heartbeat

Monday, February 28, 2011

Minumlah Air Teh

Bagi kepada penggemar teh, anda telah membuat pilihan yang bijak. Ada banyak kegunaan teh yang tidak kita ketahui. iaitu merangsang tahap ketahanan tubuh secara semula jadi untuk menikmati faedahnya

Nak tahu ape kegunaa teh untuk ketahanan tubuh kita? Baca sampai habis ye. :)

Bukan sebarang jenis teh panas kerana kajian daripada Kolej Imperial London mendapati teh chamomile membantu untuk menghalang sakit.


Dalam kajian terkini, didapati mereka yang minum lima cawan teh panas sehari selama dua minggu meningkatkan paras kompaun berasaskan tumbuhan dikenali sebagai polyphenol yang sebahagiannya dikaitkan dengan peningkatan aktiviti antibakteria.

Malah paras kandungan berkenaan terus kekal tinggi selama dua minggu selepas mereka berhenti minum teh, kata ketua penyelidik Elaine Holmes.

Selain itu, teh chamomile juga meningkatkan paras glycine, penenang saraf bersifat sederhana

No comments:

Post a Comment