanya tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi pengambilan air halia tidak memberi kesan sampingan yang buruk.

Mengenai urutan pula katanya, angin sebenarnya hanya terdapat di dalam perut dan bukan di dalam seluruh badan.

Seeloknya jika mengalami simptom ini (sendawa lebih daripada biasa), berunding dengan pakar kesihatan dan jika perlu rujuk pada pakar yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus. Jangan biarkan berlarutan hingga mengakibatkan ia menjadi lebih serius," katanya.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140513/kn_02/Sendawa-berlebihan#ixzz31st6G8A7
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Selamat Hari Guru 2014


Assalamualaikum..

Hari ini 16 Mei 2014 merupakan hari Guru. Selamat Hari Guru untuk semua yang pernah mengajar diriku selama ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Jadilah guru yang akan diingati kerana ilmu yang dicurahkan amat bermakna dan berharga. 

Thursday, May 8, 2014

Petua peroleh kulit berseri

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Tips untuk wanita yang nakkan kulit berseri-seri kan.... Ni ade info menarik untuk kita semua uolls... Artikel dari Harian Metro Online ni bagus sangat... 

Jom kita baca dan bole la kita praktikkan eh...

Memang cemburu setiap kali melihat kulit muka seseorang yang mulus, apatah lagi jika mereka sudah berusia. Ada orang berkata, bukan susah untuk cantik, cuma perlukan sedikit kerajinan dan pengetahuan. Antara petua mudah yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri ialah:
1. Tidur menggunakan bantal bersarung sutera. 
Kebanyakan kita menghabiskan tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut. 

Boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang lembut dan leher ketika tidur.

Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal pada kulit muka. Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera.

Ia membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap lembapan dari kulit. 


2. Lakukan lulur dua kali seminggu. 

Mungkin ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan. 

Lazimnya, sel kulit mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa kasar. 

Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru. 

Sebaiknya, pilih bahan penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai. 


3. Elakkan mandi terlalu lama dengan air suam. 

Memang seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama. 

Namun, tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan lembapan). 

Apabila kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat. 


4. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari. 

Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar. 
Justeru, penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan tengah hari. 

Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia. 

Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

Singkir lemak guna tumbuhan semula jadi

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Singkir lemak menggunakan bahan semula jadi. Semua wanita sanggup melakukannya kan, lebih-lebih lagi kalau dari bahan semula jadi..

Ini artikel menarik untuk semua wanita di luar sana, artikel dipetik dari Harian Metro Online. Jom baca pastu kita buat sama-sama okeh..

Wanita sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan tubuh badan idaman.
Selain penggunaan pelbagai produk pelangsingan, bahan semula jadi juga berkhasiat untuk membantu usaha penyingkiran lemak. 
Berikut beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan.
Limau nipis 
Limau nipis kaya dengan kandungan vitamin C. Ia sering menjadi pilihan mereka yang mahu menguruskan badan. Caranya mudah iaitu ambil limau nipis dan potong beberapa bahagian. Perahkan limau nipis ke dalam gelas untuk dijadikan jus. Untuk rasa lebih sedap, boleh dicampur dengan secawan teh. Amalkan pengambilan jus ini setiap hari sama ada pada waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.

Buah delima
Buah delima mempunyai banyak khasiat sama ada untuk mata, begitu juga untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan. Rasa buah ini yang manis dan sedap tentu saja mudah dinikmati. Menariknya, setiap bahagian tumbuhan ini memang berguna, daripada akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan menguruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda kemudian cuci dan tumbuk sehingga halus. Ramas ramuan terbabit dan tambahkan air panas, kemudian campur dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum pati delima dua kali sehari. 

Nanas 
Nanas kaya dengan kandungan vitamin C yang lazimnya dimanfaatkan untuk mereka yang mengalami masalah kancing gigi, sakit tekak, sembelit, luka terbakar malah kegemukan. Untuk mengurangkan masalah obesiti, sediakan nanas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci sehingga bersih. Potong beberapa bahagian dan kisar untuk dijadikan jus. Pati nanas itu sesuai diminum dua kali sehari. 

Lobak merah dan timun 
Lobak merah dan timun juga boleh dijadikan pilihan untuk mereka yang mengalami masalah kegemukan. Jusnya mampu mengenyangkan, justeru ia mengelakkan seseorang itu mengambil makanan berlebihan. Untuk membuat jus, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun yang kemudiannya dikisar menjadi jus. Ia juga boleh dicampur pati limau nipis atau susu bagi menambah keenakannya dan amalkan pengambilannya dua kali sehari. 

Halia 
Halia bukan saja banyak digunakan dalam masakan dan membuang angin dalam badan, malah ramai yang menggunakannya untuk menurunkan berat badan. Jus halia mempunyai banyak khasiat dan memberi kelegaan kepada perut bermasalah. Caranya, rebus lima inci halia yang dibuang kulitnya dan cuci sehingga bersih. Masak dengan air secukupnya sehingga mendidih kemudian tapis dan biarkan ia sejuk. Amalkan minum air rebusan halia ini pada waktu pagi, tengah hari atau malam.

