heartbeat

Thursday, December 6, 2012

Kasih ibu.. Kasih ayah

"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia"

Kasih ibu memang tak dapat ditandingi oleh sesiapa. Walau dalamnya cinta hati kita tetapi kasih ibu tetap tehebat dan tulus. Kasih sayang ibu tiada bandingan dengan kebendaan. Seorang ibu sanggup berkorban jiwa dan raga demi anaknya. Percayalah kasih ibu sangat suci kerana perasaan itu dicipta oleh Allah SWT yang Maha Kaya.. Makanya tiada kasih manusia lain dapat menandinginya..

Kasih ayah sangat membahagiakan. Kasih ayah sangat telus dan tiada sekatan. Kasih ayah memang membahagiakan kerana keikhlasan dari kasih ayah dapat dirasai jauh ke sudut hati walaupun tiada ditunjukkan dengan kata-kata atau perilakuan. Kasih ayah memang hebat.

No comments:

Post a Comment