heartbeat

Monday, December 7, 2009

Ereksi Beri Hitam

Hurm......interesting nih.. nyeh nyeh nye.. :P

Buah-buahan berwarna gelap seperti beri hitam mempunyai kandungan antosianin yang tinggi. Antosianin ialah agen antioksida yang berkuasa dan boleh menggembirakan lelaki.

Kemampuan zakar mencapai ketegangan maksimum bergantung kepada bekalan nitrik oksida iaitu kimia yang mencairkan laluan saluran darah. Apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dalam saluran darah, tahap nitrik oksida menurun dan secara tidak langsung melemahkan keupayaan zakar. Apabila diet dibekalkan dengan antosianin, bahan ini menyerang radikal bebas tersebut sebelum sempat tahap nitrik oksida berkurangan.

EKSTRA: Ketua penyelidik di Universiti Indiana, Amerika Syarikat, David Bell memberitahu, antioksida mampu mengekang radikal bebas daripada mengawal fungsi nitrik oksida. Antosianin jelas dapat menggalakkan pengaliran darah dan oksigen yang lancar ke organ seksual lelaki.

No comments:

Post a Comment