Wednesday, May 7, 2014

Kesan Kehamilan Kepada Fibroid

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum..

Hari ini nak share satu artikel dari Utusan Online. Perkongsian ilmu pengetahuan mengenai fibroid dan kehamilan.

Jom baca


Kesan kehamilan terhadap fibroid juga mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut. - Gambar hiasan

Jawapan

Fibroid merupakan ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil.

Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid juga mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 peratus wanita hamil tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil.

Seramai 30 peratus wanita pula menghadapi pembesaran fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

Masalah

Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak. Pasti ramai wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah?

Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik untuk membantu ibu tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.

Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.

Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Hal ini kerana perdarahan yang banyak mungkin akan berlaku ketika pembedahan miomektomi. Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140504/kn_01/Kesan-kehamilan-kepada-fibroid#ixzz311FwU8tc
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Rawat Kegatalan Miss V!

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum...

Hari ni nak share sesuatu yang luar kebiasaan sket ar.. Ni pasal wanitalah.. Artikel dari Utusan Online ni sangat membantu.. Jangan malu nak membacanya sebab kalau mengalami sakit gatal miss V ni lagi malu tau...

Jom baca..



KEGATALAN di bahagian sulit pastinya membuatkan seseorang perempuan itu berasa kurang selesa dan emosinya juga terganggu. Apatah lagi, bagi remaja perempuan bawah umur yang kurang pengetahuan mengenai penjagaan kebersihan alat kelamin.

Topik yang ingin dikongsi oleh .com pada minggu ini mungkin dianggap ringan oleh golongan remaja perempuan yang baharu sahaja mengalami akil baligh namun ia boleh menyebabkan kesan buruk seperti berbau busuk di bahagian tersebut sehingga menggangu orang lain yang berdekatan dengan anda.

Oleh itu, ayuh ikuti beberapa tip yang dikongsikan .com pada minggu, mudah-mudahan ia dapat menghentikan kegatalan di bahagian sulit kamu! - DHIYA'ZULHILMI DAUD

GUNTING, CUKUR

GUNTING atau cukur rerambut apabila anda mendapati ia telah menjadi panjang. Rerambut yang telah digunting atau dicukur pendek akan memudahkan kamu untuk menjaga bahagian sulit tersebut.
Untuk pengetahuan kamu, rerambut yang tidak dijaga dengan rapi dan dibiarkan panjang terdedah kepada pembiakan kuman. Sekali gus, ia akan menyebabkan bahagian sulit menjadi kemerahan, mengalami 
kegatalan dan menyebabkan berbau busuk.

HENTIKAN GUNA SABUN MANDIAN

UNTUK pengetahuan kamu, sabun mandian berfungsi untuk membunuh segala bakteria yang terdapat pada tubuh badan manusia termasuk bakteria baik yang terdapat pada bahagian sulit perempuan.
Hal ini akan menyebabkan kulat mudah membiak kerana kurangnya bakteria baik di bahagian sulit tersebut. Sebaik-baiknya gunakan pencuci khusus untuk mencuci bahagian sulit ataupun dengan air yang bersih.

JANGAN BIAR LEMBAB

JANGAN terus memakai seluar dalam selepas bahagian sulit kamu baharu sahaja dicuci. Hal ini akan menyebabkan seluar dalam kamu lembab lalu menyebabkan pembiakan bakteria, kuman dan kulat. Langkah tepat ialah megelap dahulu dengan tuala atau tisu tandas sehingga kering cuma berhati-hati ketika mengelap bahagian tersebut kerana sekiranya terlalu kasar akan melukannya pula.

TUKAR SELUAR DALAM

SELUAR dalam yang dipakai berulang kali bukan sahaja menjadi kotor malah boleh mendatangkan kegatalan kepada pemakainya akibat pembiakan bakteria ke seluruh kulit di bahagian sulit.
Oleh itu, jadikan rutin menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari utuk mengelak perkara ini berlaku.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140503/kn_01/Rawat-kegatalan-Miss-V#ixzz311GqpPPJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Apendiks Wanita Hamil

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)


Assalamualaikum..

Apendiks di saat hamil.. Satu perkongsian yang menarik dan berguna sangat untuk ibu diluar sana. Semoga artikel dari Utusan Online ini menjadi manfaat buat korang.

Pembedahan merupakan rawatan terbaik untuk pesakit yang mengalami radang apendik. - Gambar hiasan

BAGI wanita hamil, kesakitan pada bahagian perut boleh terjadi akibat pelbagai sebab. Selain perubahan fizikal pada bahagian abdomen yang menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan lain seperti sakit pada bahagian bawah pusat sebelah kanan perut mungkin petanda bahawa anda menghidap apendik.

Kes apendik dalam kalangan wanita hamil agak jarang didengar, namun kebarangkalian untuk menghidapnya sama seperti individu yang tidak mengandung.

Menjelaskan lebih lanjut keadaan ini, Perunding Pembedahan Am dari Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Ahmad Sudirman Mohd. Salleh berkata, ramai pesakit apendik tidak mempunyai simptom-simptom klasik seperti muntah, loya, hilang selera, demam, cirit mahupun kesakitan di abdomen bahagian bawah sebelah kanan.

