heartbeat

Sunday, March 23, 2014

Cegah Denggi Selamat Nyawa


Assalamualaikum..

hari ni nak share satu artikel yang best.. mengenai denggi yang sangat berleluasa sekarang ni kan...
memang bahaya denggi ni. bole membawa maut la kalau tak dirawat segera..

Jom baca artikel dari Harian Metro Online ni.....


Kebelakangan ini, isu demam denggi semakin banyak dilaporkan meskipun negara mengalami musim panas. Tanpa mengira usia dan jantina, ia boleh menyerang tanpa disedari dengan simptom seperti demam, selesema dan batuk. Berikut antara langkah pencegahan utama:
Perlindungan daripada gigitan nyamuk 
  • Elak melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Ini kerana nyamuk Aedes bukan serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah awal pagi dan awal senja

  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
    Foto
    NYAMUK Aedes mencari mangsa pada siang hari.
  • Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

  • Untuk mengelak gigitan nyamuk, seseorang itu perlu mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit terdedah apabila perlu
  • Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh bagi melindunginya daripada gigitan nyamuk

  • Pasang jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk memasuki rumah

  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk. Aedes membiak dalam takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk membiak

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi dan tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu

  • Buang air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu

  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air

  • Bersihkan persekitaran rumah. Buang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa. 

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlu dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelak anda dan keluarga digigit nyamuk. 

Adakah kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi? 

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi belum ada. Namun, beberapa kemajuan dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia daripada empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi. 


Sumber: Unit Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Perak


Sumber: Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment