Sebut je pasal jerawat mesti mcm mimpi ngeri kan? Dah la menepek kat satu muka, lepas tu meninggalkan parut pulak.. Memang tragis la.. Nak tayang muka pon segan! ye dop?!
Kisah terjadinya jerawat ni disebabkan kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Selalunya jerawat akan meninggalkan kesan parut dan bukan mudah nak hilangkan parut jerawat tu. Produk-produk kat kedai pun belum tentu betul-betul dapat hilangkan parut jerawat tu.
Ni ada cara nak menghilangkan bekas jerawat yang nak share ngan korang ni. Korang try la, InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang. Ada banyak tips ni korang boleh la try satu-satu dan tengok yang mana sesuai dan berkesan untuk korang.
1. Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.
2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.
3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.
4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.
5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.
6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan juslemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.
7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil jelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Jelnya juga boleh di buat jus dan minum1kali sehari.
Salam, blog walking.
ReplyDeleteBanyak diantara perempuan yang menutupi bekas jerawat dengan bedak compact. That's not a good idea, because it'll clog the pores.
Mengenai tips menghilangkan bekas jerawat, saya sudah menulisnya di cara menghilangkan bekas jerawat, iaitu selain dengan cara alami spt yang cik bahas di atas, juga dengan melakukan pola hidup sehat. Insya Allah bisa berjalan dengan efektif.
Salam.. Thanks for dropPing by at my page here :)
DeleteCompact powder Tu perkara biasa la bg perempuan.. Cara cepat dan pantas katanya.. Tapi yg sebetulnya, kena jaga dari dalaman jugak kan, baru la menampakkan hasil yg di ingini dan kekal.. Hehehe.. Perempuan kan terkenal dgn sikap tak nak nampak cela di wajah utk tatapan org diluar sana.. So, kene la buat cara instant gitu.. Huhuh..
Saya setuju pola hiduP yg sihat mmg betul ssb kecantikkan akan terhasil dr pola kehidupan yg sihat kan.. :) nnt saya blog walking pulak at your page ye:)) tq again ;))
daun sirih tu mesti 10 helai ka? sbb parut jerawat yg sy nak hilangkan cuma 1.
ReplyDeleteTak kisah sebenarnya.. Cukup utk tepek kat kwsn yg kena tu pon dah cukup. Dpt rasakan kesejukkan dia pon dah kawtim :)
Deletesya bru je alami msalh jerawat nie.
ReplyDeletemybe sbb sy ske picit law ad jerawt..skg!! dah jadi parut.
ap ptt sy wat?
ada ptua gna putih tlur...xp takut jd lg teruk.
mcmner??
Hi, Guna bhan semulajadi tak ada apa2 sepatutnya.. Biasany Parut ni boleh guna krim, cuba bio oil. Mahal sket tp berkesan utk kesan parut ni. If nak guna bahan semula jadi, cuba bedak sejuk.. Bedak sejuk dijamin tak beri kesan Sampingan sbb guna tepung je kan.. Cuba lah.. Nnt ada lg petua semulajadi yg elok,saya update lg ok
Deleteselalunye nk hilang ambil masa bpe lama?
ReplyDeleteHi, depends pd parut tu sendiri biasanya. Kalau parut yg besar dan dalam, biasanya takes time. Tp kalau tak usik dan biarkan dia pecah sendiri, parut kecil dan tak dalam, kejap aje parut boleh hilang. Yg penting kuku jgn la bg sentuh jerawat, sbb kuku ni bisa tau.. Kene kuman pd jerawat, tu yg bole merebak jerawat sana sini
Deletebagus penggunaan vitamin E ni, nama pon vitamin kan.. :) amalkan terus menerus vitamin E, insya Allah kulit akan terjaga. :)
ReplyDelete