Simptom apendik yang dinyatakan ini biasanya tidak dapat dikesan terhadap pesakit apendik daripada golongan kanak-kanak, individu obes, warga emas dan termasuk wanita mengandung.

"Kedudukan apendik adalah di belakang usus (retrocaecal) yang menyebabkannya sukar dikesan pada peringkat awal.

"Kumpulan seperti kanak-kanak, warga emas, mereka yang obes dan wanita mengandung yang menghidap penyakit apendik sering lambat dikesan dan biasanya apabila dapat dikesan ia sudah berada di tahap yang boleh dikatakan agak komplikasi.

"Dalam kalangan wanita mengandung, apendik akut ini memang sesuatu yang normal, sama seperti yang boleh dihidapi wanita yang tidak mengandung. Cuma cabarannya ialah untuk mengesan keadaan apendik, kerana pembesaran uterus sekali gus mengalih kedudukan apendik dari tempat asalnya.

"Apendik dalam kalangan wanita hamil ini boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan apabila apendik mula bernanah, pecah dan menimbulkan komplikasi yang lain pula," ujarnya yang ditemui di kliniknya di hospital KPJ Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Dr. Ahmad Sudirman, adalah amat perlu bagi individu mengenali dengan sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan penyakit apendik.

"Apendik akut berbentuk seperti cacing kecil bersaiz 5 hingga 8 sentimeter yang mana keadaan fizikalnya sedikit terkeluar dari caecum, iaitu pertembungan antara usus besar dan usus kecil.

"Dalam istilah perubatan, apendik tidak memiliki fungsi tertentu seperti kebanyakan organ lain, jadi apabila apendik dibuang, ia tidak akan memberi kemudaratan kepada keadaan kesihatan seseorang individu tersebut," jelasnya.

Menurut beliau lagi, apendik akut ini boleh menjadi lebih teruk apabila berlakunya keradangan di bahagian tersebut.

Katanya, apendik akut memang amat jarang berlaku kepada kanak-kanak bawah umur dua tahun, sebaliknya kes ini lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang berusia 10 hingga 30 tahun dengan peratusan yang sama untuk lelaki dan juga perempuan.

Mengesan apendik

Beliau berkata, kira-kira dua pertiga daripada kes apendik akut terjadi apabila kerosakan berlaku di bahagian lumen atau dinding apendik disebabkan oleh najis yang keras, jangkitan parasit, limpa nod yang membesar atau mungkin juga disebabkan tumor.

"Apendik menjadi bengkak, dijangkiti dan akhirnya dipenuhi dengan nanah. Ketika di peringkat ini apendik memerlukan pemerhatian khusus dan rawatan segera. Dikhuatiri komplikasi akan berlaku sekiranya rawatan dilengahkan atau mendapat rawatan yang salah.

"Maka sebab itu pengesanan yang betul memang perlu dilakukan. Pertamanya, doktor akan menemu bual pesakit dengan mengenal pasti sejarah kesakitan dan pengesanan klinikal.

"Ujian darah juga akan dilakukan untuk mengira kiraan jumlah sel darah putih yang tinggal akibat jangkitan. Sebanyak 70 hingga 80 peratus pesakit apendik dapat dikesan menerusi ujian darah ini," ujarnya.

Selain ujian darah dan pemeriksaan klinikal, doktor turut akan menguji air kencing kerana kebanyakan wanita mengandung lebih terdedah kepada jangkitan salur kencing.

Pengesanan ultra bunyi juga boleh membantu mengesan simptom lain seperti kehadiran batu karang, sista ovari, kandungan luar rahim atau mungkin juga penyakit lain berkaitan usus.

"Ujian ultra bunyi boleh dikatakan berjaya mengesan 60 hingga 70 peratus penyakit apendik. Walaupun pengesanan menerusi pengimejan resonan magnetik atau MRI dikatakan sangat berkesan hingga 90 peratus, ia tidak begitu dicadangkan kerana kesan radiasi kepada pesakit tersebut," jelasnya.

Komplikasi dan rawatan apendik akut

Dr. Ahmad Sudirman berkata, komplikasi yang sangat serius adalah apabila apendik menjadi pecah. 

Kandungan dalam usus dan organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen.

Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan. Apabila apendik pecah, jangkitan kuman dalam darah boleh berlaku dan ini boleh berakhir dengan kegagalan organ utama seperti buah pinggang, paru-paru dan hati untuk berfungsi.

Pembedahaan adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang apendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang apendik (appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika apendik pesakit telah pecah dan jangkitan yang sudah merebak atau bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan di wad sehingga sihat.

"Jika simptom yang dialami sudah melewati lima hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar apendik.

"Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan dikuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit. Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang apendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu," ujarnya. - Noor Fazrina Kamal


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140506/kn_01/Apendik-wanita-hamil#ixzz311FGLLqY
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tuesday, May 6, 2014

Warisan - Bersabarlah

Lirik Lagu Warisan - Bersabarlah

Bersabarlah dan bertawakal lah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu

Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata 


Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni…