Sepanjang tahun pertama, keperluan khasiat si manja sangat tinggi kerana ia adalah peringkat tumbesaran dan perkembangan yang sangat penting bagi mereka.
Malah, pada penghujung tahun pertama, berat badan si manja bertambah tiga kali ganda, ketinggian mereka meningkat sebanyak 50 peratus dan ukuran kepala mereka bertambah dua kali ganda.
Itulah sebabnya sangat penting bagi mereka memperoleh jumlah khasiat yang tepat untuk perkembangan yang sihat.
Perut si manja hanya 20 peratus daripada muatan gastrik seorang dewasa. Ini menjadi cabaran untuk memberi si manja makan sambil memastikan mereka memperoleh semua semua khasiat yang diperlukan. Ini kerana mereka hanya mampu menerima jumlah makanan yang sedikit.
Itulah sebabnya anda perlu memastikan setiap suapan yang dimakan si manja padat dengan khasiat yang diperlukannya.
Pada 1959, Scrimshaw dan rakan penyelidik yang lain mendapati kanak-kanak yang kekurangan khasiat menghadapi risiko jangkitan yang lebih tinggi. Mereka turut menemui yang jangkitan yang berulang boleh membantutkan tumbesaran.
Oleh itu, untuk memastikan si manja membesar dengan kuat dan sihat, sangat penting untuk memastikan yang mereka mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
Cara terbaik untuk membina sistem ketahanan mereka adalah dengan memberinya pengambilan khasiat yang tinggi.
Memberi si manja khasiat yang tepat pada peringkat perkembangan yang tepat sangat penting dalam merangsang sistem pertahanannya.
Ini bermakna tubuh si manja anda mampu untuk menangkis jangkitan, malah memberinya peluang yang lebih baik untuk membesar, belajar dan berkembang dengan optimum.
Pemakanan lazat dan seimbang padat dengan rangsangan ketahanan berikut:
Protein
- Apabila bakteria dan virus yang memudaratkan menyerang, sistem pertahanan si manja menghasilkan antibodi yang kuat untuk melindungi tubuh. Antibodi ini dihasilkan daripada protein seperti bahan tenusu dan daging.
Vitamin A
- Ia bertindak sebagai barisan pertama ketahanan yang menentang kuman penyebab jangkitan yang memudaratkan. Ia mengekalkan permukaan mukosa di dalam saluran pernafasan, gastrousus dan genitounrinari. Vitamin A diperoleh daripada minyak ikan, hati, bahan tenusu serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau tua atau oren kekuningan seperti bayam dan betik.
Vitamin C
- Sistem pertahanan si manja memperoleh rangsangan dalam pembentukan sel dengan bantuan vitamin C. Vitamin serba boleh ini turut meningkatkan pergerakan fagosit, sejenis sel yang menelan (memusnahkan) kuman berjangkit di dalam tubuh. Vitamin C diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jambu, oren, buah kiwi, selada air dan kubis.
Zat Besi
- Si manja memerlukan lima kali jumlah zat besi berbanding keperluan purata seorang dewasa.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan ini boleh menjejaskan penghasilan antibodi. Pastikan si manja memperoleh zat besi yang mencukupi daripada daging merah, ikan, buah-buahan kering seperti kismis dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Zink
- Ia meningkatkan penghasilan antibodi dan turut merangsang timus, suatu organ dalam sistem ketahanan. Ia boleh diperoleh dengan banyak daripada makanan laut, hati, telur, kekacang dan ayam.
BL Bifidus
- Bukan semua bakteria memudaratkan. BL Bifidus sebagai contoh, menguatkan sistem ketahanan si manja yang seterusnya mengurangkan risiko jangkitan. Bakteria baik ini ditambah ke dalam sesetengah bijirin sarapan dan susu membesar untuk kanak-kanak.
Pastikan si manja memperoleh rangsangan sistem ketahanan dan khasiat penting lain yang mencukupi dengan memberinya pelbagai jenis makanan.
Bijirin kanak-kanak yang dirumus khas berfungsi untuk memastikan si manja memperoleh khasiat seimbang dalam setiap hidangan. Setiap bahagian padat dengan BL Bifidus(R), khasiat ketahanan dan vitamin serta mineral - semua khasiat tepat dalam jumlah yang tepat.
Source: Utusan Online
No comments:
Post a Comment